Walt Disney
- "Disney" dilencongkan di sini.
Walter Elias Disney atau lebih dikenali sebagai Walt Disney (Tulisan Jawi: ولتر ايلياس ديثني; 5 Disember 1901 — 15 Disember 1966) adalah seorang penerbit filem, sutradara, juruanimasi dan pelakon suara warganegara Amerika Syarikat yang terkemuka dan kuat berpengaruh dalam bidang hiburan pada abad ke-20. Sebagai pengasas Walt Disney Productions (bersama abangnya Roy O. Disney), Disney merupakan salah seorang penerbit filem tersohor di dunia. Perbadanan yang diasaskannya, kini dikenali sebagai The Walt Disney Company, kini menikmati hasil pendapatan tahunan sebanyak lebih kurang AS$ 35 bilion.
Walt Disney | |
---|---|
Kelahiran | Walter Elias Disney 5 Disember 1901[1] |
Meninggal dunia | 15 Disember 1966 | (umur 65)
Sebab kematian | Kanser paru-paru |
Pekerjaan | Penerbit filem, Pengasas bersama The Walt Disney Company, dahulu dikenali sebagai Walt Disney Productions |
Pasangan | Lillian Bounds (1925-1997) |
Anak-anak | Diane Disney (b.1933) Sharon Disney (1936-1993) |
Anugerah | |
Tandatangan | |
Disney terkenal khususnya sebagai seorang penerbit filem dan pengusaha hiburan yang cemerlang, di samping menunjukkan daya inovasi dalam bidang animasi dan reka bentuk taman tema. Beliau bersama kakitangannya telah menghasilkan sebilangan besar watak cereka terkenal termasuk watak animasi Mickey Mouse yang pernah disuarakan oleh Disney sendiri selaku pelakon suara sulungnya. Beliau meraih 59 pencalonan Anugerah Akademi, dengan 26 dimenanginya, termasuk empat dalam setahun,[2] menjadikannya individu yang paling banyak memenangi anugerah dan pencalonan Oscar dalam sejarah. Selain itu, beliau juga meraih tujuh Anugerah Emmy. Taman-taman tema Disneyland dan Walt Disney World Resort di Amerika Syarikat, Jepun, Perancis dan China dinamakan sempena beliau.
1901–1937: Permulaan
suntingZaman kanak-kanak
suntingWalter Elias Disney lahir pada 5 Disember 1901 kepada bapanya Elias Disney yang berketurunan Ireland-Kanada, dan ibunya Flora Call Disney yang berketurunan Jerman-Amerika, di 2156 N. Tripp Ave, Hermosa, Chicago.[3][4] Nenek moyang Walt Disney berhijrah dari Gowran, Kaunti Kilkenny di Ireland. Arundel Elias Disney, moyang kepada Walt Disney, lahir di Kilkenny, Ireland pada 1801. Arundel ialah keturunan Hughes dan anaknya Robert d'Isigny, berasal dari Perancis tetapi berlayar ke England bersama William I pada tahun 1066.[5], maka nama d'Isigny diinggeriskan menjadi Disney.
Pada tahun 1906, ketika Walt berusia empat tahun, Elias sekeluarga berpindah ke ladang di Marceline, Missouri,[6] di mana adiknya Roy baru membeli tanah.[6] Sewaktu di Marceline, Walt mengembangkan minat terhadap seni lukis.[7] Salah seorang jiran keluarga Disney, seorang doktor bersara bernama "Doc" Sherwood, mengupah Walt untuk melukis gambar kuda belaan Sherwood, iaitu Rupert.[7] Beliau turut meminati kereta api di Marceline yang dihidupkan oleh perkhidmatan kereta api Atchison, Topeka and Santa Fe Railway yang melaluinya. Walt gemar mendekatkan telinganya dengan landasan untuk menunggu kereta api datang,[4] lebih-lebih lagi yang dipandu oleh bapa saudaranya, iaitu jurutera Michael Martin.
Keluarga Disney menetap di Marceline selama empat tahun,[8] sebelum berpindah ke Bandaraya Kansas pada tahun 1911,[9] di mana Walt dan adiknya Ruth menghadiri Benton Grammar School, di mana beliau bertemu dengan Walter Pfeiffer. Kelau Pfeiffer merupakan pelakon teater terkenal yang memperkenalkan persada anekarama dan perfileman kepada Walt. Tidak lama kemudian, Walt lebih meluangkan masanya bersama keluarga Pfeiffer berbanding keluarganya sendiri.[10] Pada masa yang sama, beliau menghadiri kursus kanak-kanak Institut Seni Bandaraya Kansas pada setiap Sabtu.[11]
Zaman remaja
suntingPada tahun 1917, Elias membeli saham di kilang jem O-Zell di Chicago lalu memindahkan keluarganya kembali ke bandar itu.[12] Pada tahun yang sama, Disney mula menimba ilmu di Sekolah Tinggi McKinley dan mula menghadiri kursus malam di Institut Seni Chicago.[13] Disney menjadi seorang kartunis untuk akhbar sekolahnya. Karya-karya kartunnya amat berbau patriotik dengan tumpuannya terhadap Perang Dunia I. Disney tercicir dari sekolah pada usia 16 tahun lalu cuba menyetai Tentera, tetapi permohonnya ditolak kerana tidak cukup umur.[14]
Selepas ditolak oleh tentera, Walt bersama salah seorang kawannya menyertai Palang Merah.[15] Setelah berjaya menyertai Palang Merah, Walt dihantar ke Perancis selama setahun sebagai pemandu ambulans, ketika gencatan senjata baru ditandatangani pada 11 November 1918.[16]
Pada tahun 1919, Walt yang hendak mencari kerja di luar kilang O-Zell di Chicago,[17] berpindah kembali ke Bandar Raya Kansas untuk memulakan kerjaya seninya.[18] Setelah mempertimbangkan sama ada untuk menjadi pelakon atau pelukis, beliau memutuskan untuk melancarkan kerjaya melukis karikatur politik atau komik dalam akhbar. Sayangnya tiada sesiapa yang ingin mengupahnya untuk menjadi pelukis mahupun pemandu ambulans. Mujur abangnya Roy yang bertugas di sebuah bank di Bandar Raya Kansas, mendapatkan kerja sementara di Studio Seni Pesmen-Rubin Art Studio untuk si adik dari rakan sekerjanya.[18] Di Pesmen-Rubin, Disney menghasilkan iklan untuk pihak akhbar, majalah, dan pawagam.[19] Di sinilah beliau bertemu dengan kartunis Ubbe Iwerks.[20] Selepas berakhirnya kerja sementara di Pesmen-Rubin, mereka berdua ketiadaan pekerjaan, lalu memutuskan untuk menubuhkan syarikat sendiri.[21]
