Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/Jun
1 Jun: Hari Kanak-Kanak Antarabangsa; Hari Gawai di Sarawak
- 1779 – Benedict Arnold (gambar), jeneral Angkatan Tentera Benua semasa Perang Revolusi Amerika, dihukum mahkamah tentera kerana ketakpatuhannya.
- 1831 – Penjelajah dan pegawai tentera laut British James Clark Ross berjaya mengetuai ekspedisi pertama ke Kutub Magnet Utara.
- 1980 – Saluran televisyen berita 24 jam yang pertama, Cable News Network memulakan penyiaran.
- 2001 – Putera Mahkota Dipendra dari Nepal menembak mati Raja Birendra di Kathmandu.
- 2009 – Dalam perjalanan dari Rio de Janeiro, Penerbangan 447 Air France terhempas ke Lautan Atlantik, mengorbankan kesemua 228 orang di dalamnya.
Hari-hari sebelum: 31 Mei – 30 Mei – 29 Mei
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
2 Jun: Festa della Repubblica di Itali
- 455 – Puak Vandal dengan diketuai Raja Gaiseric menjarah Rom (gambar).
- 1098 – Perang Salib Pertama: Pengepungan Antioch pertama berakhir apabila angkatan Salibi berjaya menawan bandar itu.
- 1924 – Presiden A.S. Calvin Coolidge menandatangani Akta Kewarganegaraan ''Indian'' 1924, memberikan kewarganegaraan kepada semua penduduk Pribumi Amerika yang lahir di Amerika Syarikat.
- 1946 – Itali menjadi sebuah republik dan membubarkan pemerintahan beraja, membuang Raja Umberto II.
- 2003 – Misi planet pertama Agensi Angkasa Eropah, kuar angkasa lepas Mars Express dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan.
Hari-hari sebelum: 1 Jun – 31 Mei – 30 Mei
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
3 Jun: Shavuot bermula ketika matahari terbenam (Agama Yahudi, 2014)
- 350 – Perampas Rom Nepotianus mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Rom.
- 1621 – Syarikat Hindia Barat Belanda mendapat piagam untuk monopoli perdagangan di Hindia Barat oleh Republik Belanda.
- 1937 – Enam bulan selepas turun takhta, Edward, Duke Windsor berkahwin dengan sosialit Amerika Wallis Simpson (gambar).
- 1973 – Di Pertunjukan Udara Paris, sebuah Tupolev Tu-144 pecah dalam penerbangan dan berkecai, membunuh enam orang anak kapal dan lapan orang di darat.
- 2006 – Montenegro mengisytiharkan kemerdekaan, mengakhiri kesatuannya dalam Serbia dan Montenegro.
Hari-hari sebelum: 2 Jun – 1 Jun – 31 Mei
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
4 Jun: Hari Kemerdekaan di Tonga (1970)
- 1615 – Angkatan tentera di bawah Syogun Tokugawa Ieyasu menawan Istana Osaka di Jepun.
- 1792 – Kapten George Vancouver menuntut Selat Puget di Barat Laut Pasifik untuk Kerajaan Great Britain.
- 1920 – Kerajaan Hungary dibahagikan kepada lima buah negara selepas pemeteraian Perjanjian Trianon di Paris.
- 1942 – Perang Pasifik: Pertempuran Midway (gambar) bermula dengan serangan besar-besaran Empayar Jepun ke atas Atol Midway.
- 1989 – Tentera Pembebasan Rakyat China bertindak keras terhadap bantahan Dataran Tiananmen di Beijing, menyebabkan sekurang-kurangnya 241 orang maut.
Hari-hari sebelum: 3 Jun – 2 Jun – 1 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
5 Jun: Hari Alam Sekitar; Hari Bapa dan Hari Perlembagaan di Denmark.
- 1305 – Raymond Bertrand de Got menjadi Paus Clement V, menggantikan Paus Benedict XI.
- 1947 – Setiausaha Negara Amerika Syarikat George Marshall menyeru bantuan bagi ekonomi Eropah yang musnah akibat perang.
