Taufan Megi (2010)
Taufan Megi (nama antarabangsa: 1013, nama JTWC: 15W, nama PAGASA: Juan) merupakan sebuah taufan kencang[3][4] yang berlaku pada musim taufan Pasifik 2010. Nama "Megi" bererti "ikan keli" dalam bahasa Korea.[5] Megi adalah taufan pertama di Lembangan Pasifik yang mencapai peringkat "Taufan Super" pada tahun 2010, dan yang pertama di Pasifik Barat sejak Taufan Nida pada tahun 2009.[6] Dengan tekanan minimum 885 milibar, Megi adalah antara siklon tropika terhebat dalam sejarah.[7] Ia bertemu daratan pada awal 18 Oktober di Sierra Madre, Luzon timur laut. Selepas melalui pulau Luzon, Megi menjadi semakin kuat di Laut China Selatan, sebelum menjadi lemah sehingga kehilangan tembok matanya.
Taufan (skala JMA) | |
---|---|
Taufan kategori 5 super (SSHWS) | |
Terbentuk | 12 Oktober 2010 |
Reda | 24 Oktober 2010 |
Angin terkuat | 10 minit berterusan: 230 km/j (145 bpj) 1 minit berterusan: 295 km/j (185 bpj) |
Tekanan terendah | 885 hPa (mbar); 26.13 inHg |
Kematian | 28[1] 13[2] Total: 41 mati, 29 hilang |
Kerosakan | $606 juta (2010 USD) |
Kawasan terjejas | Filipina, Taiwan, Republik Rakyat China |
Sebahagian daripada Musim taufan Pasifik 2010 |
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Taufan Megi (2010) |
- ^ "SitRep No. 19 re Effects for Typhoon "Juan" (Megi)" (PDF). National Disaster Coordinating Council. October 23, 2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-08-23. Dicapai pada October 23, 2010.
- ^ Jenny W. Hsu and Chou Yung-chieh (24 Oktober 2010). "One body identified, 25 missing in Suhua Highway disaster". The Central News Agency. Dicapai pada 24 Oktober 2010.
- ^ "Severe Typhoon MEGI at 20:00 HKT 19 Oktober 2010". Hong Kong Observatory. Dicapai pada 2010-10-19.
- ^ "Philippines ready to face super typhoon Megi". News.xinhuanet.com. Dicapai pada 2010-10-18.
- ^ "China warns Megi will be year's strongest typhoon". ASIA PACIFIC NEWS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-18. Dicapai pada 17 Okt 2010.
- ^ Erdman, Jonathan (2009-06-17). "Super Typhoon Megi Eyes Philippines". weather.com. Dicapai pada 2010-10-18.
- ^ "JMA Tropical Cyclone Advisory 2010-10-18 00z". Japan Meterological Agency. 2010-10-18. Dicapai pada 2010-10-28.