Candy (kumpulan muzik)
Candy | |
---|---|
Juga dikenali sebagai |
|
Berasal dari | Kuching, Sarawak, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 1996–kini |
Syarikat rakaman | Life Records |
Pengkarya berkait | Edrie Hashim |
Ahli | Patricia Robert Nancy Graggory Anis Kalisa Bulan Terry |
Bekas ahli | Mary Morss Connie Sangid Jacqueline Chong Kim Herrin |
Candy merupakan sebuah kumpulan rock wanita Malaysia yang meraih kejayaan pada 1990-an.[1] Ditubuhkan pada 1996 di Kuching, Sarawak,[2] ahli kumpulan ini terdiri daripada Patricia Robert (vokal dan gitar kedua), Nancy Graggory (bass, vokal), Anis Kalisa (gitar utama), dan Bulan Terry (dram).[3] Candy tersenarai dalam The Malaysia Book of Records sebagai Kumpulan Rock Wanita Pertama di Malaysia dan kumpulan rock wanita pertama yang berjaya menghasilkan album penuh.[4] Mereka mula menempa nama dalam industri muzik menerusi lagu Akan Ku Tunggu pada 1997.[5] Sepanjang kerjaya mereka, mereka berjaya menghasilkan 3 album studio.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pra-Candy (1988–1995)
[sunting | sunting sumber]Diasaskan oleh Mary pada 1988 di Kuching, kumpulan ini dianggotai oleh Mary Morss (gitar, vokal latar), Connie Sangid (dram), Magdalene Julita Tom (bass), Veronica Ng (vokal) dan Marilyn Ryne (vokal) dengan menggunakan nama The Sapphire Gals. Walaupun mereka ialah sebuah kumpulan wanita, mereka disertai pemain keyboard, Rodney Hughens yang merupakan salah seorang anggota lelaki dalam kumpulan ini. Namun, Rodney, Marilyn, dan Veronica telah meninggalkan kumpulan setahun kemudian dan Meggry Graggory mengambil alih posisi vokalis.
Pada tahun 1990, pemain keyboard, Yolanda Entika menyertai kumpulan dan nama kumpulan ditukar kepada D'Rozza. Pada masa yang sama, pemain bes, Magdalene telah keluar dan tempatnya digantikan dengan Nancy Graggory, iaitu kakak kepada Meggry Graggory. Pada tahun 1991, mereka berbincang untuk menambah 1 lagi pemain gitar. Nancy mensyorkan Mazleela diserap sebagai pemain gitar utama manakala Mary diserap sebagai gitar kedua, kemudian Mary dan rakan-rakannya bersetuju.
Pada tahun 1992, syarikat Casaphia Studio telah membawa mereka untuk bernaung di bawahnya, dan kumpulan ini menukar namanya menjadi G-Saphia. "G" ialah singkatan untuk "Girls". Pemain keyboard, Danita Ng menyertai kumpulan ini tetapi untuk jangka masa yang pendek. Pada tahun yang sama, adik perempuannya, Janice mengambil alih tempatnya tetapi tidak lama. Pada masa yang sama juga, Meggry meninggalkan kumpulan dan tempatnya digantikan dengan Patricia Robert, seorang artis rakaman dan penyanyi lagu Iban di Sarawak. Pada tahun 1994, Mazleela telah keluar dan memutuskan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan fokus sebagai penyanyi solo dan kekosongan itu digantikan oleh Mary diserap sebagai pemain gitar utama manakala Pat adalah seorang vokalis dan juga berperanan sebagai pemain gitar kedua. Pada masa yang sama, Ophelia June menyertai kumpulan sebagai pemain keyboard. Ophelia adalah adik kepada Rodney Hudgens.