- 1967 – Perang Enam Hari bermula dengan serangan terlebih dahulu Tentera Udara Israel terhadap pesawat Mesir, Jordan dan Syria di lapangan terbang.
- 1995 – Fasa jirim hasil pemeluwapan Bose-Einstein (gambar taburan halaju) ditemui di makmal NIST–JILA Universiti Colorado.
- 2015 – Gempa bumi 6.0 skala Richter di Sabah telah mengorbankan 18 orang dan mencederakan 11 orang.
Hari-hari sebelum: 4 Jun – 3 Jun – 2 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1513 – Perang Liga Cambrai: Askar upahan Swiss menewaskan askar Perancis di Novara, memaksa mereka berundur dari Milan.
- 1654 – Karl X Gustav menjadi Raja Sweden selepas sepupunya Kristina turun takhta.
- 1844 – Gerakan YMCA diasaskan di London.
- 1944 – Perang Dunia Kedua: Pertempuran Normandy bermula dengan 155,000 askar Pihak Berikat mendarat di pantai Normandy (gambar) dalam operasi ketenteraan amfibia terbesar dalam sejarah.
- 1982 – Perang Lubnan bermula apabila angkatan tentera Israel menceroboh selatan Lubnan untuk membanteras anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin.
Hari-hari sebelum: 5 Jun – 4 Jun – 3 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
7 Jun: Sette Giugno di Malta; Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Malaysia (2014).
- 1099 – Anggota Perang Salib Pertama tiba di Baitulmuqaddis dan memulakan pengepungan kota itu selama lima minggu (gambar).
- 1494 – Sepanyol dan Portugal menandatangani Perjanjian Tordesillas, membahagikan tanah Amerika dan Afrika yang baru ditemui antara mereka.
- 1905 – Parlimen Norway sebulat suara membubarkan Kesatuan antara Sweden dan Norway.
- 1940 – Raja Haakon VII, Putera Mahkota Olav dan kerajaan Norway meninggalkan Tromsø untuk hidup dalam buangan di London selepas serangan Jerman dalam Perang Dunia II.
- 1981 – Tentera Udara Israel menyerang dan memusnahkan reaktor nuklear Osirak di Iraq.
Hari-hari sebelum: 6 Jun – 5 Jun – 4 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1783 – Kawah Laki (gambar) mula meletus dan berterusan sehingga lapan bulan, mencetuskan kebuluran dan keracunan fluorin di Iceland.
- 1949 – Novel politik distopia Nineteen Eighty-Four oleh George Orwell diterbitkan.
- 1967 – Tentera Udara Israel menyerang kapal risikan Tentera Laut A.S. USS Liberty di perairan antarabangsa, membunuh 34 orang.
- 1972 – Perang Vietnam: Nick Ut mengambil gambar Pulitzernya memangkap situasi seorang mangsa yang melarikan diri dalam keadaan bogel kerana dibakar napalm.
- 1995 – Pengatur cara Rasmus Lerdorf mengeluarkan versi pertama bahasa penskripan PHP untuk menghasilkan laman web dinamik.
Hari-hari sebelum: 7 Jun – 6 Jun – 5 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
9 Jun: Hari St. Colmcille di Ireland
- 68 – Maharaja Rom Nero membunuh diri selepas digulingkan oleh Senat.
- 1815 – Kongres Vienna (gambar) berakhir, melukis semula peta politik Eropah selepas kekalahan Napoleon Bonaparte dalam Perang Napoleon.
- 1885 – Perang China-Perancis: Perjanjian damai ditandatangani, China bersetuju menyerahkan Tonkin dan Annam (sebahagian besar kawasan Vietnam kini) kepada Perancis.
- 1934 – Donald Duck muncul buat pertama kali dalam kartun The Wise Little Hen.
- 1946 – Raja masih memerintah paling lama kini, Bhumibol Adulyadej menaiki takhta Thailand sebagai Rama IX.
