Pergi ke kandungan

ACF Fiorentina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Fiorentina)
Fiorentina
Nama penuhACF Fiorentina S.p.A.[1][2]
GelaranViola (Purple), Gigliati (Lilies)
Diasaskan29 Ogos 1926
StadiumStadio Artemio Franchi
(Kapasiti: 47,290)
PemilikDiego Della Valle
PresidenRocco B. Commisso
Ketua jurulatihVincenzo Montella
LigaSerie A
2018–19Serie A, ke-16
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga

ACF Fiorentina,[3][4] juga dikenali sebagai Fiorentina [fjorenˈtiːna], ialah sebuah kelab bola sepak profesional Itali berpangkalan di Florence, Tuscany. Diasaskan melalui penggabungan antara dua kelab pada tahun 1926 dan ditubuhkan semula pada tahun 2002 selepas bankrap. Fiorentina telah bermain dalam peringkat tertinggi bola sepak Itali dengan majoriti dalam sejarah mereka.

Fiorentina telah memenangi dua kejuaraan Itali, pada musim 1955–56 dan 1968–69, enam Coppa Italia dan satu Supercoppa Italiana. Di peringkat Eropah, Fiorentina memenangi Piala Juara-Juara UEFA pada musim 1960–61. Mereka muncul naib juara Piala Eropah 1956–57 selepas tewas kepada Real Madrid dan sekali lagi muncul naib juara dalam Piala Eropah 1989–90 selepas tewas kepada Juventus.

Sejak tahun 1931, kelab ini bermain di Stadio Artemio Franchi yang mempunyai kapasiti sebanyak 47,282. Fiorentina dikenali secara meluas dengan nama gelaran Viola, merujuk kepada warna ungu yang digunakan oleh mereka.

Pasukan Fiorentina ketika musim 1940–41

Associazione Calcio Fiorentina ditubuhkan pada musim luruh 1926 oleh seorang bangsawan tempatan dan juga ahli Parti Fasis Nasional, Luigi Ridolfi[5] memulakan penggabungan dua kelab lama Florence iaitu CS Firenze dan PG Libertas. Tujuan penggabungan kedua-dua kelab ini adalah untuk memberi kelebihan kepada Florence sebagai sebuah kelab yang kuat untuk bersaing dengan yang kelab dari utara Itali yang lebih dominan dalam Kejohanan Bola Sepak Itali.

Selepas permulaan hambar dan melalui tiga musim di liga bawahan, Fiorentina akhirnya menyertai Serie A pada 1931. Pada tahun yang sama menyaksikan Fiorentina mendapat sebuah stadium baharu yang asalnya dinamakan selepas Giovanni Berta, seorang ahli fasis yang menonjol, tetapi ia didiletakkan nama yang dikenali sebagai Stadio Artemio Franchi. Untuk memberi tentangan dengan pasukan-pasukan lain, Fiorentina menguatkan pasukannya dengan pemain-pemain baharu terutamanya pemain dari Uruguay, Pedro Petrone atau nama gelarannya el Artillero. Walaupun melalui musim yang baik dan menduduki tempat keempat liga, Fiorentina tersingkir ke divisyen dua pada tahun berikutnya walaupun mereka cuba untuk kembali semula ke Serie A. Pada 1941, mereka meraih Coppa Italia pertama tetapi mereka tidak mampu mengecapi banyak kejayaan pada era 1940an oleh kerana Perang Dunia Kedua yang sedang tercetus dan masalah-masalah lain.

Kejayaan scudetto pertama

[sunting | sunting sumber]
Julinho dan Montuori antara pemain Fiorentina meraih kejuaraan scudetto pertama pada 1950an.

Pada tahun 1950, Fiorentina bermula untuk meraih prestasi konsisten dalam liga domestik apabila menamatkan musim di tempat kelima teratas liga. Pada waktu itu, Fiorentina mempunyai pemain-pemain hebat dan cemerlang seperti Giuliano Sarti, Sergio Cervato, Francesco Rosella, Guido Gratton, Giuseppe Chiappella dan Aldo Scaramucci serta pemain duo Julinho dari Brazil dan Miguel Montuori dari Argentina. Pasukan ini menjadi terkenal apabila berjaya merangkul kejuaraan scudetto (kejuaraan Itali) pertama pada musim 1955–56. Fiorentina mendahului 12 mata meninggalkan Milan yang berada di tempat kedua. Milan memintas Fiorentina untuk merebut tempat pendahulu liga tetapi Fiorentina menjadi kelab dari Itali yang beraksi pada perlawanan akhir Piala Eropah namun tewas kepada pasukan legenda Real Madrid yang dibintangi Alfredo Di Stéfano, Fiorentina tewas 0-2. Fiorentina menjadi naib juara sekali lagi dalam tiga musim berikutnya. Pada musim 1960–61, kelab ini merangkul kejuaraan Coppa Italia sekali lagi dan juga cemerlang di pentas Eropah apabila memenangi Piala Juara-Juara UEFA menentang kelab Scotland, Rangers.

Selepas beberapa tahun menjadi naib juara liga, Fiorentina akhirnya merosot demi sedikit pada 1960an dari tempat keempat hingga tempat keenam walaupun menjulang gelaran Coppa Italia dan Piala Mitropa pada 1966.

