Pergi ke kandungan

Pemulihan ekologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertumbuhan semula paya di Australia, di tapak yang sebelumnya digunakan bagi pertanian

Pemulihan ekologi adalah kajian saintifik dan amalan bagi memperbaharui dan memulihkan ekosistem dan habitat semula jadi yang merosot, rosak, atau musnah akibat campur tangan dan tindakan manusia. Pemulihan ekologi merujuk khas kepada kajian saintifik dan istilah ini mula berkembang pada 1980-an.

Pengurus tanah, orang awam, dan penjaga telah mengamalkan pemulihan selama beratus jika tidak beribu tahun,[1] tetapi bidang saintifik bagi pemulihan ekologi pertama kali dikenal pasti dan dicipta pada akhir 1980-an oleh John Aber dan William Jordan. Kajian pemulihan ekologi hanya menjadi kukuh dan bidang saintifik bebas dalam tempoh 1980-an.[2]

Persatuan Pemulihan Ekologi ("Society for Ecological Restoration") mentakrifkan pemulihan ekologi sebagai "aktiviti sengaja yang mencetus atau mempercepatkan pemulihak sistem ekologi dari segi kesihatan, keutuhan, dan daya tahannya".[3] Amalan pemulihan ekologi termasuk bidang projek yang luas termasuk: pengawalan hakisan, penanaman semula hutan, penyingkiran spesies bukan tempatan dan rumpai, penanaman semula kawasan terganggu, pencahayaan, pengenalan semula spesies tempatan, termasuk juga habitat dan peningkatan julat spesies sasaran. Istilan "pemulihan ekologi" merujuk kepada amalan bidang "ekologi pemulihan".

Pemulihan diperlukan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat persetujuan ramai dikalangan komuniti saintifik bahawa kemerosotan persekitaran semasa dan kemusnahan kebanyakan biologi Bumi adalah besar, dan berlaku dalam tempoh singkat" [4] Bahkan, anggaran bagi tahap kepupusan masa kini adalah 1,000 hingga 10,000 kali berbanding aras normal [5] Bagi ramai orang keanekaragaman biologi mempunyai nilai intrinsik; manusia bertanggung jawab terhadap makhluk hidup yang lain, dan kewajipan untuk generasi akan datang.

Pada tahap yang lebih antroposentris, sistem ekologi membekalkan makanan, bahan bakar dan kayu pada masyarakat manusia. Lebih asas lagi, perkhidmatan sistem ekologi termasuk pemurnian udara dan air, nyah toksik dan pereputan sisa, mengawal iklim, memperbaharui kesuburan tanah, dan mendebungakan tanaman. Proses sedemikian dianggarkan bernilai trilion dolar satiap tahun.[6]

Kehilangan habitat merupakan punca utama bagi kepupusan spesies[5] dan kemerosotan khidmat sistem ekologi.[6] Terdapat dua cara bagi mengundurkan trend kehilangan habitat: pengekalan habitat semasa dan pemulihan habitat merosot.

Biologi pengekalan dan pemulihan ekologi

[sunting | sunting sumber]

Berkait dengan pengekalan kepelbagaian bio, ia perlu disedari bahawa aktiviti pemulihan adalah seiring dan bukannya pengganti kepada usaha pengekalan. Kebanyakan program pengekalan, bagaimanapun, dijangka berasaskan keadaan fizikal-bio yang lalu - contoh. ia tidak mampu bertindak balas kepada perubahan iklim sejagat, dan himpunan "terkunci dalam" apa yang semakin rapuh dan cenderung kepada runtuh sepenuhnya. Dari segi ini, pemulihan adalah penting bagi memberikan ruang baru bagi perpindahan habitat dan flora dan fauna berkait.[7] Juga, pengekalan biologi sering kali menjadikan organisma dan bukannya keseluruhan sistem ekologi dan fungsinya sebagai tumpuan, dan dengan itu memiliki matlamat dan sasaran yang terhad.

Pemulihan ekologi, sebagai bidang saintifik, secara teori berasas biologi pengekalan. Sungguhpun pemulihan ekologi boleh dilihat sebagai bidang kecil biologi pengekalan, perbezaan asas wujud bagipendekatan, tumpuan, dan mod pertanyaan kedua bidang tersebut.

Pendekatan

[sunting | sunting sumber]

Perbezaan asas antara pengekalan biologi dan pemulihan ekologi terletak pada pendekatan falsafah mereka kepada masalah yang sama. Pengekalan biologi berusaha menjaga dan mengekalkan habitat dan kepelbagaian biologi sedia ada. Sebaliknya, pemulihan ekologi menganggap kemerosotan persekitaran dan kemerosotan populasi merupakan proses yang boleh diundurkan. Dengan itu campur tangan manusis khusus boleh mendorong kepada pemulihan habitat dan ekologi dan akhirnya keuntungan. Ini bagaimanapun bukanlah alasan bagi menukar habitat "asli" yang amat bernilai bagi kegunaan lain.