Puncak populariti (1996–2002)
[sunting | sunting sumber]Ophelia meninggalkan kumpulan dan menjadikan kumpulan terdiri kepada 4 ahli. Mereka meninggalkan Kuching untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menjalani sesi rakaman album pertama mereka di bawah label Life Records.[6] Atas perbincangan bersama pihak Life Records, nama kumpulan telah ditukar kepada Candy. Ahli Candy ialah Patricia Robert (vokal utama, gitar kedua), Mary Morss (gitar utama, penyanyi latar), Nancy Graggory (bass, vokal) dan Connie Sangid (dram, vokal).[7]
Di bawah bimbingan penerbit mereka, Edrie Hashim, mereka merakamkan album sulung mereka yang mengambil nama mereka sebagai tajuk album pada 1996 dan dilancarkan pada Januari 1997. Single "Akan Ku Tunggu" ciptaan Edrie dan adiknya, Jijie menjadi hits dan mendapat tempat di hati pendengar.[8][9][10] Album ini terjual melebihi 50,000 unit dan meraih anugerah Platinum.
Pada tahun yang sama, Candy menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Kumpulan Rock Wanita Pertama di Malaysia.[11] Mereka juga diiktiraf sebagai kumpulan rock wanita pertama yang berjaya menerbitkan album studio.[4][12]
Pada tahun 1998, Candy merakamkan album kedua yang berjudul Hot di bawah bimbingan penerbit, Mat Nor Hendrix.[13][14][15][16] Mat Nor dipilih atas pengalamannya dalam pementasan, rakaman, dan penerbitan dalam setiap kumpulan heavy metal.[17][18][19] Beliau juga merupakan anggota kumpulan heavy metal, Rusty Blade. Dikeluarkan pada 8 Jun 1998, album ini mengandungi 12 lagu, 2 daripadanya ialah lagu nyanyian semula dan 1 daripadanya ialah rakaman instrumental semula lagu "Transylvania" dari kumpulan Iron Maiden.[20][21]
Pada 12 dan 13 Jun 1998, Candy tampil membuat persembahan secara langsung di Kelab Matahari, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.[22]
Nancy telah meninggalkan kumpulan itu pada 8 April 1999 atas sebab-sebab tertentu.[23] Jacqueline Chong telah menggantikan tempatnya sebagai pemain bes. Jacqueline bermain bes ketika Candy sedang membuat persembahan secara langsung tetapi tidak berpeluang merakamkan album bersama.[24][25]
Pengunduran Jacque dan album ketiga (2004–2011)
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2004, Jacqueline meninggalkan Candy untuk melanjutkan pengajiannya dan Nancy menyertai semula Candy.
Selepas 10 tahun tidak tampil dengan album baru, Candy selesai merakamkan album ketiga dan terakhir mereka yang berjudul Absolute di bawah label CD Baby pada 2008. Album ini dilancarkan pada Januari 2009. Album ini terdiri daripada 10 lagu, 6 daripadanya ialah lagu berbahasa Inggeris dan selebihnya pula lagu berbahasa Melayu. Album ini juga merupakan album pertama yang memuatkan lagu-lagu berbahasa Inggeris.[26]
Pasca-kejayaan (2012–kini)
[sunting | sunting sumber]Candy telah menerima Anugerah Khas DAMA (Persatuan Pemuzik Artis Dayak) pada 24 November 2012 yang berlangsung di DeTAR Putra UNIMAS, Sarawak. Penyampaian anugerah disampaikan oleh Pengerusi DAMA, Snowdan Lawan dan acara itu turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom.[27]
Candy sekali lagi mengalami pertukaran ahli pada tahun 2016, yang mana Mary dan Connie telah meninggalkan kumpulan itu atas sebab-sebab tertentu. Posisi mereka digantikan dengan Anis Kalisa sebagai gitaris dan Kim Herrin di posisi dram. Anis merupakan gitaris bagi kumpulan Soul Statue, manakala Kim pula pemain dram bagi kumpulan Herrin.