Kejayaan scudetto kedua

[sunting | sunting sumber]

Pada era 1960an menyaksikan beberapa keputusan konsisten di Serie A buat Fiorentina dan semua orang percaya kelab Florence itu mampu mencabar gelaran liga. Pada musim 1968–69 bermula dengan Milan sebagai pendahulu tetapi pada perlawanan ketujuh liga, Milan tewas kepada Bologna. Fiorentina yang memulakan musim hambar kemudian melonojak te tangga teratas Serie A tetapi pada separuh pertama musim, mereka berkesudahan seri 2-2 bertemu Varese lalu memberikan kelebihan kepada Cagliari sebagai pendahulu liga. Separuh kedua musim menyaksikan pertembungan tiga penjuru merebut kejuaraan liga di antara Milan, Cagliari dan Fiorentina. Milan kemudian jatuh daripada tempat pendahulu kerena mereka lebih fokus pada aksi Piala Eropah dan dilihat Cagliara berpotensi merebut kejuaraan. Selepas Cagliari tewas kepada Juventus, Fiorentina mengambil alih tempat sebagai pendahulu liga. Fiorentina kemudian memenangi semua baki perlawanan mereka selain menewaskan musuh tradisi, Juve di Turin pada perlawanan kedua terakhir dan akhirnya mereka menjulang kejuaraan scudetto kali kedua. Dalam pertandingan Eropah yang dianjurkan setahun kemudian, Fiorentina mencatata beberapa keputusan baik antaranya kemenangan ke atas kelab Kesatuan Soviet, Dynamo Kyiv tetapi mereka disingkirkan pada saingan suku akhir iaitu kecundang 3-0 terhadap Celtic.

Fiorentina meneruskan dekad 1970an dengan lambang Scudetto yang dilekatkan pada jersi mereka tetapi pada tempoh ini, mereka tidak menghasilkan apa-apa perubahan pasukan. Selepas menduduki tempat kelima pada 1971, mereka menamatkan musim di pertengahan liga buat setiap tahun dan hampir menghadapi zon penyingkiran antara tahun 1972 dan 1978. Fiorentina namun menjuarai Piala Liga Inggeris-Itali pada 1974 dan menjuarai Coppa Italia sekali lagi pada 1975. Pada waktu itu, Fiorentina mempunyai dua orang pemain muda yang berbakat iaitu Vincenzo Guerini dan Moreno Roggi dan Giancarlo Antognoni menjadi ayam tambatan Fiorentina dan diibaratkan sebagai idola buat peminat-peminat kelab.

Era Pontello

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1980, Fiorentina telah dibeli oleh Flavio Pontello dari sebuah keluarga kaya-raya. Beliau pantasnya mengubah logo dan lagu pasukan, menyebabkan peminat merungut tetapi beliau juga membawa masuk pemain-pemain berkualiti seperti Francesco Graziani dan Eraldo Pecci dari Torino; Daniel Bertoni dari Sevilla; Daniele Massaro dari Monza dan pemain muda Pietro Vierchowod dari Sampdoria. Pasukan ini juga dibintangi Giancarlo Antognoni dan pada musim 1982, Fiorentina terlibat dalam pertarungan menarik dengan musuh rapat, Juventus. Selepas Antognoni mengalami kecederaan serius, kejuaraan liga perlu ditentukan pada hari terakhir musim. Fiorentina terikat seri tanpa jaringan bertemu Cagliari lalu meranapkan impian Fiorentina untuk meraih scudetto ketiga. Juventus meraikan kejayaan dengan penalti yang dipertikaikan selain persaingan kedua-dua pasukan ini semakin memuncak.

Pada tahun berikutnya, Fiorentina mempamerkan prestasi yang 'pelik' seolah-olah kedudukannya di liga berbolak-balik dari zon penyingkiran ke tempat teratas dan sebaliknya. Fiorentina juga mempunyai dua pemain terkenal iaitu El Puntero Ramón Díaz dan pemain muda yang berpotensi, Roberto Baggio.

Pada 1990, Fiorentina berlawan untuk mengelakkan penyingkiran pada hari terakhir musim tetapi mereka berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala UEFA dan sekali lagi bertemu musuh ketat, Juventus. Pasukan Turin itu menjulang trofi. Kemudian, penyokong Fiorentina sekali lagi merungut apabila pada perlawanan terakhir kedua yang berlangsung di Avellino (mereka tidak dapat bermain di laman Fiorentina kerana digantung), sebuah kota yang memiliki ramai peminat Juventus lalu Roberto Baggio dijua serta merta ke kelab Turin itu. Pontello kemudian menghadapi kesulitan ekonomi lalu beliau menjual kesemua pemain-pemain dan beliau akhirnya dipaksa meninggalkan kelab selepas penyokong Fiorentina melancarkan rusuhan di kota Florence. Kelab ini diambil alih oleh pembikin filem terkenal, Mario Cecchi Gori.

Era Cecchi Gori hingga bankrup

[sunting | sunting sumber]
Gabriel Batistuta, pemain ikonik Fiorentina pada era 1990an.

Musim pertama di bawah pemilikan Cecchi Gori, Fiorentina membawa masuk pemain-pemain bagus seperti Brian Laudrup, Stefan Effenberg, Francesco Baiano dan yang terpenting ialah Gabriel Batistuta, yang menjadi pemain ikonik Fiorentina ketika era 1990an. Pada 1993, Cecchi Gori meninggal dunia dan jawatan pengerusi kelab diambil alih oleh anak lelakinya, Vittorio. Walaupun Fiorentina menghadapi permulaan musim yang baik, Vittorio memecat jurulatih Luigi Radice selepas kalah bertemu Atalanta,[6] dan jawatan jurulatih itu digantikan oleh Aldo Agroppi. Kemudian, keputusan Fiorentina semakin teruk berbanding sebelum ini apabila berada dalam zon penyingkiran dan disingkirkan ke Serie B pada hari terakhir musim.

