Mohamad Hafiz
Environmental Planning
less
Related Authors
Calvert Wong
The Ohio State University
sungaiserai langat
Universiti Pendidikan Sultan Idris
INTAN SAMSUDIN
Kolej Komuniti Jasin
ain natasya
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
siti noorjannah
Universiti Sains Malaysia
Uploads
Papers by Mohamad Hafiz
Peningkatan jumlah orang kurang upaya (OKU) dalam kalangan warganegara Malaysia telah mewujudkan permintaan untuk penyediaan fasiliti khas untuk orang kurang upaya di tamantaman rekreasi awam seluruh negara. Setakat Disember 2018 terdapat 513519 OKU telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan angka ini adalah 1.58% dalam kalangan keseluruhan OKU di Malaysia dengan populasi lebih kurang seramai 32.4 juta, dianggarkan 4.86 juta daripadanya adalah dalam kalangan OKU mengikut anggaran data yng dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Akan tetapi, terdapat beberapa fasiliti yang disediakan di taman-taman rekreasi pada masa kini dilihat agak kurang mesra OKU. Kebanyakan suasana persekitaran alam bina semulajadi dan binaan manusia tidak sesuai untuk digunakan oleh orang kurang upaya tanpa bantuan daripada orang lain. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kemudahan Golongan Kurang Upaya di Kawasan Taman dan Rekreasi, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) (2002) dan pemerhatian tapak. Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti keperluan fisiliti OKU di taman awam melalui analisis dokumen disamping mengenalpasti fasiliti sedia ada bagi OKU di Taman Seremban 2 City Park. Hasil dapatan kajian menunjukkan keperluan fasiliti asas yang perlu disediakan mengikut garis panduan JPBD dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu aksesibiliti, reruang, dan kemudahan sokongan. Pemerhatian juga menunjukkan komponen reruang telah disediakan sepenuhnya seperti tandas, ramp, tangga, papan tanda dan lain-lain manakala bagi komponen aksesibiliti dan sokongan masih tidak memenuhi sepenuhnya keperluan khas OKU seperti laluan hertekstur dan papan tanda khas. Kesimpulannya, beberapa cadangan penambahbaikan telah dicadangkan seperti menambahkan dan menyelenggara fasiliti yang sedia ada dan kempen yang berterusan perlu
dijalankan. Selain itu, penganjuran lebih banyak aktiviti yang melibatkan persatuan orang kurang upaya, dan pihak berkuasa tempatan (PBT) harus dijalankan disamping menyediakan peruntukkan dalam bajet untuk pembinaan fasiliti yang khusus untuk golongan istimewa ini. Perancangan yang teratur perlu dirancang untuk menempuhi perubahan dalam struktur
demografi.
Kata Kunci: Orang Kurang Upaya, fasilti, halangan,