Hari-hari sebelum: 8 Jun – 7 Jun – 6 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
10 Jun: Hari Kebangsaan di Portugal
- 1190 – Perang Salib Ketiga: Frederick I Barbarossa mati lemas dalam Sungai Saleph di Anatolia ketika mengetuai tenteranya ke Yerusalem.
- 1719 – Pemberontakan Jacobite: Angkatan British menewaskan (gambar) perikatan Jacobite dan Sepanyol di Tanah Tinggi Scotland.
- 1829 – Universiti Oxford menewaskan Universiti Cambridge dalam perlumbaan dayung yang pertama di Sungai Thames.
- 1864 – Perang Saudara Amerika: Angkatan Gabungan menewaskan angkatan Kesatuan yang lebih besar dalam Pertempuran Persimpangan Brice berhampiran Baldwyn, Mississippi.
- 1967 – Perang Enam Hari berakhir apabila Israel dan Syria bersetuju mengadakan gencatan senjata.
Hari-hari sebelum: 9 Jun – 8 Jun – 7 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
11 Jun: Hari Kamehameha di Hawaii
- 1770 – Terumbu Sawar Besar (gambar) mula diketahui orang Eropah apabila kapal Kapten James Cook HMS Endeavour terkandas di sana.
- 1899 – Paus Leo XIII mendedikasikan seluruh umat manusia kepada Hati Kudus Yesus Kristus.
- 1938 – Pertempuran Wuhan bermula, menjadi pertempuran terbesar Perang China-Jepun Kedua.
- 1955 – Lebih 80 orang terbunuh selepas Pierre Levegh dan Lance Macklin berlanggar di perlumbaan kereta 24 Jam Le Mans.
- 1963 – Thích Quảng Đức, seorang sami Vietnam, membakar dirinya sehingga mati di Saigon bagi membantah penindasan pentadbiran Presiden Vietnam Selatan Ngô Đình Diệm terhadap penganut Buddha sana.
Hari-hari sebelum: 10 Jun – 9 Jun – 8 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
12 Jun: Hari Kemerdekaan di Filipina; Hari Rusia di Persekutuan Rusia; Dia dos Namorados di Brazil; Hari Demokrasi di Nigeria.
- 1864 – Perang Saudara Amerika: Jeneral Kesatuan Ulysses S. Grant mengundurkan askarnya daripada Pertempuran Cold Harbor yang berat sebelah.
- 1889 – Bencana kereta api Armagh membunuh 88 orang berdekatan Armagh, di Ireland Utara kini.
- 1942 – Anne Frank mula menyimpan diarinya semasa pendudukan Nazi di Belanda.
- 1964 – Nelson Mandela dan pemimpin anti-aparteid lain didapati bersalah, lalu dihukum penjara seumur hidup oleh kerajaan Afrika Selatan.
- 1979 – Pesawat berkuasa manusia Gossamer Albatross (gambar) terbang menyeberangi Selat Inggeris.
Hari-hari sebelum: 11 Jun – 10 Jun – 9 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1525 – Martin Luther mengahwini Katharina von Bora, melanggar dekri pembujangan paderi oleh Gereja Roman Katolik.
- 1886 – Raja Ludwig II dari Bayern ditemui mati di Tasik Starnberg berhampiran Munich dalam keadaan misteri.
- 1898 – Wilayah Yukon dibentuk di Kanada, hasil daripada pemecahan Wilayah Barat Laut.
- 1935 – Dalam salah satu kejutan terbesar kejohanan tinju, peninju bukan pilihan James J. Braddock menewaskan Max Baer untuk menjadi juara heavyweight sedunia.
- 2010 – Kapsul kuar Jepun Hayabusa (gambar) kembali ke Bumi, mengakhiri misi 7 tahun mengambil sampel asteroid 25143 Itokawa.
Hari-hari sebelum: 12 Jun – 11 Jun – 10 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
14 Jun: Hari Pembebasan di Kepulauan Falkland dan Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan (1982); Hari Bendera di Amerika Syarikat.
- 1381 – Raja Richard II dari England bertemu dengan para pemimpin Pemberontakan Petani.
