Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/18 Februari
Penampilan
18 Februari: Hari Kemerdekaan di Gambia (1965)
- 1861 – Jefferson Davis dilantik sebagai Presiden Negeri-Negeri Gabungan Amerika pertama (dan terakhir).
- 1908 – Bangunan baharu Teater Drama Diraja (gambar) di Stockholm, Sweden dibuka dengan drama Master Olof oleh August Strindberg.
- 1932 – Empayar Jepun menubuhkan Manchukuo, sebuah negara boneka di timur laut China semasa Perang China-Jepun Kedua.
- 1948 – Persidangan pertama Majlis Raja-Raja Melayu selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dilangsungkan.
- 2010 – Sekumpulan askar menggempur istana presiden Niger dan menahan Presiden Tandja Mamadou.
Hari-hari sebelum: 17 Februari – 16 Februari – 15 Februari