Simpang Renggam
Simpang Renggam ialah sebuah pekan di Daerah Kluang, Johor, Malaysia. Sekarang Simpang Renggam di bawah pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam. Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan, dimana pengistiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001.
Majlis Daerah Simpang Renggam
[sunting | sunting sumber]Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan dan pengisytiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001. Ini adalah selaras dengan penstrukturan semula Kerajaan Negeri dengan peningkatan taraf beberapa buah Penguasa Tempatan di Negeri Johor.
Pada asalnya Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam terletak di Bandar Renggam tetapi kepesatan pembangunan yang begitu ketara di Pekan Simpang Renggam menjadikan tumpuan kependudukannya begitu pesat sekali. Maka pada 1 Januari 1996, pejabat ini dengan rasminya dipindahkan ke Simpang Renggam sebagai pusat pentadbiran utama.
Majlis Daerah Simpang Renggam merangkumi 5 buah Majlis Tempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang dan Sungai Sayong. Penstrukturan semula oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1979 dengan kuasa perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 sebagai teras kepada wujudnya sebuah Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai pemangkin prasarana kepada masyarakat di pendaerahan ini yang keluasaannya diwartakan di bawah Pelan Warta PW1287 (JPU.17. 1979) dengan anggaran penduduk seramai 49,780 orang terdiri dari pelbagai kaum.
Penempatan Majlis
[sunting | sunting sumber]Terdiri daripada 5 buah penempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Sungai Sayong dan Layang-Layang dengan ciri-ciri dan sejarah penempatannya yang unik. Pekerjaan utama adalah sebagai peladang, pedagang dan kakitangan kerajaan serta swasta.
Sejarah Bandar Renggam tercatat dalam Muzium British di United Kingdom iaitu ia telah menerima kunjungan Ratu Elizabeth II dan Ratu Victoria pada tahun-tahun 1950'an. Sebagai penempatan utama pada masa itu, ia telah menjadi tumpuan Kolonial Inggeris yang memiliki ladang-ladang besar seperti Ladang Guthrie, Ladang Ulu Remis dan sebagainya yang masih kekal sehingga kehari ini.
Padang Golf, lapangan terbang dan bangunan-bangunan lama adalah tinggalan sejarah yang masih kekal sehingga kini.
Sekolah
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah senarai nama sekolah yang terletak di kawasan Simpang Renggam
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Andak
- Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam
- Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam
- Sekolah Menengah kebangsaan Dato' Haji Hassan Yunos
- Sekolah Kebangsaan Seri Kampong Renggam
- Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar
- Sekolah Kebangsaan Seri Macap
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tuan Poon
- Sekolah Kebangsaan Kampong Dato Ibrahim Majid
- Sekolah Kebangsaan Sungai Linau
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ibrahim Majid
- Sekolah Kebangsaan Seri Kencana
- Sekolah Menengah Islam As Syddiq (Swasta)
Tempat lawatan
[sunting | sunting sumber]- Pekan Simpang Renggam
- Pusat Komuniti Simpang Renggam
- Pasukan Gerakan Am (PGA BN5)