Pergi ke kandungan

Gempa bumi Chile 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gempa bumi Chile 2010
Bangunan runtuh di Concepción
Tarikh03:34:14, 27 Februari 2010 (UTC-3) (2010-02-27T03:34:14UTC-3)
Magnitud8.8 Mw
Kedalaman35 kilometer (22 bt)
Koordinat35°54′32″S 72°43′59″W / 35.909°S 72.733°W / -35.909; -72.733Koordinat: 35°54′32″S 72°43′59″W / 35.909°S 72.733°W / -35.909; -72.733
Kawasan terjejasChile
TsunamiAmaran di kebanyakan persisiran Pasifik[1]
Korban432 dikenal pasti maut[2]

Gempa bumi Chile 2010 dengan kekuatan 8.8 Skala Richter dilaporkan terjadi di kawasan pantai Kawasan Maule, Chile pada 27 Februari 2010.[3][4][5] Kawasan terlibat dengan gempa dilaporkan mengalami gegaran dalam tempoh tiga minit.[6]. Gempa bumi ini merupakan yang terkuat sejak gempa bumi Sumatera pada tahun 2005, dan gempa bumi ke-7 paling kuat yang pernah direkodkan (gempa bumi Ecuador pada tahun 1906 juga mempunyai magnitud yang sama).[7]

Gempa dilaporkan berlaku pada pukul 3:34 pagi waktu tempatan (jam 2:34 petang waktu Malaysia). Gegaran juga dilaporkan di Santiago,[8] dan beberapa bandar di Argentina seperti Buenos Aires, Córdoba, Mendoza dan La Rioja.[9]

Ahli seismologi menganggarkan yang gempa bumi ini sungguh kuat sehingga ia mungkin memendekkan tempoh panjang hari sebanyak 1.26 mikrosaat dan menggerakkan paksi benda Bumi sebanyak 8 cm atau 2.7 miliarkasaat.[10][11] It juga menggerakkan seluruh bandar Concepción 3.04 meter (10 ka) ke barat. Ibu negara Santiago, bergerak hampir 24 cm ke barat, dan malah Buenos Aires, kira-kira 1350 km daripada Concepción, bergerak 3.9 cm.[12][13]

Ciri-ciri gempa

[sunting | sunting sumber]
Gempa bumi terjadi antara plat Nazca dengan plat Amerika Selatan, sehingga mengalami subduksi

Gempa bumi terjadi di sempadan antara plat Nazca dengan plat Amerika Selatan. Ciri-ciri gempa ini adalah mekanisme fokal sesar naik, diakibatkan oleh subduksi plat Nazca di bawah plat Amerika Selatan.

Kemusnahan, kerosakan dan kehilangan nyawa

[sunting | sunting sumber]
Kerosakan struktur akibat gempa bumi

Menurut seorang jurukamera Berita TV Associated Press, terdapat bangunan yang runtuh Santiago dan juga bekalan elektrik dilaporkan terputus di beberapa bahagian di kota raya itu.[14] Lapangan terbang Santiago juga mengalami kerosakan. Ini menyebabkan pihak berkuasa lapangan terbang itu menutup semua operasi penerbangan dalam tempoh 24 jam mulai 12:00 GMT.[15]

Bangunan-bangunan dilaporkan runtuh dan ada yang mengalami kebakaran di Concepción. [16]

Kes kehilangan nyawa mula dilaporkan kira-kira 13 jam selepas gegaran gempa. Angka kematian terus bertambah, tetapi tidak dijangka akan mencecah lebih dua kali ganda daripada 122 kes awal.[3][17][18]

Kementerian Keadaan Darurat Negara Chile (Oficina Nacional de Emergencia) telah meletakkan kekuatan gempa bumi di wilayah Biobío pada IX skala Mercalli. Manakala Santiago diberikan skala tahap VIII. [19][3] USGS menyatakan intensitas gempa di Santiago and Valparaiso berada pada skala MM VII-VIII.[20]

Amaran kejadian tsunami dikeluarkan kepada Chile dan Peru,[21] dan peringatan tsunami juga turut dikeluarkan untuk Ecuador, Colombia, Antartika, Panama, dan Costa Rica.[22]

