Pentadbiran
Papan kenyataan
Polisi
Tanggungjawab
Birokrat
Pemeriksa
Permohonan
Pengundian
Senarai penyelia
Log hak pengguna
Peralatan pentadbiran Wikipedia lazimnya mempunyai persamaan dengan mop janitor, seseorang yang diberi kuasa menyelia dan tugas mentadbir di Wikipedia mestilah dianggap sebagai seseorang "yang diberikan mop".

Penyelia Wikipedia (Administrator atau Pentadbir ataupun sysop) ialah pengguna Wikipedia yang diberi peralatan teknikal bagi melakukan tindakan-tindakan tertentu dalam mengurus pentadbiran Wikipedia. Alatan-alatan tersebut membolehkan para penyelia menghapuskan rencana, melindungi laman rencana, dan melakukan sekatan serta menyahsekat pengguna Wikipedia, dan juga menamakan semula laman tanpa batasan. Seorang penyelia harus mematuhi dan mengetahui polisi-polisi Wikipedia kerana mereka adalah anggota yang dianggap boleh dipercayai dalam komuniti ini. Penyelia ialah antara pengguna yang melaksanakan tanggungjawab tambahan secara sukarela, namun penyelia tidak diwajibkan mengguna peralatan tambahan. Penyelia bukanlah penyumbang yang dibayar gaji sebagai pekerja Yayasan Wikimedia.

Ketika Wikipedia mula dibangunkan, kesemua pengguna yang ada berfungsi sebagai penyelia, dan pada awalnya mereka masih berfungsi sedemikian. Setiap pengguna dapat melakukan tugas sebagaimana seorang penyelia, meskipun mereka tidak diberikan hak istimewa tambahan sebagai penyelia. Sejak dari dulu lagi, telah ditegaskan bahawa para penyelia bukanlah sebuah kumpulan tersendiri dalam komuniti. Akan tetapi, mereka adalah sebahagian daripada komuniti yang ada sama seperti pengguna biasa. Namun demikian, mereka memperoleh hak istimewa tambahan yang mungkin agak berbahaya jika diberikan kepada semua pengguna.

Tindakan yang boleh dilakukan penyelia

Penyelia boleh menjalankan perkara-perkara berikut:

  • Menyekat akaun pengguna dan alamat IP daripada menyunting
  • Melindungi halaman dengan menghadkan jenis penyunting untuk sesuatu halaman
  • Menghapuskan halaman dan rencana
  • Memindahkan halaman kepada apa jua tajuk
  • Mengabaikan tajuk senarai hitam
  • Menyunting halaman yang dilindungi sepenuhnya
  • Menyemak dan mengembalikan halaman yang telah dihapuskan
  • Menyembunyi dan menghapuskan semakan halaman
  • Menjalankan lagi beberapa tugas khas seperti yang disenaraikan di Wikipedia:Tanggungjawab penyelia/Panduan

Mengikut resam, penyelia selalunya bertanggungjawab dalam menilai keputusan sesuatu perbincangan, seperti perbincangan penghapusan, pemindahan, dan semakan, walaupun dalam keadaan biasa ia juga boleh dilakukan oleh penyunting biasa.

Sejarah

Pada awal pembangunan Wikipedia, semua pengguna mempunyai kuasa sebagai penyelia untuk melakukan pelbagai fungsi penyelia, dengan menggunakan kata kunci tunggal yang diberikan secara percuma.[1] Bentuk kuasa penyelia kini adalah kesan daripada pengubahsuaian daripada akses kata kunci kepada kawalan capaian berasaskan peranan. Melalui ini, akaun individu boleh ditandakan untuk peranan yang boleh mereka lakukan, seterusnya menentukan fungsi dan alat yang mereka boleh guna.

