Pergi ke kandungan

Terima Aku Seadanya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terima Aku Seadanya
Genre
Ditulis oleh
  • Sham Hashim
  • Che Li
  • Nana Khalil
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Bila Ada Kamu" oleh De Fam, Aman RA & Alif
Lagu penutup"Bila Ada Kamu" oleh De Fam, Aman RA & Alif
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifFrancis Foo
Juliana Foo
PenerbitJuliana Foo
PenyuntingAiman Azfar
Alia Khaidir
M Norhakim Junid
Haziq Omar
LokasiMalaysia
Tempoh siaran39–42 minit
Syarikat penerbitan
Filmscape Sdn. Bhd.
Juita Viden Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalNTV7 (Slot GlamaDrama)
Format gambarHDTV
Format audioSurround
Tayangan ulang di
TV3 (Slot Lestary)
11 September 2019 — 24 Oktober 2019
Siaran asal2 Oktober 2018 (2018-10-02) – 29 Oktober 2018 (2018-10-29)
Kronologi
MengikutiNTV7: Cinta Koko Coklat
TV3: Tuan Danial
Diikuti olehNTV7: Rahasia Kasih
TV3: Pesan Pada Hati

Terima Aku Seadanya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Eoon Shuhaini sebanyak 20 episod.[1] Siri ini telah diterbitkan oleh Filmscape Sdn. Bhd. & Juita Viden Sdn. Bhd. dan telah disiarkan di saluran NTV7 melalui Slot GlamaDrama bermula 2 Oktober 2018 dan episod akhir telah ditayangkan pada 29 Oktober 2018. Drama ini disiarkan semula di TV3 pada 11 September 2019 hingga 24 Oktober 2019 di Slot Lestary.

Mengisahkan Kamelia (Puteri Aishah), yang terdesak untuk menurunkan berat badannya setiap kali dia teringatkan kekasihnya, Edry (Daler Yusuf) yang bermain kayu tiga dengan adik tirinya, Sahara (Julia Farhana Marin). Adik tirinya itu lebih jelita berbanding dengan tubuhnya yang semakin gempal.

Kamelia mula mengambil pelbagai produk untuk kurus tanpa mempedulikan kesan sampingannya. Setelah gagal mencapai hasil yang diingini, Kamelia menyertai program khas di sebuah gimnasium. Berlaku satu insiden yang hampir menyebabkan nyawanya Kamelia terancam akibat pengambilan pil kurus yang berlebihan yang akhirnya mempertemukan Kamelia dan Irfan (Nazim Othman).

Irfan adalah pemilik gimnasium tersebut yang turut diusahakan bersama-sama sahabat baiknya, Alif (Ryzal Jaafar). Tetapi dalam diam, Alif rupa-rupanya menyimpan dendam terhadap Irfan. Tanpa pengetahuan sesiapa, Irfan sebenarnya adalah pewaris sebuah syarikat gergasi tetapi dia enggan terlibat dalam bisnes keluarga yang diterajui oleh neneknya.

Bermulalah perjalanan Kamelia untuk kembali ke gaya hidup sihat di bawah seliaan Irfan yang taksub dengan bersenam. Kerana perasaan cemburu, tamak serta dendam yang terpendam dalam hati masing-masing telah menyebabkan beberapa insiden dan konflik berlaku antara Sahara, Edry dan Alif sekaligus merapatkan lagi hubungan Irfan dan Kamelia. Tanpa sedar, bibit-bibit cinta mula hadir di antara mereka berdua.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
No. Tajuk Tarikh siaran pertama
1"Dunia Ini Tidak Adil"2 Oktober 2018 (2018-10-02)
2"Hari Paling Malang"3 Oktober 2018 (2018-10-03)
3"Pertandingan Bermula"4 Oktober 2018 (2018-10-04)
4"Teman Lelaki Upahan"5 Oktober 2018 (2018-10-05)
5"Hidup Di Neraka Dunia"8 Oktober 2018 (2018-10-08)
6"Kembali Ke Gim"9 Oktober 2018 (2018-10-09)
7"Refleksi Diri"10 Oktober 2018 (2018-10-10)
8"Kamelia v2.0"11 Oktober 2018 (2018-10-11)
9"Melangkah Ke Hadapan"12 Oktober 2018 (2018-10-12)
10"Terbongkar Rahsia"15 Oktober 2018 (2018-10-15)
11"Musuh Utama"16 Oktober 2018 (2018-10-16)
12"Siapa Menang?"17 Oktober 2018 (2018-10-17)
13"Selebriti Segera"18 Oktober 2018 (2018-10-18)
14"Cemburu"19 Oktober 2018 (2018-10-19)
15"Perangkap"22 Oktober 2018 (2018-10-22)
16"Malang Tidak Berbau"23 Oktober 2018 (2018-10-23)
17"Dugaan Bercinta"24 Oktober 2018 (2018-10-24)
18"Keabadian Cinta"25 Oktober 2018 (2018-10-25)
19"Jiwa Kacau"26 Oktober 2018 (2018-10-26)
20"Bahagia Selamanya?"29 Oktober 2018 (2018-10-29)
  1. ^ "Terima Aku Seadanya". Raja Drama.
  2. ^ “Saya orang kampung, takkan tak pandai masak” - Puteri Aishah
  3. ^ Nazim sedar diri

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]