Kampung Sungai Purun
Kampung Sungai Purun terletak di Semenyih, Selangor, Malaysia. Hanya kira-kira 2 km dari Semenyih meuju ke pekan Bangi Lama, mengikut Jalan Bangi Lama.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]- Kampung ini mendapat nama dari sebuah sungai kecil selebar 2 meter dan dalam 0.5 meter dalam yang mengalir ke Sungai Semenyih. Purun ialah sejenis pokok, daunnya boleh dibuat tikar, bentuknya bukan seperti mengkuang atau pandan, tapi seperti tebrau. Boleh dianyam menjadi tikar.
- 1948-1956 Satu sekatan yang dinamakan Bangi Gate dibina di Jalan Bangi Lama berhampiran dengan kedai Ang Giap sekarang. Bangi Gate dibuat daripada dawal berduri dan sesiapa tidak boleh melintasinya dari jam 7.00 malam hingga 6.00 pagi. Setinggan Cina terutamanya yang dipindahkan ke Kampung Baru Semenyih, mestlah diperiksa terlebih dahulu sama ada mereka membawa susu lembu, beras, ubat atau apa-apa bahan di dalam tong susu getah atau di dalam anak baju perempuan. Sebuah khemah atau trak tentera berdinding canvas digunakan untuk memeriksa perempuan yang dicurigai. Kebanyakan mereka sebagai penoreh getah di Ladang Sungai Purun. Ladang Sungai Purun telah dijadikan zon industri Jalan Bangi Lama
- 1950-an pada zaman darurat, satu sekatan jalan raya telah diadakan di Sungai Purun berhampiran dengan rumah Raja __ . Sekatan waktu malam itu dibuat oleh askar yang diketuai oleh seorang tentera British bersama beberapa orang special constable. Seorang pengurus Ladang Sungai Purun yang memandu sebuah kereta balik dari jamuan balik ke rumah di ladangnnya . Kereta yang ditahan oleh tentera tadi tidak mahu berhenti kerana menyangka pengganas komunis membuat sekatan. Pegawai itu ditembak di kepalanya. Ketika itu pemandunya tidak ada bersama .
- 1954 tentera dari Australia pernah meronda sehingga ke kampung ini pada zaman darurat. Tentera Australia memakai topi koboi yang dilipat sebelah kirinya. Abdul Rafai alias dan Pak Lu Saroji yang berada di sawah Sungai Purun telah disergah oleh tentera Australia. Negara-negara Komanwel terutama Australia dan New Zealand datang ke Persekutuan Tanah Melayu untuk mencari bandit yang berleluasa di sini. Tentera Australia dalam perjalanan dari arah Jenderam ke Semenyih dan Broga.
Ketua Kampung
[sunting | sunting sumber]Ketua kampungnya ialah Encik Rosli bin Sanusi dan Setiausahanya ialah En Yunus. Encik Rosli Sanusi pernah dihantar ke Jepun bagi meninjau tahap keselamatan kilang pembakar (incinerator) Misyima yang bakal dibina di Broga , Semenyih oleh Ebara Corporation.
Asalnya sawah padi
[sunting | sunting sumber]Kampung ini dahulu pernah ditanam dengan sawah padi di tepi-tepi Sungai Semenyih. Malahan kampung ini pernah dilandar banjir sekitar tahun 1926 dan 1960 dan 1971. Ini kerana Sungai Semenyih berliku-liku dan airnya dalam. Tetapi kini Sungai Semenyih telah diluruskan oleh Jabatan Parit dan Taliair sekitar tahun 1972.
Penduduknya
[sunting | sunting sumber]Penduduknya terdiri daripada perantau berketurunan Rawa yang datang dari pulau Sumatra, Indonesia. Mereka berugama Islam dan menjadi penganut agama Islam yang kuat. Oleh itu adat resam yang diamalkan adalah berteraskan adat Melayu Islam.
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Sebagai sebuah kampung, pada peringkat awal mereka bekerja dalam sektor pertanian iaitu bersawah padi, menoreh getah, berkebun durian, bertani dan sebagainya.
Tetapi selepas tahun 1970-an, ramai daripada mereka bekerja dengan kerajaan sebagai buruh dan kakitangan jabatan kerajaan.
Tahun 1980-an, dengan munculnya kilang-kilang di Kajang, Semenyih dan Bandar Baru Bangi serta di Kuala Lumpur, sebahagiannya bekerja di kilang seperti pekerja am, pengawal keselamatan dan sedikit dalam bahagian pengurusan kilang.
