Pergi ke kandungan

Todak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Todak
Julat zaman: 3–0 Ma
Pliosen Awal hingga Kini[1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Istiophoriformes
Keluarga: Xiphiidae
Swainson, 1839
Genus: Xiphias
Linnaeus, 1758
Spesies:
X. gladius
Nama binomial
Xiphias gladius
Taburan sejagat ikan todak
Sinonim[3]
  • Xiphias imperator Bloch & Schneider, 1801
  • Tetrapterus imperator (Bloch & Schneider, 1801)
  • Xiphias rondeletii Leach, 1814
  • Phaethonichthys tuberculatus Nichols, 1923
  • Xiphias estara Phillipps, 1932
  • Xiphias thermaicus Serbetis, 1951

Todak, suji todak, mersuji atau tumbuk banir (nama saintifik: Xiphias gladius)[4][5][halaman diperlukan] ialah spesies ikan pemangsa yang tunggal dalam keluarga Xiphiidae[6] ditemukan meluas di perairan beriklim sederhana dan tropika lautan-lautan Atlantik, Pasifik, dan Hindi dari dekat permukaan sehingga ke kedalaman 550 meter malah melebihi kedalaman 2,234 m.[2]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Nama genus Xiphia dan keluarga Xiphiidae datang daripada perkataan bahasa Yunani ξίφος xiphos yang bermaksud "pedang".[7]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Ikan ini mempunyai muncung panjang yang leper dan tajam, muncung ini digunakan untuk mengelar mangsanya sehingga terluka sebelum mangsa itu boleh diterkam.[7]

Biji-biji matanya mempunyai organ khas yang memanaskan dan meningkatkan suhu kepada 10–15 °C lebih daripada suhu air di sekelilingnya. Pemanasan ini meningkatkan daya penglihatannya yang memudahkan kebolehannya memburu mangsa.[8][9]

Badannya bulat dan lonjong. Ia biasanya mencapai panjang 3 m (10 ka), dengan panjang maksimumnya dicatatkan 4.55 m (14 ka 11 in) dengan berat 650 kg (1,430 lb).[3][7] Ia kehilangan semua gigi dan sisik apabila menjadi dewasa.

  1. ^ Fierstine, Harry L. (1990). "A paleontological review of three billfish families (Istiophoridae, Xiphiidae, and Xiphiorhynchidae)" (PDF). Biological Sciences: 11.
  2. ^ a b Collette, B.B; Di Natale, A.; Fox, W.; Graves, J.; Juan Jorda, M.; Pohlot, B.; Restrepo, V.; Schratwieser, J. (2022). "Xiphias gladius". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2022. doi:10.2305/IUCN.UK.2022-1.RLTS.T23148A46625751.en. Dicapai pada 26 November 2023.
  3. ^ a b Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2018). "Xiphias gladius" di FishBase. versi Februari 2018.
  4. ^ Froese, Rainer; Pauly, Daniel, penyunting (Disember 2011). "Common names of Xiphias gladius". FishBase. Dicapai pada 1 Disember 2023‎. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  5. ^ Yusri Atan; Hamadan Jaafar; Abdul Rahman Abdul Majid, penyunting (2015). Ikan Laut Malaysia: Glosari Nama Sahih Spesies Ikan. Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia. ISBN 9789834603755.
  6. ^ Froese, Rainer; Pauly, Daniel, penyunting (Disember 2011). "Family Xiphiidae - Swordfish". FishBase. Dicapai pada 26 November 2023‎. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  7. ^ a b c Gardieff, S. "Swordfish". Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Florida. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2015. Dicapai pada 26 Disember 2011.
  8. ^ Fritsches, K. A.; Brill, R. W.; Warrant, E. J. (Januari 2005). "Warm eyes provide superior vision in swordfishes". Current Biology. 15 (1): 55–58. doi:10.1016/j.cub.2004.12.064. PMID 15649365. S2CID 14070646.
  9. ^ Hopkin, Michael (Januari 2005). "Swordfish heat their eyes for better vision". Nature. doi:10.1038/news050110-2.