Pergi ke kandungan

Syafinaz Selamat: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HarithK (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8: Baris 8:
| image_size = 250px
| image_size = 250px
| caption = Syafinaz membuat persembahan dalam konsert Gema 7 Petala 2016.
| caption = Syafinaz membuat persembahan dalam konsert Gema 7 Petala 2016.
| birth_name = Syafinaz Selamat
| birth_name =
| birth_date = {{Birth date and age|df=yes|1973|1|11}}
| birth_date = {{Birth date and age|df=yes|1973|1|11}}
| birth_place = [[Pontian]]<ref>{{cite news|first1=Admin|last1=UiTM|title=Alumni UITM ,Syafinaz Selamat, bergelar Datuk|url= http://www.alumniuitm.org.my/site/?p=11570|accessdate=1 February 2018|work=Persatuan Alumni UiTM Malaysia|date=1 February 2018}}</ref>, [[Johor]], [[Malaysia]]
| birth_place = [[Pontian]]<ref>{{cite news|first1=Admin|last1=UiTM|title=Alumni UITM ,Syafinaz Selamat, bergelar Datuk|url= http://www.alumniuitm.org.my/site/?p=11570|accessdate=1 February 2018|work=Persatuan Alumni UiTM Malaysia|date=1 February 2018}}</ref>, [[Johor]], [[Malaysia]]
| nationality = Malaysia
| nationality =
| other_names = Ratu Soprano {{#tag:ref|Menurut artikel<ref name= ratu/> tulisan Noor Azmah Ibrahim di Utusan, ''"Majlis berprestij ini dikendalikan oleh pengacara popular, Henry Golding dilengkapi dengan persembahan bertenaga oleh '''ratu soprano Malaysia''', '''Shafinaz Selamat'''"'' (perenggan.28)|group=nota}}<ref name= soprano>{{cite news|first1=klik|last1=7|title=Tentang Dia: Syafinaz Selamat|url=http://www.7klik.com/2018/02/tentang-dia-datuk-syafinaz-selamat.html?m=1|accessdate=25 September 2018|work=7klik|date=2 September 2018}}</ref>, Tok Naz
| other_names = Ratu Soprano {{#tag:ref|Menurut artikel<ref name= ratu/> tulisan Noor Azmah Ibrahim di Utusan, ''"Majlis berprestij ini dikendalikan oleh pengacara popular, Henry Golding dilengkapi dengan persembahan bertenaga oleh '''ratu soprano Malaysia''', '''Shafinaz Selamat'''"'' (perenggan.28)|group=nota}}<ref name= soprano>{{cite news|first1=klik|last1=7|title=Tentang Dia: Syafinaz Selamat|url=http://www.7klik.com/2018/02/tentang-dia-datuk-syafinaz-selamat.html?m=1|accessdate=25 September 2018|work=7klik|date=2 September 2018}}</ref>, Tok Naz
| education = Ijazah muzik
| education = Ijazah muzik
Baris 41: Baris 41:
}}
}}


