Politeknik Kuching Sarawak
https://dortheadevine.blogspot.com/2022/02/politeknik-kuching-sarawak-logo.html | |
Moto | Poliku Sayang Tanggungjawabku |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1987 |
Jenis sekolah | Institut Pengajian Tinggi Politeknik |
Pengarah terkini | Encik Samsudin bin Mohd. Saleh |
Timbalan Pengarah (Akademik) | Ts. Hajah Marlina binti Abdul Manaf |
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) | Encik Mohd. Nezuan bin Othman |
Lokasi | KM 22 Jalan Matang, Kuching Sarawak |
Laman web | http://www.poliku.edu.my |
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) adalah politeknik ke-5 ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. PKS menawarkan 13 program di peringkat diploma dengan diterajui oleh Encik Samsudin bin Mohd Saleh sebagai Pengarah terbaru berkuatkuasa pada 12 Jun 2023 bagi menggantikan Encik Hikmatullah bin Hajid Ahmad Khan yang bersara wajib pada 11 Jun 2023.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Politeknik Kuching Sarawak (PKS) ditubuhkan pada tahun 1987. Penubuhannya selaras dengan objektif untuk menampung keperluan sumber tenaga kerja terlatih dalam memenuhi aspirasi negara ke arah perindustrian, seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran dunia. Pada peringkat awal penubuhannya, PKS beroperasi di sebuah bangunan rumah kedai di Simpang Tiga, Kuching dengan peneraju utamanya Encik Mustapa Bin Mohamed sebagai Pengetua pertama. Perkembangannya diikuti pemilihan kampus tetap oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu di kawasan Lot 88 Matang Land District sebagai kampus tetap PKS dengan keluasan tanah seluas 112 ekar. Terletak kira-kira 23 kilometer dari pusat Bandaraya Kuching serta kedudukannya di Gunung Serapi dan bersebelahan dengan Taman Negara Kubah memberikan satu persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran serta perkembangan sahsiah pelajar.
Pada peringkat awal pengambilan pertama pelajar iaitu pada Julai 1989, seramai 204 pelajar telah ditawarkan tempat. Kursus-kursus yang ditawarkan pada ketika itu adalah seperti berikut :
- Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan).
- Sijil Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan).
- Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).
- Sijil Kejuruteraan Jentera (Am).
- Sijil Penyimpanan Kira.
- Diploma Perakaunan
Misi
[sunting | sunting sumber]1. Menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf.
2. Menghasilkan graduan yang seimbang, holistik dan berkualiti berdaya keusahawanan melalui program pengajian yang dinamik dan mampan.
Visi
[sunting | sunting sumber]Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industry menjelang tahun 2020.
Piagam Pelangan
[sunting | sunting sumber]- Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar berdaftar (1 hari)
- Penyediaan Kad Pelajar disiapkan selewat-lewatnya 2 minggu selepas proses pendaftaran.
- Proses PLSP dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan.
- Keputusan peperiksaan akhir diproses mengikut takwim yang dikeluarkan oleh JPP.
- Status Maklum Balas Aduan Pelanggan akan dimaklumkan kepada pengadu dalam tempoh 21 hari bekerja selepas diterima.
- Memastikan semua program yang ditawarkan mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebelum pelajar menamatkan pengajian
Jabatan akademik di PKS
[sunting | sunting sumber]- Jabatan Kejuruteraan Awam
- Jabatan Kejuruteraan Elektrik
- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
- Jabatan Kejuruteraan Petrokimia
- Jabatan Perdagangan
- Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
- Jabatan Matematik, Sains & Komputer
- Jabatan Pengajian Am
Program yang ditawarkan di PKS
[sunting | sunting sumber]- Diploma Kejuruteraan Awam
- Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
- Diploma Kejuruteraan Geomatik
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
- Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara & Penyejukbekuan)
- Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
- Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)
- Diploma Perakaunan
- Diploma Pengajian Perniagaan
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman Web Rasmi PKS (http://www.poliku.edu.my/v3/)
- Facebook PKS (http://www.facebook.com/politeknik.kuching.sarawak)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Politeknik Kuching Sarawak |