Pada Januari 1920, Disney dan Iwerks menubuhkan syarikat "Iwerks-Disney Commercial Artists". Sayangnya, syarikat itu tidak kekal lama, dan Disney beralih ke Kansas City Film Ad Company, kemudian diikuti oleh Iwerks yang tidak mampu mengendali perniagaannya secara bersendirian.[22] Ketika bertugas di Kansas City Film Ad Company, di mana beliau menghasilkan ilkan-iklan beranimasi pepotong, Disney menyuburkan minatnya dalam bidang animasi, lantas ingin menjadi juruanimasi.[23] Beliau dibenarkan oleh pemilik Ad Company, A.V. Cauger, untuk meminjam kamera dari tempat kerjanya untuk kegunaan menguji di rumah. Setelah membaca buku Edwin G. Lutz yang berjudul Animated Cartoons: How They Are Made, Their Origin and Development, beliau mendapati animasi sel lebih cerah bagi masa depannya berbanding animasi pepotong yang dikerjakannya untuk Cauger. Akhirnya, Walt hendak membuka perniagaan animasi sendiri,[24] lalu mengupah seorang rakan kerja dari Kansas City Film Ad Company, Fred Harman, sebagai pekerja pertamanya.[24] Walt dan Harman kemudiannya berjaya berurus janji dengan pemilik pawagam tempatan Frank L. Newman, tokoh yang dikenali sebagai pengusaha hiburan tersohor di kawasan Bandar Raya Kansas ketika itu,[25] untuk menyiarkan siri kartun yang berjudul "Laugh-O-Grams" di pawagam tersebut.[25]
Laugh O'Gram Studio
suntingDengan tajuk "Newman Laugh-O Grams,"[25] karya-karya kartun Disney menerima sambutan memberangsangkan di kawasan Bandar Raya Kansas.[26] Hasil kejayaan Laugh-O Grams, Disney mampu membeli studio sendirinya[27] dan mengupah ramai juruanimasi, termasuk adik Fred Harman sendiri iaitu Hugh Harman, Rudolf Ising, dan sahabat karib Disney sendiri iaitu Ub Iwerks.[28] Malangnya, disebabkan gaji pekerja yang tinggi menjejaskan keuntungan studio, Disney tidak mampu menguruskan kewangannya dengan betul-betul.[29] Akibatnya, studionya mengalami hutang keliling pinggang[29] lalu muflis.[30] Apapun yang terjadi, Disney berazam untuk menubuhkan studio di pusat industri perfileman, tak lain tak bukan Hollywood, California.[31]
Hollywood
suntingDisney dan abangnya mengumpul duit untuk menubuhkan studio kartun di Hollywood.[32] Perlunya mencari seorang pengedar untuk filem-filem terbarunya Alice Comedies yang mula diusahakannya ketika di Bandar Raya Kansas,[30] tetapi tidak dapat diedarkannya dahulu, Disney menghantar cetakan belum siap kepada pengedar Margaret Winkler di New York. Winkler membalas Disney dengan minatnya untuk mengedarkan filem-filem gabungan aksi sebenar dan animasi karya Disney yang diilhamkan oleh kisah dongeng Alice's Wonderland itu.[33]
Virginia Davis (bintang aksi sebenar Alice’s Wonderland) dan keluarganya berpindah dari Bandar Raya Kansas ke Hollywood atas permintaann Disney, begitu juga Iwerks sekeluarga. Ini menandakan lahirnya Disney Brothers' Studio yang terletak di Hyperion Avenue di daerah Silver Lake sehingga tahun 1939. Pada tahun 1925, Disney mengupah seorang wanita muda bernama Lillian Bounds untuk melukis seluloid animasi. Setelah tidak lama keluar bersama, mereka berdua pun berkahwin pada tahun itu.
Siri terbaru Alice Comedies yang dibintangi oleh Dawn O'Day, Margie Gay dan Lois Hardwick yang bersilih ganti melakonkan watak Alice, berjaya mendapat sambutan penonton. Menjelang penghujung siri itu pada tahun 1927, tumpuan lebih diberikan kepada watak-watak animasi, terutamanya kucing bernama Julius yang menyerupai Felix the Cat.
Oswald the Lucky Rabbit
suntingMenjelang tahun 1927, Charles B. Mintz mengahwini Margaret Winkler lalu mengambil alih pentadbiran perniagaan Winkler, lantas memesan siri animasi serba baru diterbitkan untuk edaran Universal Pictures. Siri Oswald the Lucky Rabbit juga mendapat sambutan hebat, hinggakan watak utamanya Oswald yang direka oleh Iwerks, menjadi tokoh terkenal. Maka berluasnya studio Disney, apabila Walt mengupah Harman, Ising, Carman Maxwell, dan Friz Freleng dari Bandar Raya Kansas.
Pada Februari 1928, Disney ke New York untuk merundingkan kenaikan filem ringkas dari Mintz. Disney terkejut dengan pengumuman Mintz bukan sahaja untuk mengurangkan yuran tersebut malah juga meletakkan kebanyakan juruanimasi terpenting upahan Disney, termasuk Harman, Ising, Maxwell, and Freleng (kecuali Iwerks yang enggan meninggalkan Disney) di bawah kontraknya dan akan membuka studio sendiri sekiranya Disney tidak menerima pengurangan perbelanjaan tersebut. Universal Studios, bukan Disney, yang memiliki cap dagang Oswald, oleh itu boleh menghasilkan filem-filem Oswald tanpa sumbangan Disney. Disney menolak tawaran Mintz lalu kehilangan kebanyakan juruanimasi upahannya.
Setelah ditinggalkan oleh para juruanimasinya, Disney sekali lagi bekerja sebatang kara.[34] 78 tahun kemudian, syarikat Disney berjaya mendapatkan kembali hak milik watak Oswald dari NBC Universal pada tahun 2006.
Mickey Mouse
suntingSetelah kehilangan hak milik Oswald, Disney merasakan perlunya membangunkan watak baru untuk menggantikan arnab tersebut. Beliau mendapat ilhamnya oleh dari seekor tikus yang pernah dibelanya ketika bertugas di Bandar Raya Kansas dahulu.[35] Ub Iwerks memperhalusi lakaran yang dihasilkan oleh Disney agar mudah untuk dianimasi. Suara dan perwatakan Mickey diihsankan oleh Disney. Menurut kata-kata seorang pekerja Disney, "Ub melukis wajah Mickey, tetapi Walt memberikan jiwanya."[35] Pada mulanya, tikus itu diberi nama "Mortimer", kemudian diganti oleh "Mickey Mouse" oleh Lillian Disney yang merasa nama Mortimer tidak sesuai. Tidak lama kemudian, nama Mortimer dipetik untuk seekor watak tikus yang lebih tinggi daripada Mickey dan menjadi lawan ketat Mickey untuk merebut hati Minnie.