- 1777 – Kongres Benua Kedua menerima reka bentuk bintang dan jalur untuk bendera Amerika Syarikat.
- 1822 – Charles Babbage mencadangkan enjin bezaan (gambar) dalam satu kertas kerja kepada Persatuan Astronomi Diraja.
- 1940 – Selepas kerajaan Perancis meninggalkan Paris, angkatan Jerman Nazi mendudukinya, pada asasnya menamatkan Pertempuran Perancis.
- 1985 – Perjanjian Schengen, yang menghapuskan kawalan sempadan sistematik antara negara Eropah terlibat, ditandatangani lima negara.
Hari-hari sebelum: 13 Jun – 12 Jun – 11 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
15 Jun: Hari Raya Aidilfitri (Islam, 2018); Hari Bendera di Denmark
- 1215 – Raja John dari England (gambar) memeterai Magna Carta secara terpaksa.
- 1896 – Gempa bumi 7.2 Ms dan tsunami yang menyusul melanda Jepun, memusnahkan sekitar 9,000 rumah dan menyebabkan lebih 22,000 kematian.
- 1954 – Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) diasaskan di Basel, Switzerland.
- 2001 – Republik Rakyat China, Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Uzbekistan membentuk Pertubuhan Kerjasama Shanghai.
- 2010 – Siasatan Saville terhadap Ahad Berdarah mendapati Tentera Darat Britain "tiada justifikasi" untuk menembak 27 orang awam pada 1972.
Hari-hari sebelum: 14 Jun – 13 Jun – 12 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
16 Jun: Bloomsday di Dublin, Ireland; Hari Belia di Afrika Selatan.
- 632 – Selepas satu siri konflik dalaman, raja terakhir Empayar Sasan di Iran, Yazdegerd III menaiki takhta pada usia lapan tahun.
- 1487 – Angkatan Lancaster menewaskan penyokong York dalam Pertempuran Stoke Field, pertempuran terakhir Perang Bunga Ros.
- 1846 – Giovanni Maria Mastai-Ferretti dipilih sebagai Pius IX, memulakan pemerintahan paus yang paling lama selepas Santo Peter.
- 1963 – Angkasawati Soviet Valentina Tereshkova (gambar) menjadi wanita pertama di angkasa lepas.
- 1976 – Aparteid: Polis di Soweto, Afrika Selatan menembak pelajar sekolah yang membantah pemaksaan bahasa Afrikaans sebagai bahasa perantara, mencetuskan rusuhan di seluruh negara.
Hari-hari sebelum: 15 Jun – 14 Jun – 13 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
17 Jun: Hari Kemerdekaan di Iceland (1944)
- 1631 – Mumtaz Mahal meninggal ketika bersalin, membibitkan idea untuk suaminya Maharaja Mughal Shah Jahan membina makam Taj Mahal.
- 1775 – Perang Revolusi Amerika: Angkatan tentera British menawan Bukit Bunker di luar Boston, Massachusetts.
- 1789 – Revolusi Perancis: Para wakil golongan Darjat Ketiga Perancis membuka Perhimpunan Kebangsaan.
- 1985 – Di atas Space Shuttle Discovery, Sultan bin Salman al-Saud menjadi angkasawan Arab, Muslim dan kerabat diraja pertama terbang ke angkasa lepas.
- 1972 – Skandal Watergate: Lima lelaki ditangkap mencuri dari pejabat Jawatankuasa Nasional Demokrat di Kompleks Watergate (gambar) di Washington, D.C.
Hari-hari sebelum: 16 Jun – 15 Jun – 14 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
18 Jun: Pesta Perahu Naga (takwim Cina, 2018); Hari Bendera di Argentina (2018)
- 618 – Lǐ Yuān menjadi Maharaja Gaozu, memulakan pemerintahan Dinasti Tang di China.
- 1815 – Seratus Hari: Napoleon Bonaparte dikalahkan dalam Pertempuran Waterloo di Belgium kini, pertempurannya yang terakhir.
