Pergi ke kandungan

Penaklukan Islam ke atas Parsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penaklukan Islam ke atas Parsi
Sebahagian daripada Penaklukan Islam

Kesatria berkuda Parsi, Taq-e Bostan, Iran.
Tarikh633-644
Lokasi
Keputusan Kemenangan Khulafa al-Rasyidin
Perubahan
wilayah
Mesopotamia dan Empayar Sassanid diilhak oleh Muslims
Pihak yang terlibat
Empayar Sassanid,
Kristian Arab
Empayar Byzantine
Khulafa al-Rasyidin
Komandan dan pemimpin

Yazdegerd III
Rostam Farrokhzād
Mahbuzan
Huzail ibn Imran
Hormuz †
Anushjan
Andarzaghar †
Bahman
Pirouzan †
Jaban †
Mihran †
Hormuzan
Mardan Shah †
Bahram
Isandir
Karinz ibn Karianz
Wahman Mardanshah
Jalinus†

Beerzan

Khalifah Abu Bakar
Khalid ibn Walid
Mutsanna ibn Haritsah
Khalifah Umar
Abu Ubayd al-Tsaqafi 
Saad ibn Abi Waqqas
Zuhra ibn Al-Hawiyya
Hashim ibn Utbah
Al-Qa'qa' bin Amru
Abu Musa Al-Asya'ari
Ammar ibn Yasir
Nu'man ibn Muqarrin 
Huzaifah ibn Al-Yaman
Mughirah ibn Syu'bah
Utsman ibn Abi al-Ash
Ashim bin Amru al-Tamimi
Ahnaf ibn Qais
Abdullah ibn Amir

Bukair bin Abdullah

Templat:History of ICC Penaklukan Islam ke atas Parsi membawa kepada penamatan Empayar Sassanid pada tahun 644, kejatuhan dinasti Sassanid pada tahun 651 dan akhirnya kejatuhan agama Zoroastrianisme di Parsi. Khalifah Abu Bakar telah memulakan penaklukan Islam pertama ke atas Empayar Sassan pada tahun 633 M yang hanya mengambil masa selama empat bulan. Khalid al-Walid telah dihantar bersama tenteranya ke Mesopotamia setelah tamatnya Perang Riddah. Setelah memasuki Iraq, mereka telah memenangi empat peperangan dan berjaya menakluk ibu kota Iraq pada hujung Mei 633 M setelah memenangi Perang Hirah.

Khalid bersama tenteranya seterusnya mula bergerak ke Anbar, yang mula menyerang lalu dikalahkan, dan menyerah setelah kepungan selama beberapa minggu. Mereka terus bergerak ke selatan dan menakluk Kota Ainul Tamar pada akhir Julai 633 M. Khalid kemudiannya menerima panggilan pertolongan dari jeneral Islam yang lain, iaitu Iyad bin Ghanam yang dikepung kabilah yang memberontak di Daumatul Jandal, utara Arab. Khalid dan tenteranya bergerak ke sana dan mengalahkan pemberontak dalam Perang Daumatul Jandal pada akhir Ogos 633 M. Setelah kembali dari Arab, Khalid menerima berita bahawa tentera Parsi sedang berkumpul dalam jumlah yang besar. Dalam beberapa minggu, Khalid memutuskan untuk mengalahkan mereka sedikit demi sedikit untuk mengelakkan risiko kekalahan. Empat bahagian tentera bantuan Parsi dan Arab Kristian hadir di Hanafiz, Zumiel, Sanni, dan Muzieh.

