Valéry Giscard d'Estaing

Valéry Marie René Georges Giscard d'Estaing (disebut [valeʁi ʒiskaʁ dɛstɛ̃ ,sebutan paling dekat [va.lé.ri jis.kar dés.taeng]; 2 Februari 1926 - 2 Disember 2020) ialah seorang negarawan negarawan Perancis yang berkhidmat sebagai Presiden Republik Perancis dari 1974 hingga 1981.[1]

Valéry Giscard d'Estaing
Jurugambar Potret daripada Valéry Giscard d'Estaing
Presiden Perancis
Dalam jawatan
27 Mei 1974 – 21 Mei 1981
Perdana MenteriJacques Chirac
Raymond Barre
Didahului olehGeorges Pompidou
Digantikan olehFrançois Mitterrand
Presiden Majlis Daerah
of Auvergne
Dalam jawatan
21 Mac 1986 – 2 April 2004
Didahului olehMaurice Pourchon
Digantikan olehPierre-Joël Bonté
Menteri Ekonomi dan Kewangan
Dalam jawatan
20 Jun 1969 – 27 Mei 1974
Perdana MenteriJacques Chaban-Delmas
Pierre Messmer
Didahului olehFrançois-Xavier Ortoli
Digantikan olehJean-Pierre Fourcade
Dalam jawatan
18 Januari 1962 – 8 Januari 1966
Perdana MenteriMichel Debré
Georges Pompidou
Didahului olehWilfrid Baumgartner
Digantikan olehMichel Debré
Maklumat peribadi
Lahir
Valéry Marie René Georges Giscard d'Estaing

(1926-02-02) 2 Februari 1926 (umur 98)
Koblenz, Jerman yang diduduki Perancis
Mati2 Disember 2020(2020-12-02) (umur 94)
Authon, Perancis
Cause of deathCOVID-19
Parti politikCNIP (1956–1962)
FNRI (1966–1977)
PR (1977–1995)
UDF (1978–2002)
PPDF (1995–1997)
DL (1997–1998)
UMP (2002–2004)
PasanganAnne-Aymone Sauvage de Brantes (k. 1952)
Anak4, termasuk Henri dan Louis
Tempat belajarÉcole Polytechnique
École nationale d'administration
TandatanganTandatangan

Sebagai Menteri Kewangan di bawah Perdana Menteri Jacques Chaban-Delmas dan Pierre Messmer, beliau memenangi pilihan raya presiden 1974 dengan 50.8% undi terhadap François Mitterrand daripada Parti Sosialis. Tempohnya ditandakan dengan sikap yang lebih liberal terhadap isu-isu sosial seperti perceraian, kontrasepsi dan pengguguran-dan percubaan untuk memodenkan negara dan pejabat presiden, terutamanya melancarkan projek-projek infrastruktur yang luas seperti sistem kereta api TGV dan peralihan penggunaan kuasa nuklear sebagai sumber tenaga utama Perancis. Walau bagaimanapun, kemasyhurannya merosot berikutan ekonomi yang menyusul krisis tenaga 1973 lalu menandakan berakhirnya zamaan yang dikatakan sebagai kemakmuran hebat negara Perancis setelah redanya Perang Dunia Kedua iaitu "tiga puluh tahun yang gemilang" (Trente Glorieuses).

Giscard d'Estaing menghadapi penentangan politik dari kedua-dua belah spektrum politik - haluan kiri diketuai François Mitterrand serta haluan kanan yang membangkang polisi beliau diketuai Jacques Chirac yang memberi nafas baharu kepada fahaman Gaullisme. Pada tahun 1981, walaupun beliau mendapat undia popular yang tinggi, beliau kalah dalam pilihan raya semula menentang Mitterrand, dengan 48.2% undian diraih.[2]

Persaraan

sunting

Beliau dimasukkan sebagai anggota Académie française - akademi persuratan dan pelanngsungan bahasa Perancis tahun 2003.[3]

Pada 14 September 2020, Giscard dimasukkan ke dalam Hôpital Européen Georges-Pompidou Paris untuk merawat masalah pernafasan dihadapi[4] yang kemudiannya didapati merupakan suatu jangkitan paru-paru.[5] Beliau dirawat sekali lagi pada 15 November[6] sebelum dilepaskan lima hari kemudian.[7]

Giscard meninggal pada 2 Disember 2020 akibat komplikasi menghidap koronavirus[8] pada usia 94 tahun.[9][10][11]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Giscard hints at affair with Diana". Connexion. 21 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2009. Dicapai pada 3 Jun 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "Giscard: I made up Diana love story". Connexion. 24 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2009. Dicapai pada 3 June 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "VGE devient Immortel". Le Nouvel Observateur (dalam bahasa Perancis). 17 Disember 2003. Dicapai pada 20 November 2016.
  4. ^ "France's former president Giscard d'Estaing, 94, hospitalised". France24. 14 September 2020. Dicapai pada 3 October 2020.
  5. ^ "El expresidente francés Giscard d'Estaing, de 94 años, hospitalizado por una infección pulmonar" (dalam bahasa Spanish). ABC.es. 14 September 2020. Dicapai pada 4 October 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Former French President Giscard d'Estaing hospitalized". www.aa.com.tr. 16 November 2020. Dicapai pada 2 Disember 2020.
  7. ^ "L'ancien président Valéry Giscard d'Estaing est sorti de l'hôpital". leparisien. 20 November 2020. Dicapai pada 2 Disember 2020.
  8. ^ Valéry Giscard d’Estaing, former French president, dies at 94 from the Washington Post
  9. ^ L'ancien président Valéry Giscard d'Estaing est mort
  10. ^ VALÉRY GISCARD D'ESTAING EST MORT À L'ÂGE DE 94 ANS
  11. ^ "Valéry Giscard d'Estaing dies after Covid-19 diagnosis". The Guardian. 2 December 2020. Dicapai pada 2 December 2020.

Pautan luar

sunting