The Legend of Zelda: The Minish Cap
The Legend of Zelda: The Minish Cap | |
---|---|
Pembangun | Capcom Flagship[a] |
Penerbit | Nintendo |
Pengarah | Hidemaro Fujibayashi |
Pengeluar | Keiji Inafune |
Artis | Haruki Suetsugu |
Komposer | Mitsuhiko Takano |
Siri | The Legend of Zelda |
Platform | Game Boy Advance |
Pelepasan | |
Genre | Action-adventure |
Mod | Single-player |
The Legend of Zelda: The Minish Cap (Bahasa Jepun: ゼルダの伝説 ふしぎのぼうし, Tulisan Jawi: ليݢيندا زيلدا توڤي مينيش, Rumi: Legenda Zelda: Topi Minish) ialah sebuah permainan video aksi-pengembaraan yang merupakan siri ke-12 dalam The Legend of Zelda. Dibangunkan oleh Capcom dan Flagship dengan Nintendo sebagai pengawas proses pembangunan, ia dikeluarkan untuk konsol pegang Game Boy Advance di Jepun dan Eropah pada tahun 2004 dan di Amerika Utara dan Australia pada tahun berikutnya.[1] Pada Jun 2014, ia telah disediakan untuk konsol pelagak Wii U.
The Minish Cap secara umum diterima baik dalam kalangan pengkritik.[2] Ia dinamakan permainan Game Boy Advance terbaik ke-20 dalam artikel IGN[3] dan telah dipilih sebagai Game Boy Advance Game of the Year 2005 oleh GameSpot.[4]
Ciri Permainan
[sunting | sunting sumber]The Minish Cap mengekalkan ciri permainan yang terdapat dalam keluaran Zelda sebelumnya.[5] Protagonis utama, Link, harus mengatasi beberapa penjara bawah tanah untuk mendapatkan alat atau peningkatan kuasa pada penghujung setiap penjara bawah tanah yang penting dalam petualangannya. Setiap bos harus dikalahkan dengan alat yang diperoleh di dalam penjara bawah tanah tersebut. Permainan ini juga termasuk beberapa tugas tidak wajib yang bukan sebahagian daripada pencarian utama tetapi mungkin memanfaatkan pemain.[6] Beberapa watak daripada siri Zelda yang lain juga dijumpai dan menjadi sebahagian tugas tidak wajib di The Minish Cap.[7]
Penerimaan dan anugerah
[sunting | sunting sumber]The Minish Cap adalah permainan paling laris dalam minggu pertamanya di Jepun, dengan penjualan 97,000 salinan.[8] Ia menjadi permainan laris ke-62 pada tahun 2004 dengan penjualan 196,477 salinan,[9] dan mempunyai sejumlah 350,000 salinan secara keseluruhan di negara itu.[10] Di Amerika Utara, The Minish Cap dijual 217,000 salinan pada bulan debut pada Januari 2005, menjadi permainan laris ke-4 pada bulan itu.[11] Ia kekal di antara lima permainan terlaris pada Februari dan Mac.[12][13] The Minish Cap menutup tahun sebagai permainan laris ke-7 pada tahun 2005.[14] Pada Mac 2005, permainan itu telah terjual sebanyak satu juta unit di seluruh dunia.[15] Di Amerika Syarikat sahaja, The Minish Cap dijual 680,000 salinan dan memperoleh $21 juta menjelang Ogos 2006. Dalam tempoh di antara Januari 2000 dan Ogos 2006, ia merupakan permainan laris ke-37 yang dikeluarkan untuk Game Boy Advance, Nintendo DS atau PlayStation Portable di negara itu.[16]
Penerimaan | ||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Rujukan
[sunting | sunting sumber]
- ^ "Zelda: Minish Cap: Release Dates". GameSpot. CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada January 31, 2009. Dicapai pada October 28, 2007.