Mereka buat kali terakhir ketika mengadakan konsert amal istimewa, iaitu Konsert Tribute Sang Gendang Allahyarham Yazit Ahmad pada 6 dan 7 Disember 2019 di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur. Konsert tersebut dibarisi ratusan penyanyi dan pemuzik tanah air, antaranya Hattan, Aris Ariwatan, Ekamatra, Man Kidal, Nash, Dayangku Intan, Hujan, Kugiran Masdo dan ramai lagi.[28]
Pada Sept 2024, Candy kembali lagi dengan sebuah lagu baru iaitu Setia2U.[29] Lagu ini telah dikeluarkan oleh barisan Pat (vokal), Nancy (bass), Anis (gitar) dan Bulan Terry (dram).
Ahli kumpulan
[sunting | sunting sumber]Ahli terkini
[sunting | sunting sumber]- Patricia Robert – vokal utama, gitar kedua (1996–kini)
- Anis Kalisa – gitar utama (2016–kini)
- Nancy Graggory – bes, vokal, vokal latar (1996–1999; 2004–kini)
- Bulan Terry – dram (2022–kini)
Bekas ahli
[sunting | sunting sumber]- Mary Morss – gitar utama, vokal latar (1996–2016)
- Jacqueline Chong – bes (1999–2004)
- Connie Sangid – dram, vokal (1996–2016)
- Kim Herrin – dram (2016–2021)
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1998 | Anugerah Industri Muzik ke-5 | Artis Berkumpulan Baru Terbaik | Candy | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Roslen Fadzil (2 Mei 1997). "Candy nak tawan dunia". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Gerald Chuah (20 Disember 1996). "Sweet Candy" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (10 Mac 2013). "Candy masih wujud". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2015.
- ^ a b Hartati Hassan Basri (6 September 1997). "Penyanyi Malaysia cipta rekod". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ "Sweet music from Candy" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 21 Februari 1997. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Azman Ahmad (20 Mac 2000). "Hot stuff by Candy". The Malay Mail. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Zamani Yusof (4 Februari 1997). "Candy bawa nasib dari Sarawak". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Roslen Fadzil (13 Jun 1997). "Candy adu nasib". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Saniboey Mohd Ismail (16 Julai 1997). "Candy bukan boneka muzik". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Saniboey Mohd Ismail (13 Oktober 1997). "Rezeki Candy". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Hartati Hassan Basri (12 Disember 1997). "Candy makin berani". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Saniboey Mohd Ismail (3 Oktober 1997). "Candy diragui". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Sani Salleh (10 Ogos 1998). "Candy masih pertahankan kedudukan". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Sani Salleh (7 Julai 1998). "Racun Pujangga Candy". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Shuib Taib (23 Julai 1998). "Sarawak group Candy on a 'Hot' streak". New Straits Times. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Gerald Chuah (13 Jun 1998). "Candy girls go heavy metal" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Saniboey Mohd Ismail (26 Januari 1998). "Candy beralih ke heavy metal". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Saniboey Mohd Ismail (21 Februari 1998). "Di sebalik kelincahan Candy". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Hardi Effendi Yaacob (7 Mac 1998). "Ganas". Berita Harian. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Zurina Waji (24 Mei 1998). "Candy agresif". Metro Ahad. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Gerald Chuah (13 Jun 1998). "Candy girls go heavy metal" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ "Candy di Matahari". Harian Metro. 12 Jun 1998. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Saniboey Mohd Ismail (6 Mac 1999). "Nancy tarik diri". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Saniboey Mohd Ismail (29 April 1999). "Jacque ganti Nancy". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Azman Ahmad (12 Jun 1999). "Candy goes heavy metal". The Malay Mail. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Dennis Chua (22 April 2009). "Time for Candy". New Straits Times. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ "Kumpulan rock wanita Candy menerima Anugerah Khas DAMA". The Borneo Post. 26 November 2012. Dicapai pada 19 Disember 2015.
- ^ Dennis Chua (12 Julai 2019). "#Showbiz: Ready to rock with Candy tomorrow?" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 20 Disember 2019.
- ^ Life Records Malaysia (2024-09-29), Candy - Setia2U (Official Music Video), dicapai pada 2024-10-15