Pergi ke kandungan

Bot karam Tawau 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.

Bot karam Tawau 2010 berlaku pada hari Selasa, 30 Mac 2010 di perairan Tawau,Sabah, Malaysia, berhampiran Sungai Kuala Merotai. Seramai 7 orang mati lemas. Mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

Pada 1 April 2010, Pasukan Gerakan Marin (PGM) Tawau menemui 2 lagi mangsa bot karam di Kuala Sungai Merotai. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin menyatakan hendak memastikan bilangan sebenar mangsa bot karam.

Bot laju itu membawa 22 penumpang dari Nunukan, Indonesia, karam dua km dari pantai Tawau selepas pecah setelah terlanggar benda keras dipercayai kayu ketika dalam perjalanan ke Tawau. 17 penumpang warga Indonesia berjaya diselamatkan.

Jabatan Laut sedang menyiasat sama ada bot laju itu berdaftar dengan agensi berkenaan atau sebaliknya.Juragan bot karam itu melarikan diri ke Nunukan , Indonesia. Pilhan Indonesia hendaklah memastikan pengusaha bot dari negara itu mematuhi peraturan yang ditetapkan kedua-dua negara seperti pemakaian jaket keselamatan dan menggunakan laluan rasmi yang ditetapkan. Mereka hendaklah menyerahkan juragan tersebut kepada Malaysia supaya siasatan dapat diteruskan.[1]

Rujukan