Siklon Nargis
Koordinat: 16°03′01″N 94°48′32″E / 16.05028°N 94.80889°E
Ribut siklon yang terlalu teruk (skala IMD) | |
---|---|
Siklon tropika kategori 4 (SSHWS) | |
Terbentuk | 27 April 2008 |
Reda | 3 Mei 2008 |
Angin terkuat | 3 minit berterusan: 165 km/j (105 bpj) 1 minit berterusan: 215 km/j (135 bpj) |
Tekanan terendah | 962 hPa (mbar); 28.41 inHg |
Kematian | 146,000 (jangkaan).[1][2][3] |
Kerosakan | $10 bilion (2008 USD) |
Kawasan terjejas | Myanmar, Sri Lanka, India, Bangladesh |
Sebahagian daripada Musim siklon Lautan Hindi Utara 2008 |
Siklon Nargis (Penamaan JTWC: 01B, juga dikenali sebagai Very Severe Cyclonic Storm Nargis) ialah sebuah siklon tropika kencang yang bertemu daratan di Myanmar pada 2 Mei 2008, mengakibatkan kemusnahan bencana dan sekurang-kurangnya 146 ribu orang terkorban dan ribuan lagi masih hilang.[4] Bagaimanapun, Perbandaran Labutta sahaja dilaporkan kehilangan 80,000 nyawa dan sesetengah pihak menganggarkan jumlah kematian pastinya melebihi 100,000.[5] Kerosakan pula dianggarkan sebanyak $10 bilion (USD), yang menjadikannya siklon paling mahal pernah terjadi di lembangan ini.[6]
Nargis ialah siklon bernama paling dahsyat di lembangan Lautan Hindi Utara, dan juga siklon bernama kedua paling besar sepanjang sejarah, mengekori Taufan Nina. Termasuk ribut tanpa nama, Nargis ialah siklon ke-8 paling teruk sepanjang sejarah. Nargis ialah ribut tropika pertama yang melanda Myanmar sejak Siklon Mala menemui daratan pada tahun 2006.
Nama siklon "Nargis" (نرگس IPA: [næɵr-ɡɵs]), merupakan perkataan Parsi yang bermaksud bunga dafodil, namun perkataan itu dipinjam oleh bahasa Urdu dan siklon itu dinamakan dari bahasa Urdu.[7]
Ribut bernama pertama dalam musim siklon Lautan Hindi Utara 2008 ini berkembang pada 27 April di pusat Teluk Benggala. Mula-mulanya Nargis perlahan-lahan menuju ke arah barat laut, dan setelah menemui keadaan yang menggalakkan, maka ribut itu semakin kuat. Udara kering melemahkan siklon itu pada 29 April, namun selepas mula bergerak ke arah timur Nargis cepat bertambah kencang agar mencapai angin kemuncak sekurang-kurangnya 165 km/j (105 bsj) pada 2 Mei; Pusat Amaran Taufan Bersama menilai angin kemuncak sebanyak 215 km/j (135 bsj). Siklon itu menuju ke daratan di Bahagian Ayeyarwady di Myanmar apabila semakin mencapai kekencangan kemuncak dan, selepas menghampiri bandar raya utama Yangon, ribut itu beransur lemah sehingga lesap berhampiran sempadan Myanmar-Thailand.