Pada November 633, Khalid membahagikan pasukannya kepada tiga unit, dan menyerang pasukan tentera itu satu persatu pada waktu malam, bermula dengan Perang Muzayyah, kemudian Perang Sanni dan di akhirnya Perang Zumail. Peperangan ini telah menamatkan penguasaan Sassan ke atas Iraq. Pada Disember 633, Khalid dan tenteranya tiba di kota Firaz, lalu mengalahkan tentera gabungan Sassan, Byzantine dan Arab Kristian dalam Perang Firaz, perang terakhirnya dalam misi penaklukan Iraq.[1]

Khalid seterusnya meninggalkan Mesopotamia untuk mengetuai misi yang lain di Syria bagi menentang Empayar Byzantine. Pemerintahan di Mesopotamia diambil alih Mithna bin Haris. Parsi sekali lagi menumpukan tentera untuk mendapatkan semula Mesopotamia, manakala Mithna bin Haris berundur dari Iraq Tengah ke kawasan berhampiran padang pasir Arab untuk menangguhkan peperangan sehingga bantuan datang dari Madinah. Khalifah Umar telah menghantar bantuan diketuai Abu Ubaid at-Thaqafi. Tentera ini telah dikalahkan oleh tentera Sassan dalam Perang Jambatan. Setelah kemenangan Islam terhadap Rom di Syam dalam Perang Yarmuk, Umar terus memindahkan pasukan ke timur bagi meneruskan serangan terhadap Sassan. Umar menghantar satu pasukan tentera yang diketuai Saad bin Abi Waqas bagi menyerang Parsi, lalu mencetuskan Perang al-Qadisiyyah yang menyaksikan kemenangan Islam.

Setelah peperangan itu, tentera Islam bergerak terus ke arah Tisfun, ibu kota Parsi yang dengan cepat dipindahkan oleh Yazdgird setelah pengepungan singkat. Setelah mengepung kota itu, tentera Islam terus bergerak mengikuti Yazdgird dan tenteranya. Tentera Islam juga mengalahkan serangan balas Sasan dalam Pertempuran Jalūlā', serta pertempuran lain di Qasr-e Shirin, dan Masabadhan. Dalam pertengahan abad ketujuh, Islam telah menguasai keseluruhan Mesopotamia. Dikatakan bahawa Umar tidak mahu menghantar tenteranya melalui pergunungan Zagros dan ke dataran tinggi Iran. Satu tradisi mengatakan bahawa dia berharap untuk "dinding api" bagi memisahkan orang Arab dan Parsi. Hal ini sebagai langkah berjaga-jaga yang wajar terhadap perluasan pasukannya secara berlebihan. Namun kerajaan Sassan yang masih wujud telah mencetuskan hasutan untuk pemberontakan di wilayah yang ditakluk bagi mendapatkan semula wilayah mereka yang hilang. Akhirnya, Umar membuat keputusan untuk terus ke hadapan dan menakluk Empayar Sassan. Yazdegerd, raja Sassan, memulakan usaha bagi mengumpul semula kekuatan tenteranya dan mengalahkan penceroboh. Menjelang tahun 641 Yazdegerd telah membentuk pasukan baru, yang membuat barisan di Perang Nihawānd. Umar kemudiannya menghantar tentera yang diketuai jeneral Nu'man bin Muqarrin al-Muzani lalu mengalahkan tentera Sassan. Tentera Islam mengisytiharkannya sebagai kemenangan bagi segala kemenangan (Fath alfutuh), kerana kemenangan ini menandakan berakhirnya Empayar Sassan, dengan kehancuran tentera Sassan terakhir yang paling kuat. Penaklukan pantas ke atas Parsi dalam satu siri serangan pelbagai penjuru dan dikoordinasi dengan baik, diarahkan oleh Khalifah Umar daripada Madinah beberapa ribu batu jauh dari medan pertempuran di Parsi, menjadi kemenangan besar beliau, menyumbang kepada reputasi beliau sebagai seorang ahli strategi politik dan tentera yang bijak.[2]

  1. ^ A. I. Alkram. "Chapter 19: The Battle of Chains – Chapter 26: The Last Opposition". Khalid bin Al-Waleed: His Life and Campaigns. The Sword of Allah. m/s. 1.
  2. ^ The Muslim Conquest of Persia By A.I. Akram. Ch: 1 ISBN 0195977130, 9780195977134

Kesusasteraan

[sunting | sunting sumber]