Terus Mencintai
"Terus Mencintai" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Nordiana | ||||
Dilancarkan | Mac 2017 | |||
Dirakamkan | 2017 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Format | Muat turun digital | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 3:53 | |||
Syarikat | Seventeen Eleven Music | |||
Penulis | Siti Nordiana | |||
Penerbit | Siti Nordiana | |||
Kronologi Kronologi Siti Nordiana | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Terus Mencintai" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nordiana. Lagu ini merupakan hasil nukilan sepenuhnya oleh beliau dan dikeluarkan pada Mac 2017 oleh Seventeen Eleven Music.[1][2][3]
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]"Terus Mencintai" merupakan percubaan kedua Siti Nordiana sebagai komposer selepas lagu "Seribu Janji" yang dimuatkan dalam album keempatnya, Pelangi (2004).[4]
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Sejak dikeluarkan, "Terus Mencintai" mendapat lebih 6.7 juta tontonan di YouTube. Lagu ini juga mendominasi carta Top Top 50 di Raku.mysekali gus menjadi melodi yang paling didengari sepanjang minggu ini di aplikasi itu.[5]
"Terus Mencintai" juga menjadi juara Carta Era 40 selama 6 minggu berturut-turut, carta Hits Gegar selama 2 minggu dan carta Hot FM Top 40 selama 7 minggum Ia turut tersenarai dalam sepuluh lagu teratas di carta RIM yang dikira menerusi kesemua aplikasi penstriman. "Terus Mencintai" turut menjuarai carta Muzik-Muzik 32. Muzik video rasmi lagu ini telah mencecah hampir 7 juta tontonan.[6]
Format dan senarai runut
[sunting | sunting sumber]- Muat turun digital[7]
- "Terus Mencintai" – 3:53
Sejarah keluaran
[sunting | sunting sumber]Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | Mac 2017 | Muat turun digital[7] pensitriman digital[8] |
Seventeen Eleven Music |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Farhan Ikram (23 Mac 2017). "Terus Mencintai, pengalaman duka Siti Nordiana". mStar Online. Dicapai pada 7 Julai 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (28 Disember 2017). "Terus Mencintai ubah nasib Nana". Berita Harian. Dicapai pada 7 Julai 2018.
- ^ Norhayati Nordin (12 Mac 2017). "Nana cipta lagu sendiri". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-07. Dicapai pada 7 Julai 2018.
- ^ Tahir Alhamzah (24 Ogos 2017). "Nana: Rayyan much happier now". New Straits Times. Dicapai pada 21 Mei 2018.
- ^ "Terus Mencintaimu oleh Siti Nordiana menggigit". Astro Awani. 11 Mac 2017. Dicapai pada 7 Julai 2018.
- ^ Budiey (2 November 2017). "Lagu Terus Mencintai Siti Nordiana terus ungguli carta radio tempatan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Julai 2018.
- ^ a b "Terus Mencintai - Single". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 10 Julai 2017.
- ^ "Terus Mencintai - Single by Siti Nordiana". Spotify. Dicapai pada 10 Julai 2018.