Pergi ke kandungan

Ufa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Уфа

Ufa (Rusia:Уфа́}}; Bashkir:Өфө, Öfö; Tatar: Өфе|Öfe; Chuvash: Ӗпхӳ, Ephü) merupakan sebuah bandar yang terletak di Republik Bashkortostan, Rusia. Populasi bandar ini berjumlah: 1,021,500 (jangkaan 2008); 1,042,437 (bancian 2002).

Ufa merupakan satu pusat perindustrian dikawasan Ural Barat, dan ia terletak di kuala sungai Belaya dan Sungai Ufa. Industri-industri yang terlibat di kawasan ini, termasuk perkakasan elektrik dan perlombongan, penapisan minyak, petrokimia, getah sintetik, dan pemprosessan makanan. Lapangan terbang Ufa berhubung dengan bandar-bandar di Rusia yang lain, juga melibatkan negera luar seperti Armenia, Azerbaijan, Jerman, Turki dan Uzbekistan. Juga terdapat lapangan terbang kecil di utara bandar ini, iaitu Lapangan terbang Ufa Maximovka.