Filem animasi pendek pertama yang menampilkan Mickey merupakan filem senyap berjudul Plane Crazy. Setelah gagal mendapatkan pengedar untuk Plane Crazy atau susulannya The Gallopin' Gaucho, Disney akhirnya menghasilkan kartun Mickey bersuara yang berjudul Steamboat Willie. Seorang ahli niaga bermama Pat Powers menyalurkan khidmat pengedaran dan proses penyegerakan bunyi Cinephone kepada Disney. Akhirnya Steamboat Willie membawa kejayaan,[36] maka filem-filem Plane Crazy, The Galloping Gaucho, dan semua kartun Mickey yang seterusnya dihasilkan dengan runut bunyi. Disney sendiri menyediakan kesan suara untuk kartun-kartun terawalnya serta meminjamkan suaranya kepada Mickey Mouse sehingga tahun 1946. Selepas keluarnya Steamboat Willie, Walt Disney terus berjaya menggunakan bunyi dalam kesemua kartun-kartun selanjutnya, manakala Cinephone turut menjadi pengedar baru bagi karya-karya kartun bersuara Disney yang terawal.[37] Lambat-lain, Mickey mengatasi Felix the Cat sebagai watak kartun paling popular.[35] Pada tahun 1930, Felix, walaupun bersuara juga, pudar dari layar wayang kerana filem kartun bersuaranya gagal menarik perhatian,[38] lantas membuka peluang untuk meninggikan populariti Mickey pada awal 1930-an.[35]
Silly Symphonies
suntingMengikut jejak langkah siri Mickey Mouse series, munculnya siri kartun muzikal Silly Symphonies pada tahun 1929. Judul pertama dalam siri ini berjudul The Skeleton Dance yang dilukis dan dianimasi sepenuhnya oleh Iwerks, yang juga bertanggungjawab melukis kebanyakan kartun keluaran Disney pada tahun 1928 dan 1929. Walaupun kedua-dua siri disambut baik, namun studio Disney berasa bahawa kongsian keuntungan dengan Pat Powers tidak adil bagi pihaknya,[39] maka pada tahun 1930, Disney berurusan dengan Columbia Pictures. Carl Stalling menggubah skor muzik untuk kartun-kartun Silly Symphony yang terawal.[40]
Iwerks dipikat oleh Powers agar membuka studio sendiri dengan kontrak eksklusif. Kemudian, Carl Stalling turut meninggalkan Disney untuk menyertai studio baru Iwerks.[41] Iwerks melancarkan siri Flip the Frog dengan kartun warna pertamanya "Fiddlesticks," difilemkan dalam Technicolor dua jalur. Iwerks juga mereka dua lagi siri kartun iaitu Willie Whopper dan ComiColor Cartoons. Pada tahun 1936, Iwerks menutup studionya untuk mengusahakan projek-projek teknologi animasi. Iwerks kembali ke pangkuan pada tahun 1940, lalu merintis beberapa proses filem dan teknologi animasi khusus di jabatan penyelidikan dan pembangunan studio Disney.
Menjelang tahun 1932, Mickey Mouse menjadi watak wayang gambar yang amat popular, tetapi Silly Symphonies tidak berjaya menandinginya. Bagaimanapun, pada tahun yang sama, Disney mendambai hasil persaingan dari Max Fleischer iaitu kartun Betty Boop yang semakin popular di kalangan penonton.[42] Fleischer dianggap sebagai pesaing utama Disney pada 1930-an,[43] dan juga bapa kepada Richard Fleischer yang diupah oleh Disney untuk mengarah filem 20,000 Leagues Under the Sea pada tahun 1954. Sementara itu, Columbia Pictures berhenti mengedarkan kartun Disney lalu diganti oleh United Artists.[44] Pada akhir tahun 1932, Herbert Kalmus yang baru selesai mengusahakan ciptaan kamera Technicolor tiga jalur,[45] meminta Walt membikin semula filem Flowers and Trees yang asalnya hitam putih, dengan teknologi Technicolor tiga jalur.[46] Flowers and Trees berjaya menimbulkan fenomena lalu memenangi "Anugerah Akademi untuk Judul Pendek Terbaik: Kartun" yang pertama untuk tahun 1932. Selepas keluarnya Flowers and Trees, semua kartun Silly Symphonies yang seterusnya diwarnakan juga. Disney juga dapat merundingkan urus janji dengan Technicolor selama dua tahun, maka memberikannya hak eksklusif penggunaan Technicolor tiga jalur,[47][48] yang seterusnya dilanjutkan hingga lima tahun.[40] Menerusi Silly Symphonies, Disney turut menghasilkan filem kartun pendek yang paling berjaya sepanjang hayatnya, berjudul Three Little Pigs, pada tahun 1933.[49] Kartun ini ditayangkan di pawagam berbulan-bulan lamanya, dan juga menampilkan lagu terhangat yang menjadi kegilaan orang ramai ketika mengalami Kemelesetan Besar, iaitu "Who's Afraid of the Big Bad Wolf".[50]
Anugerah Akademi Pertama
suntingPada tahun 1932, Disney menerima Anugerah Akademi khas kerana melahirkan siri "Mickey Mouse" yang mula diwarnakan pada tahun 1935, disusuli siri-siri keluaran sampingan untuk rakan-rakan Mickey seperti Donald Duck dan Pluto mulai tahun 1937,[51] diikuti siri kartun solo Goofy mulai tahun 1939.[52] Di antara semua rakan-rakan Mickey, Donald Duck yang julung kali berpakat dengan Mickey dalam kartun Orphan's Benefit (1934) dikatakan menjadi watak kartun Disney kedua paling berjaya sepanjang zaman.[53]
Rumah tangga
suntingCubaan pertama pasangan Disney beranak berakhir dengan Lilly mengalami keguguran. Apapun, Lilly berjaya melahirkan Diane Marie Disney pada 18 Disember 1933. Beberapa tahun kemudian, keluarga Disney mengambil Sharon Mae Disney, (lahir 21 Disember 1934) sebagai anak angkat.
1937–1941: Zaman Keemasan Animasi
suntingFilem cetera animasi terulung
suntingSetelah terhasilnya dua siri kartun, Disney terus memulakan perancangan untuk filem cetera yang cukup panjangnya pada tahun 1934. Pada 1935, tinjauan pendapat mendapati bahawa siri Popeye the Sailor hasil Max Fleischer, mengatasi populariti Mickey Mouse.[54] Walau apapun, Disney kemudian berjaya meletakkan Mickey di hadapan semula dengan mewarnai dan mereka semula penampilan watak tikus tersebut kepada apa yang disifatkan sebagai wajah Mickey yang paling menawan sehingga kini.[35] Setelah para penggiat industri perfileman mengetahui rancangan Disney untuk mengadaptasi cerita dongeng Putih Salju dalam filem cetera animasi, mereka semua mentertawakan rancangan Disney sebagai "Disney's Folly" (Kebodohan Disney) kerana terlalu yakin bahawa projek sebegini akan meranapkan perniagaan Disney. Lillian dan Roy juga memujuk Disney agar melupakan hasrat itu, namun Disney tetap ingin mengusahakan filem cetera animasi itu. Beliau mengambil khidmat Profesor Don Graham dari Institut Seni Chouinard untuk memulakan latihan untuk kakitangan studio, berlandaskan Silly Symphonies sebagai platform untuk menguji animasi manusia realistik, animasi watak tersendiri, kesan khas, dan penggunaan proses-proses dan peralatan khusus seperti kamera berbilang satah. Pertama kali Disney menggunakan teknik kamera berbilang satah adalah untuk filem pendek dalam siri Silly Symphonies yang berjudul The Old Mill (1937).[55]
Segala usaha pembangunan dan latihan ini digunakan untuk menilai mutu studio agar mampu memberikan mutu yang dikehendaki oleh Disney kepada filem ceteranya kelak. Filem yang berjudul Snow White and the Seven Dwarfs diterbitkan dari tahun 1934 hingga pertengahan tahun 1937, apabila studionya kehabisan dana. Untuk mendapatkan pembiayaan untuk menyiapkan filem Snow White, Disney terpaksa menunjukkan sedikit sedutan filem tersebut kepada pegawai pinjaman di Bank of America, lalu berjaya mendapatkan wang yang diperlukannya. Selepas disiapkan, filem tersebut diadakan tayangan perdana di pawagam Carthay Circle Theater pada 21 Disember 1937; pada akhir filem, para penonton berdiri sambil memberikan tepuk sanjungan kepada Snow White and the Seven Dwarfs. Snow White, filem animasi buatan Amerika Syarikat dan Technicolor yang pertama, dikeluarkan pada Februari 1938 setelah tercapainya urus janji pengedaran baru dengan RKO Radio Pictures; RKO pernah menjadi pengedar kartun-kartun Disney pada tahun 1936, setelah menutup Van Beuren Studios untuk beralih ke perniagaan pengedaran filem.[56] Filem ini menjadi filem wayang yang paling berjaya sepanjang tahun 1938 setelah memperoleh lebih $8 juta dalam tayangan pertamanya.