'''[[Datuk (gelaran)|Datuk]] Syafinaz Selamat'''<ref name= PMW>{{cite news|first1=MOHD AL|last1=QAYUM AZIZ|title=Syafinaz Selamat Kini Bergelar Datuk|url=http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/02/01/syafinaz-datuk/|accessdate=28 Ogos 2018|work=[[mSTAR Online]]|date=1 Februari 2018}}</ref> (lahir 11 Januari{{#tag:ref|Beliau berkongsi tarikh lahir dengan penyanyi tempatan '''[[Siti Nurhaliza binti Tarudin|Siti Nurhaliza]]''' dan penyanyi daripada Amerika Syarikat '''Mary J. Blige'''.|group=nota}} 1973) merupakan seorang [[Senarai penyanyi Malaysia|penyanyi Malaysia]], yang popular menerusi lagu [https://id.lirikbagus.id/lirik/syafinaz-ingin-bersamamu/ '''Ingin Bersamamu''']. Beliau juga terkenal sebagai penyanyi [[Muzik klasikal|klasikal]] negara, dan dilihat sebagai seorang jurulatih vokal terkemuka serta juri/pengkritik dalam beberapa program nyanyian dan seni persembahan di seluruh tanah air. Selain itu, beliau juga memikul tiga tanggungjawab sekali gus; iaitu sebagai pensyarah vokal dalam Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan di [[UiTM]], pensyarah di [[ASWARA]], serta vokal master untuk [[Koir Kebangsaan Malaysia]] dan kumpulan Genius Seni Koir. Terkini, beliau merupakan salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan [[ASWARA]]<ref name= pengarah>{{cite news|first1=Bernama|last1=Penulis|title=Zul Huzaimy, Syafinaz dilantik ahli lembaga pengarah baru Aswara|url=https://m.malaysiakini.com/hiburan/525615|accessdate=14 Mei 2020|work=[[Malaysiakini]]|date=14 Mei 2020}}</ref>.
'''[[Datuk (gelaran)|Datuk]] Syafinaz binti Selamat'''<ref name= PMW>{{cite news|first1=MOHD AL|last1=QAYUM AZIZ|title=Syafinaz Selamat Kini Bergelar Datuk|url=http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/02/01/syafinaz-datuk/|accessdate=28 Ogos 2018|work=[[mSTAR Online]]|date=1 Februari 2018}}</ref> (lahir 11 Januari{{#tag:ref|Beliau berkongsi tarikh lahir dengan penyanyi tempatan '''[[Siti Nurhaliza binti Tarudin|Siti Nurhaliza]]''' dan penyanyi daripada Amerika Syarikat '''Mary J. Blige'''.|group=nota}} 1973) merupakan seorang [[Senarai penyanyi Malaysia|penyanyi Malaysia]], yang popular menerusi lagu [https://id.lirikbagus.id/lirik/syafinaz-ingin-bersamamu/ '''Ingin Bersamamu''']. Beliau juga terkenal sebagai penyanyi [[Muzik klasikal|klasikal]] negara, dan dilihat sebagai seorang jurulatih vokal terkemuka serta juri/pengkritik dalam beberapa program nyanyian dan seni persembahan di seluruh tanah air. Selain itu, beliau juga memikul tiga tanggungjawab sekali gus; iaitu sebagai pensyarah vokal dalam Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan di [[UiTM]], pensyarah di [[ASWARA]], serta vokal master untuk [[Koir Kebangsaan Malaysia]] dan kumpulan Genius Seni Koir. Terkini, beliau merupakan salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan [[ASWARA]]<ref name= pengarah>{{cite news|first1=Bernama|last1=Penulis|title=Zul Huzaimy, Syafinaz dilantik ahli lembaga pengarah baru Aswara|url=https://m.malaysiakini.com/hiburan/525615|accessdate=14 Mei 2020|work=[[Malaysiakini]]|date=14 Mei 2020}}</ref>.


== Kehidupan awal ==
== Kehidupan awal ==

Semakan pada 09:23, 17 Januari 2022


Syafinaz Selamat

Fail:Syafinaz gema7petala.jpg
Syafinaz membuat persembahan dalam konsert Gema 7 Petala 2016.
Kelahiran (1973-01-11) 11 Januari 1973 (umur 51)
Nama lainRatu Soprano [nota 1][3], Tok Naz
PendidikanIjazah muzik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA Shah Alam
Pekerjaan
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Tandatangan

Datuk Syafinaz binti Selamat[4] (lahir 11 Januari[nota 2] 1973) merupakan seorang penyanyi Malaysia, yang popular menerusi lagu Ingin Bersamamu. Beliau juga terkenal sebagai penyanyi klasikal negara, dan dilihat sebagai seorang jurulatih vokal terkemuka serta juri/pengkritik dalam beberapa program nyanyian dan seni persembahan di seluruh tanah air. Selain itu, beliau juga memikul tiga tanggungjawab sekali gus; iaitu sebagai pensyarah vokal dalam Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan di UiTM, pensyarah di ASWARA, serta vokal master untuk Koir Kebangsaan Malaysia dan kumpulan Genius Seni Koir. Terkini, beliau merupakan salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA[5].

Kehidupan awal

Syafinaz Selamat merupakan anak bongsu daripada 11 orang adik-beradik yang dilahirkan di daerah Pontian di negeri Johor Darul Ta'zim (JDT) di Malaysia. Perjalanan beliau sebagai seorang penyanyi bermula seawal usia 7 tahun di sekitar daerah tempat beliau dibesarkan di Batu Pahat, JDT[6].