- 1858 – Charles Darwin menerima manuskrip Alfred Russel Wallace mengenai pemilihan semula jadi, menyebabkan beliau menerbitkan teorinya mengenai evolusi.
- 1979 – Perjanjian SALT II dimeterai oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, mengehadkan jumlah simpanan senjata nuklear.
- 1981 – Lockheed F-117 Nighthawk (gambar), pesawat beroperasi pertama yang direka bentuk berdasarkan teknologi halimunan, menjalankan penerbangan sulungnya.
Hari-hari sebelum: 17 Jun – 16 Jun – 15 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1846 – Permainan besbol pertama menggunakan peraturan moden dimainkan di Hoboken, New Jersey, A.S.
- 1867 – Maximilian I dari Empayar Mexico Kedua (gambar) menjalani hukuman mati oleh pasukan penembak di Querétaro.
- 1961 – Kuwait mengisytiharkan kemerdekaan daripada United Kingdom.
- 1978 – Garfield, ciptaan pelukis kartun Jim Davis, muncul buat pertama kalinya dalam lerang komik pensindiketan.
- 2005 – Cuma enam kereta berlumba dalam Grand Prix Amerika Syarikat di Indianapolis Motor Speedway, selepas penyertaan lain ditarik balik atas isu keselamatan tayar Michelin.
Hari-hari sebelum: 18 Jun – 17 Jun – 16 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 451 – Angkatan gabungan Jeneral Rom Flavius Aetius dan Raja Visigoth Theodoric I menahan serangan perikatan pimpinan Attila si Hun.
- 1789 – Ahli-ahli wakil Darjat Ketiga (Tiers état) mengangkat Sumpah Setia Gelanggang Tenis yang memulakan Revolusi Perancis.
- 1837 – Ratu Victoria (gambar) menaiki takhta kerajaan British.
- 1947 – Pembunuh upahan Mafia membunuh samseng Bugsy Siegel di Beverly Hills, California, A.S.
- 2013 – Asap daripada penanaman tebas dan bakar di Indonesia menyebabkan jerebu paling teruk di Singapura.
Hari-hari sebelum: 19 Jun – 18 Jun – 17 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
21 Jun: Solstis Jun (10:07 UTC, 2018); Hari Orang Asli Kebangsaan di Kanada; Hari Muzik Sedunia
- 217 SM – Perang Punic Kedua: Angkatan Carthage di bawah Hannibal menjalankan antara serangan hendap terbesar dalam sejarah semasa menewaskan orang Rom.
- 1788 – New Hampshire meratifikasi Perlembagaan Amerika Syarikat dan diterima sebagai negeri A.S. yang kesembilan.
- 1813 – Perang Semenanjung: Gabungan tentera British, Portugis dan Sepanyol pimpinan Marquis Wellington menewaskan Perancis berhampiran Vitoria, Sepanyol.
- 1985 – Greenland mula menggunakan bendera sendiri, dengan itu menambah sokongan kepada gerakan kemerdekaan.
- 2004 – SpaceShipOne (gambar) berjaya melakukan penerbangan angkasa lepas manusia swasta yang pertama.
Hari-hari sebelum: 20 Jun – 19 Jun – 18 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
22 Jun: Hari Guru di El Salvador
- 168 SM – Perang Macedonia Ketiga: Angkatan tentera Rom menewaskan Raja Macedon Perseus dalam Pertempuran Pydna.
- 1854 – Dewan Undangan Provinsi Kanada memansuhkan sistem seigneur di Perancis Baru, Amerika Utara British.
- 1937 – Camille Chautemps menjadi Perdana Menteri Perancis buat kali ketiga, dalam kementerian Barisan Popular kedua.
- 1941 – Perang Dunia Kedua: Lebih 4.5 juta askar Jerman Nazi dan Kuasa Paksi mula menyerang Kesatuan Soviet.
- 1986 – Pemain bola sepak Argentina Diego Maradona (gambar) menjaringkan kedua-dua Gol Tangan Tuhan dan Gol Abad Ini semasa menentang England dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia di Bandar Mexico.