Zaman Keemasan Animasi
suntingKejayaan filem Snow White, (yang mengurniakan lapan anugerah Oscar kepada Disney, termasuk satu patung besar dan selebihnya patung kecil) memangkinkan Disney untuk membina kampus baru Walt Disney Studios di Burbank, yang memulakan perniagaan pada 24 Disember 1939. Snow White bukan sahaja menandakan kemuncak kejayaan Disney, bahkan juga memulakan zaman yang dikenali sebagai Zaman Keemasan Animasi bagi Disney.[57][58] Seluruh kakitangan animasi cetera, setelah baru menyiapkan filem Pinocchio, menyambungkan usaha filem Fantasia dan Bambi serta peringkat awal penerbitan Alice in Wonderland dan Peter Pan, manakala kakitangan filem pendek meneruskan usaha siri kartun Mickey Mouse, Donald Duck, Goofy, dan Pluto, sambil mengakhiri siri Silly Symphonies ketika ini. Juruanimasi Fred Moore mereka semula wajah Mickey Mouse pada akhir 1930-an, ketika Donald Duck semakin popular di kalangan penonton wayang berbanding Mickey Mouse.[59]
Filem-filem Pinocchio dan Fantasia mengikut jejak Snow White and the Seven Dwarfs ke pawagam pada tahun 1940, tetapi kedua-duanya kurang lumayan jadinya. Filem Dumbo yang tidak seberapa mahal pula dirancangkan sebagai penjana pendapatan, tetapi ketika filem ini dihasilkan, kebanyakan juruanimasi studio bermogok, lantas menegangkan hubungan antara Disney dan para artisnya untuk jangka masa yang lama.
1941–1945: Perang Dunia Kedua
suntingDisney bersama sekumpulan juruanimasi dihantar ke Amerika Selatan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun 1941 sebagai salah satu langkah dalam Dasar Jiran Baik, di samping dijamin kewangan untuk filem Saludos Amigos yang dirakam di benua itu.[60]
Tidak lama selepas keluarnya filem Dumbo pada Oktober 1941, Amerika Syarikat terjebak dalam Perang Dunia Kedua. Tentera Amerika Syarikat mengkontrakkan kebanyakan kemudahan studio Disney dan mengarahkan kakitangannya untuk menghasilkan filem-filem latihan dan arahan untuk bala tenteranya, filem-filem yang bertujuan menaikkan semangat rakyat seperti filem pendek Der Fuehrer's Face dan filem cetera Victory Through Air Power pada tahun 1943. Walaupun begitu, filem-filem ketenteraan tersebut tidak mendatangkan pendapatan, sementara filem cetera Bambi kurang mendapat sambutan ketika dikeluarkan pada bulan April 1942. Disney berjaya mengeluarkan semua filem Snow White pada tahun 1944, menandakan bermulanya tradisi mengeluarkan semula filem cetera Disney selepas tujuh tahun. Pada tahun 1945, filem The Three Caballeros menjadi filem animasi cetera terakhir oleh Disney sepanjang zaman peperangan.
Pada tahun 1944, William Benton, penerbit Encyclopædia Britannica, gagal dalam rundingan dengan Disney untuk menghasilkan sebanyak enam hingga 12 filem berunsur pendidikan setiap tahun. Disney diminta oleh Penyelaras Hal Ehwal Antara Amerika untuk membikin filem pendidikan mengenai Lembangan Amazon, maka terhasilnya filem pendek The Amazon Awakens (1944).[61][62][63][64][65]
1945–1955: Selepas perang
suntingStudio Disney turut menghasilkan sepakej filem murah yang mengandungi koleksi filem-filem kartun pendek, lalu mengeluarkannya di pawagam sepanjang akhir 1940-an. Pakej ini merangkumi Make Mine Music (1946), Fun and Fancy Free (1947), Melody Time (1948), dan The Adventures of Ichabod and Mr. Toad (1949). Pada masa yang sama, Disney turut menceburi filem cetera dramatis yang mengadun babak-babak animasi dan aksi sebenar, termasuk Song of the South dan So Dear to My Heart. Selepas berakhirnya perang, pudarnya juga populariti.[66]
Pada akhir 1940-an, studionya telah pulih secukupnya untuk meneruskan penerbitan filem-filem cetera Alice in Wonderland dan Peter Pan yang tertangguh akibat peperangan, lalu memulakan pembikinan filem Cinderella, yang menjadi filem Disney paling berjaya sejak Snow White and the Seven Dwarfs. Studio ini turut memulakan siri filem aksi sebenar bertema alam semula jadi yang berjudul True-Life Adventures pada tahun 1948, bermula dengan On Seal Island. Walaupun dijayakan oleh filem cetera, namun filem-filem animasi pendek Disney tidak selaris dahulu, kerana orang ramai mula memberi perhatian kepada Warner Bros. dan bintang animasinya Bugs Bunny; pada tahun 1942, studio Termite Terrace Warner Bros. menjadi studio animasi paling popular.[67] Sungguhpun Bugs Bunny semakin popular pada 1940-an, begitu juga dengan Donald Duck,[68] hinggakan Donald mengambil tempat Mickey Mouse sebagai bintang utama animasi Disney pada tahun 1949.[69]
Pada pertengahan 1950-an, Disney menghasilkan sebilangan filem pendidikan mengenai program angkasa dengan kerjasama pereka roket NASA Wernher von Braun: Man in Space dan Man and the Moon (1955), dan Mars and Beyond (1957).
1955–1966: Taman tema
suntingPerancangan Disneyland
suntingKetika melawat Chicago untuk tujuan perniagaan pada akhir 1940-an, Disney melakarkan cadangan taman hiburan yang diharapkan dijadikan tempat istirahat kakitangan beliau meluangkan masa bersama anak-anak mereka, diilhamkan setelah melawat taman hiburan Children's Fairyland di Oakland, California. Idea-idea asalnya dibangunkan menjadi konsep untuk perusahaan besar yang menjadi Disneyland. Disney menghabiskan lima tahun membangunkan Disneyland dan membuka cawangan baru syarikatnya, iaitu WED Enterprises, untuk melaksanakan perancangan dan penghasilan taman hiburannya. Sekumpulan kecil kakitangan studio Disney menyertai projek pembangunan Disneyland sebagai jurutera dan perancang yang bergelar "Imagineers".