Claudio Ranieri dilantik sebagai jurulatih untuk musim 1993-94 dan pada tahun itu, Fiorentina mendominasi Serie B. Selepas mereka kembali ke Serie A, Ranieri meletakkan Batistuta sebagai penyerang pertama dan menandatangani pemain muda berpotensi, Rui Costa dari Benfica dan pertahanan Brazil, Márcio Santos. Namun, pasukan Viola menamatkan musim di tempat ke-10.

Pada musim berikutnya, Cecchi Gori membawa masuk pemain-pemain penting terutamanya Stefan Schwarz dari Sweden. Fiorentina kemudian meraih Coppa Italia menentang Atalanta dan menamatkan musim di Serie A pada kedudukan ketiga liga. Pada musim panas, Fiorentina menjadi pasukan pertama bukan juara liga memenangi Supercoppa Italiana, dengan menewaskan Milan 2–1 di San Siro.

Musim 1995-96 amat mengecewakan bagi Fiorentina dalam saingan liga tetapi mereka mara ke separuh akhir Piala Juara-Juara UEFA selepas menewaskan Gloria Bistrița, Sparta Prague dan Benfica. Pasukan ini akhirnya tewas pada saingan separuh akhir kepada Barcelona (1-1 di tempat lawan 1–1; 0–2 di tempat sendiri). Pemain baru dimasuk musim ini seperti Luís Oliveira dan Andrei Kanchelskis, mengalami banyak kecederaan.

Pada penghujung musim, Ranieri meninggalkan Fiorentina untuk berpindah ke Valencia di Sepanyol dan Vittorio melantik Alberto Malesani sebagai pengganti Ranieri. Fiorentina bermain bagus namun bergelut ketika menentang pasukan-pasukan kerdil walaupun mereka layak ke Piala UEFA. Malesani meninggalkan Fiorentina pada musim itu juga dan tempat beliau digantikan oleh Giovanni Trapattoni. Di bawah pengurusan Trapattoni dan prestasi cemerlang Batistuta, Fiorentina mara untuk mencabar kejuaraan pada musim 1998–99 tetapi mereka menamatkan musim itu di tempat ketiga lalu mereka diberi slot untuk layak ke Liga Juara-Juara. Pada tahun berikutnya, Fiorentina melalui musim yang mengecewakan tetapi pasukan Viola bermain dengan baik dalam saingan Liga Juara-Juara dan antara perlawanan diingati ialah kemenangan ke atas Arsenal 1–0 di Wembley dan Manchester United 2–0 di Florence. Mereka akhirnya tersingkir dalam peringkat kumpulan kedua.

Pada penghujung musim, Trapattoni meninggalkan kelab dan digantikan oleh jurulatih Turki, Fatih Terim. Lebih-lebih lagi, Batistuta dijual ke Roma dan beliau akhirnya meraih kejuaraan scudetto ketika bersama Roma pada musim 2000–01 manakala Fiorentina meraih Coppa Italia buat kali keenam dan kali yang terakhir.

Pada tahun 2001 menyaksikan perubahan ketara buat Fiorentina apabila kewangan kelab itu menurun dan mereka tidak mampu membayar gaji dan mempunyai hutang sekitar 50 juta dolar Amerika. Fiorentina tersingkir ke Serie B pada penghujung musim 2001–02 dan mereka memasuki pentadbiran kehakiman pada Jun 2006 dan pada waktu itu, Fiorentina berada hampir di ambang kebankrupan. Akhirnya kelab ini menjadi bankrup atau muflis dan bermaksud ia menolak untuk beraksi di Serie B untuk musim 2002-03.

Penubuhan semula

[sunting | sunting sumber]

Fiorentina dengan segera ditubuhkan semula pada Ogos 2002 sebagai Associazione Calcio Fiorentina e Florentia Viola dan Diego Della Valle seorang usahawan kulit dan kasut sebagai pemilik baru kelab dan kelab ini bermain dalam Serie C2, divisyen keempat bola sepak Itali. Pemain yang kekal dalam kelab ini sehingga penubuhannya ialah Angelo Di Livio, dengan komitmennya kepada kelab selain beliau amat mencintai peminat-peminat Fiorentina. Dibantu oleh Di Livio dan 30 gol yang dihasilkan oleh penyerang Christian Riganò, Fiorentina menjuarai Serie C2 dengan mudah dan layak ke Serie C1. Oleh kerana Caso Catania (Kes Catania) yang aneh, kelab ini menerima kelayakan terus ke Serie B tanpa menepuh Serie C1 dan ia merupakan satu keputusan oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) yang mungkin akan menyelesaikan situasi Catania dengan menambahkan bilangan pasukan di Serie B dari 20 hingga 24 dan melayakkan Fiorentina ke Serie B ialah "merit sukan." Pada musim 2003, kelab ini kembali menggunakan nama Fiorentina semula sebagai ACF Fiorentina dan menyarung jersi terkenal mereka. Kelab ini menamatkan musim 2003–04 di tempat keenam dan akhirnya layak ke Serie A semula selepas menang pada aksi playoff menentang Perugia.

