Ramani Gurusamy
Ramani Gurusamy (71 tahun) merupakan Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) . Beliau memperjuangkan hak-hak wanita dan pembangunan di Malaysia sejak 35 tahun yang lalu.
Tumpuan beliau ialah kebajikan sosial dan kerja-kerja komuniti untuk wanita dalam berhubung dengan pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.Tahun 1960-an, dia berjuang persamaan gaji antara lelaki dan perempuan dan status berpencen termasuk penggajian yang sama, perubatan, perumahan dan lain-lain faedah.
Beliau telah berkhidmat sebagai setiausaha agung NCWO selama 21 tahun dan berada di barisan hadapan dalam banyak program, termasuk menggubal Dasar Kebangsaan mengenai Wanita dan Pelan Tindakan.
Beliau juga aktif dalam Gabungan Pertubuhan Wanita Asean ; Jawatankuasa Suhakam mengenai Hak Pendidikan Manusia untuk Sekolah dan Majlis Anti- Pemerdagangan Kementerian Dalam Negeri.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "100 memorable Malaysian women - Part 1". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-08. Dicapai pada 2011-09-23.