Ketika menjelaskan salah satu rancangan terawalnya kepada Herbert Ryman (pereka lukisan pandangan udara pertama Disneyland yang dibentangkan kepada Bank of America ketika memohon pembiayaan), Disney berkata, "Herbie, saya cuma mahu menampakkannya seolah-olah tiada yang seumpamanya di dunia, dikelilingi oleh kereta api lagi."[70] Disney mendapat idea landasan kereta api mengelilingi Disneyland, daripada menghibur anak-anaknya dan kawan-kawan mereka di halaman rumah serta membawa mereka menaiki Carolwood Pacific Railroad.
Perasmian Disneyland
suntingDisneyland dibuka secara rasmi pada 17 Julai 1955. Di antara beratus-ratus pengunjung yang hadir di upacara pembukaan gilang-gemilang termasuk Ronald Reagan, Bob Cummings dan Datuk Bandar Anaheim. Berikut adalah ucapan Disney sempena hari pembukaan taman hiburannya:
Kepada semua yang tiba di tempat keriangan ini; selamat datang. Disneyland ialah tempat anda. Di sinilah usia menghidupkan semula kenangan indah yang lalu...dan di sinilah muda-mudi menikmati dugaan dan harapan masa hadapan. Disneyland ditujukan khas kepada buah fikiran, impian dan kenyataan yang melahirkan Amerika...dengan harapan agar Disneyland akan menjadi sumber keriangan dan inspirasi ke seluruh dunia.
Menceburi bidang baru
suntingSambil memulakan pembinaan Disneyland, Walt Disney Productions turut menceburi bidang-bidang hiburan yang lain. Pada tahun 1950, Treasure Island menjadi filem cetera aksi sebenar sepenuhnya yang pertama terbitan studionya, diikuti 20,000 Leagues Under the Sea (dalam format CinemaScope, 1954), Old Yeller (1957), The Shaggy Dog (1959), Pollyanna (1960), Swiss Family Robinson (1960), The Absent-Minded Professor (1961), dan The Parent Trap (1961). Studio Walt Disney menerbitkan rancangan istimewa TV pertamanya, berjudul One Hour in Wonderland, pada tahun 1950. Disney juga mengacarakan siri antologi mingguan di rangkaian ABC yang berjudul Disneyland sempena taman tema tersebut, yang mana beliau memaparkan sedutan filem terbitan Disney yang lalu, menganjurkan jelajah studionya, dan menyebarluaskan Disneyland yang sedang dalam pembinaan kepada orang awam. Rancangan ini turut menayangkan siri televisyen Davy Crockett yang digilai muda-mudi Amerika sehingga dijualnya berjuta-juta topi kulit rakun dan bermacam-macam lagi cenderahati Crockett ke merata negara.[71] Pada tahun 1955, lahirnya rancangan televisyen harian pertama Disney iaitu Mickey Mouse Club yang disiarkan hingga 1990-an.
Ketika studionya diluaskan dan dipelbagaikan ke media-media lain, Disney kurang memberi perhatian kepada jabatan animasi, sebaliknya mengamanahkan sebahagian besar pengendalian jabatan tersebut kepada sembilan orang juruanimasi terpentingnya yang digelar Nine Old Men. Sepanjang hayat Walt Disney, jabatan animasi menjayakan filem Lady and the Tramp (dalam format CinemaScope, 1955), Sleeping Beauty (dalam format Super Technirama 70mm, 1959), One Hundred and One Dalmatians (1961), dan The Sword in the Stone (1963).
Penerbitan kartun pendek berterusan sehingga Disney menutup jabatannya pada tahun 1956, selepas itu disambung dalam bentuk projek filem pendek istimewa secara sekali-sekala sepanjang hayat studionya. Kesemua filem ini diedarkan oleh anak syarikat baru Disney, Buena Vista Distribution, yang mengambil alih segala tanggungjawab pengedaran filem dari RKO pada tahun 1955. Disneyland, salah sebuah taman tema terawal di dunia, akhirnya dibuka pada 17 Julai 1955, lalu cepat mengecapi kejayaan dengan kunjungan peminat dari merata dunia yang hendak menikmati tarikan-tarikan yang diilhamkan dari sebilangan filem dan harta-harta kejayaan Disney.
Selepas tahun 1955, rancangan TV Disneyland dikenali sebagai Walt Disney Presents, beralih dari hitam ptih ke siaran warna pada tahun 1961, bertukar namanya lagi ke Walt Disney's Wonderful World of Color, berpindah dari rangkaian ABC ke NBC,[72] dan akhirnya bertukar namanya ke The Wonderful World of Disney yang bersiaran di NBC sehingga diambil alih oleh CBS pada tahun 1981.[73] Semenjak itu, siri antologi Walt Disney telah disiarkan di rangkaian ABC, NBC, Hallmark Channel dan Cartoon Network hasil urus janji hak penyiaran bersilih ganti.
Disney sudah membentuk bahagian penerbitan muziknya pada tahun 1949. Pada tahun 1956, berikutan kejayaan lagu tema rancangan televisyen The Ballad of Davy Crockett, beliau menubuhkan entiti penerbitan dan pengedaran rakaman milik syarikatnya, iaitu Disneyland Records.
Kejayaan awal 1960-an
suntingMenjelang awal 1960-an, terbuktinya kejayaan besar empayar Disney, apabila Walt Disney Productions menempa nama sebagai peneraju penerbitan hiburan seisi keluarga di dunia.
Setelah berpuluh-puluh tahun mengejarnya, Disney akhirnya memperoleh hak milik buku-buku P. L. Travers yang menceritakan seorang pengasuh ajaib. Filem Mary Poppins yang keluar pada tahun 1964 merupakan filem Disney paling berjaya sepanjang 1960-an, menampilkan skor lagu malar hijau yang digubah oleh Sherman Bersaudara. Pada tahun yang sama, Disney memperkenalkan koleksi pameran di 1964 New York World's Fair, termasuk figura Audio-Animatronic, yang semuanya disepadukan dalam tarikan-tarikan di Disneyland dan sebuah lagi projek taman tema di Pantai Timur.
Rancangan Disney World dan EPCOT
suntingDisney World dijangka merangkumi sebuah lagi Disneyland yang lebih besar dan teliti iaitu Magic Kingdom, di samping juga sebilangan padang golf dan resort penginapan. Di pusat Disney World pula, bakal didirikan Kota (atau Komuniti) Prototaip Bereksperimen Masa Akan Datang (Experimental Prototype City (or Community) of Tomorrow), atau singkatannya EPCOT.