  1. ^ Anderson 2005
  2. ^ Young et al. 2005
  3. ^ SER 2004
  4. ^ Novacek. & Cleland 2001
  5. ^ a b Wilson 1988
  6. ^ a b Daily et al. 1997
  7. ^ Harris et al., 2006

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Allen, M.F., Jasper, D.A. & Zak, J.C. (2002). Micro-organisms. In Perrow M.R. & Davy, A.J. (Eds.), Handbook of Ecological Restoration, Volume 1 Principles of Restoration, pp. 257–278. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-79128-6
  • Anderson, M.K. (2005). Tending the Wild: Native American knowledge and the management of California's natural resources. Berkeley: University of California Press. ISBN 0-520-23856-7
  • Baer, S.G., Collins, S.L., Blair, J.M., Knapp, A.K. & Fiedler, A.K. 2005. "Soil heterogeneity effects on tallgrass prairie community heterogeneity: an application of ecological theory to restoration ecology". Restoration Ecology 13 (2), 413–424.
  • Bradshaw, A.D. (1987). Restoration: the acid test for ecology. In Jordan, W.R., Gilpin, M.E. & Aber, J.D. (Eds.), Restoration Ecology: A Synthetic Approach to Ecological Research, pp. 23–29. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-33728-3
  • Daily, G.C., Alexander, S., Ehrlich, P.R., Goulder, L., Lubchenco, J., Matson, P.A., Mooney, H.A., Postel, S., Schneider, S.H., Tilman, D. & Woodwell, G.M. (1997) "Ecosystem Services: Benefits Supplied to Human Societies by Natural Ecosystems". Issues in Ecology 1 (2), 1-18.
  • Harris, J.A. (2003) Measurements of the soil microbial community for estimating the success of restoration. European Journal of Soil Science. 54, 801-808.
  • Harris, J.A., Hobbs, R.J, Higgs, E. and Aronson, J. (2006) Ecological restoration and global climate change. Restoration Ecology 14(2) 170 - 176.
  • Klotzi, F. & Gootjans, A.P. 2001. "Restoration of natural and semi-natural wetland systems in Central Europe: progress and predictability of developments". Restoration Ecology 9 (2), 209-219.
  • Luken, J.O. (1990). Directing Ecological Succession. New York: Chapman and Hall. ISBN 0-412-34450-5
  • Novacek, M.J. & Cleland, E.E. (2001). "The current biodiversity extinction event: Scenarios for mitigation and recovery". Proceeding of the National Academy of Science 98 (10), 5466-5470.
  • Seabloom, E.W., Harpole, W.S., Reichman, O.J. & Tilman, D. 2003. "Invasion, competitive dominance, and resource use by exotic and native California grassland species". Proceedings of the National Academy of Sciences 100 (23), 13384–13389.
  • SER (2004). The SER Primer on Ecological Restoration, Version 2. Society for Ecological Restoration Science and Policy Working Group. http://www.ser.org/reading_resources.asp Diarkibkan 2006-02-07 di Wayback Machine
  • Shears N.T. (2007) Biogeography, community structure and biological habitat types of subtidal reefs on the South Island West Coast, New Zealand. Science for Conservation 281. p 53. Department of Conservation, New Zealand. [1]
  • van Andel, J. & Grootjans, A.P. (2006). Restoration Ecology: The New Frontier . In van Andel, J. & Aronson, J. (Eds.), Restoration Ecology, pp. 16–28. Massachusetts: Blackwell. ISBN 063205834X
  • White, P.S. & Jentsch, A. (2004). Disturbance, succession and community assembly in terrestrial plant communities. In Temperton, V.K., Hobbs, R.J., Nuttle, T. & Halle, S. (Eds.), Assembly Rules and Restoration Ecology: Bridging the Gap Between Theory and Practice, pp. 342–366. Washington, DC: Island Press. ISBN 1-55963-375-1
  • Wilson, E. O. (1988). Biodiversity. Washington DC: National Academy. ISBN 0-309-03739-5
  • Young, T.P. (2000). "Restoration ecology and conservation biology". Biological Conservation. 92, 73–83.
  • Young, T.P., Chase, J.M. & Huddleston, R.T. (2001). "Succession and assembly as conceptual bases in community ecology and ecological restoration". Ecological Restoration. 19, 5–19.
  • Young, T.P., Petersen, D.A. & Clary, J.J. (2005). "The ecology of restoration: historical links, emerging issues and unexplored realms". Ecology Letters 8, 662-673.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]