Pergi ke kandungan

Wikipedia Bahasa Aragon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Favicon of Wikipedia Wikipedia Bahasa Aragon
Laman Utama Wikipedia Bahasa Aragon pada 16 Januari 2013 seperti yang diberikan oleh Opera
Laman Utama
Maklumat umum
URLhttps://an.wikipedia.org/ Sunting nilai ini di Wikidata
JenisProjek ensiklopedia internet
Tersedia dalamAragon
Ditubuhkan21 Julai 2004 Sunting nilai ini di Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikYayasan Wikimedia
Kandungan dan sokongan
KeluaranEnsiklopedia internet Sunting nilai ini di Wikidata
KomersialTidak
PendaftaranPilihan
Pengguna+45,000
Dilancarkan pada12 Julai 2004; 20 tahun yang lalu (2004-07-12)
LesenAtribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons dan Lesen Dokumentasi Bebas GNU Sunting nilai ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatMiami, Florida
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wikipedia Bahasa Aragon (Bahasa Aragon: Wikipedia en aragonés) atau Biquipedia adalah Wikipedia edisi bahasa Aragon. Projek ini dimulakan pada 21 Julai 2004.[1] Setakat 31 Ogos 2020, edisi ini mempunyai lebih daripada 30,000 rencana[2][3] dan merupakan Wikipedia terbesar ke-91 berdasarkan jumlah rencana.[4] Wikipedia Aragon diklasifikasikan di tempat ke-4 Wikipedia berdasarkan rencana bagi setiap penduduk.[5]

Setelah ditubuhkan pada 21 Julai 2004, Wikipedia Bahasa Aragon mencapai 1.000 rencana pada 30 Disember 2005 setelah pembuatan rencana Ciudat de Panamá (Kota Panama), dan komunitnya menghasilkan logo khas untuk memperingati peristiwa tersebut.[1]

Komuniti Wikipedia berbahasa Aragon mengeluarkan logo peringatan khas untuk rencana ke-5,000 mereka, Monesterio de Sant Chuan d'a Penya (San Juan de la Peña),[1][6] pada 29 Disember 2006.

Pada 21 Ogos 2008, komuniti Wikipedia Aragon telah meraikan rencana ke-10,000nya, Monesterio de Sant Chuan d'a Penya (Biara San Pedro de Siresa),[1][6]dengan menghasilkan logo khas.

Wikipedia Bahasa Aragon mencapai 20,000 rencana pada 3 April 2010 setelah pembuatan rencana mengenai Mesegar de Tajo (Mesegar de Tajo).[1]

Pada 16 Mac 2011, komuniti Wikipedia Bahasa Aragon telah meraikan rencana ke-25,000, Castiello de Sibirana (Istana Sibirana),[1] dengan menghasilkan logo khas.

Pada 11 Jun 2014, Wikipedia Bahasa Aragon mencapai 30,000 rencana dengan pembuatan rencana Aragosaurus (Aragosaurus).[3]

  1. ^ a b c d e f Biquipedia: Autualidat
  2. ^ Halaman statistik Wikipedia Bahasa Aragon
  3. ^ a b Arredol. "A Wikipedia en Aragonés ya tien más de 30.000 articlos" [Wikipedia dalam bahasa Aragon sudah mempunyai lebih dari 30,000 rencana] (dalam bahasa Aragon). Arredol. Dicapai pada 26 Jun 2014.
  4. ^ Meta-Wiki's list of language Wikipedias ordered by size
  5. ^ List of Wikipedias by speakers per article
  6. ^ a b El aragonés triunfa en Wikipedia, (dalam bahasa Sepanyol) Heraldo de Aragón

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]