Kematian
suntingFilem-filem terakhir yang melibatkan peranan aktif Disney ialah filem cetera animasi The Jungle Book dan komedi muzikal aksi sebenar The Happiest Millionaire, kedua-duanya keluar pada 1967. Penggubah lagu Robert B. Sherman menceritakan kali terakhir dia bertemu dengan Disney:
Beliau berada di tingkat tiga bangunan animasi selepas latihan The Happiest Millionaire. Selepas itu, beliau selalu di ruang depan menunggu orang-orang yang terlibat dalam filem itu. Selepas itu beliau berbual bersama mereka, memberitahu mereka apa yang disukainya dan apa yang harus diubah oleh mereka, kemudian apabila selesai, beliau tersenyum ke arah kami sambil berucap 'Teruskan usaha kamu', lalu berjalan ke pejabatnya. Inilah kali terakhir kami bertemu dengan beliau.[74]
Pada akhir 1966, Disney dijadualkan menjalani pembedahan leher berikutan kecederaan dari bermain polo lama dahulu;[75] beliau selalu bermain di Riveria Club di Hollywood selama bertahun-tahun lamanya.[76] Pada 2 November 1966, ketika mengambil sinar X sebelum pembedahan, para doktor di Pusat Perubatan Providence St. Joseph yang terletak di seberang jalan dari Disney Studio mendapati bahawa Disney yang ketagih rokok ini menghidap ketumbuhan yang amat besar di paru-paru kirinya.[77] Lima hari kemudian, Disney kembali ke hospital untuk dibedah, tetapi ketumbuhan tersebut merebak begitu luas sehingga doktor-doktornya terpaksa menanggalkan seluruh paru-paru kirinya.[77] Disney kemudian diberitahu hayatnya cuma tinggal enam bulan hingga setahun sahaja.[77] Setelah beberapa kali menjalani kemoterapi, Disney dan isterinya bercuti sebentar di Palm Springs, California sebelum pulang.[75] Pada 30 November 1966, Disney rebah di rumahnya, tetapi berjaya disedarkan oleh paramedik, lalu dibawa balik ke hospital, di mana beliau menghembuskan nafas terakhirnya[75] pada 15 Disember 1966, pukul 9:30 pagi, sepuluh hari selepas hari jadinya yang ke-65. Jenazah beliau dibakar pada 17 Disember 1966, lalu abunya disimpan di Taman Peringatan Forest Lawn di Glendale, California. Roy O. Disney meneruskan projeknya di Florida, dengan menegaskan bahawa nama projek itu ditukar ke Walt Disney World sempena memperingati adiknya Walt.
1967–kini: Pusaka
suntingMeneruskan wawasan
suntingSelepas pemergian Walt Disney, Roy Disney menguasai sepenuhnya Walt Disney Productions dan WED Enterprises. Pada bulan Oktober 1967, keluarga Disney bertemu di Cinderella Castle di Magic Kingdom untuk merasmikan Walt Disney World Resort.
Setelah memberi ucapannya di Walt Disney World, Roy meminta Lillian untuk tampil bersamanya. Sewaktu orkestra mendendangkan lagu "When You Wish Upon a Star", beliau menaiki pentas dengan diiringi Mickey Mouse. Kemudian Roy berkata, "Lilly, awak tahu akan segala idea dan harapan Walt seperti mana yang diketahui sesiapa; agaknya apakah pendapat Walt akannya [Walt Disney World]?". "Saya rasa Walt pasti merestuinya," jawab Lillian.[78] Roy meninggal dunia akibat pendarahan otak pada 20 Disember 1971, iaitu hari beliau sepatutnya membuka Disneyland Christmas Parade.
Dalam fasa kedua taman tema "Walt Disney World", konsep EPCOT dizahirkan oleh pewaris Disney sebagai EPCOT Center, yang dibuka pada tahun 1982. Kini, EPCOT merupakan pesta dunia hidup yang berbeza dari kota kediaman yang diimpikan oleh Disney. Pada tahun 1992, Walt Disney Imagineering melangkah maju ke arah wawasan Walt dan mendedikasikan bandar Celebration, yang dibina oleh syarikat Disney berhampiran Walt Disney World di negeri Florida kepada semangat EPCOT. EPCOT juga sepatutnya tidak didiami watak-watak Disney tetapi dasar ini diubah oleh pihak syarikat agar mudah menarik pengunjung muda.
Empayar hiburan Disney
suntingKini, perniagaan studio filem dan animasi serta taman-taman tema Walt Disney telah berkembang menjadi sebuah perbadanan televisyen, perfileman, destinasi pelancongan dan media berbilion-bilion dolar yang membawa namanya. The Walt Disney Company kini memiliki, antara lainnya, lima resort percutian, sebelas taman tema, dua taman air, 39 hotel, lapan studio filem, enam label rakaman, sebelas rangkaian televisyen kabel, dan sebuah rangkaian televisyen terestrial. Pada tahun 2007, syarikat Walt Disney meraih pendapatan tahunan melebihi AS$ 35 bilion.[79]
Animasi Disney terkini
suntingWalt Disney merupakan seorang pelopor dalam bidang animasi watak. Beliau merupakan antara tokoh-tokoh terawal yang berganjak dari kartun-kartun ringkas yang menampilkan "jenaka pelik-pelik yang mustahil" dan watak-watak yang dilukis secara kasar, ke suatu bentuk seni dengan kisah-kisah yang menyayat hati dan watak-watak yang boleh didekati penonton dengan penuh perasaan. Keperibadian yang dipamerkan dalam watak-watak filemnya serta kemajuan teknologi masih berpengaruh dalam animasi zaman sekarang. Beliau juga dianggap oleh ramai rakan sekerjanya sebagai tukang cerita yang berkepakaran tetapi bahagian animasinya ligat dengan kematiannya sehingga pada akhir 1980-an ketika bermulanya zaman Disney Renaissance. Antara filem-filem yang paling lumayan dan disambut hangat ketika ini ialah Who Framed Roger Rabbit (1988), The Little Mermaid (1989), Beauty and the Beast (1991), Aladdin (1992) dan The Lion King (1994). Pada tahun 1995, Walt Disney Pictures mengedar filem Toy Story buatan Pixar, iaitu filem cetera animasi komputer yang tersulung. Anak saudara Walt Disney, Roy E. Disney berpendapat bahawa Walt pasti menyukai Toy Story kerana filem itu menepati citarasanya.[80].
Kesan kebangkitan filem animasi komputer, filem-filem animasi tradisional lukisan insani semakin kurang mendapat sambutan pada awal 2000-an, menyebabkan syarikat Disney mengambil keputusan yang gempar untuk menutup bahagian animasi tradisional, menyebabkan ratusan kakitangan kehilangan pekerjaan. Dua studio satelit di Paris dan Orlando ditutup, sementara studio utama di Burbank ditukar kepada kemudahan penerbitan animasi komputer. Pada tahun 2004, Disney mengeluarkan filem yang diuar-uarkan sebagai dilem cetera "animasi tradisional" yang terakhir, iaitu Home on the Range. Bagaimanapun, semenjak Disney membeli Pixar pada tahun 2006 sementara John Lasseter dilantik sebagai Ketua Pegawai Kreatif, pendirian tersebut telah diubah dengan keluarnya filem The Princess and the Frog yang disambut baik pada tahun 2009, sekaligus menandakan kembalinya Disney kepada animasi tradisional dan pengambilan semula khidmat kakitangan yang dilucutkan terdahulu. Kini, Disney menghasilkan animasi tradisional dan komputer sekali.
