Pergi ke kandungan

Kruiser Jerman Admiral Hipper

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Admiral Hipper pada 1939
Sejarah
Jerman Nazi
Nama: Admiral Hipper
Bersempena dengan: Admiral Franz von Hipper
Pembina: Blohm & Voss, Hamburg
Dibaringkan: 6 Julai 1935
Dilancarkan: 6 Februari 1937
Ditauliah: 29 April 1939
Takdir: Dilubang tenggelamkan, 3 Mei 1945, dinaikkan semula dan disekerap pada 1948–1952
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: kruiser kelas-Admiral Hipper
Sesaran:
Panjang: 202.8 m (665 ka 4 in) keseluruhan
Lunas: 21.3 m (69 ka 11 in)
Draft: Muatan penuh: 7.2 m (24 ka)
Installed power: 132,000 shp (98 MW)
Jana kuasa:
Halaju: 32 knot (59 km/j; 37 mph)
Anak kapal:
  • 42 pegawai
  • 1,340 kelasi
Persenjataan:
Perisai:
Pesawat yang dibawa: 3 Arado Ar 196
Kemudahan penerbangan: 1 katapel

Admiral Hipper ialah kapal sulung bagi kruiser berat kelas Admiral Hipper yang berkhidmat dengan Kriegsmarine Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Kapal ini mula dibina di limbungan Blohm & Voss, Hamburg pada Julai 1935 dan dilancarkan Februari 1937; Admiral Hipper memasuki perkhidmatan sejurus sebelum perang meletus, pada April 1939. Kapal ini dinamakan sempena Laksamana Franz von Hipper, panglima skuadron kruiser tempur Jerman semasa Pertempuran Jutland tahun 1916 dan kemudian panglima besar Armada Laut Lepas Jerman. Ia dilengkapi dengan lapan laras meriam utama 20.3 cm (8 in) dan, walaupun secara nominal ditetapkan had 10,000-long-ton (10,160 t) oleh Perjanjian Tentera Laut Inggeris-Jerman, sebenarnya ia mempunyai sesaran lebih 16,000 long ton (16,260 t).

Admiral Hipper menyaksikan sejumlah besar pertarungan semasa perang, terutamanya dalam Pertempuran Atlantik. Ia memimpin serangan di Trondheim semasa Operasi Weserübung; sewaktu dalam perjalanan ke sasarannya, ia menenggelamkan kapal pembinasa HMS Glowworm British. Pada Disember 1940, ia menceroboh masuk Lautan Atlantik untuk menyerang kapal-kapal dagang pihak Bersekutu, namun operasi ini berakhir tanpa kejayaan yang bermakna. Pada Februari 1941, Admiral Hipper menyerang sekali lagi, menenggelamkan beberapa kapal dagang sebelum akhirnya kembali ke Jerman melalui Selat Denmark. Kapal itu kemudian dipindahkan ke utara Norway untuk mengambil bahagian dalam operasi menentang konvoi ke Soviet Union, memuncak dalam Pertempuran Laut Barents pada 31 Disember 1942, dimana ia menenggelamkan kapal pembinasa Achates dan kapal penyapu ranjau Bramble tetapi mengalami kerosakan dan terpaksa berundur akibat serangan kruiser ringan HMS Sheffield dan HMS Jamaica.

Kecewa dengan kegagalan untuk menenggelamkan kapal dagang dalam pertempuran itu, Adolf Hitler mengarahkan sebahagian besar kapal perang disekerap, namun Laksamana Karl Dönitz berjaya memujuk Hitler untuk mengekalkan armada permukaan laut. Akibatnya, Admiral Hipper diarah pulang ke Jerman dan direhatkan untuk pembaikan. Kapal itu tidak pernah dipulihkan ke status operasi, bagaimanapun, pada 3 Mei 1945, pesawat pengebom RAF merosakkannya dengan teruk semasa ia berada di Kiel, Jerman. Anak kapalnya melubangtenggelamkan kapal itu di dok tambatan, dan pada Julai 1945, ia naikkan semula dan ditunda ke Teluk Heikendorfer. Ia akhirnya dileraikan untuk sekerap pada tahun 1948–1952; locengnya kini dipamerkan di Memorial Tentera Laut Laboe berhampiran Kiel.

