Abu Seman Yusop: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
|||
Baris 1: | Baris 1: | ||
{{hapus|Tiada rujukan/kelayakan}} |
|||
{{Infobox_Politician |
{{Infobox_Politician |
||
| honorific-prefix = Tan Sri Datuk Seri (DR.)<br> |
| honorific-prefix = Tan Sri Datuk Seri (DR.)<br> |
Semakan pada 15:03, 24 Julai 2018
Rencana ini mungkin memenuhi kriteria untuk penghapusan segera Wikipedia kerana Tiada rujukan/kelayakan. Untuk kriteria yang sah, lihat KPS.
Jika rencana ini tidak memenuhi kriteria untuk penghapusan segera, atau jika anda bertujuan untuk membetulkannya, sila padamkan pesanan ini, tetapi jangan memadam pesanan ini daripada laman yang anda cipta sendiri. Jika anda mencipta laman ini dan tidak bersetuju dengan sebab yang diberikan untuk penghapusan ini, anda boleh klik butang di bawah dan meninggalkan sebuah pesanan untuk menjelaskan sebab anda percayai bahawa rencana ini tidak patut dihapuskan. Anda boleh semak di sini nanti untuk lihat jika anda sudah mendapat balasan untuk pesanan anda. Sila ambil perhatian bahawa jika sudah diteg dengan pesanan ini, rencana boleh dihapuskan pada bila-bila masa jika ia, tanpa soal, memenuhi kriteria penghapusan segera, atau penjelasan ditambah di bawah notis ini didapati tidak mencukupi. Penyelia: semak pautan, sejarah (terakhir), dan log sebelum penghapusan. Pertimbangkanlah pencarian Google: web, berita.
|
Tan Sri Datuk Seri (DR.) Abu Seman Yusop | |
---|---|
Fail:Abuseman.jpg | |
Timbalan Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 18 Mac 2008 – 2013 | |
Ahli Parlimen bagi P134 Masjid Tanah, Melaka | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 2013 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Masjid Tanah, Melaka |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pekerjaan | Menteri Kabinet, Ahli Parlimen |
Tan Sri Datuk Seri (DR.) Abu Seman Yusop ialah seorang ahli politik dari UMNO, Malaysia. Sebelum memasuki politik, Abu Seman adalah seorang peguam dengan firma sendiri. Beliau adalah bekas inspektor polis dan pendakwa raya.[1]
Biografi
Tan Sri Datuk Seri (DR.) Abu Seman Yusop dilahirkan pada 10 Januari 1944 di Masjid Tanah, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Beringin, Masjid Tanah pada tahun 1950 sebelum melanjutkan pelajaran di Masjid Tanah English School pada tahun 1955. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Gajah Berang Secondary English School pada tahun 1958.
Kerjaya
Kerjaya beliau bermula sebagai Inspektor Polis di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia di Jalan Gurney, Kuala Lumpur dari Jun 1964 hingga Mac 1965.
Setelah tamat latihan, Tan Sri Datuk Seri (DR.) Abu Seman telah dilantik sebagai Inspektor Polis dan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Penyiasat di beberapa Pejabat Polis Daerah di Terengganu sebelum ke Perak dengan menyandang jawatan sebagai Ketua Peronda Jalanraya Negeri Perak. Pada Disember 1968, beliau telah dipinjamkan ke Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai Pegawai Penyiasat sebelum diserap ke dalam Perkhidmatan Biro Siasatan Negara (BSN) dengan jawatan yang sama.
Pada September 1974, beliau kemudiannya telah mengikuti kursus undang-undang di Middle Temple, London, England dan lulus dengan Ijazah Undang-Undang "Bar At-Law" dalam tahun 1977. Setelah kembali semula ke tanahair beliau meneruskan perkhidmatan di Jabatan Biro Siasatan Negara (kini ditukarkan kembali kepada BPR) sebagai Pegawai Pendakwa. Pada Jun 1978, beliau telah berpindah ke Jabatan Peguam Negara Malaysia dan memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Penolong Penasihat Undang-Undang Jabatan Kastam DiRaja Malaysia sehingga bulan Oktober 1981.