Anugerah
suntingAnugerah Akademi
suntingWalt Disney memegang rekod untuk bilangan pencalonan terbanyak (59) dan kemenangan terbanyak (26). Empat anugerah Oscarnya ialah anugerah khas, dan Oscar yang terakhirnya diraih selepas meninggal dunia.
- 1932: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "Flowers and Trees" (1932)
- 1932: Anugerah Kehormat untuk: penciptaan Mickey Mouse
- 1934: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "Three Little Pigs" (1933)
- 1935: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "The Tortoise and the Hare" (1934)
- 1936: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "Three Orphan Kittens" (1935)
- 1937: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "The Country Cousin" (1936)
- 1938: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "The Old Mill" (1937)
- 1939: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "Ferdinand the Bull" (1938)
- 1939: Anugerah Kehormat untuk Snow White and the Seven Dwarfs (1937)
- 1940: Subjek Pendek Terbaik, Dwigulung untuk: "Ugly Duckling" (1939)
- 1941: Anugerah Kehormat untuk: Fantasia (1940), dikongsi bersama: William E. Garity dan J.N.A. Hawkins.
- 1942: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "Lend a Paw" (1941)
- 1943: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "Der Fuehrer's Face" (1942)
- 1949: Subjek Pendek Terbaik, Dwigulung untuk: "Seal Island" (1948)
- 1949: Anugerah Peringatan Irving G. Thalberg
- 1951: Subjek Pendek Terbaik, Dwigulung untuk: "Beaver Valley" (1950)
- 1952: Subjek Pendek Terbaik, Dwigulung untuk: "Nature's Half Acre" (1951)
- 1953: Subjek Pendek Terbaik, Dwigulung untuk: "Water Birds" (1952)
- 1954: Dokumentari Terbaik, Cetera untuk: The Living Desert (1953)
- 1954: Dokumentari Terbaik, Subjek Pendek untuk: "The Alaskan Eskimo" (1953)
- 1954: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "Toot Whistle Plunk and Boom" (1953)
- 1954: Subjek Pendek Terbaik, Dwigulung untuk: "Bear Country" (1953)
- 1955: Dokumentari Terbaik, Cetera untuk: The Vanishing Prairie (1954)
- 1956: Dokumentari Terbaik, Subjek Pendek untuk: "Men Against the Arctic"
- 1959: Subjek Pendek Terbaik, Subjek Lakonan Sebenar untuk: "Grand Canyon"
- 1969: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "Winnie the Pooh and the Blustery Day"
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Walt Disney. |
Rujukan
sunting- ^ "Walt Disney". IMDB. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Walt Disney Academy awards". Academy of Motion Picture Arts and Sciences. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-08. Dicapai pada 2009-11-22.
- ^ a b "Walt Disney biography". Just Disney. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-05. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ Disneyland Paris. Michelin. 2002-08-07. m/s. 38. ISBN 2060480027.
- ^ a b Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 9-10.
- ^ a b Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 15.
- ^ "Walt Disney Hometown Museum". Walt Disney Museum. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 18.
- ^ Thomas 1994, halaman 33–41
- ^ Biography of Walt Disney, Film Producer - kchistory.org - Retrieved September 14, 2009
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 30.
- ^ Thomas 1994, halaman 42–43
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 36.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 37.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 38.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 42.
- ^ a b Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 44.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 45.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 46.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 48.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 51.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 52.
- ^ a b Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 56.
- ^ a b c Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 57.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 58.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 64.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 64-71.
- ^ a b Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 68.
- ^ a b Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 72.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 75.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 78.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 80.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 109.
- ^ a b c d e Solomon, Charles. "The Golden Age of Mickey Mouse". Disney. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 128.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 129.
- ^ Gordon, Ian. "Felix the Cat". St. James Encyclopedia of Pop Culture. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-14. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 142.
- ^ a b Merritt, Russell. "THE BIRTH OF THE SILLY SYMPHONIES". Disney. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Chronology of the Walt Disney Company". Island Net. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ Langer, Mark (July 1997). "Popeye From Strip To Screen" (PDF). 2 (4). Animation Magazine: 17–19. Dicapai pada 2008-05-21. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ "Fleischer brothers". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Chronology of the Walt Disney Company". Island Net. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "System 4". Widescreen Museum. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "System 4". Widescreen Museum. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Walt Disney at the Museum?". Montreal Museum of Fine Arts. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-18. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Once Upon a Time: Walt Disney: The Sources of Inspiration for the Disney Studios". fps magazine. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ Danks, Adrian. "Huffing and Puffing about Three Little Pigs". Senses of Cinema. Dicapai pada 2008-05-21. line feed character in
|title=
at position 20 (bantuan) - ^ "Three Little Pigs". Disney. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Chronology of the Walt Disney Company". Island Net. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "GOOFY BIOGRAPHY". Tripod.com. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Donald Duck". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Popeye's Popularity - Article from 1935". Golden Age Cartoons. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-11. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Walt Disney, Biography". Just Disney. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Cartoons that Time Forgot". Images Journal. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Walt Disney Studio Biography". Animation USA. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "The Golden Age of Animation". Disney. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Fantasia Review". The Big Cartoon Database. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ Walt & El Grupo (documentary film, 2008).
- ^ Gabler, 2006, p.444
- ^ Cramer, Gisela; Prutsch, Ursula, "Nelson A. Rockefeller's Office of Inter-American Affairs (1940-1946) and Record Group 229", Hispanic American Historical Review 2006 86(4):785-806; DOI:10.1215/00182168-2006-050. Cf. p.795 and note 28.
- ^ Bender, Pennee. "Hollywood Meets South American and Stages a Show" Paper presented at the annual meeting of the American Studies Association. 2009-05-24 <http://www.allacademic.com/meta/p114070_index.html>
- ^ Niblo, Stephen R., "Mexico in the 1940s: Modernity, Politics, and Corruption", Wilimington, Del. : Scholarly Resources, 1999. ISBN 0-8420-2794-7. Cf. "Nelson Rockefeller and the Office of Inter-American Affairs", p.333
- ^ Leonard, Thomas M.; Bratzel, John F., Latin America during World War II, Rowman & Littlefield Publishers, Inc., 2007. ISBN 978-0-7425-3741-5. Cf. p.47.
- ^ Solomon, Charles. "Mickey in the Post-War Era". Disney. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Warner Bros. Studio Biography". Animation USA. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Disney's Animated Classics". Sandcastle VI. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Donald Duck". Pet Care Tips. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Walt Disney Quotes". Tripod.com. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ Cotter, Bill. "The Television Worlds of Disney - PART II". Disney. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Chronology of the Walt Disney Company". Island Net. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Chronology of the Walt Disney Company". Island Net. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ Greene, K&R (2001). Inside The Dream: The Personal Story Of Walt Disney. Disney Editions. m/s. 180. ISBN 0786853506.