Pada usia 9 tahun, Syafinaz telah menghadiri sesi uji bakat rancangan Kelab Kanak-kanak Angkasapuri anjuran RTM dan dipilih untuk menjadi penyanyi/penghibur di samping seorang rakan duet, Eliza, dalam segmen radio RTM serta program televisyen nyanyian kanak-kanak yang disiarkan pada setiap musim perayaan. Pada usia 15 tahun, Syafinaz mendapat tawaran untuk membuat rakaman album pertamanya yang telah diterbitkan pada tahun 1989 dengan menggunakan namanya sendiri, Syafinaz[7][6].

Pada awalnya, impian Syafinaz untuk menjadikan bidang muzik sebagai kerjaya utama ditentang keras oleh arwah bapanya yang mahukan Syafinaz melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan berikutan dengan keputusan SPM Syafinaz yang cemerlang[8]. Disebabkan ke-tidak sefahaman ini, Syafinaz dan arwah bapanya telah mengalami pergaduhan yang besar sebelum Syafinaz mengambil keputusan untuk tinggal bersama salah seorang kakaknya di Johor Bahru. Seterusnya, Syafinaz berpindah ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama seorang lagi kakaknya yang menetap di sana[6].

Walaupun tanpa persetujuan daripada arwah bapanya, Syafinaz nekad untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berkat daripada ketekunan serta kesungguhan, beliau berjaya menyerlah dengan keputusan yang cemerlang secara konsisten sepanjang tempoh pengajiannya yang bukan sahaja telah melayakkannya untuk menerima anugerah pelajar cemerlang, tetapi juga restu serta sokongan penuh daripada arwah bapanya[6].

Latar belakang seni

Selain daripada pembabitan Syafinaz dalam persembahan nyanyian pada usia yang sangat muda, beliau juga telah mengikuti kelas muzik untuk instrumen organ elektronik dan piano pada usia 7 dan 10 tahun[6].

Syafinaz merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Muzik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM)[9] yang juga telah merangkul banyak pengiktirafan dan pencapaian melalui Anugerah Dekan, Anugerah Sudirman, serta Anugerah Pelajar Terbaik sepanjang tempoh pengajian. Beliau berada di bawah didikan Siti Chairani Proehoeman (suara), Muzaffar Abdullah (piano), dan veteran-veteran dalam latihan muzik rakyat Malaysia serta persembahan klasikal. Syafinaz juga mengambil inisiatif lebih dengan mendekati serta menuntut ilmu vokal daripada Heidrun Maria Hahn, seorang penyanyi opera daripada Jerman.

Syafinaz mempunyai suara soprano dramatic coloratura [nota 3], yang sesuai untuk persembahan opera bagi arias serta repertoar lyric daripada komposer-komposer Barat; seperti Mozart, Puccini, Bellini, Delibes dan Verdi. Beliau juga pernah dipilih untuk mempersembahkan soprano solo dalam Carl Offs "Carmina Burana", diiringi dengan 100 ahli-ahli koir dan Orkestra Simfoni Negara Malaysia di bawah pimpinan konduktor muzik terkemuka, Roland Peelman.

Kerjaya

Penyanyi

Syafinaz memulakan karier nyanyian dalam industri hiburan sebagai penyanyi pop. Antara pencapaian kerjayanya sebagai seorang penyanyi pop termasuklah satu pingat emas dalam kategori R&B/Pop/Rock/Kontemporari semasa World Championships of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles pada tahun 1999, serta pencalonan sebanyak 2 kali dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) bagi kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik untuk 2 buah album (Ingin Bersamamu-1999 dan Syyh-2001)[10], pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Penyanyi Wanita Popular tahun 1998/99[11], Anugerah Seri Angkasa, dan Anugerah Era (AE) 2002.

Fail:Syafinaz KL Fashion Week 2013.png
Syafinaz mengadakan persembahan di Minggu Fesyen KL 2013.