Tan Sri Datuk Seri (DR.) telah meletakan jawatan sebagai pegawai kerajaan pada Oktober 1981 bagi menyertai Perbadanan Perkapalan Malaysia Berhad(MISC) sebagai Pegawai Eksekutif Kanan Perundangan sehingga bulan Januari 1983. Beliau seterusnya telah menganggotai firma Tetuan Sng Mattew & Abu Seman sehingga April 1984. Berkat pengalaman yang ditimba selama berkhidmat di firma tersebut, beliau akhirnya membuka firma guamannya sendiri iaitu Tetuan Abu Seman & Co.
Politik
Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Keselamatan Dalam Negeri selama 2 1/2 tahun mulai 31 Mac 2004 sehingga 16 Februari 2006. Kini beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan mulai 17 Februari 2006. Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Mara selama 4 tahun dari 3 April 2000 hingga 2 April 2004.
Tan Sri Datuk Seri (DR.) mula berkecimpung di dalam arena politik pada tahun 1978 sebagai ahli UMNO biasa Cawangan Paya Rumput, Masjid Tanah, Melaka. Ketokohan dan ilmu pengetahuan beliau telah mendapat perhatian apabila beliau telah dipilih sebagai Ketua Penerangan UMNO Cawangan Paya Rumput mulai Februari 1985 hingga sekarang. Seterusnya beliau dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah mulai Mei 1987 hingga Oktober 1993. Pada bulan Oktober 1993 pula, beliau menyandang jawatan Bendahari UMNO Bahagian Alor Gajah sehingga 22 Mac 1998. Bintangnya semakin menyinar apabila dipilih sebagai Ketua Bahagian UMNO Alor Gajah mulai 22 Mac 1998 sehingga kini. Pada 18 April tahun yang sama, beliau telah dilantik Bendahari UMNO Perhubungan Negeri Melaka. Pada 27 Oktober 2004, beliau menjawat jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka sehingga kini.
Pilihan raya Malaysia
Pada Pilihanraya 1995 dan 1999 beliau telah bertanding dan memenangi Parlimen Alor Gajah dengan majoriti 12,332 undi mengalahkan Ab Ghani Ab Rahman dari PAS.
Pada Pilihanraya Umum 2004, beliau telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Masjid Tanah, iaitu kawasan baru di wujudkan hasil persempadanan semula dengan majoriti besar (18,399 undi). Beliau telah menewaskan Muhammad Burok dari PAS dengan memperolehi 24,188 undi berbanding 5,789 undi.
Pilihan raya Malaysia 2008
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Abu Seman Bin Haji Yusop bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Masjid Tanah , negeri Melaka. Abu Seman Bin Haji Yusop telah menang dengan mendapat undi sebanyak 21582.
Calon lawan ialah Ab Ghani Bin Ab Rahman dari PAS mendapat 9,297 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 78 %. Undi rosak sebanyak 717.
Keluarga
Tan Sri Datuk Seri (DR.) telah mendirikan rumahtangga pada 21 April 1972 dengan Datin Wira Rahimi Yeop dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Abu Azrine dan Abu Erwann.
