Pembiasan
Penampilan
Pembiasan ialah pertukaran arah sesuatu gelombang, lazimnya cahaya, disebabkan pertukaran kelajuannya.
Cahaya dibelokkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza seperti melalui udara melalui kaca melalui air. Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan apabila melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang berbeza tidak dibiaskan.
Pembiasan cahaya menyebabkan penyedut minuman kelihatan bengkok dan lebih besar di dalam air, dan juga dasar kolam kelihatan lebih cetek dari kedalaman sebenarnya.