Pergi ke kandungan

Bendera Georgia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nisbah 2:3

Bendera Georgia terdiri daripada sebidang latar putih diwarnakan suatu palang atau salib berwarna merah saling juga dihiasi 4 salib kecil di setiap penjuru kosongnya.

Rekaan asal bendera ini mula diperkealkan sebagai panji atau bendera rasmi untuk Kerajaan Georgia yang wujud abad ke-10n namun ia mula dimasyhurkan semula oleh gerakan kemerdekaan setempat yang menggiat berikutan pembubaran Kesatuan Soviet. Ia diasmikan sebagai bendera Republik Georgia yang baharu pada 14 Januari 2004, selepas tidak digunakan selama kira-kira 500 tahun.

Perlambangan

[sunting | sunting sumber]

Bidang putih bersalib merah mula dipakai Kerajaan Georgia semasa abad-abad ke-14 dan 15.

Salib Bolnisi

Empat salib kecil ini (''bolnur-katskhuri'', ბოლნურ-კაცხური) dibentukkan didasarkan suatu jenis salib yang tersendiri iaitu salib Bolnisi (Bahasa Georgia: ბოლნისის ჯვარი bolnisis ǰvari) yang datang dari gereja Bolnisi Sioni di Bolnisi. Kelima-lima salib yang wujud pada bendera ini dikatakan membawa maksud tersendiri sama ada:[1]

Rekaan pancasalib ini juga dilihat ada kaitan dengan bentuk salib Jerusalem iaitu lambang kerajaan Jerusalem yang wujud semasa zaman Perang Salib.

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]
Tatarajah perekaan bendera

Rincian warna yang diberikan untuk penghasilan bendera ini secara bertujuan rasmi dalah seperti berikut:

Skema Merah Putih
RGB 255-0-0 255-255-255
CMYK 0-100-100-0 0-0-0-0
Pantone 485 C Safe
Web #FF0000 #FFFFFF

Sejarah pengunaan

[sunting | sunting sumber]
Bahagian sebuah peta Pizzigani bertarikh 1367 di mana bendera lima salib ini ditandakan pada kota Tbilisi.

Rekaan ini mula dikaitkan dalam catatan terawal melalui suatu bendera yang ditandakan pada kota bertulis nama Tifilisi (Tbilisi) dalam suatu peta dilakar Domenico dan Francesco Pizzigano.[2] Pemakaian bendera ini dipercayai semasa kerajaan tersebut diperintah Raja Giorgi V.

Bendera yang pernah digunakan

[sunting | sunting sumber]

Zaman Republik Demokratik Georgia (1918-1921, 1991-2004)

[sunting | sunting sumber]

Bendera ini digunakan pemerintahan Republik Demokratik tahun 1918 berikutan pemisahan Persekutuan Transkaukasia kepada negara-negara tersendiri - warna merah tua melambangkan kebahagiaan pada masa lalu dan masa hadapan, hitam melambangkan peringatan kepada zaman penjajahan Empayar Rusia sementara putih melambangkan harapan mendapatkan kedamaian.[3] Bendera ini kemudiannya disingkirkan sebaik Georgia dijajah Kesatuan Soviet.

Bendera ini dihidupkan semula penggunaannya setelah rejim Soviet dibubarkan oleh Majlis Agung Republik Georgia tanggal 8 Disember 1991. Bagaimanapun, rekaan bendera ini seakin kuat dikaitkan dengan keadaan penuh konflik dan huru-hara yang berlaku semasa peralihan kuasa ini.

Zaman Soviet (1921-1991)

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ Michael Spilling, Winnie Wong: Georgia p. 37.
  2. ^ "The new flag of Georgia does not seem to be related with this historical banner. The flag of the National Movement was unknown ten years ago [1993] and was called 'the Georgian historical national flag' by the opposition leaders only after publications by the Georgian vexillologist I.L. Bichikashvili." Mikhail Revnivtsev, 25 November 2003 crwflags.com
  3. ^ Steve Luck, ed. (1997). Oxford Family Encyclopedia (first ed.). London: George Philip. m/s. 281. ISBN 0-19-521367-X.CS1 maint: extra text: authors list (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Dokumen rasmi mengenai bendera ini dalam (bahasa Georgia):

Sumber lain: