Pengguna:SNN95/Panduan Pelancongan/Jepun/Rancang perjalanan anda
Selamat Datang ke Jepun
Jepun tidak akan luput ditelan zaman, sebuah tempat tradisional silam yang bergabung dengan kepesatan pemodenan seolah-olah ia adalah perkara yang paling semulajadi di dunia. |
Budaya Tradisional
Jika tengok daripada luaran, Jepun kelihatan terlampau moden, tetapi apabila meneroka lebih dalam memberikan lebih banyak peluang untuk menghubungkaitkan dengan budaya tradisi negara ini. Bermalam di ryokan (rumah penginapan tradisional Jepun), Tidur di dalam futon dan beralaskan tikar tatami, dan melalui lorong yang padat dengan susunan kayu yang kemas ke arah bilik mandi (anda boleh juga tidur di rumah ladang). Anda juga boleh bertafakur dengan sami atau belajar cara membancuh matcha sehingga menjadi teh. Tarian geisha yang mempesonakan. Boleh kata, anda akan terpesona dengan keindahan Jepun walaupun pengembaraan yang paling membosankan. |
Makanan yang Sedap
Setiap 500m anda akan tidak jemu menjamu makanan di setiap lorong yang anda lalui. Kadang-kadang, gerai yang ada mungkin hanya menyediakan satu hidangan sahaja — yang memerlukan bergenerasi untuk menyempurnakannya. Pergilah kemana ceruk di dalam Jepun — gunung, hutan, pantai — ada sahaja makanan terhidang. Lebih menghairahkan, makanan terhidang akan berlainan setiap musim. Jadi anda tidak akan jemu jika anda datang kembali. | |
Aktiviti Luar yang Luar Biasa
Jepun adalah sebuah negara yang panjang, tirus dan penuh dengan pergunungan berapi. 2⁄3 pergunungan penuh dengan kolam air panas atau onsen. Pada musim panas, pergunungan ini boleh didaki dan menerokai kuil-kuil lama. Pada musim sejuk, semua dilitupi salji dan bermain ski adalah aktiviti yang bertaraf dunia. Jika anda tidak ska sejuk, mungkin anda boleh hangatkan badan anda dengan onsen. Bahagian selatan pula, terbentang luas persisiran pantai yang menyediakan aktiviti, berjemur, bersnorkel, menyelam dan peluncuran ombak. |
Bandar Dinamik
Lampu-lampu neon menghiasi setiap lorong apabila waktu malam menjelma. Anda akan merasa seperti di dalam set perfileman sains fiksyen walaupun banguan yang wujud disitu sudah berabad lamanya. Tokyo dan Osaka membentuk semula konsep bandar yang sepatutnya kelihatan. Setiap pusat bandar mempunyai bandar hidup yang beroperasi 24 jam tanpa henti — minum, beli belah — mewujudkan trend dunia yang diikuti ramai. Perjalanan ke setiap bandar sangat lancar dan cekap, sama ada anda menggunakan kereta api bawah tanah atau shinkansen. |
25 Tempat Teratas di Jepun
-
Oku-no-in di Gunung Kōya
-
Hokkaido yang buas (dipenuhi dengan gunung berapi aktif)
-
Jalan-jalan dalam bandar pada waktu malam
-
Membeli belah di Tokyo
Perlu Diketahui
Mata wang
Yen (¥) |
Bila mahu Pergi? | ||
Bahasa | |||
Visa
Visa dikeluarkan pada waktu ketibaan untuk kebanyakan negara untuk penginapan sehingga 90 hari. | |||
Duit
Pejabat pos dan beberapa kedai serbaneka mempunyai ATM antarabangsa. Semua hotel utama dan gedung serbaneka, tetapi hanya beberapa restoran dan ryokan sahaja yang menerima kad kredit. | |||
Telefon Mudah Alih
Beli kad SIM hanya data prabayar (untuk telefon pintar yang dikunci sahaja) secara dalam talian, di kios lapangan terbang atau di kedai-kedai elektronik. Untuk panggilan suara, sewa telefon bimbit bayar semasa guna. | |||
Musim yang Sibuk (Apr & Mei Ogos) Cuaca pada bulan April dan Mei umumnya hebat; Ogos adalah panas dan lembap tetapi musim untuk perayaan. Penginapan adalah mahal dan sukar untuk dijumpai semasa musim bunga ceri (akhir bulan Mac hingga awal April), Minggu Emas (awal Mei) dan O-Bon (pertengahan Ogos). |
Sederhana Sibuk (Jun & Jul, Sep-Dis) Jun dan Julai adalah musim hujan (kecuali Hokkaido): taufan melanda pada bulan September. Peningkatan harga dan orang ramai di kawasan peranginan semasa musim dedaunan musim luruh (November). |
Kurang Sibuk (Jan-Mac) Hari-hari sejuk dan pergunungan bersalji menjadikan musim ski puncak ini, tetapi berpatutan dan tidak terjejas di tempat lain. Banyak perniagaan ditutup sepanjang Tahun Baru (akhir Disember dan awal Januari) | |
Waktu
Waktu Standard Jepun (GMT/UTC +9) |
Laman Web Berguna
- Lonely Planet
- (www
.lonelyplanet .com /japan) Maklumat destinasi, tempahan hotel, forum pengembara/pelancong dan banyak lagi. - Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun
- (www
.jnto .go .jp) Laman web rasmi pelancong dengan alat merancang dan kalendar peristiwa. - Hyperdia
- (www
.hyperdia .com) Jadual dan tambang kereta api yang cekap. - Halaman Agensi Meteorologi Jepun Siklon Tropika
- (jma
.go .jp /en /typh) Imej satelit cuaca sentiasa dikemaskini (bagus untuk memeriksa keadaan taufan). - Bento
- (bento
.com) Panduan restoran berbahasa Inggeris untuk bandar-bandar besar di Jepun. - Tokyo Cheapo
- (tokyo-cheapo
.com) Tip jimat bajet untuk Tokyo dan pengembaraan di Jepun.
Nombor-nombor Penting
Buang 0 (kosong) dalam kod kawasan semasa mendail di luar negara.[nota 1]
Ambulans & bomba | 119 |
Polis | 110 |
Kod negara | 81 |
Kod akses antarabangsa | 010 |
Operator antarabangsa | 0051 |
Kadar Tukaran Mata Wang
Kos Harian
Bajet: Kurang daripada ¥8,000 (RM320)
Katil bujang: ¥3,000 (RM120)
Semangkuk mee sup: ¥750 (RM30)
Bir waktu gembira (happy hour): ¥500 (RM20)
Pas seharian kereta api bawah tanah: ¥600 (RM24)
Tiket masuk satu kuil atau muzium: ¥500 (RM20)
Sederhana: ¥8,000 (RM320) - ¥20,000 (RM800)
Dua katil di hotel perniagaan: ¥10,000 (RM400)
Makan berdua di izakaya: ¥6,000 (RM240)
Berbasikal separuh hari atau ambil kelas memasak: ¥5,000 (RM200)
Beberapa tiket masuk kuil dan muzium: ¥1,500 (RM60)
Sederhana: lebih daripada ¥20,000 (RM800)
Dua bilik di hotel paling bagus: bermula dari ¥25,000 (RM1,000)
Makan malam berdua di restoran sushi yang bagus: bermula dari ¥15,000 (RM600)
Menaiki teksi untuk pelancongan antara bandar: ¥2,500 (RM100)
Waktu Pembukaan
Waktu pembukaan biasa:
- Bank
- 9am - 3pm (segelintir sehingga 5pm sahaja)
Isnin hingga Jumaat - Bar
- dibuka dari 6pm hingga lewat malam
- Kedai serbaneka
- 10am - 8pm
- Muzium
- 9am - 5pm, masukan terakhir pada 4:30pm; selalunya tutup pada hari Isnin (jika Isnin adalah cuti kebangsaan, muzium akan ditutup pada hari Selasa)
- Pejabat pos
- 9am - 5pm Isnin hingga Jumaat; pejabat paling besar aakan dibuka lebih lama dan dibuka pada hari Sabtu
- Restoran
- makan tengahari 11:30am - 2pm; makan malam: 6pm - 10pm; pesanan terakhir diterima 1 jam 30 minit sebelum restoran tutup
Nota
- ^ Kod kawasan sering disebut dengan memasukkan kod akses kebangsaan. Sebagai contoh, nombor di London harus disenaraikan sebagai 020 7946 0321. Pengguna mesti mentafsirkan 020 dengan betul sebagai kod untuk London. Jika mereka memanggil dari stesen lain di London, mereka hanya boleh mendail 7946 0321, atau jika mendail dari negara lain, 0 awal harus diabaikan selepas kod negara: +44 20 7946 0321. Kod kawasan sering disebut dengan memasukkan kod akses kebangsaan. Sebagai contoh, nombor di London harus disenaraikan sebagai 020 7946 0321. Pengguna mesti mentafsirkan 020 dengan betul sebagai kod untuk London. Jika mereka memanggil dari stesen lain di London, mereka hanya boleh mendail 7946 0321, atau jika mendail dari negara lain, 0 awal harus diabaikan selepas kod negara: +44 20 7946 0321.