Hari-hari sebelum: 21 Jun – 20 Jun – 19 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
23 Jun: Jaaniõhtu di Estonia; Jāņi di Latvia; Hari Keputeraan Rasmi Grand Duke di Luxembourg.
- 1713 – Selepas Perang Ratu Anne, penduduk Perancis di Acadia diberikan setahun bagi mengisytiharkan kesetiaan kepada Britain atau meninggalkan Nova Scotia.
- 1865 – Stand Watie menjadi jeneral Negeri-Negeri Gabungan Amerika yang terakhir menyerah diri dalam Perang Saudara Amerika.
- 1887 – Taman Negara Banff (gambar) ditubuhkan parlimen, menjadi taman negara Kanada yang pertama.
- 1894 – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa diasaskan di Sorbonne, Paris.
- 1991 – Sega melancarkan Sonic the Hedgehog, memulakan francais yang telah menjual lebih 80 juta salinan permainan video ini dan susulannya.
Hari-hari sebelum: 22 Jun – 21 Jun – 20 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
24 Jun: Hari Pertempuran Carabobo di Venezuela (1821); Hari perayaan kelahiran John Pembaptis (Kristian);
- 1128 – Afonso I dari Portugal bertempur dalam Pertempuran São Mamede, langkah pertama dalam mencapai kemerdekaan Portugal dari Galicia.
- 1314 – Scotland mencapai semula kemerdekaan selepas angkatan tentera Robert si Bruce menewaskan England dalam Pertempuran Bannockburn (gambar).
- 1947 – Laporan meluas pertama melihat UFO di A.S.: Kenneth Arnold ternampak sembilan ceper berkilau dalam bentuk piring yang terbang berhampiran Gunung Berapi Rainier, Washington.
- 1948 – Perang Dingin: Kesatuan Soviet menyekat laluan ke sektor Amerika, British dan Perancis di Berlin, Jerman.
- 2010 - 12 orang terbunuh semasa melintas landasan kereta api di sebuah stesen di Barcelona, Sepanyol.
Hari-hari sebelum: 23 Jun – 22 Jun – 21 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
25 Jun: Hari Taraf Negara di Croatia dan Slovenia; Hari Kemerdekaan di Mozambique (1975).
- 1876 – Perang Black Hills: Kolonel Tentera Darat Amerika Syarikat George Armstrong Custer (gambar) terbunuh dalam Pertempuran Little Bighorn.
- 1950 – Perang Korea bermula dengan serangan awal fajar Korea Utara melintasi paralel utara ke-38 ke Korea Selatan.
- 1967 – Lebih 400 juta orang menonton Our World, rancangan televisyen satelit antarabangsa langsung yang pertama.
- 1996 – Pengeboman Menara Khobar di Khobar, Arab Saudi menyebabkan kematian 19 anggota tentera A.S. dan seorang Saudi.
- 2006 – Askar Israel Gilad Shalit diculik Hamas dalam satu serangan rentas perbatasan di Genting Gaza, dan ditahan sehingga 2011.
Hari-hari sebelum: 24 Jun – 23 Jun – 22 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
26 Jun: Hari Bendera di Romania; Hari Sunthorn Phu di Thailand; Hari Kemerdekaan di Madagaskar (1960).
- 1409 – Dalam usaha mengakhiri Perpecahan Barat, Mesyuarat Pisa melantik Alexander V sebagai Paus ketiga.
- 1886 – Ahli kimia Perancis Henri Moissan melaporkan berjaya mengasingkan unsur fluorin, membolehkan beliau memenangi Hadiah Nobel dalam Kimia 20 tahun kemudian.
- 1945 – Piagam PBB dimeterai oleh wakil 50 negara di San Francisco, California, menubuhkan PBB.
- 1976 – Menara CN (gambar) di Toronto dibuka kepada awam sebagai struktur tertinggi di dunia ketika itu.
- 2006 – Perdana Menteri Timor Leste pertama, Mari Alkatiri meletakkan jawatan selepas beberapa minggu pergolakan politik.