Peringatan tsunami ini kemudian diperluas hingga seluruh kawasan Lautan Pasifik, kecuali untuk kawasan pantai barat Amerika Syarikat, British Colombia, dan Alaska.[23] Ketinggian tsunami dilaporkan mencecah 2.6 meter (8.6 kaki) di Valparaiso, Chile.[3][24][25] Ketinggian tsunami mencapai 2,34 meter tercatat di Talcahuano, Biobío Region.[25]

Gempa susulan tercatat mencapai kekuatan 6.2 setelah 20 minit gempa pertama.[3][26] Dua gempa susulan dengan kekuatan 5.4 dan 5.6 menyusul kemudian.[26] The USGS said that "a large vigorous aftershock sequence can be expected from this earthquake".[27]

Terdapat laporan yang menyatakan tsunami mencapai ketinggian 40 meter di Kepulauan Juan Fernández yang berada di Lautan Pasifik sekitar 667 km dari luar pantai Chile.[28] Tetapi buat masa ini tiada laporan rasmi mengenai kerosakan yang dialami di pulau itu.

Data ketibaan gelombang tsunami[1][29][30]
Stesen Negara atau wilayah Latitud Longitud Waktu (GMT) Ketinggian (meter) Ketinggian (kaki)
La Push, Washington Amerika Syarikat Amerika Syarikat 47.5 U 124.4 B 22:54 0.11 0.4
Hilo, Hawaii Amerika Syarikat Amerika Syarikat 19.7 U 154.9 B 21:20 0.86 2.8
San Francisco, California Amerika Syarikat Amerika Syarikat 37.8 U 122.5 B 21:20 0.26 0.8
Santa Monica, California Amerika Syarikat Amerika Syarikat 34.0 U 118.5 B 20:24 0.64 2.1
Lottin Point New Zealand New Zealand 37.6 S 178.2 T 19:34 0.15 0.5
Rarotonga Kepulauan Cook Kepulauan Cook 21.2 S 159.8 B 19:18 0.32 1.0
DART Tonga 23 S 168.1 B 18:44 0.04 0.1
Papeete Polinesia Perancis Polinesia Perancis 17.5 U 149.6 B 18:10 0.16 0.5
Nuku Hiva Polinesia Perancis Polinesia Perancis 8.9 S 140.1 B 17:45 0.95 3.1
Cabo San Lucas Mexico Mexico 22.9 U 109.9 B 17:43 0.28 0.9
Hiva Oa Polinesia Perancis Polinesia Perancis 9.8 U 139.0 B 17:41 1.79 5.9
Manzanillo Mexico Mexico 19.1 U 104.3 B 17:05 0.32 1
DART Manzanillo 16.0 U 107 B 16:11 0.07 0.2
Rikitea Polinesia Perancis Polinesia Perancis 23.1 S 134.9 B 15:59 0.15 0.5
Acapulco Mexico Mexico 16.8 U 99.9 B 15:49 0.16 0.5
DART Kepulauan Marquesas 8.5 S 125 B 15:31 0.18 0.6
Kepualauan Galapagos Ecuador Ecuador 0.4 S 90.3 B 14:52 0.35 1.2
Pulau Easter Chile Chile 27.2 S 109.5 B 12:05 0.35 1.1
Callao Peru Peru 12.1 S 77.2 B 10:29 0.36 1.2
Arica Chile Chile 18.5 S 70.3 B 10:08 0.94 3.1
Antofagasta Chile Chile 23.2 S 70.4 B 09:41 0.49 1.6
DART Lima 18 S 86.4 B 09:41 0.24 0.8
Iquique Chile Chile 20.2 S 70.1 B 09:07 0.28 0.9
Coquimbo Chile Chile 30 S 71.3 B 08:52 1.32 4.3
Ancud Chile Chile 41.9 S 73.8 B 08:38 0.62 2
Caldera Chile Chile 27.1 S 70.8 B 08:34 0.45 1.5
San Felix Chile Chile 26.3 S 80.1 B 08:15 0.53 1.7
Corral Chile Chile 39.9 S 73.4 B 07:39 0.90 2.9
Valparaiso Chile Chile 33 S 71.6 B 07:08 1.29 4.2
Talcahuano Chile Chile 36.7 S 73.4 B 06:53 2.34 7.7

