Soalan & Jawapan
Tak jelas ye? oh..ini adalah Daging Lembu Salai yang sudah siap disalai dan sudah siap dihiris..
Ini adalah perniagaan yang ira buat sekarang..
Bukan butik Nur Awatif tutup atau kami bertukar perniagaan..
tidak sesekali...
Untuk butik Nur Awatif..kami sedang menunggu TURN untuk update stock..
InsyaAllah..sikit masa lagi..turn kami akan tiba..
Sementara itu kami buat perniagaan ini..
Kenapa nak susah handle 2 bisnes dalam 1 masa?
huhuhu...tak susah sebenarnya..ira cuma mengambil sedikit masa ini untuk membuat daging salai ini..
setelah kami draft plan dan matlamat untuk butik Nur Awatif..
rasanya kosong pula nak tunggu Turn kami untuk update stock..
Jadi disebabkan ada sedikit kelapangan itu ira dan suami decide untuk memulakan perniagaan ini..
Ada waktu lapang lagi?kan bekerja..mana masa ko?
huhuhu...mungkin disebabkan dah biasa dengan hidup luar biasa..
dah biasa bekerja lebih dari biasa..dah biasa berfikir lebih dari orang lain..
jadi..bila selesa sangat tiada apa nak fikir..Rasa macam terlalu selesa pula kehidupan ni..
Macam tak best!huhuhu..Jadi kami decide nak buat perniagaan ini..
Kenapa Food Industry yang ko pilih?
Sebenarnya bukan saya pilih..Mungkin ini peluang didepan mata..
Peluang tak datang banyak kali..Ianya hanya datang sekali atau sesekali..kadang-kadang tak nampak pun..
Tapi Alhamdulillah..peluang ini ira nampak..
Dan jelas dihadapan pelbagai peluang yang lebih besar..Jadi kami bersetuju untuk ambil perniagaan ini
walaupun mula-mula ingat nak buat duit geli-geli sahaja..heeeee
Okey..puas hati dengan jawapan yang ira pagi..
Nanti ira share lagi ye..lenguh dah menaip!heee...
Full of Hearts,
IRA
Comments
Post a Comment
Yang Mengomen