Bantuan
[sunting | sunting sumber]Negara | Bantuan[8] |
---|---|
ASEAN | Pasukan penaksiran dan 30 kakitangan perubatan setiap negara.[9] |
Australia | AUD $25 juta (USD $23.5 juta)[10] dan 31 tan bekalan.[11] |
Bangladesh | 20 tan makanan, ubatan |
Belgium | EUR €250,000 dan EUR 100,000 dari Flanders |
Brunei | Bahan bantuan[12] |
Kemboja | USD $50,000[13] |
Kanada | Sehingga USD $2 juta dalam bantuan kecemasan, $500,000 daripadanya untuk Palang Merah |
China | USD $5.3 juta bahan bantuan (termasuk 3 penerbangan menggunakan Jade Cargo International setiap satunya membawa 60 tan bantuan) |
Republik Czech | USD 154,000 |
Denmark | USD $2.1 juta[14] |
Kesatuan Eropah | USD 3.0 juta |
Finland | EUR €300,000 [15] |
Perancis | 1,500 tan ubat, makanan dan air;[16] USD $775,000 |
Jerman | USD $3.0 juta |
Greece | USD $200,000, ubatan dan bantuan kemanusiaan[17] |
Hungary | USD 300,000, bantuan kemanusiaan, makanan dan ubatan |
India | Lebih 178 tan bahan bantuan ; khemah, bekalan makanan, ubatan. Satu pasukan perubatan 50 orang dihantar untuk membangunkan hospital di delta Irrawaddy.[18][19] |
Indonesia | USD 1 juta tunai serta bantuan makanan dan ubatan |
Ireland | EUR €1,000,000 |
Israel | USD $100,000, bekalan makanan dan ubatan oleh pertubuhan swasta |
Jepun | JPY ¥28 juta dalam bentuk penjana elektrik = USD $267,000; USD $10 juta melalui Program Makanan Sedunia PBB & bantuan USD $570,000 dijanjikan [20] |
Lithuania | Lt200,000 ($90,000) diberikan kepada Palang Merah.[21] |
Malaysia | USD 4,100,000 (RM 13.1 juta) |
Belanda | EUR €1,000,000 |
New Zealand | NZD $1.5 juta (USD $1.15 juta)[22] |
Norway | Sehingga USD $1.96 juta[23] |
Singapura | USD 200,000[24] |
Pakistan | Bahan bantuan dan pembangunan hospital di kawasan terbabit apabila dibenarkan kerajaan Myanmar.[25] |
Filipina | Pekerja perubatan dan $500,000 USD serta bahan bantuan[26] |
Rusia | 80 tan makanan, penjanam ubatan, khemah dan selimut[27] |
San Marino | EUR €30,000[28] |
Singapura | USD $200,000[29] |
Sepanyol | USD $775,000 kepada Program Makanan Sedunia PBB |
Sri Lanka | USD $100,000 serta bantuan makanan dan pekerja perubatan |
Sweden | Bantuan logistik dan sistem pembersihan air |
Switzerland | USD 475,000 (permulaan) |
Taiwan | USD $200,000 |
Thailand | USD $100,000, makanan dan bekalan perubatan (permulaan)[30] |
Turki | USD $1,000,000 dari kerajaan, USD $600,000 dari Bulan Sabit Merah[31] |
United Kingdom | GBP ₤17 juta (USD $33.5 juta)[32], HMS Westminster [33] |
Amerika Syarikat | USD $16.25 juta,[34] 6 C-130, kumpulan USS Essex[35] |
Vietnam | USD $200,000 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Myanmar cyclone toll rises to 138,000 dead, missing, Reuters UK
- ^ U.N. chief: Focus for Myanmar turns to reconstruction, CNN.com
- ^ ReliefWeb Myanmar: Cyclone Nargis OCHA Situation Report No. 40
- ^ "Burma death toll jumps to 78,000". BBC News. 2008-05-16. Dicapai pada 2008-05-17.
- ^ "U.S. envoy: Myanmar deaths may top 100,000". CNN. 7 Mei 2008. Dicapai pada 2008-05-07. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Asian bloc to handle Burma aid". Toronto Star. 19 Mei 2008. Dicapai pada 2008-05-19. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Cyclone Nargis -- Urdu for "daffodil"". Reuters India. 1980-05-07. Dicapai pada 2008-05-11.
- ^ Staff Writer (6 Mei 2008). "Aid starting to trickle into Burma: agencies". CTV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-26. Dicapai pada 2008-05-06. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Burma agrees to accept ASEAN cyclone aid". CNN. 2008-05-19. Dicapai pada 2008-05-19.