Profesyen Dalam Kerajaan & Swasta
Politik
- Februari 1985 - Mac 2002: Ketua Penerangan UMNO Cawangan Paya Rumput, Masjid Tanah
- Mac 2002 - Sekarang :Timbalan Ketua Cawangan UMNO Cawangan Paya Rumput, Masjid Tanah
- 14 Mei 1987 - Oktober 1993 :Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah
- Okt 1993 - 21 Mac 1998 : Bendahari UMNO Bahagian Alor Gajah
- 22 Mac 1998 - 31 Disember 2003 : Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah
- 1 Jan 2004 - 10 Julai 2004 : Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah (Penaja)
- 11 Julai 2004 - sekarang : Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah
- 12 Mac 2005 - 16 Februari 2006 : Timbalan PengerusiBiro Membasmi Dadah UMNO, Malaysia
- 18 April 1998 - 26 Oktober 2004 : Bendahari UMNO Badan Perhubungan UMNO Melaka
- 27 Okt 2004 - sekarang : Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO , Melaka
Jawatan Kerajaan
- 17 Feb 2006 – Sekarang : Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan
- 31 Mac 2004 - 16 Feb 2006 : Setiausaha Parlimen Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
- 21 Mac 2004 – Sekarang : Ahli Parlimen Kawasan Masjid Tanah, Melaka
- 25 April 1995 - 28 Nov 1999 : Ahli Parlimen Kawasan Alor Gajah, Melaka
- 29 Nov 1999 - 3 Mac 2004 : Ahli Parlimen Kawasan Alor Gajah, Melaka
- 3 April 2000 - 2 April 2004 : Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Mei 1984 - 31 Mac 2004 : Pengamal Perundangan (Peguambela & Peguamcara ) Tetuan Abu Seman & Co
- Mei 1983 - April 1984 : Pengamal Perundangan (Peguambela & Peguamcara) Tetuan Sng Mathhew & Abu Seman
- Okt 1981 - Jan 1983 : Pegawai Eksekutif Kanan Perundangan Malaysian International Shipping Corporation Berhad (MISC)
- Jun 1978 - Okt 1981 : Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Jabatan Peguam Negara Malaysia
- Jun 1978 - Okt 1981 : Timbalan Pendakwa Raya (DPP)/Pen. Penasihat Undang-Undang Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja Malaysia
- Jul 1973 - Jun 1978 : Pegawai Penyiasat Biro Siasatan Negara (BSN)
- Sept 1968 - Jul 1973 : Pegawai Penyiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) (dipinjam dari perkhidmatan Polis Di Raja Malaysia)
- November 1967 - Ogos 1968 : Ketua Peronda Jalanraya Perak (Inspektor) Polis Di Raja Malaysia, Perak
- Mac 1965 - Nov. 1967 : Pegawai Penyiasat ( Inspektor) Polis Di Raja Malaysia, Terengganu
- Jun 1964 - Mac 1965 : Dalam Latihan Sebagai Inspektor Polis Di Pusat Latihan Polis, Jalan Gurney. Kuala Lumpur
Jawatan Bukan Kerajaan
- 5 Januari 1995 – Sekarang : Pengerusi Yayasan Alor Gajah
- 24 Mac 1997 - 30 Mac 2004 : Pengerusi Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah
- 20 Jan 1997 - Sekarang : Pengerusi Persatuan Badminton Kawasan Parlimen Masjid Tanah
- 19 Jan 2005 - Sekarang : Pengerusi Panel Penasihat Kolej Komuniti di Masjid Tanah
- 1 Ogos 2005 - Sekarang : Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat, Parlimen Masjid Tanah
- 26 Jun 2004 – Sekarang : Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW), Negeri Melaka
- 18 Sept 2005 – Sekarang : Penaung Jawatankuasa Penggerak Askar Wataniah, Parlimen Masjid Tanah
Maklumat Kawasan Parlimen
Parlimen Masjid Tanah (P-134) yang merangkumi kawasan seluas 330 km persegi dengan 54,150 orang (77%)penduduk bumiputra dan 16,000 orang (23%) bukan bumiputra. Bilangan pengundi berdaftar adalah sebanyak 38,944 (55.5%)daripada keseluruh penduduk dengan pecahan: 31,382 Melayu; 6,003 Cina; 1,481 India dan 78 lain-lain bangsa.
Alamat:
Pusat Khidmat Masyarakat Kaw. Parlimen Masjid Tanah,
Kompleks Komuniti Paya Rumput
Batu 19 1/2 Kampung Paya Rumput,
78300 Masjid Tanah.
Melaka
Tel/Faks : 06-3848806
Email : [email protected]
Laman Web: http://www.abuseman.com.my
- ^ www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2004&dt=0328&pub=Utusan_Express&sec=Front_Page&pg=fp_06.htm