Dalam musim pertama mereka selepas kembali ke Serie A, kelab ini bergelut untuk mengelakkan penyingkiran dan hanya selamat pada hari terakhir musim. Pada 2005, Della Valle memutuskan untuk melantik Pantaleo Corvino sebagai direktor sukan baharu dan diikuti perlantikan Cesare Prandelli sebagai ketua jurulatih pada musim berikutnya. Kelab ini melakukan beberapa pemindahan ketika jendela perpindahan dibuka dan antara pemain dibawa masuk ialah Luca Toni dan Sébastien Frey. Langkah drastik ini membawa Fiorentina menamatkan musim di tempat keempat dengan mengumpul 74 mata dan mendapat tiket untuk layak ke Liga Juara-Juara. Toni menjaringkan 31 gol dalam 38 penampilannya, membuatkan beliau pemain pertama menjaringkan lebih 30 gol sejak Antonio Valentin Angelillo pada musim 1958–59 selain beliau turut meraih anugerah Kasut Emas Eropah. Pada 14 Julai 2006, Fiorentina disingkirkan ke Serie B kerana penglibatannya dalam skandal menetapkan perlawanan Serie A 2006 dan diberi penalti 12 mata. Pasukan ini telah dikembalikan semula ke Serie A atas rayuan, tetapi dengan hukuman 19 mata untuk musim 2006–07. Tempat Fiorentina di Liga Juara-Juara turut dibatalkan.[7] Selepas permulaan musim, penalti mata Fiorentina telah dikurangkan dari 19 ke 15 mata atas rayuan ke mahkamah Itali. Walaupun mereka perlu melalui penalti mata, mereka berjaya mendapat tempat di Piala UEFA.

Walaupun Toni berpindah ke Bayern Munich, Fiorentina memulakan musim baru 2007–08 dengan cemerlang apabila dikendali oleh bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Itali, Marcello Lippi dan lain-lain sebagai pencabar untuk merebut kejuaraan scudetto.[8] Walaupun prestasi Fiorentina menurun ketika aksi liga sedang memuncak, Viola mampu layak ke Liga Juara-Juara. Di pentas Eropah, mereka melangkah ke separuh akhir Piala UEFA sebelum tewas kepada Rangers dalam penentuan penalti. Pada musim 2008–09, Fiorentina meneruskan rentak cemerlangannya dengan menduduki tempat keempat dan memperoleh tempat play-off di Liga Juara-Juara musim hadapan. Kempen di peringkat Eropah pula sama seperti musim lalu apabila disingkirkan ke Piala UEFA 2008-09 sebelum tewas kepada Ajax pada penghujungnya.

Pada musim 2009–10, Fiorentina memulakan kempen di peringkat domestik dengan baik sebelum kehilangan momentum dan seterusnya jatuh ke tangga pertengahan liga pada penghujung musim. Di pentas Eropah, mereka tewas mengejut pada aksi pertama menentang Lyon sebelum mereka bangkit memenangi semua baki perlawanan. Viola layak ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan sebelum kecundang di tangan Bayern Munich menerusi gol di tempat lawan. Ia diikuti tindakan pengadil perlawanan kontroversi, Tom Henning Øvrebø yang membenarkan serta merta gol Bayern yang sememangnya berada dalam posisi ofsaid pada perlawanan pertama. Peristiwa ini menarik perhatian pihak berkuasa untuk melaksanakan ulangan tayangan video dalam perlawanan. Walaupun mara ke separuh akhir Coppa Italia dan bermain baik di Liga Juara-Juara, Fiorentina gagal menempah slot ke mana-mana kejohanan Eropah untuk musim hadapan.

Pada 24 September 2009, Andrea Della Valle dipecat daripada posisinya sebagai pengerusi Fiorentina dan semua tugas dan jawatannya diserahkan kepada Mario Cognini, naib-presien Fiorentina sehingga posisi tetap diumumkan.

Sejarah kini

[sunting | sunting sumber]
Vincenzo Montella, bekas pengurus Fiorentina dari 2012 hingga 2015.

Pada Jun 2010, Viola melambaikan perpisahan kepada pengurus terlama yang memegang jawatan jurulatih dalam sejarah Fiorentina, Cesar Prandelli selepas dilantik menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Itali dan pengurus Catania Siniša Mihajlović dilantik bagi menggantikan Prandelli. Kelab ini hampir berada di kedudukan tercorot liga ketika musim 2010–11 tetapi mereka bangkit sehingga menamatkan musim di tempat kesembilan. Selepas kekalahan 1-0 kepada Chievo pada November 2011, Mihajlović dipecat dan digantikan oleh Delio Rossi.[9] Selepas mereka bangkit, akan tetapi Viola tetap bergelut dalam zon penyngkiran menyeabkan Direktor Sukan, Pantaleo Corvino dipecat pada awal 2012 selepas kekalahan 0-5 kepada Juventus di tempat sendiri. Usaha mereka untuk bangkit berhasil selepas berjaya menumbangkan lawan di Rom dan Milan. Ketika perlawanan menentang Novara di tempat sendiri, mereka ketinggalan 0-2 selepas sejam berlangsung tetapi pengurus Rossi memutuskan untuk mengeluarkan Adem Ljajić dengan awal. Ljajić kecewa dengan tindakan Rossi yang menyerang aspek fizikal pemain-pemain sebelum membawa kepada pemecatannya.[10] Penggantinya adalah pengurus sementara Vincenzo Guerini dan membawa Fiorentina untuk menjauhi zon penyngkiran lalu Fiorentina akhirnya menamatkan musim di tempat ke-13.

Untuk membangkitkan prestasi kelab selepas mengharungi musim mengecewakan, keluarga Della Valle melabur banyak pada pertengahan 2012 dengan membeli 17 pemain-pemain baru dan melantik Vincenzo Montella sebagai ketua jurulatih. Mereka akhirnya menemui rentak apabila menamatkan musim di tempat keempat liga pada musim 2012–13 dan sudah cukup untuk Fiorentina mendapat tempat di Liga Europa pada musim hadapan.