- ^ a b "The Legend of Zelda: Minish Cap reviews". GameRankings. CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada January 11, 2009. Dicapai pada October 28, 2007.
- ^ a b Harris, Craig (March 16, 2007). "Top 25 Game Boy Advance Games of All Time". IGN. Ziff Davis. Diarkibkan daripada yang asal pada January 18, 2011. Dicapai pada March 18, 2007.
- ^ a b "Gamespot's Best of 2005–Platforms". GameSpot. CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada February 8, 2009. Dicapai pada October 28, 2007.
- ^ a b Shoemaker, Brad (January 11, 2005). "The Legend of Zelda: The Minish Cap review". GameSpot. Dicapai pada October 28, 2007.
- ^ Theobald, Phil (January 10, 2005). "The Legend of Zelda: The Minish Cap review". GameSpy. IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada October 6, 2008. Dicapai pada October 28, 2007.
- ^ "Yahoo: The Legend of Zelda: The Minish Cap". Yahoo Games. Dicapai pada October 28, 2007.[pautan mati]
- ^ Jenkins, David (November 12, 2004). "Japanese Sales Charts, Week Ending November 7th". Gamasutra. Dicapai pada February 12, 2009.
- ^ "2004 Top 100 Best Selling Japanese Console Games". The Magic Box. Dicapai pada February 12, 2009.
- ^ Kohler, Chris (June 26, 2007). "Big Zelda Sales In Japan". Wired. Dicapai pada February 12, 2009.
- ^ Feldman, Curt (February 16, 2005). "NPD: January console-game revenues flat". GameSpot. CBS Interactive. Dicapai pada February 12, 2009.
- ^ Thorsen, Tor (March 29, 2005). "ChartSpot: February 2005". GameSpot. CBS Interactive. Dicapai pada February 12, 2009.
- ^ Adams, David (March 16, 2005). "Top of the Console Pops". IGN. Dicapai pada July 30, 2013.
- ^ Surette, Tim (July 28, 2005). "NPD: 2005 game sales up 21 percent". GameSpot. CBS Interactive. Dicapai pada February 12, 2009.
- ^ "Nintendo 2005 Annual Report" (PDF). m/s. 37. Dicapai pada November 13, 2008.
- ^ Keiser, Joe (August 2, 2006). "The Century's Top 50 Handheld Games". Next Generation. Diarkibkan daripada yang asal pada October 10, 2007.
- ^ "The Legend of Zelda: The Minish Cap Reviews and Articles". GameRankings. Dicapai pada May 9, 2012.
- ^ "GameSpy's Game of the Year 2005". GameSpy. Diarkibkan daripada yang asal pada December 24, 2005. Dicapai pada October 28, 2007.
- ^ "The Legend of Zelda: The Minish Cap for Gameboy Advance". Metacritic. Dicapai pada May 9, 2012.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaIGN review
- ^ "Legend of Zelda: The Minish Cap". Diarkibkan daripada yang asal pada June 14, 2006.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGamePro review
- ^ a b "Review: The Legend of Zelda: The Minish Cap". 1UP.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2007. Dicapai pada Mei 9, 2007.
- ^ "The Legend of Zelda: The Minish Cap - Review". AllGame. Diarkibkan daripada yang asal pada February 16, 2010. Dicapai pada May 28, 2013.
- ^ "2005 Nintendo Power Awards". Nintendo Power. 203. m/s. 53..
- ^ "NP Top 200". Nintendo Power. 200. m/s. 61..
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan
- Rencana dengan pautan luar mati dari January 2018
- Rencana yang menggunakan infobox Wikidata dengan gambar yang ditentukan secara tempatan
- Articles with short description
- Short description is different from Wikidata
- Permainan video pemain tunggal
- Permainan Virtual Console
- Permainan video yang dibangunkan di Jepun
- Permainan Nintendo
- Permainan video The Legend of Zelda
- Permainan Game Boy Advance
- Permainan video 2004
- Pages with reference errors that trigger visual diffs