- ^ a b c "The Day Walt Died". Disney. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Horsing Around With Walt and Polo". Mouse Planet. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ a b c "Chronology of the Walt Disney Company". Island Net. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ Griffiths, Bill. "Grand opening of Walt Disney world". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-23. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Walt Disney corporate website". Disney. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ Roy E. Disney-The Legacy of Toy Story-Toy Story-2005, DVD
Bibliografi
sunting- Barrier, J. Michael (1999). Hollywood Cartoons: American Animation in Its Golden Age. Oxford: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-503759-3.CS1 maint: ref=harv (link)
- Barrier, J. Michael (2007). The Animated Man: A Life of Walt Disney. Oakland, CA: University of California Press. ISBN 978-0-520-24117-6.CS1 maint: ref=harv (link)
- Beard, Richard R. (1982). Walt Disney's EPCOT Center: Creating the New World of Tomorrow. New York, NY: Harry N. Abrams. ISBN 978-0-8109-0821-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- Broggie, Michael (2006). Walt Disney's Railroad Story: The Small-Scale Fascination That Led to a Full-Scale Kingdom. Marceline, MO: Carolwood Pacific. ISBN 978-0-9758584-2-4.CS1 maint: ref=harv (link)
- Canemaker, John (2001). Walt Disney's Nine Old Men and the Art of Animation. Burbank, CA: Disney Editions. ISBN 978-0-7868-6496-6.CS1 maint: ref=harv (link)
- Ceplair, Larry; Englund, Steven (1983). The Inquisition in Hollywood: Politics in the Film Community, 1930–1960. Oakland, CA: University of California Press. ISBN 978-0-520-04886-7.CS1 maint: ref=harv (link)
- Cohen, Karl F. (2004). Forbidden Animation: Censored Cartoons and Blacklisted Animators in America. Jefferson, NC: McFarland. ISBN 978-1-4766-0725-2.CS1 maint: ref=harv (link)
- Dobson, Nichola (2009). Historical Dictionary of Animation and Cartoons. Plymouth, Devon: Scarecrow Press. ISBN 978-0-8108-6323-1.CS1 maint: ref=harv (link)
- Eliot, Marc (1995). Walt Disney: Hollywood's Dark Prince. London: André Deutsch. ISBN 978-0-233-98961-7.CS1 maint: ref=harv (link)
- Finch, Christopher (1999). The Art of Walt Disney from Mickey Mouse to the Magic Kingdom. London: Virgin Books. ISBN 978-0-7535-0344-7.CS1 maint: ref=harv (link)
- Gabler, Neal (2006). Walt Disney: The Biography. London: Aurum. ISBN 978-1-84513-277-4.CS1 maint: ref=harv (link)
- Hollis, Tim; Ehrbar, Greg (2006). Mouse Tracks: The Story of Walt Disney Records. Jackson, MS: University Press of Mississippi. ISBN 978-1-61703-433-6.CS1 maint: ref=harv (link)
- Korkis, Jim (2012). Who's Afraid of the Song of the South?. Dallas, TX: Theme Park Press. ISBN 978-0-9843415-5-9.CS1 maint: ref=harv (link)
- Krasniewicz, Louise (2010). Walt Disney: A Biography. Santa Barbara, CA: Greenwood Publishing. ISBN 978-0-313-35830-2.CS1 maint: ref=harv (link)
- Langer, Mark (2000). "Disney, Walt". American National Biography. Oxford University Press. Dicapai pada April 11, 2016.CS1 maint: ref=harv (link)
- Lee, Newton; Madej, Krystina (2012). Disney Stories: Getting to Digital. Tujunga, CA: Springer Science & Business Media. ISBN 978-1-4614-2101-6.CS1 maint: ref=harv (link)
- Mannheim, Steve (2016). Walt Disney and the Quest for Community. Abingdon, Oxon: Routledge. ISBN 978-1-317-00058-7.CS1 maint: ref=harv (link)
- Mosley, Leonard (1990). Disney's World. Lanham, MD: Scarborough House. ISBN 978-1-58979-656-0.CS1 maint: ref=harv (link)
- Nichols, Catherine (2014). Alice's Wonderland: A Visual Journey Through Lewis Carroll's Mad, Mad World. New York: Race Point Publishing. ISBN 978-1-937994-97-6.CS1 maint: ref=harv (link)
- Norman, Floyd (2013). Animated Life: A Lifetime of Tips, Tricks, Techniques and Stories from a Disney Legend. Burlington, MA: Focal Press. ISBN 978-0-240-81805-4.CS1 maint: ref=harv (link)
- Painter, Nell Irvin (February 2008). "Was Marie White? The Trajectory of a Question in the United States". The Journal of Southern History. 74 (1): 3–30.CS1 maint: ref=harv (link)
- Pierce, John J. (1987). Foundations of Science Fiction: A Study in Imagination and Evolution. Westport, CT: Greenwood Press. ISBN 978-0-313-25455-0.CS1 maint: ref=harv (link)
- Schickel (1986). The Disney Version: The Life, Times, Art and Commerce of Walt Disney. London: Pavilion Books. ISBN 978-1-85145-007-7.CS1 maint: ref=harv (link)
- Schmadel, Lutz D. (2003). Dictionary of Minor Planet Names. Heidelberg: Springer Science & Business Media. ISBN 978-3-540-00238-3.CS1 maint: ref=harv (link)
- Telotte, Jay P. (June 2, 2008). The Mouse Machine: Disney and Technology. Urbana, IL: University of Illinois Press. ISBN 978-0-252-09263-3.CS1 maint: ref=harv (link)
- Thomas, Bob (1994) [1976]. Walt Disney: An American Original. New York: Disney Editions. ISBN 978-0-7868-6027-2.CS1 maint: ref=harv (link)
- Tomlinson, John (2001). Cultural Imperialism: A Critical Introduction. London: A&C Black. ISBN 978-0-8264-5013-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- Watts, Steven (June 1995). "Walt Disney: Art and Politics in the American Century". The Journal of American History. 82 (1): 84–110. JSTOR 2081916.CS1 maint: ref=harv (link)
- Watts, Steven (2013). The Magic Kingdom: Walt Disney and the American Way of Life. Columbia, MO: University of Missouri Press. ISBN 978-0-8262-7300-0.CS1 maint: ref=harv (link)
- Williams, Pat; Denney, James; Denney, Jim (2004). How to Be Like Walt: Capturing the Disney Magic Every Day of Your Life. Deerfield Beach, FL: Health Communications. ISBN 978-0-7573-0231-2.CS1 maint: ref=harv (link)
- Withrow, Steven (2009). Secrets of Digital Animation. Mies, Switzerland: RotoVision. ISBN 978-2-88893-014-3.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Walt Disney |
- Walt Disney di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Walt Disney di TCM Movie Database
- "The Hollywood Blacklist". Talk of the Nation. 1997. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|coauthors=
(bantuan) Discusses Walt Disney's attitude towards unions and communism. - Walt Disney Family Museum
- Neal Gabler, Inside Walt Disney
- "Anaheim Walk of Stars". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-02. Dicapai pada 2009-11-22.
- Interview with Robert Stack About Walt Disney's Involvement in Polo
- Walt Disney Gravesite
- Disney's Fantastic Voyage Diarkibkan 2011-09-17 di Wayback Machine