Kelab ini kehilangan pemain kegemaran peminat, Stevan Jovetić pada pertengahan tahun 2013 apabila beliau dijual ke kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan harga 30 juta euro. Mereka juga menjual Adem Ljajić ke Roma dan Alessio Cerci ke Torino untuk menggunakan hasil jualan itu bagi membawa masuk Mario Gómez, Josip Iličić, Ante Rebić dan banyak lagi. Ketika musim baru bermula, Fiorentina berjaya mara dari peringkat kumpulan ke pusingan 32 pasukan dan bertemu kelab Denmark, Esbjerg fB yang berkesudahan Fiorentina menang 4-2 secara agregat. Pada pusingan seterusnya, mereka bertemu musuh ketat, Juventus sebelum tewas 2-1 pada agregat. Pada penghujung musim, Fiorentina masih menamatkan musim di tempat keempat dan menjadi naib juara Coppa Italia selepas tewas 3–1 kepada Napoli dalam aksi final.

Pada musim 2014–15, mereka menjual tonggak utama pasukan, Juan Cuadrado ke Chelsea dengan harga 30 juta euro dan Fiorentina meminjam Mohamed Salah sebagai pertukaran ketika perpindahan musim sejuk 2015. Dalam saingan Liga Europa, mereka mara hingga ke separuh akhir sebelum tewas kepada penyandang juara, Sevilla. Dalam saingan domestik pula, Fiorentina sekali lagi di tempat keempat pada hari terakhir musim dan layak ke Liga Europa 2015-16. Pada Jun 2015, Vincenzo Montella dipecat sebagai pengurus selepas Fiorentina terus menjadi tidak sabar dengan ketidakupayaan jurulatih itu untuk membuktikan komitmen kepada kelab[11] dan Paulo Sousa dilantik pada 21 Jun 2015 sebagai ketua jurulatih baru.

Lambang yang digunakan oleh Florentia Viola

Lambang rasmi kota Florence, fleur-de-lis merah telah menjadi simbol utama kelab ini.

Sepanjang sejarah kelab ini, mereka beberapa kali menukar lambang kelab namun kesemua pertukaran itu, tetapi terdapat simbol fleur-de-lis.[12] Lambang pertama banyak diinsipirasikan dari jata kota Florence, sebuah perisai putih bersama fleur-de-lis merah. Kemudian, fleur-de-lis ditukar menjadi lebih menarik dan kadang-kadang, lambang Fiorentina tidak dipaparkan padang atau tanah putih. Simbol yang biasa dipakai sekitar 20 tahun bentuk keseluruhan lambang ini 'lozenge' putih dan terdapat bunga di dalamnya. Ketika mereka bermain sebagai juara musim lalu, lozenge itu akan hilang dan bunga itu bertindih dengan lambang scudetto.

Logo ini diperkenalkan oleh bekas pemilik kelab, Flavio Pontello pada 1980 amat berbeza yang terdapat setengah jata kota Florence dan setengah huruf "F" yang tertera, untuk Fiorentina. Peminat tidak menggemari apabila ia diperkenalkan dan percaya ia adalah tujuan komersial.[13]

Kini, logo Fiorentina ialah berbentuk layang-layang pada keseluruhannya dan disertai garisan berwarna emas. Warna ungu sebagai latar belakang logo terletak di bahagian bawah selain terpapar tulisan "AC" yang berwarna putih dan "F" berwarna merah mewakili nama kelab. Di bahagian atas pula terdapat garisan emas dan fleur-de-lis berwarna merah bagi mewakili kota Florence.[14] Logo ini telahpun digunakan ari 1992 hingga 2002 namun selepas krisis kewangan dan kebangkitan kelab, mereka tidak menggunakan logo baharu.

Team colours Team colours Team colours
Team colours
Team colours
Jersi Fiorentina pada tahun penubuhannya

Ketika Fiorentina ditubuhkan pada 1926, pemain-pemain memakai jersi merah dan putih yang diinspirasi dari jata kota Florence.[15] Jrtdi ungu mrnjadi lebih terkenal dan memiliki keunikan tersendiri aetelah diterima pada tahun 1928 dan sejak itu ia telah digunakan dan membawa kepada nama samaran La Viola ("Pasukan Ungu"). Tradisi mengatakan bahawa Fiorentina mendapat jersi ungu mereka dengan secara tidak sengaja mereka terbasuh jersi berwarna merah dan putih sangat lama di sungai.

Jersi pelawat selalunya berwarna putih dan kadang-kadang terdapat elemen-elemen ungu dan merah dan kadang-kadang kesemuanya berwarna putih. Seluar pendek pula menjadi arna ungu apabila bermain di tempat sendiri dengan memakai stoking putih. Jersi ketiga Fiorentina diguna buat pertama kali pada musim 1995–96 dengan jersi merah pada keseluruhan dan terdapat garis-garis ungu selain dua bunga lili pada kedua-dua belah bahu. Jersi warna merah kerap dijadikan sebagai jersi ketiga Fiorentin walaupun mereka kadang-kadang sering memakai jersi berwarna kuning pada ('97–'98, '99–'00 dan '10–'11).

Skuad semasa

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 12 Ogos 2019.