Kesan ekonomi

[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan gempa bumi ini mengorbankan 700 orang dan menyebabkan kerosakan berjumlah hampir AS$30 bilion (RM99.4 bilion).Menteri Dalam Negeri Chile, Rodrigo Hinzpeter menyatakan 200 orang yang hilang dianggap terbunuh.Kerosakan mencecah AS$30 bilion (RM99.4 bilion) dengan perlindungan hanya AS$5 bilion (RM16.5 bilion) hingga AS$8 bilion (RM26.5 bilion). Menteri Kerja Awam, Hernan de Solminihac menyatakan S$1.46 bilion (RM4.8 bilion) diperlukan untuk membina semula jambatan roboh dan membaik pulih kemudahan awam.[31]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama PTWC-index
  2. ^ A 432 llegaron las víctimas fatales identificadas tras el terremoto y tsunami Cooperativa.cl
  3. ^ a b c d e "Massive earthquake strikes Chile". BBC News. Dicapai pada 27 Februari 2010. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "bbc 1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ "Reuters earthquake report". Reuters. Dicapai pada 27 Februari 2010.
  5. ^ "Japan Meteorological Agency report". Agensi Meteorologi Jepun. Dicapai pada 27 Februari 2010.
  6. ^ "USGS Earthquake Details". USGS. Dicapai pada 27 Februari 2010.
  7. ^ "Historic World Earthquakes". Earthquake.usgs.gov. USGS. 23 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-30. Dicapai pada 27 Februari 2010.
  8. ^ "Tsunami After Major Earthquake Hits Chile". Sky News. 27 Februari 2010. Dicapai pada 27 Februari 2010.
  9. ^ "Confirman que el sismo de Chile se sintió en Buenos Aires" (dalam bahasa Sepanyol). Infobae. 27 Februari 2010. Dicapai pada 27 Februari 2010.
  10. ^ Chilean Quake May Have Shortened Earth Days NASA
  11. ^ "Earth days could be shorter after Chilean earthquake". News.com.au. 2009-07-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-03. Dicapai pada 2010-03-02.
  12. ^ Chile earthquake moved entire city 10 feet to the west
  13. ^ Researchers Show How Far South American Cities Moved In Quake Diarkibkan 2011-07-20 di Wayback Machine. Dicapai 9 Mac 2010.
  14. ^ Eva Vergara, Associated Press, "8.8-magnitude earthquake hits central Chile".. Dilihat pada 27 Februari 2010.
  15. ^ "Reuters earthquake report". Reuters. Dicapai pada February 27, 2010.
  16. ^ http://www.eluniverso.com/2010/02/27/1/1361/terremoto-85-grados-deja-muertos-chile.html?p=1354&m=1835
  17. ^ Guardian newspaper: Chile earthquake: Pacific nations brace for tsunami
  18. ^ ABC News: Chile Earthquake: Tsunami Watch Heightened After 8.8-Magnitude Quake
  19. ^ (Sepanyol) "Bachellet confirmó que hay cinco muertos por el sismo en Chile", mdz online. Dirujuk pada 27 February 2010.
  20. ^ "PAGER - M 8.8 - OFFSHORE MAULE, CHILE". Earthquake.usgs.gov. Dicapai pada 2010-02-27.
  21. ^ "Australia on tsunami watch after quake". News.ninemsn.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-02. Dicapai pada 2010-02-27.
  22. ^ "Massive earthquake, aftershocks rattle Chile tsunami warning issued". Edition.cnn.com. CNN. 2010-02-27. Dicapai pada 2010-02-27.
  23. ^ http://www.prh.noaa.gov/ptwc/messages/pacific/2010/pacific.2010.02.27.104329.txt
  24. ^ "Tsunami message from WCATWC". Wcatwc.arh.noaa.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-02. Dicapai pada 2010-02-27.
  25. ^ a b TSUNAMI BULLETIN NUMBER 004 by the NOAA Pacific Tsunami Warning Center
  26. ^ a b Latest Earthquakes M5.0+ in the World, by USGS.
  27. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama USGS1
  28. ^ Staff Writer (February 27, 2010). "40 Meter Tsunami Wave Hits Juan Fernández Island". Newsolio. Dicapai pada February 26, 2010.
  29. ^ TSUNAMI BULLETIN NUMBER 015 issued by the Pacific Tsunami Warning Center.
  30. ^ "West Coast and Alaska Tsunami Warning Center". NOAA. Dicapai pada 2010-02-27.
  31. ^ Chile anggar kerosakan akibat gempa RM99 bilion Utusan Malaysia