Pergi ke kandungan

Abdullahi Yusuf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdullahi Yusuf Ahmed
Presiden Somalia
Dalam jawatan
14 Oktober 2004 – 29 Disember 2008
Perdana MenteriMuhammad Abdi Yusuf
Ali Muhammad Ghedi
Salim Aliyow Ibrow
Nur Hassan Hussein
Mohamoud Mohamed Gacmodhere (Tidak diakui)
Didahului olehAbdiqasim Salad Hassan
Digantikan olehAdan Mohamed Nuur Madobe (Pjs)
Maklumat peribadi
Lahir (1934-12-15) 15 Disember 1934 (umur 89)
Galkacyo, Mudug, Somalia
Kewarganegaraan Somalia
Parti politikTFG
Abdullahi Yusuf Ahmed

Abdullahi Yusuf Ahmed (bahasa Somali: Cabdulaahi Yuusuf Axmed) (lahir di Galkacyo, Mudug, 15 Disember 1934; umur 89 tahun) adalah Presiden Transisi Somalia sejak 14 Oktober 2004 hingga 29 Disember 2008. Beliau terpilih dalam suatu sesi ketika sidang parlimen sementara di sebuah gedung dekat Nairobi, ibukota Kenya pada tanggal 10 Oktober 2004 dan mengangkat sumpahnya pada tanggal 14 Oktober 2004.

Sejak pemilihannya itu, beliau tinggal di Kenya. Pemilihan dilakukan di Kenya kerana keamanan di Somalia tidak terjamin sepenuhnya. Presiden berjanji untuk menciptakan rekonsiliasi dan memulakan proses pembangunan kembali negaranya. Namun pemerintahannya telah dilanda oleh pertikaian dalaman.

Khususnya Yusuf berbeza pendapat dengan sejumlah jawara perang dan anggota pemerintahan tentang di mana pemerintahannya perlu diletakkan. Presiden dan perdana menteri menentang pemindahan ibukota ke Mogadishu, sambil memberikan alasan-alasan untuk menjaga keamanan. Pada 14 Julai 2006, pemerintah sementara yang nyaris tidak berdaya menolak pengiriman jururunding dan berbicara dengan kelompok aliansi Islam yang telah mengambil alih kawalan ke atas hampir seluruh wilayah selatan Somalia. Pemerintah menuduh aliansi itu melakukan pembunuhan terhadap warga sipil dalam pertempuran dan didokong oleh pihak asing.

Pertikaian yang lain menyangkut kemungkinan pembentukan pasukan asing untuk memelihara perdamaian - khususnya dengan mengikut sertakan pasukan-pasukan Ethiopia.

Yusuf yang pernah menjadi perwira tentera dan pemimpin faksi, pernah memimpin sebuah gerakan gerilanya pada tahun 1970-an. Diktator Somali Siad Barre kemudian dijatuhkan pada tahun 1991.

Pada era 1990-an, Yusuf muncul sebagai pemimpin terkemuka di daerah Puntland tempat kelahirannya. Ia menyatakan daerah itu sebagai otonomi pada tahun 1998. Dikatakan kaedah kepemimpinannya bersifat otoriter. Namun demikian ia ikut memindahkan Badan-badan Persekutuan Transisi bersama-sama dengan perdana menterinya, Ali Mohammed Ghedi dan Ketua Parlimen Sharif Adan dari Nairobi ke kota Mogadishu dan Jowhar.

Kepada parlimen, beliau menjelaskan bahawa Eritrea (negara tetangga Somalia) telah mempersenjatai dan melatih aliansi Islam. Dikatakan, para pejuang aliansi juga berhasil merebut wilayah terbesar di selatan Somalia dengan bantuan pasukan asing. Pembicaraan yang ditaja oleh Liga Arab dirancang untuk dilanjutkan di Khartoum (ibukota Sudan) pada tanggal 15 Julai 2006. Tujuannya adalah untuk mengembalikan fungsi pemerintah pusat yang sudah berkecai. Pada 7 Ogos 2006, beliau turut membubarkan barisan kabinetnya yang dianggap tidak efektif.

Jawatan politik
Didahului oleh
Abdiqasim Salad Hassan
Presiden Somalia
14 Oktober 200429 Disember 2004
Diikuti oleh:
Adan Mohamed Nuur Madobe
(Pejabat Sementara)