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Itali Pietro Terracciano
3 DF Itali Cristiano Biraghi
4 DF Serbia Nikola Milenković
5 MF Croatia Milan Badelj (dipinjam dari Lazio)
6 DF Itali Luca Ranieri
7 MF Chile Erick Pulgar
8 MF Itali Gaetano Castrovilli
9 FW Argentina Giovanni Simeone
10 FW Ghana Kevin-Prince Boateng
11 FW Itali Riccardo Sottil
14 MF Burkina Faso Bryan Dabo
15 MF Uruguay Sebastián Cristóforo
No. Pos. Negara Pemain
17 DF Itali Federico Ceccherini
19 MF Sepanyol Tòfol Montiel
20 DF Argentina Germán Pezzella (Kapten)
21 DF Sepanyol Pol Lirola (dipinjam dari Sassuolo)
23 DF Itali Lorenzo Venuti
24 MF Itali Marco Benassi
25 FW Itali Federico Chiesa (Naib-kapten)
27 MF Poland Szymon Żurkowski
28 FW Serbia Dušan Vlahović
32 DF Denmark Jacob Rasmussen
69 GK Poland Bartłomiej Drągowski
93 DF Serbia Aleksa Terzić
Sehingga 9 Ogos 2019

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
GK Perancis Alban Lafont (di Nantes sehingga 30 Jun 2021)
GK Itali Simone Ghidotti (di Pergolettese sehingga 30 Jun 2020)
DF Belanda Kevin Diks (di Empoli sehingga 30 Jun 2020)
DF Brazil Gilberto (di Fluminense sehingga 31 Disember 2019)
DF Uruguay Maximiliano Olivera (di Club Olimpia sehingga 31 Disember 2019)
DF Slovakia Dávid Hancko (di Sparta Prague sehingga 30 Jun 2020)
DF Bulgaria Petko Hristov (di Bisceglie sehingga 30 Jun 2020)
MF Itali Marco Meli (di Gubbio sehingga 30 Jun 2020)
No. Pos. Negara Pemain
MF Perancis Jordan Veretout (di Roma sehingga 30 Jun 2020)
MF Itali Riccardo Saponara (di Genoa sehingga 30 Jun 2020)
MF Norway Rafik Zekhnini (di Twente sehingga 30 Jun 2020)
MF Albania Erald Lakti (di Gubbio sehingga 30 Jun 2020)
FW Itali Mattia Trovato (di Cosenza sehingga 30 Jun 2021)
FW Republik Czech Martin Graiciar (di Sparta Prague sehingga 30 Jun 2020)
FW Itali Salvatore Longo (di Bisceglie sehingga 30 Jun 2020)

Senarai pengurus

[sunting | sunting sumber]

Di bawah menunjukkan senarai-senarai pengurus Fiorentina sejak penubuhannya pada 1926 hingga kini.[16]

 
Nama Warganegara Tahun
Károly Csapkay Hungary 1926–28
Károly Csapkay
Gyula Feldmann
Hungary
Hungary
1928–30
Gyula Feldmann Hungary 1930–31
Hermann Felsner Austria 1931–33
Wilhelm Rady Hungary 1933
József Ging Hungary 1933–34
Guido Ara Itali 1934–37
Ottavio Baccani Itali 1937–38
Ferenc Molnár Hungary 1938
Rudolf Soutschek Austria 1938–39
Giuseppe Galluzzi Itali 1939–45
Guido Ara Itali 1946
Renzo Magli Itali 1946–47
Imre Senkey Hungary 1947
Luigi Ferrero Itali 1947–51
Renzo Magli Itali 1951–53
Fulvio Bernardini Itali 1953–58
Lajos Czeizler Hungary 1958–59
Luigi Ferrero Itali 1959
Luis Carniglia Argentina 1959–60
Giuseppe Chiappella Itali 1960
Nándor Hidegkuti Hungary 1960–62
 
Nam Warganegara Tahun
Ferruccio Valcareggi Itali 1962–64
Giuseppe Chiappella Itali 1964–67
Luigi Ferrero Itali 1967–68
Andrea Bassi Itali 1968
Bruno Pesaola Argentina 1968–71
Oronzo Pugliese Itali 1971
Nils Liedholm Sweden 1971–73
Luigi Radice Itali 1973–74
Nereo Rocco Itali 1974–75
Carlo Mazzone Itali 1975–77
Mario Mazzoni Itali 1977–78
Giuseppe Chiappella Itali 1978
Paolo Carosi Itali 1978–81
Giancarlo De Sisti Itali 1981–85
Ferruccio Valcareggi Itali 1985
Aldo Agroppi Itali 1985–86
Eugenio Bersellini Itali 1986–87
Sven-Göran Eriksson Sweden 1 Julai 1987 – 30 Jun 1989
Bruno Giorgi Itali 1 Julai 1989 – 25 April 1990
Francesco Graziani (int.) Itali 26 April 1990 – 30 Jun 1990
Sebastião Lazaroni Brazil 1 Julai 1990 – 30 Sept 1991
Luigi Radice Itali 1 Okt 1991 – 5 Jan 1993
Aldo Agroppi Itali 6 Jan 1993 – 30 April 1993
 
Nama Warganegara Tahun
Luciano Chiarugi (int.) Itali 1 Mei 1993 – 30 Jun 1993
Claudio Ranieri Itali 1 Julai 1993 – 30 Jun 1997
Alberto Malesani Itali 1 Julai 1997 – 30 Jun 1998
Giovanni Trapattoni Itali 1 Julai 1998 – 30 Jun 2000
Fatih Terim Turki 1 Julai 2000 – 25 Feb 2001
Luciano Chiarugi Itali 2001
Roberto Mancini Itali 26 Feb 2001 – 14 Jan 2002
Ottavio Bianchi Itali 14 Jan 2002 – 31 Mac 2002
Luciano Chiarugi (int.) Itali 1 April 2002 – 30 Jun 2002
Eugenio Fascetti Itali Jun 2002 – Julai 2002
Pietro Vierchowod Itali 1 Julai 2002 – 29 Okt 2002
Alberto Cavasin Itali 29 Okt 2002 – 10 Feb 2004
Emiliano Mondonico Itali 10 Feb 2004 – 25 Okt 2004
Sergio Buso Itali 25 Okt 2004 – 25 Jan 2005
Dino Zoff Itali 25 Jan 2005 – 30 Jun 2005
Cesare Prandelli Itali 1 Julai 2005 – 3 Jun 2010
Siniša Mihajlović Serbia 4 Jun 2010 – 7 Nov 2011
Delio Rossi Itali 8 Nov 2011 – 2 Mei 2012
Vincenzo Guerini (int.) Itali 3 Mei 2012 – 11 Jun 2012
Vincenzo Montella Itali 11 Jun 2012 – 8 Jun 2015
Paulo Sousa Portugal 21 Jun 2015 –

