Sultan Assyaidis Syarif Kasyim Abdul Jalil Syaifudin
Penampilan
(Dilencongkan daripada Sultan Assyaidis Syarif Kasyim Abdul Jalif Syaifudin)
Sultan Assyaidis Syarif Kasyim Abdul Jalil Syaifudin (Syarif Kasyim II), merupakan sultan kedua belas dalam turutan sultan-sultan Kerajaan Siak Sri Indrapura. Baginda memerintah dari tahun 1915 sehingga 1949.
Baginda turut dikenali sebagai Tengku Sulong, ditabalkan sebagai sultan setelah ± 7 tahun kemangkatan ayahandanya Sultan Syarif Hasyim. Beliau merupakan Sultan terakhir dan pada bulan November 1945 mengirim kawat kepada Presiden Republik Indonesia yang menyatakan kesetiaanya dan beliau menyerahkan harta bendanya untuk perjuangan kemerdekaan Republik Indonesia.