Wikipedia:Tutorial (versi lama)/Pautan Wikipedia/Kotak pasir

Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi by Zahiruddin Zabidi

Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun Sultan negara yang datang merisik, Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk-Nya.

Kisahnya bermula dengan lahirnya anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup dengan itu, beliau diculik pula lalu menjadi hamba.

Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Untuknya, Allah tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah dan tiada sebaik-baik tempat mengadu juga selain Allah. Sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut.sudah hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.

http://pts.com.my/buku/rabiatul-adawaiyah/

Paperback, 268 pages Published 2010 by PTS Litera Utama Edition language : Malay