Hari-hari sebelum: 25 Jun – 24 Jun – 23 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
27 Jun: Hari Ras Kacuk di Brazil
- 1898 – Pelaut Joshua Slocum menyempurnakan pelayaran mengelilingi dunia solo yang pertama di atas sekocinya Spray.
- 1905 – Anak kapal kapal tempur Rusia Potemkin (gambar) memulakan dahagi terhadap pegawai mereka yang bersifat menindas.
- 1967 – Mesin juruwang automatik (ATM) elektronik yang pertama di dunia dipasang di Enfield Town, London, oleh Barclays.
- 1986 – Dalam kes Nicaragua lwn. Amerika Syarikat, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mendapati bahawa A.S. bersalah menyokong Contra.
- 1991 – Yugoslavia menyerang Slovenia, dua hari selepas pengisytiharan kemerdekaan Slovenia, memulakan Perang Sepuluh Hari.
Hari-hari sebelum: 26 Jun – 25 Jun – 24 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
28 Jun: Vidovdan di Serbia; Hari Angkatan Tentera di United Kingdom (2014).
- 1880 – Perompak bank dan wira rakyat Australia Ned Kelly ditangkap di Glenrowan, Victoria.
- 1914 – Erzherzog Franz Ferdinand dari Austria dan isterinya (gambar) dibunuh di Sarajevo oleh Gavrilo Princip, memangkinkan peristiwa berturut-turut yang membawa kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama.
- 1919 – Persetiaan Versailles dimeterai, menamatkan Perang Dunia Pertama.
- 1969 – Rusuhan Stonewall menentang Jabatan Polis Bandar Raya New York bermula, menjadi titik perubahan gerakan hak homoseksual moden.
- 1978 – Mahkamah Agung A.S. melarang sistem kuota dalam kemasukan ke kolej, tetapi mengesahkan bahawa rancangan tindakan afirmatif yang memberi kelebihan kepada kelompok minoriti adalah mengikut perlembagaan.
Hari-hari sebelum: 27 Jun – 26 Jun – 25 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
29 Jun: Hari Kemerdekaan di Seychelles
- 1880 – Raja Tahiti Pōmare V dipaksa menyerahkan kedaulatan Tahiti dan wilayah tanggungannya kepada Perancis.
- 1974 – Naib presiden Isabel Martínez mengangkat sumpah sebagai Presiden Argentina wanita pertama, menggantikan suaminya Juan Peron yang sakit, dan meninggal dunia dua hari kemudian.
- 1995 – Semasa misi STS-71, Atlantis menjadi bolak-balik angkasa lepas pertama yang berlabuh di pangkalan angkasa lepas Mir Rusia (gambar).
- 2006 – Mahkamah Agung A.S. mendapati suruhanjaya tentera Guantanamo yang ditubuhkan pentadbiran Bush mencabuli kedua-dua undang-undang antarabangsa dan A.S.
- 2007 – Apple mengeluarkan iPhone generasi pertama, merevolusikan industri telefon pintar.
Hari-hari sebelum: 28 Jun – 27 Jun – 26 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
30 Jun: Hari Kemerdekaan di Republik Demokratik Congo (1960)
- 1894 – Jambatan Menara (gambar) yang merupakan gabungan jambatan imbang dan gantung dibuka di London.
- 1905 – Jurnal Annalen der Physik menerbitkan rencana Albert Einstein "Mengenai Elektrodinamik Jasad Bergerak" yang memperkenalkan teori kerelatifan khas.
- 1934 – Adolf Hitler dengan ganasnya menyingkirkan lebih 85 pesaing politiknya pada Malam Pisau Panjang.
- 1971 – Kapal angkasa lepas Soyuz 11 mengalami penyahmampatan tak terkawal ketika masuk semula ke atmosfera, membunuh ketiga-tiga kosmonautnya.
- 1972 – Biro Masa Antarabangsa menambah saat lompat pertama kepada skala masa Waktu Universal Selaras.
Hari-hari sebelum: 29 Jun – 28 Jun – 27 Jun
lihat - perbincangan - sunting - sejarah