Kemudahan awam
[sunting | sunting sumber]Di Kampung Sungai Purun terdapat banyak kemudahan yang bertaraf kampung tradisional Melayu, seperti :
- Balai raya Sungai Purun
- Gelanggang badminton dan sepak takraw
- Surau
- Tanah perkuburan Islam Sungai Purun. Tanah perkuburan ini asalnya milik Cina. Tuan tanah membantah apabila mendapat tahu tanahnya hendak dijadikan tanah kubur. Ketika acara pengkebumian hendak dijalankan, tuan tanah Cina ini datang dan membantah tetapi dapat didamaikan. Bagi Cina, sial tak sudah-sudah jika tanah dijadikan tanah kubur. Sedangkan orang Melayu mengganggap satu kebaikan dan pahala jika tanah diwakafkan sebagai tanah kubur.
Korban pembangunan
[sunting | sunting sumber]Sebagai sebuah kampung yang bersebelahan dengan Zon Industri Jalan Bangi, beberapa masalah sering timbul antara :
- pencemaran asap kilang
- jalan raya selalu rosak kerana lori keluar masuk
- limpahan air kerana sistem longkang yang tidak teratur
- sistem pembuangan sampah tidak ada
- debu-debu daripada kenderaan yang lalu lalang
- status Tanah Rezab Melayu yang berharga rendah tapi di sebelah Zon Perindustrian yang sepatutnya lebih mahal.
Di sini tidak ada :
- kedai runcit yang lengkap kecuali Kedai Eboss.
- syarikat bas yang boleh mengambil penumpang.Cuma ada kereta sapu sahaja.
- sistem pembuangan sampah
- Padang bola sepak untuk kanak-kanak dan remaja
Adat budaya
[sunting | sunting sumber]Sebagai penduduk beragama Islam yang kuat , mereka mengamalkan adat-adat Melayu yang diwarisi dari satu generasi ke satu genrasi. Antaranya ialah :
- Adat cukur jambul
- Gotong-royong membersihkan surau
- Majlis merisik , bertunang , akad nikah, persandingan dan majlis kenduri kahwin.
- Upacara kematian dan pengkebumian di tanah kubur.
Zon industri Sungai Purun, Jalan Bangi
[sunting | sunting sumber]Dengan munculnya kilang-kilang di Sungai Purun, ramai pekerja Indonesia, Myanmar, Vietnam dan Nepal menyewa di Sungai Purun, khususnya di Taman Dalma. Mereka bekerja di kilang perabot Wyser dan lain-lain yang terdapat di Sungai Purun.
Zon perindustrian ini menempatkan kilang-kilang perabot berasaskan kayu. Sebahagiannya merupakan kilang-kilang dipindah dari Batu 10, Cheras kerana mencemarkan aliran Sungai Langat.
Kilang di Sungai Purun, Jalan Bangi
[sunting | sunting sumber]- Sena Diecasting Industries Sdn Bhd , No. 806, Jln Bangi Batu 1 1/2, 43500 Semenyih
- L W Plastic Industries Sdn Bhd , No. 680, Jln Bangi Batu 1 1/4, 43500 Semenyih
- Tik Huat Industries Sdn Bhd , No. 1949, Jln Bangi Batu 1 1/2, 43500 Semenyih
- Roxica Industries Sdn Bhd , No. 1035, Jln Bangi Batu 2, 43500 Semenyih
- KFC Integrated Poultry Industry Sdn Bhd , No. 2315, Kampung Rinching Hilir, 43000 Bangi
- Hentz Wood Resources Sdn Bhd , Lot 1956, Bt 1 1/2, Jalan Bangi
- Proficient Quality Sdn Bhd ,Lot 680, Batu 1-1/2, Jalan Bangi
- Wyser Furniture Sdn Bhd ,Lot 808, Batu 1 1/2 Jalan Bangi
- Atom Corporation Sdn Bhd ,Lot 468, Batu 2 ,Jalan Bangi
Pak Icet
[sunting | sunting sumber]Pak Icet atau nama sebenarnya Abu Samah merupakan warga emas yang tabah berbasikal mengelilingi Semenanjung Malaysia mulai 17 Julai 2005 hingga 31 Ogos 2005 sempena Kembara Kemerdekaan 2005.[perlu rujukan]
Sebelum ini beliau telah mengembara mengelilingi negeri Selangor selama seminggu dari 15 Ogos 2004 hingga 21 Ogos 2004.
Kayuhan basikalnya bermula dari Balai Raya Sungai Purun, Semenyih menuju ke Sungai Tekala dan terus ke Bukit Ampang, Ulu Yam dan jijak ke Tanjung Karang. Dari Tanjung Karang berkeliling hingga ke Kelang dan Banting. Seterusnya menuju ke Olak Lempit, Jenderam dan sampai kembali ke Sungai Purun. Penjelajahannya dinamakan Merdeka Tua.
Menurut Abu Samah Yusuf, beliau menunggang basikal diiringi penunggang basikal lain dari Kampung Sungai Purun.
Abu Samah mampu menunggang basikal sejauh 16 km sejam. Dalam menyempurnakan misi menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-47 itu, beliau akan menunggang selama 8 jam sehari. Selain itu katanya, aktiviti sedemikian juga dapat meningkatkan tahap kesihatan .