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
  • Serie C2 (sebagai Florentia Viola)
    • Juara : (1) 2002–03

Kejuaraan lain

[sunting | sunting sumber]
  • Coppa Grasshoppers
    • Juara (1) : 1957

Fiorentina sebagai sebuah syarikat

[sunting | sunting sumber]

A.C. Fiorentina S.p.A. tidak mampu berdaftar untuk bersaing dalam Serie B 2002–03 akibat masalah kewangan dan kelab ini dipindahkan ke sebuah syarikat baru dan berterima kasih kepada Article 52 of N.O.I.F. manakala syarikat lama dibubarkan. Pada masa itu, kelab ini telah banyak bergantung kepada penjualan pemain yang luar biasa terutama dalam pertukaran pemain tulen atau tunai ditambah pemain yang berpotensi meningkatkan kos pelunasan kontrak pemain. Sebagai contoh, pemain Marco Rossi menyertai Fiorentina dengan harga 17 bilion lira Itali pada 2000 tapi pada masa yang sama Lorenzo Collacchioni berpindah ke Salernitana dengan harga 1 bilion lira, membuatkan kelab mempunyai keuntungan pemain 997 juta lira dan tambahan 1 bilion lira jika pelunasan kontrak 5 tahun.[17] Pada 1999, Emiliano Bigica juga ditukar dengan Giuseppe Taglialatela yang mana kedua-duanya bernilai 10 bilion lira.[18] Pendapatan operasi (tidak termasuk keuntungan luar biasa hasil pertukaran pemain) pada musim 2000–01 telah ditolak 113,271,475,933 lira Itali (bersamaan 58,499,835 euro). Walaau bagaimanapun, didakwa Parma[19] Fiorentina memperoleh 140 juta lira. Kedua-dua pemain itu menyertai Milan dan A.C. Milan pada musim 2001–02 dengan bayaran tertutup.

Semenjak ditubuhkan semula pada 2002, ACF Fiorentina S.p.A. belum mampu meletakkan Fiorentina di divisyen tertinggi dan kejohanan Eropah. Pada tahun 2005 apabila Fiorentina beraksi musim pertamanya di Serie A, Fiorentina kehilangan dana 9,159,356 euro dan diikuti kehilangan 19,519,789 euro. Pada tahun 2006, Fiorentina kebanyakannya melabur terhadap pemain-pemain membuatkan pelunasan aset (kontrak pemain) meningkat dari 17.7 juta euro juta ke 24 juta euro. Walau bagaimanapun, kelab ini terlibat dalam skandal bola sepak Itali 2006 bermaksud kelab ini tidak dapat beraksi di kejohanan Eropah.. Pada tahun 2007, Fiorentina kehilangan 3,704,953 euro. Pada tahun yang sama juga, pendapatan hak TV meningkat oleh kerana Fiorentina layak ke Piala UEFA 2007–08. Walaupun layak ke Liga Juara-Juara UEFA 2008-09, Fiorentina mencatat kehilangan sebanyak 9,179,484 euro pada 2008 selepas peningkatan pendapatan hak TV mengatasi peningkatan gaji pemain. Pada 2009, Fiorentina mencatat keuntungan €4,442,803 kerana hasil keuntungan penjualan pemain (€33,631,489 hasil penjualan pemain seperti Felipe Melo, Giampaolo Pazzini dan Zdravko Kuzmanović; ditambah dari €3.5 juta pada 2008).

Selepas Fiorentina gagal untuk layak ke kejohanan Eropah pada penghujung musim Serie A 2009–10, perolehan Fiorentina menurun dari €140,040,713 pada 2009 kepada sekadar €79,854,928 walaupun gaji pemain-emain juga menurun, la Viola tetap mencatat kerugian €9,604,353. Pada tahun 2011, perolehan menurun ke €67,076,953 sebagai kekurangan kelab daripada keuntungan modal menjual pemain dan tahun 2010 masih termasuk ansuran daripada UEFA untuk menyertai Liga Europa UEFA 2009–10. Lebih-lebih lagi, penapatan penonton ke stadium pula jatuh dari €11,070,385 ke €7,541,260. Rang undang-undang gaji tidak jatuh terlalu banyak dan sebaliknya pelunasan yuran perpindahan telah meningkat sedikit kerana pemain baru. La Viola telah menjimatkan kos lain tetapi €11,747,668 dicatat sebagai hasil jualan pemain. Lebih-lebih lagi pada 2010 keputusan dirangsang oleh perolehan aset dari syarikat kecil (berhubung dengan AC Fiorentina). Selepa menolak pendapatan (€14,737,855), tahun 2010 mencatatkan Fiorentina kehilangan 24,342,208 dan pada 2011 semakin buruk apabila hanya mendapat 8,131,876 euro. Pada 2012, kelab ini mendapat manfaat hasil penjualan Matija Nastasić dan Valon Behrami sebelum diikuti Stevan Jovetić dan Adem Ljajić pada 2013. Pada 2014, hasil durian runtuh 28.4 juta daripada penjualan pemain, Fiorentina mencatat keputusan kewangan terteruk sejak penubuhannya semula walaupun kelab ini mengekalkan aras keuntungan durian runtuh yang sama dan keputusan ini terteruk berbanding 2013. Lebih-lebih lagi, Fiorentina juag mendedahkan kelab ini adalah berkaitan pendapatan keuuntungan bola sepak €19.5 juta dalam tempoh penilaian pertama UEFA Financial Fair Play Regulations pada musim 2013–14 (pada Mei 2014).[20] (agregat keputusan 2012 dan 2013) dengan tolakan €45 juta, dalam tempoh penilaian 2014–15 (agregat keputusan 2012, 2013 dan 2014). Walau bagaimanapun, ia dikurangkan kepada 30 juta euro dalam tempoh penilaian musim 2015–16, 2016–17 dan 2017–18. Kelab ini mampu memperoleh keuntungan selain menerima pendapatan keuntungan bernilai €5.6 juta pada 2015. La Viola menjual Juan Cuadrado ke Chelsea pada Januari 2015 dengan harga €30 juta dalam percubaan untuk memawa Fiorentina mara ke kejohanan UEFA pada musim 2016-17.[21]

