Tentera Udara Diraja Kanada
Tentera Udara Diraja Kanada Royal Canadian Air Force Aviation royale canadienne | |
---|---|
Aktif | 1975 - kini |
Negara | Kanada |
Jenis | Tentera udara |
Peranan | "Menjana dan mengekalkan kebolehan tempur, pelbagai peranan, kekuatan udara bagi memenuhi objektif-objektif pertahanan Kanada." |
Saiz | 14,500 (anggota tetap) 2,600 (anggota simpanan) |
Ibu pejabat | Ibu Pejabat Pertahanan Negara |
Moto | "At all times professional, In all things ethical, To all people respectful." |
Pertempuran | Operasi Desert Storm Operasi Deliberate Force Operasi Desert Fox Operasi Allied Force Operasi Enduring Freedom Operasi APOLLO Operasi Anaconda |
Komander | |
Pemerintah Tentera Udara Diraja Kanada | Leftenan-Jeneral Alexander Donald Meinzinger |
Tanda kebesaran | |
Roundel | |
Pesawat terbang | |
Pejuang | CF-188 Hornet |
Peronda | CP-140 Aurora, CP-140A Arcturus |
Pengawasan | CU-161 Sperwer |
Pelatih | CT-114 Tutor, CT-142 Dash-8, CT-155 Hawk, CT-156 Harvard II |
Pengangkut | CC-115 Buffalo, CC-130 Hercules, CC-138 Twin Otter, CC-144 Challenger, CC-150 Polaris, CC-177 Globemaster |
Tentera Udara Diraja Kanada (bahasa Inggeris: Royal Canadian Air Force , RCAF; Perancis: Aviation royale canadienne ) merupakan tentera udara bagi Angkatan Tentera Kanada. Badan ini wujud secara berkesinambungan daripada warisan daripada Pasukan Udara Kanada, yang mana merupakan tentera udara negara Kanada sejak dari penubuhannya pada tahun 1924 sehingga 1 Februari 1968.
Sebelum tahun 1924, penglibatan Kanada dalam pertahanan udara merangkumi krew udara Kanada yang menganggotai Kor Penerbangan DiRaja dan Perkhidmatan Udara Tentera Laut DiRaja, bersama-sama Kor Penerbangan Kanada, dan 2 skuadron kecil Tentera Udara Kanada yang ditumpangkan ke Tentera Udara Diraja British di England semasa Perang Dunia Pertama. Pada 1920, satu lagi Tentera Udara Kanada ditubuhkan bagi menumpukan pada latihan penerbangan ketenteraan dan operasi awam. Tentera Udara Kanada ini kemudian dinamakan semula sebagai Tentera Udara Diraja Kanada berikutan perkenan diraja Raja George V pada tahun 1924.
Selepas 1968, Tentera Udara DiRaja Kanada telah bergabung dengan Tentera Darat Kanada dan Tentera Laut DiRaja Kanada untuk membentuk Angkatan Tentera Kanada, dan fungsi-fungsi tentera udara dibahagikan dan diletakkan di bawah beberapa perintah-perintah baru. Pada 2 September, 1975 perkhidmatan udara Kanada telah diletakan dibawah satu perintah iaitu Perintah Udara Angkatan Tentera Kanada.