Terkini, Syafinaz lebih dikenali sebagai pelontar suara soprano dan digelar Ratu Soprano[3]. Ini menjadikan beliau penyanyi pilihan yang sering menerima undangan untuk membuat persembahan klasikal di acara-acara berprestij dalam dan luar negara. Antara persembahan luar negara beliau termasuklah pada majlis penutupan World Economic Forum di Davos(Switzerland) pada tahun 2007, persembahan di World Expo di Zaragoza(Sepanyol) pada tahun 2008, persembahan di SEA GAMES di Vientiane(Laos) pada tahun 2009, Islamic Fashion Week di Monte Carlo(Monaco) pada tahun 2010 di hadapan Putera Albert[12], Festival Fesyen Islam (IFF) di Kazakhstan pada tahun 2011[2], dan juga Malaysia Day Expo 2020 di Dubai(UAE) pada tahun 2022. Syafinaz juga merupakan antara selebriti yang membuat persembahan semasa lawatan rasmi Barack Obama ke Malaysia pada tahun 2014, selaku presiden Amerika Syarikat pada ketika itu[13].

Pendidik

Selain menyanyi, Syafinaz juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Akademi Seni Kebangsaan (The National Arts Academy @ ASWARA); penasihat dan master suara di Koir Kebangsaan Malaysia[14]; konduktor bagi kumpulan Genius Seni Koir[15]; dan dalam masa yang sama sedang bekerja keras dalam mengusahakan album terbarunya.

Syafinaz juga ada menawarkan khidmat tutor vokal secara persendirian kepada individu yang memerlukan khidmat profesionalnya secara peribadi. Umum mengetahui bahawa beliau pernah memberi tutor vokal kepada beberapa artis tempatan yang kini telah berjaya menempa nama dalam industri hiburan. Antara artis-artis tersebut ialah Misha Omar[16], Ernie Zakri[17], Khai Bahar[18], Ezlynn, Tiara Jacquelina, Noreen, Rozita Ezlyn dan ramai lagi[19].

Beliau juga diberi kepercayaan untuk menjadi pelatih suara serta penasihat muzik untuk Audition II dan Bintang RTM 2018. Beliau merupakan salah satu daripada mentor dalam siri program realiti tempatan; Mentor musim ke-7 2018[20]. Dalam Mentor 7, Syafinaz merupakan satu-satunya mentor yang telah berjaya mengekalkan kedua-dua protegenya hingga ke peringkat separuh akhir. Beliau juga telah berjaya membawa satu-satunya protege wanita dalam Mentor 7, Ranisha mara hingga ke peringkat akhir[21].

Juri/pengkritik

Pengetahuan serta pengalaman Syafinaz dalam dunia hiburan, seni suara dan persembahan juga telah menjadikan beliau antara juri popular yang sering diundang dalam pertandingan nyanyian dan program realiti. Beliau pernah menjadi juri untuk program realiti Akademi Fantasia musim ke 3 dan 4; Who Will Win, Mentor, One in a Million musim 1, 2 dan 3; Pop Krew, Bintang Kecil RTM, Bintang RTM, The Band, AF Megastar 2017, Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 36 (SFMM36), dan juga Gegar Vaganza musim ke 7 dan 8.

Gandingan Syafinaz dan Paul Moss selaku juri tetap bagi program One in a Million (OiAM) pernah dicalonkan untuk anugerah Best On Screen Chemistry Award dalam Anugerah Shout! pada tahun 2009[22].

Faktor utama yang menyebabkan Syafinaz menjadi juri nyanyian pilihan netizen adalah kritikan beliau yang bersifat akademik yang padat dengan saranan yang membina. Sebagai salah seorang daripada pejuang industri seni tanahair, beliau berpendapat bahawa kerjaya seni bukanlah sekadar hobi dan minat semata-mata, tetapi juga merupakan profesion terhormat. Beliau juga berpendapat bahawa ilmu, pengetahuan dan latar belakang akademik muzik penting di dalam diri semua pemuzik sekiranya mereka ingin membawa industri seni tempatan ke arah kemajuan agar lebih dipandang dan diterima secara serius dalam masyarakat, di samping menjadi salah satu penyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.[23]

Darjah Kebesaran

Sumbangan Syafinaz dalam bidang seni, persembahan, muzik, industri hiburan serta pendidikan selama 30 tahun telah melayakkan beliau untuk menerima penganugerahan pingat Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) yang membawa gelaran Datuk; yang disampaikan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2018[4].

