Pergi ke kandungan

Labi-labi Biasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Labi-labi Biasa
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Keluarga: Trionychidae
Genus: Amyda
Spesies:
A. cartilaginea
Nama binomial
Amyda cartilaginea
(Boddaert, 1770)
Sinonim[1]
  • Testudo cartilaginea Boddaert, 1770
  • Testudo membranacea Blumenbach, 1779
  • Testudo boddaerti Schneider, 1787
  • Testudo bodderti Schneider, 1787 (ex errore)
  • Amyda javanica Schweigger, 1809 (nomen nudum)
  • Trionyx javanicus Geoffroy Saint-Hilaire, 1809
  • Trionyx stellatus Geoffroy Saint-Hilaire, 1810(nomen novum)
  • Aspidonectes javanicus Wagler, 1830
  • Gymnopus javanicus A.M.C. Duméril & Bibron, 1835
  • Gymnopus cartilaginea Cantor, 1847
  • Trionyx cariniferus Gray, 1856
  • Trionyx ornatus Gray, 1861
  • Aspilus cariniferus Gray, 1864
  • Aspilus ornatus Gray, 1864
  • Aspilus punctulatus Gray, 1864
  • Potamochelys stellatus Gray, 1864
  • Trionyx phayrei Theobald, 1868
  • Trionyx jeudi Gray, 1869
  • Aspilus javanicus Gray, 1873
  • Ida ornata Gray, 1873
  • Trionyx ephippium Theobald, 1875
  • Trionyx cartilagineus Boulenger, 1889
  • Trionyx phayrii Boulenger, 1889 (ex errore)
  • Aspidonectes cartilagineus Baur, 1893
  • Aspidonectes phayrei Baur, 1893
  • Potamochelys cartilagineus O.P. Hay, 1904
  • Potamochelys javanicus O.P. Hay, 1904
  • Amyda cartilaginea Barbour, 1912
  • Amyda phayrii Barbour, 1912
  • Trionyx boddaertii Bourret, 1941 (ex errore)
  • Trionyx carinifera Bourret, 1941
  • Trionyx cartilagneus Thelwall, 1971 (ex errore)
  • Testudo boddaerta Auffenberg, 1974 (ex errore)
  • Trionyx cartilaginosis Auffenberg, 1974 (ex errore)
  • Trionyx cartilaginosus Auffenberg, 1974 (ex errore)
  • Tryonyx cartilageneus Nutaphand, 1979 (ex errore)
  • Trionyx cartilageneus Nutaphand, 1979
  • Trionyx cartlageneus Nutaphand, 1979 (ex errore)
  • Trionyx nakornsrithammarajensis Nutaphand, 1979
  • Trionyx cartilaginous Chkhikvadze, 1987 (ex errore)
  • Amyda nakornsrithammarajensis Ernst & Barbour, 1989
  • Amyda nakornsrithammarajensis Stubbs, 1989
  • Trionyx cartilageneus nakorn Nutaphand, 1990
  • Trionyx cartilageneus cartilageneus Nutaphand, 1990
  • Amyda cartilaginae Nöllert, 1992 (ex errore)
  • Trionyx cartilagineus nakorn Obst, 1996
  • Trionix cartilagineus Richard, 1999

Labi-labi Biasa (Amyda cartilaginea)[2] ialah spesies labi-labi dari keluarga Trionychidae. (Kebanyakan Trionychinae berasal dari Asia).[1]

Amyda Cartilaginea boleh ditemui di Bangladesh (wilayah Bandarban), Brunei, Cambodia, timur laut India, Indonesia (Jawa, Kalimantan), Laos, Malaysia(Sabah, Sarawak), Myanmar, Singapura, Thailand, danVietnam.[3]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Saiz cangkerang Amyda cartilaginea boleh mencapai sehingga 70 hingga 80cm (27.6 ke 31.5 inci) panjang.[4] Labi-labi muda mempunyai tempurung yang kasar; manakala dewasa pula lebih licin dan lembut. Beratnya boleh mencecah antara 15kg dan 25kg.[5] Ada laporan mengatakan haiwan ini boleh membesar sehingga 105kg.[5] Karapasnya berbentuk bujur; di mana karapas labi-labi dewasa biasanya berwarna zaitun ke hijau coklat. Manakala karapas labi-labi muda berwarna gelap atau coklat. Kadangkala terdapat bintik kuning, dan hitam pada cangkerangnya dan semakin pudar apabila dewasa. Plastron jantan berwarna putih, manakala betina pula berwarna kelabu.[5]

Warna kepalanya sama ada hitam atau coklat. Kadangkala terdapat bintik kuning yang membentuk jalur pada kepalanya. Warna pada bahagian belakang lehernya menjadi putih atau kelabu apabila dewasa.[4] Ciri-ciri yang membezakan labi-labi ini dengan spesies lain ialah bahagian muncung hidungnya yang panjang, di mana ia membantu labi-labi ini bernafas ketika seluruh badannya berada dalam pasir.[5] Kebolehan adaptasi, iaitu "pernafasan faringel" membolehkan pertukaran gas yang efisien, menjadikan ia boleh berada dalam air pada tempoh waktu yang lama.[4] Amyda cartilaginea juga mempunyai beberapa tuberkel pada lehernya;[4] yang berwarna kuning atau hitam. Kesemua kaki-kakinya mempunyai beberapa bintik kuning, bersaiz lebar dan rata dan bertindak sebagai pendayung. Labi-labi jantan mempunyai ekor yang tebal dan panjang berbanding betina.[4]

  1. ^ a b Fritz, Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 303–305. ISSN 1864-5755. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Turtle - Black Rayed information[pautan mati kekal]
  3. ^ Das, Indraneil. 2006. A Photographic Guide to Snakes and Other Reptiles of Borneo. Ralph Curtis Books. Sanibel Island, Florida. 144 pp. ISBN 0-88359-061-1. (Amyda cartilaginea, p. 135.)
  4. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0
  5. ^ a b c d "Asiatic Softshell Turtle, Southeast Asian Softshell Turtle". Conservation Biology of Freshwater Turtles and Tortoises: A Compilation Project of the IUCN/SSC Tortoise and Freshwater Turtle Specialist Group.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Trionychidae