Semasa perpindahan ini, amat ditekankan agar penyelia tidak membuat kumpulan tersendiri dalam komuniti. Apa yang sepatutnya, penyelia terlibat bersama komuniti seperti penyunting lain yang tiada kuasa atau keistimewaan, apabila bertindak sebagai penyunting. Penyelia juga diharapkan memahami tatacara bagaimana Wikipedia berlangsung. Apapun, hampir segala kemaskini dan penyeliaan aspek Wikipedia boleh dilakukan oleh sesiapapun, tanpa fungsi teknikal khusus yang ada pada penyelia. Ulasan yang selalu Jimmy Wales sebutkan pada Februari 2003—merujuk kepada "sysops" adalah:

Saya hanya ingin berkata bahawa menjadi penyelia *bukanlah apa-apa*.

Saya akan bersikap acuh tak acuh dan memilih beberapa orang yang telah lama berada di Wikipedia diangkat menjadi penyelia. Saya mahu membuang persepsi "autoriti" yang berlingkar pada jawatan tersebut. Ia hanyalah berkenaan teknikal yang memberi kuasa kepada penyelia dan bukannya kepada semua orang.

Saya tidak suka di sini ada perasaan megah bahawa mendapat status penyelia adalah satu yang istimewa.

— Jimmy Wales, arkib entri wikimedia.org

Kata mudahnya, penggunaan alat dan pengendalian yang betul memang penting, cuma "menjadi seorang penyelia" tidak sepatutnya menjadikan seseorang itu bongkak dan bermegah dengan kuasa yang ada.

Dengan perkembangan budaya Wikipedia dari semasa ke semasa, dan pertambahan komunitinya pada setiap masa, tugas penyelia juga berubah mengikutnya.

Menjadi penyelia

Di Wikipedia Bahasa Melayu sesiapapun boleh memohon menjadi penyelia. Walau bagaimanapun, pemohon mestilah mempunyai pengetahuan asas tentang dasar dan garis panduan di Wikipedia Bahasa Melayu.

Sebelum memohon atau menerima pencalonan, calon hendaklah seorang penyumbang yang aktif dan kerap di WBM sekurang-kurangnya dalam tempoh beberapa bulan, biasa dengan prosedur dan amalan Wikipedia, menghormati dan memahami polisinya, dan mendapat kepercayaan daripada komuniti. (rujuk: Syarat perlantikan penyelia)

Hak penyelia diberikan tanpa had masa dan disingkirkan apabila mendapat permintaan, berlaku campur tangan yang tinggi (salah guna kuasa), atau penyelia tersebut tidak aktif lagi.

Jika anda berminat untuk menjadi penyelia, anda boleh pergi ke Wikipedia:Penyelia/Permohonan.

Jangkaan sebagai penyelia

Berhati-hati dan pernilaian

Pengendalian penyelia

Kebertanggungjawaban

Keselamatan

Keterlibatan penyelia

Komuniti dapat meminta penyelia untuk melakukan tugas pemeliharaan tertentu yang memerlukan akses yang hanya dimiliki oleh penyelia. Antaranya, adalah memantau artikel-artikel yang diberikan tag untuk dihapus, dimajukan, dan memerlukan pendapat sesama komuniti bagi topik-topik tertentu, mengawasi gejala vandalisme, dan memenuhi permintaan tertentu yang memerlukan akses penyelia. Penyelia dianggap sebagai anggota yang mempunyai pengalaman di Wikipedia dan menjawab permintaan bantuan oleh para pengguna yang seringkali berkaitan pertanyaan nasihat dan informasi. Secara amnya, para penyelia harus mengamalkan sikap pandangan berkecuali ketika memberi nasihat dan informasi serta kekal dengan dalam lingkungan persoalan-persoalan tersebut.

Rungutan daripada pengguna (salahguna kuasa penyelia)

Semakan dan pelucutan kuasa penyelia

Pengembalian kuasa penyelia

Lihat juga

Khas

Panduan kepenyeliaan

Alat penyelian

Nota kaki

Pautan luar