Kehidupan Peribadi

Sebagai seorang selebriti, nama Syafinaz jarang terpapar di mana-mana ruangan gosip media. Syafinaz juga mengakui bahawa fokus dan kesibukannya terhadap komitmen kerja menjadi penyebab utama beliau sulit untuk bebas bersosial. Syafinaz juga menyangkal spekulasi umum yang melihat dirinya sebagai seorang individu berkeperibadian garang. Beliau berkata pembawaan dirinya bersifat profesional dan tergantung pada tuntutan situasi bekerja dan juga luar masa bekerja.

Syafinaz juga pernah bertegas bahawa beliau tidak mempunyai sebarang akaun media sosial. Namun, pada tahun 2018 beliau memberitahu kepada media bahawa beliau telah mewujudkan akaun Instagram miliknya dengan tujuan asal untuk mempromosikan kedua-dua protegenya; Ranisha dan Lazarul sepanjang program Mentor 7 2018 berlangsung. Kini, selain akaun Instagram, Syafinaz juga memiliki akaun Youtube. Akaun-akaun ini diwujudkan bukan hanya untuk mendekatkan diri kepada peminat dan mempromosi karier seni, tetapi juga sebagai media untuk menyampaikan ilmu seni vokal kepada umum.

Diskografi

Album studio

Single

  • RahmatNya oleh Syafinaz Selamat feat. Ranisha and Lazarul(2019)[26]
  • Persis Salju oleh Syafinaz Selamat (2021) [27]

Single tampilan

  • Mahkota oleh Dennis Lau feat. Syafinaz Selamat (2009)[28]
  • Terpesona oleh Frank Scott Hew feat. Syafinaz Selamat (2010)[29]

Teater

  • Rubiah (2005)[30]
  • The Adventures of Sinbad (2010)[31]
  • Opera Puteri Saadong (2015)[32]

Catatan

  1. ^ Menurut artikel[2] tulisan Noor Azmah Ibrahim di Utusan, "Majlis berprestij ini dikendalikan oleh pengacara popular, Henry Golding dilengkapi dengan persembahan bertenaga oleh ratu soprano Malaysia, Shafinaz Selamat" (perenggan.28)
  2. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan penyanyi tempatan Siti Nurhaliza dan penyanyi daripada Amerika Syarikat Mary J. Blige.
  3. ^ Bertentangan dengan suara soprano lyric coloratura yang mempunyai timbre yang ringan dan terang, suara soprano dramatic coloratura pula bersifat lebih emotif melalui timbre yang lebih berat dan gelap. Namun, kedua-dua jenis soprano coloratura ini mengkhusus pada jenis muzik operat dengan lompatan yang laju dan tril yang tangkas.

