Pergi ke kandungan

Wilayah Gunma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Gunma)
Wilayah Gunma (群馬県)
Peta Jepun dengan ditunjukkan Gunma
Ibu wilayah Maebashi
Kawasan Kantō
Pulau Honshū
Gabenor Masaaki Osawa
Keluasan 6,363.16 km² (21st)
 - % air 0.2%
Penduduk  (1 Mac 2008)
 - Populasi 2,014,608 (ke-19)
 - Kepadatan penduduk 317 /km²
Daerah 8
Perbandaran 39
ISO 3166-2 JP-10
Laman rasmi www.pref.gunma.jp/
english/
Lambang Wilayah
 - Bunga Azalea Jepun (Rhododendron japonicum)
 - Pokok Pain Hitam Jepun (Pinus thunbergii)
 - Burung Burung Kuang Gangsa (Phasianus soemmerringii)
 - Fish Ikan Ayu (Plecoglossus altivelis)
Lambang Wilayah Gunma
Lambang Wilayah Gunma

Wilayah Gunma (群馬県, Gunma-ken) ialah sebuah wilayah di Jepun yang terletak di sudut barat laut di kawasan Kantō di pulau Honshū. Ibu kotanya ialah Maebashi.

Sebagai salah satu daripada lapan wilayah tak berpantai di Jepun, Gunma ialah wilayah paling barat laut di dataran Kantō. Kecuali bahagian-bahagian tengah dan tenggara yang tertumpunya kebanyakan besar penduduknya, wilayah ini banyak bergunung-ganang. Wilayah Gunma bersempadan dengan wilayah-wilayah Niigata dan Fukushima di utara, wilayah Tochigi di timur, wilayah Nagano di barat, dan wilayah Saitama di selatan.

Antara gunung-gunung utama di Gunma termasuk Gunung Akagi, Gunung Haruna, Gunung Myōgi, Gunung Nikkō-Shirane dan Gunung Asama yang terletak di sempadan Nagano. Gunung-gunung Akagi, Haruna dan Myōgi dikenali sebagai "Tiga Gunung Jōmō", dan juga ditampilkan dalam babak-babak perlumbaan dalam siri manga Initial D. Sungai-sungainya termasuk Sungai Tone, Sungai Agatsuma, dan Sungai Karasu.

Bandaraya

[sunting | sunting sumber]

12 bandaraya terletak di wilayah Gunma:

Bandar dan kampung

[sunting | sunting sumber]

Bandar dan kampung di setiap daerah:

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 36°22′N 139°7′E / 36.367°N 139.117°E / 36.367; 139.117