Pergi ke kandungan

Sukhoi Su-35

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukhoi Su-35
Sebuah pesawat Su-35S dari Tentera Udara Rusia
Peranan Pesawat penguasaan udara
Pengeluar Komsomolsk-on-Amur Aircraft Production Association (KnAAPO) / Sukhoi
Penerbangan sulung Su-27M: 28 Jun 1988
Su-35S: 19 Februari 2008
Diperkenalkan 2014
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Rusia
Jumlah dibina Su-27M: 15 buah[1]
Su-35S: 48 buah[2]
Kos seunit AS$40 juta[3] hingga $65 juta(anggr.)[4][5]
Dibangunkan dari Sukhoi Su-27
Kelainan Sukhoi Su-35BM

Sukhoi Su-35 (Su-27M) (nama pengenalan NATO : Flanker-E) adalah pesawat satu tempat duduk generasi ke-4.5, kelas berat, jarak jauh, pelbagai peranan, pesawat penguasaan udara dan pesawat penyerang. Disebabkan persamaan ciri-ciri dan komponen-komponennya, pesawat Sukhoi Su-35 dianggap sebagai menyerupai pesawat Sukhoi Su-30MKI, versi yang istimewa bagi Sukhoi Su-35.[6] Ia kemudian dibangunkan lebih lanjut yang menghasilkan pesawat Su-35BM. Hanya 5 buah pesawat Su-35 dioperasi oleh Tentera Udara Rusia.[1]

Reka bentuk dan pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Pesawat ujian T10-24 telah dibina pada tahun 1985 manakala ujian penerbangan pula dilakukan pada tahun 1988. Pesawat prototaip pertama kali dipamerkan di khalayak umum pada tahun 1992 di Pameran Udara Farnborough. Sebanyak 11 buah pesawat prototaip telah dibina sehingga tahun 1994, dengan perkhidmatan dirancang pada tahun 1995. Selepas itu, penerbangan ujian pertama pesawat Su-35 yang dipertingkatkan iaitu pesawat Su-37 "Flanker-F" dilakukan pada tahun 1996 dan pemindahan pesawat prototaip Su-35 yang sedia ada ke dalam program ini menunjukkan seolah-olah tanda penamat kepada program pembangunan pesawat Su-35. Sebaliknya, pesawat Su-37 akhirnya ditukar semula kepada Su-35. Pesawat Su-35 sekarang sedang dibina untuk Tentera Udara Rusia dan baru-baru ini telah dipamerkan di Pameran Udara dan Penerbangan Antarabangsa 200 (MAKS-2007).

Pesawat Su-35 mempunyai sayap yang lebih besar dan enjin yang lebih berkuasa seperti pesawat Su-33 "Flanker-D". Perubahan-perubahan lain berbanding Su-27 dan Su-30 termasuk sirip hadapan, muncung yang lebih besar, penggunaan fiber karbon dan aloi aluminium-lithium yang lebih banyak untuk kerangka pesawat, dan sirip ekor yang lebih besar dan berpetak. Muncung baru ini akan menempatkan radar radar jujukan pengimbas elektronik pasif yang dipertingkatkan. Peningkatan yang lain adalah sistem avionik dan sistem elektronik, termasuk sistem digital fly-by-wire dan radar pandang belakang untuk menembak peluru berpandu Radar Semi-Aktif.

Sistem tujahan vektor 2-dimensi tak simetri telah diuji pada pesawat Su-35 dan dilihat sebagai asas untuk membangunkan pesawat Su-37 "Flanker-F". Enjin tujahan vektor 2-dimensi baru, AL-117S, telah dibangunkan dan akan mengantikan enjin AL-35 atau AL-31F yang sedia ada. Keluaran purata radar pesawat Su-35 Radar adalah 5 kW dan keluaran puncak pula adalah 20 kW.[7]

Su-35UB sedang membuat pendaratan.
Su-35
Pesawat satu tempat duduk.
Su-35UB
Pesawat pejuang dan latihan 2 tempat duduk.[2] Pesawat ini mempunyai penstabil menegak yang lebih tinggi dan fiuslaj depan yang sama dengan pesawat Sukhoi Su-30.
Su-35BM
Pesawat satu tempat duduk dengan sistem avionik yang dinaik taraf dan pelbagai pengubahsuaian pada kerangka pesawat.

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri umum :

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 22.20 m (72.83 kaki)
  • Rentang sayap: 15.15 m (49.70 kaki)
  • Tinggi: 6.43 m (21.08 kaki)
  • Sayap luas: 62.0 m² (666 kaki²)
  • Berat kosong: 17,500 kg (38,600 lb)
  • Berat berisi: 25,700 kg (56,660 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 34,000 kg (74,995 kaki)
  • Loji kuasa: 2× Lyulka AL-35F kipas turbo

Prestasi :

  • Kelajuan maksimum: 2,500 km/j (1,552 bsj (Mac 2.34))
  • Jarak: 4,000 km (2,500 batu)
  • Lelangit khidmat 18,000 m (59,100 kaki)
  • Kadar kenaikan: 325 m/s (64,350 kaki/min)
  • Beban sayap: 85.1 lb/ft² (414.5 kg/kaki²)

Persenjataan

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Berkaitan

Pesawat setanding

Lihat juga

Nota
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Milavia_Su-27M
  2. ^ http://bmpd.livejournal.com/1770820.html
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Price_tag
  4. ^ "Sukhoi shows off its new super agile fighter". Russia Today. 8 July 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-25. Dicapai pada 24 August 2013.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 64jetorder
  6. ^ Su-35 / Pesawat Pejuang Pelbagai Peranan Su-37
  7. ^ Analisis: China mencari teknologi baru Rusia Dicapai: 24 November 2007.
Bibliografi
  • Crosby, Francis. "Sukhoi SU-35." Fighter Aircraft. London: Lorenz Books, 2002. ISBN 0-7548-0990-0.
  • Williams, Mel. "Sukhoi 'Super Flanker' Family." Superfighters: The Next Generation of Combat Aircraft. Norwalk, CT: AIRtime Publishing, 2002. ISBN 1-880588-53-6.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]