Rujukan

  1. ^ UiTM, Admin (1 February 2018). "Alumni UITM ,Syafinaz Selamat, bergelar Datuk". Persatuan Alumni UiTM Malaysia. Dicapai pada 1 February 2018.
  2. ^ a b IBRAHIM, NOOR AZMAH (3 Julai 2011). "Pesona busana Muslim di Astana". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 September 2018.
  3. ^ a b 7, klik (2 September 2018). "Tentang Dia: Syafinaz Selamat". 7klik. Dicapai pada 25 September 2018.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  4. ^ a b QAYUM AZIZ, MOHD AL (1 Februari 2018). "Syafinaz Selamat Kini Bergelar Datuk". mSTAR Online. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  5. ^ Penulis, Bernama (14 Mei 2020). "Zul Huzaimy, Syafinaz dilantik ahli lembaga pengarah baru Aswara". Malaysiakini. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  6. ^ a b c d e The, Editor (17 Februari 2013). "One direction". The Edge (Malaysia). Dicapai pada 26 Ogos 2018.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  7. ^ a b Aiman, Shahrul (1 Jun 2012). "SYAFINAZ (1989)". Blogger (perkhidmatan). Dicapai pada 29 Ogos 2018.
  8. ^ Yuya, Hotlips. "Keputusan SPM Artis Malaysia". Blogger (perkhidmatan). Dicapai pada 7 September 2018.
  9. ^ Admin, UiTMalumni (1 Februari 2018). "Alumni UiTM Syafinaz Selamat mendapat gelaran Datuk". Alumni UiTM. Dicapai pada 19 September 2018.
  10. ^ "Persembahan Vokal Wanita Terbaik (AIM)". Wikiwand. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
  11. ^ "Penyanyi Wanita Popular (ABPBH)". Wikipedia. Dicapai pada 28 September 2018.
  12. ^ Budiey, Adin (1 May 2010). "Koir Kebangsaan Malaysia". Budiey. Dicapai pada 19 September 2018.
  13. ^ Editor, Metro (28 April 2014). "Bangga Hibur Obama". Peraktoday. Dicapai pada 15 September 2018.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  14. ^ "Staf JKKN 2018". Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
  15. ^ The, Editor (12 Januari 2010). "PERMATA Seni Muzik & Koir". New Straits Times. Dicapai pada 27 Ogos 2018.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  16. ^ Abdul Rashid, Syarrizuan (18 Julai 2018). "Misha Asah Vokal demi Sampai Bila". Berita Harian. Dicapai pada 11 Ogos 2018.
  17. ^ Selamat, Hanisah (10 Februari 2018). "Ernie cari Syafinaz". Berita Harian. Dicapai pada 12 Ogos 2018.
  18. ^ Mohamad, Zaidi (4 Julai 2018). "Khai Bahar berguru dengan Syafinaz". Berita Harian. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
  19. ^ Joox, Adm (15 Mac 2018). "Seorang Guru & Penyanyi?". Joox. Dicapai pada 12 September 2018.
  20. ^ Selamat, Hanisah (31 Julai 2018). "Syafinaz bimbang tiada calon datang uji bakat". Berita Harian. Dicapai pada 30 Ogos 2018.
  21. ^ Mohamad, Zaidi (24 Disember 2018). "Lazarul tewas, empat protege beradu di final Mentor 7". Berita Harian. Dicapai pada 2 Januari 2019.
  22. ^ Tan, Jessica (17 Julai 2010). "Shout! Awards Tonight". News. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  23. ^ Admin, Bernama (7 September 2021). "Datuk Syafinaz sifatkan muzik satu seni yang mahal dan bernilai". GPSBESTARI. Dicapai pada 3 January 2022.
  24. ^ Aiman, Shahrul. "Syafinaz - Ingin Bersamamu (1999)". Blogger (perkhidmatan). Dicapai pada 6 September 2018.
  25. ^ Aiman, Shahrul. "Syafinaz - Syyh (2001)". Blogger (perkhidmatan). Dicapai pada 6 September 2018.
  26. ^ Hashim, Qarami (13 July 2019). ""Kejamlah kalau saya biarkan mereka" - Syafinaz cari jalan bantu Ranisha, Lazarul (Mentor 7) kembangkan bakat". mSTAR Online. Dicapai pada 13 July 2019.
  27. ^ MH, Adm (5 April 2021). ""Rasa Malu Kerap Berjanji Tahun Demi Tahun," – Akhirnya Datuk Syafinaz Lancar Lagu Baru, Akui Ada Sangka Diri Hanya Guru Vokal, Bukan Penyanyi Sebenar". Media Hiburan Malaysia. Dicapai pada 5 April 2021.
  28. ^ YTL, Adm (10 Januari 2010). "Violinist Dennis Lau launches debut album at Shook!". ytlcommunity. Dicapai pada 6 September 2018.
  29. ^ Low, Jasmine (10 Januari 2010). "PRESS RELEASE: FRANK SCOTT HEW INFUSES MUSIC AND FASHION IN "TERPESONA"". WordPress. Dicapai pada 6 September 2018.
  30. ^ Azhad, Blog (18 Mei 2005). "Teater Rubiah". Blogger (perkhidmatan). Dicapai pada 15 Julai 2018.
  31. ^ Tunku Yusoff, Tunku Shahariah (10 Mac 2010). "The adventures of Sinbad Bangsawan Style". The Star (Malaysia). Dicapai pada 2 September 2018.
  32. ^ Lin, Rouwen (21 Januari 2015). "Opera and Mak Yong Remixed for The Staged Story of Kelantan's 'Puteri Saadong'". The Star (Malaysia). Dicapai pada 3 September 2018.

Pautan luar