Fiorentina
penyata kewangan (source)
Tahun kewangan Jumlah dagangan Keputusan Jumlah aset Keuntungan aset Permodalan semula
A.C. Fiorentina S.p.A. (P.I. 0039250485) kadar pertukaran €1 = L1936.27
1999–2000[22] €85,586,138# €5,550,939 €184,898,223 €13,956,954
2000–01[23] €61,698,625# €9,557,318 €219,996,389 €23,514,272 €0
2001–02 Tidak tersedia kerana muflis
ACF Fiorentina S.p.A. (P.I. 05248440488) permulaan model: €7,500,000
2002–03 (€6,443,549) €5,256,451 €4.2 juta
2003 (Jul–Dec) (€3,885,968) €6,370,483 €5 juta
2004[24] €33,336,444 (€10,259,252) €99,357,403 €11,019,231 €14.908 juta
2005[25] €57,646,361 (€9,159,356) €107,504,630 €35,951,875 €34.092 juta
2006[26] €60,961,502 (€19,519,789) €123,327,412 €51,132,086 €34.7 juta
2007[27] €88,627,385 (€3,704,953) €142,484,422 €67,427,133 €20 juta
2008[28] €108,521,983 (€9,179,484) €171,220,969 €78,247,649 €20 juta
2009[29] €140,040,713 €4,442,803 €173,675,641 €92,690,451 €10 juta
2010[30] €79,854,927 (€9,604,352) €178,314,364 €83,086,099 €0
2011[31] €67,076,953 (€32,474,084) €156,972,324 €50,612,014 €0
2012[32] €109,060,686 €1,155,691 €182,081,303 €75,667,705 €23.9 juta
2013[33] €121,044,126 €1,448,376 €217,891,659 €92,216,081 €15.1 juta
2014[34] €94,339,505 (€37,023,231) €188,847,357 €77,192,851 €22 juta
Agregat (€134,207,148) / / €203.9 juta
Purata (€10,736,572) €58,149,609 €16.312 juta
  1. ^ "Organigramma". ACF Fiorentina Fiorentina. Dicapai pada 29 November 2009.
  2. ^ "Fiorentina". Lega Calcio. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-25. Dicapai pada 18 February 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ name="fiorentina_society"
  4. ^ name="fiorentina_society_legacalcio"
  5. ^ name="Martin">Martin, Simon. Football and Fascism: The National Game Under Mussolini. Berg Publishers. ISBN 1-85973-705-6.
  6. ^ From Corriere della Sera of 5 January 1993
  7. ^ BBC (14 July 2006). "Italian trio relegated to Serie B". BBC News. Dicapai pada 1 January 2010.
  8. ^ "Lippi Tips Fiorentina For Surprise Scudetto Challenge". Goal.com. 11 November 2007.
  9. ^ "Mihajlovic sacked as Fiorentina coach". CNN.com. 7 November 2011.
  10. ^ "Fiorentina boss Delio Rossi sacked for attacking player". BBC Sport. 3 May 2012.
  11. ^ http://www.football-italia.net/67539/official-fiorentina-sack-montella
  12. ^ "ACF Fiorentina". Weltfussballarchiv.com. 24 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-19. Dicapai pada 2016-08-31.
  13. ^ name="logo"
  14. ^ name="logo"
  15. ^ "Stemma Comune di Firenze". Comuni-Italiani. 24 June 2007.
  16. ^ "geocities.com/violaequipe". Viola. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-27.
  17. ^ name=Fiorentina2001bilancio
  18. ^ name=Fiorentina2001bilancio
  19. ^ name=Fiorentina2001bilancio
  20. ^ "Financial fair play: all you need to know". UEFA. 30 June 2015. Dicapai pada 19 January 2016.
  21. ^ name=Fiorentina2014bilancio
  22. ^ name=Fiorentina2001bilancio
  23. ^ name=Fiorentina2001bilancio
  24. ^ name=Fiorentina2005bilancio
  25. ^ name=Fiorentina2006bilancio
  26. ^ name=Fiorentina2006bilancio
  27. ^ name=Fiorentina2007bilancio
  28. ^ name=Fiorentina2008bilancio
  29. ^ name=Fiorentina2009bilancio
  30. ^ name=Fiorentina2010bilancio
  31. ^ name=Fiorentina2011bilancio
  32. ^ name=Fiorentina2012bilancio
  33. ^ name=Fiorentina2013bilancio
  34. ^ name=Fiorentina2014bilancio

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]