Rohani Abdul Karim
Yang Berhormat Dato' Sri Hajah Rohani Abdul Karim SSAP (Pahang); PNBS, PGBK (Sarawak) | |
---|---|
Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) | |
Menyandang jawatan 26 Mei 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Nancy Shukri |
Timbalan | Juwairiya Zulkifli |
Didahului oleh | Suhaimi Mohd Ghazali |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P201 Batang Lupar, Sarawak | |
Dalam jawatan 2008–2022 | |
Didahului oleh | Wan Junaidi Tuanku Jaafar |
Digantikan oleh | Mohamad Shafizan Kepli |
Majoriti | 10,277 (PRU-14) 10,964 (PRU-13) 8,092 (PRU-12) |
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Timbalan | Azizah Mohd Dun |
Didahului oleh | Mohd Najib bin Abdul Razak (pemangku) |
Digantikan oleh | Wan Azizah Wan Ismail |
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan | |
Dalam jawatan 9 April 2009 – 1 April 2013 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Didahului oleh | Tan Lian Hoe |
Digantikan oleh | Ahmad Bashah Md Hanipah |
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II Malaysia | |
Dalam jawatan 19 Mac 2008 – 3 April 2009 | |
Perdana Menteri | Abdullah Ahmad Badawi |
Didahului oleh | Mah Siew Keong |
Digantikan oleh | Chua Tee Yong |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Santubong, Sarawak | |
Dalam jawatan 1990–2004 | |
Didahului oleh | Sulaiman Daud |
Digantikan oleh | Wan Junaidi Tuanku Jaafar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sri Aman, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak | 3 Januari 1955
Parti politik | Barisan Nasional (-2018) Gabungan Parti Sarawak (2018-kini) |
Pasangan | Abdul Rauf |
Anak |
|
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Pekerjaan | Menteri Kabinet, Ahli Parlimen |
Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (lahir 3 Januari 1955) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Pada masa ini beliau adalah Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi Batang Lupar di Sarawak, mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Barisan Nasional. Beliau merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mei 2013 di Wisma Putra. Beliau turut menyertai jemaah menteri baru dalam majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Negara pada 16 Mei 2013.
Sebelum ini, beliau telah diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (8 Mac 2008 - 3 April 2009) serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (9 April 2009 - 5 Mei 2013). Beliau merupakan wanita Sarawak pertama untuk mengetuai suatu kementerian penuh, iaitu Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (16 Mei 2013 - 10 Mei 2018).[1][2]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 3 Januari 1955 di Simanggang (kini dikenali sebagai Sri Aman), Sarawak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sibu. Beliau telah meneruskan pendidikan atasan di Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang perusahaan agro. Beliau kemudiannya kembali melanjutkan pengajian beliau sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Ohio University, Athens, Amerika Syarikat. Beliau mempunyai tiga orang cahaya mata.
Penglibatan di dalam politik
[sunting | sunting sumber]Menjadi Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet
[sunting | sunting sumber]Pada pilihan raya umum 1990, YB. Dato' Rohani telah dipilih sebagai calon dan telah memenangi kerusi Parlimen Santubong.
Pada pilihan raya umum 1994 dan 1999, beliau masih mampu untuk mempertahan Kerusi Parlimen Santubong. Pada pilihan raya umum 2004 pula, beliau telah bertukar kawasan bertanding ke Batang Lupar,Sri Aman Sarawak, iaitu tempat beliau dilahirkan, dan menang tanpa bertanding.
Sekali lagi beliau berjaya memenangi kerusi parlimen Batang Lupar menentang wakil dari parti PAS pada pilihan raya umum 2008 dengan 70 peratus undi memihak kepada beliau. Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani oleh Perdana Menteri ke-5 Malaysia, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pada 9 April 2009, Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang baharu saja memegang pucuk pimpinan negara ketika itu telah mengamanahkan beliau untuk mengambil alih tugas Tan Lian Hoe selaku Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Pada 15 Mei 2013,beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau memulakan tugas rasmi sebagai Menteri pada 17 Mei 2013.
Ahli Parlimen Batang Lupar
[sunting | sunting sumber]Beliau terkenal dengan personaliti mesra rakyat di kawasan Batang Lupar. Walaupun sentiasa berada di Semenanjung Malaysia demi melaksanakan tugas beliau sebagai Timbalan Menteri sebelum ini, namun itu tidak memberikan alasan kepada beliau untuk sentiasa menziarah rakyat - rakyat di kawasan Batang Lupar. Beliau juga seorang yang mesra IT kerana sering mengemaskini laman twitter[3] serta laman facebook[4].
Keputusan Pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Barisan Nasional | Undi | % | Pembangkang | Undi | % | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | Rohani Abdul Karim (PBB) | 10,200 | 77% | Wan Zainal Abidin Wan Sanusi (PERMAS) | 2,832 | 21% | ||
1995 | Rohani Abdul Karim (PBB) | 11,702 | 83% | Paruwadi Musa (Bebas) | 1,791 | 13% | ||
1999 | Rohani Abdul Karim (PBB) | 7,955 | 56% | Hussaini Hamdan (PKR) | 6,060 | 43% |
Tahun | Barisan Nasional | Undi | % | Pembangkang | Undi | % | Bebas | Undi | % | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Rohani Abdul Karim (PBB) | Menang tanpa bertanding | ||||||||||
2008 | Rohani Abdul Karim (PBB) | 11,015 | 77% | Abang Eddy Allyanni (PAS) | 2,923 | 20% | Ali Semsu (Bebas) | 250 | 2% | |||
2013 | Rohani Abdul Karim (PBB) | 15,625 | 75% | Abang Zulkifli bin Abang Engkeh (PKR) | 4,661 | 23% |
Pilihan raya Malaysia 2013
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Rohani Abdul Karim bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Batang Lupar, negeri Sarawak. Rohani Abdul Karim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15,625.
Calon lawan ialah Abang Zulkifli bin Abang Engkeh dari Parti Keadilan Rakyat Pakatan Rakyat yang hanya mendapat 4,661 undi - Kalah.
Garis masa sebagai Ahli Parlimen
[sunting | sunting sumber]Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Rohani binti Haji Abd. Karim, Y.B. Datuk Hajah". Parlimen Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 December 2009. Dicapai pada 13 April 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Najib Announces List of Members of His Transformation Cabinet". Bernama. 15 May 2013. Dicapai pada 15 May 2013.
- ^ "Rohani Abdul Karim Official Twitter". Dicapai pada 17 Mei 2013.
- ^ "Rohani Abdul Karim official facebook". Dicapai pada 17 Mei 2013.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 13 April 2010. Percentage figures based on total turnout.
- Kelahiran 1955
- Orang hidup
- Orang dari Sarawak
- Anggota wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
- Menteri kerajaan wanita Malaysia
- Ahli wanita Dewan Rakyat Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-8
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
- Ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu
- Timbalan menteri kerajaan wanita Malaysia
- Setiausaha parlimen kementerian wanita Malaysia