- ^ "Aus increases aid". Sky News Australia. 7 Mei 2008. Dicapai pada 2008-05-11. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Australia's cyclone contribution the biggest". Daily Telegraph. 2008-05-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-17. Dicapai pada 2008-05-14.
- ^ "Brunei to send relief supplies for Myanmar cyclone-hit". The Brunei Times. 2008-05-08. Dicapai pada 2008-05-08.
- ^ Cambodia donates $50,000 to cyclone-hit Myanmar - People's Daily Online
- ^ "Fogh lufter militær nødhjælp til Myanmar". Retrieved at: http://jp.dk/indland/article1340365.ece
- ^ "Finland to send emergency assistance to Myanmar". Minister for Foreign Affairs of Finland. 2008-05-07. Dicapai pada 2008-05-07.
- ^ Barbara Starr & David Ariosto (2008-05-11). "Relief boat sinks, leaving aid in Myanmar river". CNN. Dicapai pada 2008-05-11.
- ^ "Statement of FM Ms. Bakoyannis regarding provision of humanitarian aid to Myanmar/Burma". Greek Ministry of Foreign Affairs. 2008-05-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-09. Dicapai pada 2008-05-08.
- ^ "India sends doctors to Burma". BBC News. 16 Mei 2008. Dicapai pada 2008-05-16.
- ^ "India works to end Myanmar's isolation". The Times of India. 18 Mei 2008. Dicapai pada 2008-05-18.
- ^ Abs-Cbn Interactive, Japan gives $10-M aid to Myanmar
- ^ "200,000 litas allocated to each Myanmar and China", ELTA 16 Mei 2008
- ^ "Aid to Myanmar tripled". Newstalk ZB. 2008-05-08. Dicapai pada 2008-05-09.
- ^ "Norway prepared to provide NOK 10 million for cyclone victims in Burma/Myanmar". Ministry of Foreign Affairs of Norway. 2008-05-08. Dicapai pada 2008-05-08. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Singapore sends off first batch of relief supplies to Myanmar". Channel NewsAsia. 2008-05-07. Dicapai pada 2008-05-07.
- ^ "Relief goods sent to Myanmar". The Daily Times. 2008-05-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-21. Dicapai pada 2008-05-12.
- ^ "Filipino medical workers ready for Myanmar mission". Philippine Daily Inquirer. 2008-05-09. Dicapai pada 2008-05-10.
- ^ "Самолет МЧС России доставил в Мьянму гуманитарную помощь". Газета.Ru. 2008-05-10. Dicapai pada 2008-05-10.
- ^ "Congresso di Stato: San Marino riconosce il Kosovo". San Marino RTV. 2008-05-11. Dicapai pada 2008-05-13.
- ^ "Singapore sends off first batch of relief supplies to Myanmar". Channel NewsAsia. 2008-05-07. Dicapai pada 2008-05-07.
- ^ "Ministry of Foreign Affairs grants a financial assistance in the amount of $100,000 USD to Myanmar, following "Cyclone Nargis"". Thai Ministry of Foreign Affairs. 2008-05-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-09. Dicapai pada 2008-05-06.
- ^ "Cunta'nın İnadı Öldürüyor". Milliyet.com.tr. 2008-05-09. Dicapai pada 2008-05-09.
- ^ "UK pledges £5m in aid for Burma". BBC. 7 Mei 2008. Dicapai pada 2008-05-07. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Cameron urges aid drops for Burma, BBC (12 Mei 2008).
- ^ "CNN.com". Dicapai pada 2008-05-12.
First U.S. aid flight arrives in Myanmar
- ^ "Gates: U.S. Military Ready to Help, Ships, Air Support Staged". American Forces Press Service. 2008-05-08. Unknown parameter
|accessedate=
ignored (bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikiberita mempunyai berita berkaitan: Cyclone Nargis |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Siklon Nargis |