Lakaran sebenar kruiser kelas- Admiral Hipper

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "gun nomenclature" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
  • Bekker, Cajus (1971). Verdammte See (dalam bahasa Jerman). Oldenburg: Gerhard Stalling Verlag. ISBN 3-548-03057-2.
  • Bredemeier, Heinrich (1997). Schlachtschiff Scharnhorst (dalam bahasa Jerman) (ed. 5th). Hamburg: Koehler. ISBN 3-7822-0592-8.
  • Breyer, Siegfried (1991). Die Schweren kreuzer der ADMIRAL HIPPER-Klasse (dalam bahasa Jerman). Friedberg: Podzun-Pallas-Verlag. ISBN 3-7909-0429-5.
  • Brennecke, Jochen (2003). Eismeer Atlantik Ostsee. Die Einsätze des Schweren Kreuzers Admiral Hipper [Arctic, Atlantic, Baltic: The Operations of the Heavy Cruiser Admiral Hipper] (dalam bahasa Jerman). Munchen: Heyne. ISBN 3-453-87084-0.
  • Dildy, Doug (2007). Denmark and Norway 1940: Hitler's Boldest Operation. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 978-1-84603-117-5.
  • Garzke, William H. & Dulin, Robert O. (1985). Battleships: Axis and Neutral Battleships in World War II. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-101-0.
  • Gröner, Erich (1990). German Warships: 1815–1945. I: Major Surface Vessels. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-790-6.
  • Hastings, Max (2005) [first published 2004]. Armageddon: The Battle for Germany, 1944–1945. Vintage Books. ISBN 978-0-375-71422-1.
  • Kemp, Paul (1993). Convoy! Drama in Arctic Waters. Casell. ISBN 0-304-35451-1.
  • Koop, Gerhard & Schmolke, Klaus-Peter (1992). Die Schweren Kreuzer der Admiral Hipper-Klasse [The Heavy Cruisers of the Admiral Hipper Class] (dalam bahasa Jerman). Bonn: Bernard & Graefe Verlag. ISBN 978-3-7637-5896-8.
  • Mann, Chris & Jörgensen, Christer (2003). Hitler's Arctic War: the German campaigns in Norway, Finland, and the USSR, 1940–1945. New York: Thomas Dunne Books. ISBN 978-0-312-31100-1.
  • Middlebrook, Martin; Everitt, Chris (1996). The Bomber Command War Diaries. An operational reference book 1939-1945. Midland Publishing Limited. ISBN 1 85780 033 8.
  • Miller, Nathan (1997). War at Sea: A Naval History of World War II. New York: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-511038-8.
  • Murfett, Malcolm H. (2008). Naval Warfare 1919–1945. London: Routledge. ISBN 978-0-415-45804-7.
  • Philbin, Tobias R. III (1982). Admiral von Hipper: The Inconvenient Hero. Amsterdam: B. R. Grüner Publishing Co. ISBN 90-6032-200-2.
  • Pope, Dudley (2005). 73 North: The Battle of the Barents Sea. Ithaca: McBooks Press. ISBN 978-1-59013-102-2.
  • Rohwer, Jürgen (2005). Chronology of the War at Sea, 1939–1945: The Naval History of World War Two. Annapolis: US Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-119-8.
  • Showell, Jak P Mallmann (1999). German Navy Handbook, 1939–1945. Thrupp, Stroud: The History Press. ISBN 0-7509-1556-0.
  • Sivertsen, Svein Carl, penyunting (1999). Jageren Sleipner i Romsdalsfjord sjøforsvarsdistrikt april 1940 (dalam bahasa Norway). Hundvåg: Sjømilitære Samfund ved Norsk Tidsskrift for Sjøvesen. ISBN 82-994738-3-7.
  • Williamson, Gordon (2003). German Heavy Cruisers 1939–1945. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 978-1-84176-502-0.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Whitley, M. J. (1987). German Cruisers of World War Two. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-217-8.