Sword Art Online The Movie: Ordinal Scale

Sword Art Online The Movie: Ordinal Scale (Jepun: 劇場版 ソードアート・オンライン -オーディナル・スケール-, Hepburn: Gekijō-ban Sōdo Āto Onrain -Ōdinaru Sukēru-, Wayang Gambar Seni Pedang Dalam Talian: Skala Ordinal) merupakan siri animasi filem Jepun berdasarkan pada siri novel ringan Sword Art Online yang ditulis oleh Reki Kawahara dan ilustrasi oleh abec. Filem ini dihasilkan oleh A-1 Pictures, Aniplex dan SAO Movie Project; pengarah filem Tomohiko Ito bersama-sama karya asal Reki Kawahara, reka bentuk watak dihasilkan oleh Shingo Adachi dan pengarah muzik oleh Yuki Kajiura. Filem ini ditayangkan di Jepun juga serentak di Malaysia pada 18 Februari 2017. Lagu penutup filem bertajuk "Catch the Moment" (Kejar Detik Ini) dinyanyikan oleh "LiSA".

Sword Art Online The Movie: Ordinal Scale
Jepun劇場版 ソードアート・オンライン -オーディナル・スケール-
HepburnGekijō-ban Sōdo Āto Onrain -Ōdinaru Sukēru-
TerjemahanWayang Gambar Seni Pedang Dalam Talian: Skala Ordinal
Logo filem Sword Art Online Ordinal Scale
PengarahTomohiko Ito
Lakon layar
  • Reki Kawahara
  • Tomohiko Ito
BerdasarkanSword Art Online oleh
Reki Kawahara
Dibintangi
  • Yoshitsugu Matsuoka
  • Haruka Tomatsu
  • Ayana Taketatsu
  • Kanae Ito
  • Rina Hidaka
  • Ayahi Takagaki
  • Miyuki Sawashiro
  • Hiroaki Hirata
  • Hiroki Yasumoto
  • Koichi Yamadera
  • Sayaka Kanda
  • Yoshio Inoue
  • Takeshi Kaga
SinematografiKentaro Waki
Disunting olehShigeru Nishiyama
Muzik olehYuki Kajiura
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAniplex
Tarikh tayangan
18 Februari 2017
Masa tayangan
119 minit[1]
NegaraJepun
BahasaBahasa Jepun
Pecah panggung¥3.35 bilion

Siri filem ini akan mengeluarkan DVD dan Blu-ray di Jepun pada 27 September 2017.

Ringkasan cerita

sunting

Pada tahun 2026 (jalan cerita selepas siri "Sword Art Online II"), permainan baru dikenali sebagai Ordinal Scale (singkatan: OS, terjemahan literal: Skala Ordinal) menggunakan peralatan gajet Auguma yang mensimulasikan realiti semasa pemain masih sedar (realiti berperantara) telah diperkenalkan kepada orang ramai menggantikan sistem AmuSphere FullDive dan menyenaraikan kebolehan pemain mengikut nombor ordinal (menunjukkan kedudukan relatif). Kirito, Asuna, Lisbeth, Silica dan Sinon mereka mula terpengaruh bermain permainan baru, yang berbeza daripada permainan alam maya Alfheim Online (singkatan: ALO, terjemahan literal: Alfheim Dalam Talian). Dalam permainan OS, setiap pemain akan diberi pangkat mengikut pencapaian mereka dengan pangkat paling rendah berisiko tinggi apabila menentang pemain dengan pangkat tinggi. Bagaimanapun, Kirito dan rakan-rakannya mendapati sesuatu tidak kena apabila mereka terjumpa raksasa dari Aincrad, dunia dari permainan alam maya Sword Art Online (SAO) dimana mereka pernah terperangkap selama dua tahun. Filem ini menampilkan watak baru iaitu Yuna seorang idol yang misteri, Eiji pencabar utama Kirito dalam permainan OS dan Dr. Shigemura merupakan pereka gajet Auguma dan permainan Ordinal Scale.

Pelakon suara

sunting
Watak Pelakon suara Jepun[2] Pelakon suara Inggeris[3]
Kirito / Kazuto Kirigaya Yoshitsugu Matsuoka Bryce Papenbrook
Asuna / Asuna Yuuki Haruka Tomatsu Cherami Leigh
Leafa / Suguha Kirigaya Ayana Taketatsu Cassandra Morris
Yui Kanae Itō Stephanie Sheh
Silica / Keiko Ayano Rina Hidaka Christine Marie Cabanos
Lisbeth / Rika Shinozaki Ayahi Takagaki Sarah Williams
Sinon / Shino Asada Miyuki Sawashiro Michelle Ruff
Klein / Ryoutarou Tsuboi Hiroaki Hirata Kirk Thornton
Agil / Andrew Gilbert Mills Hiroki Yasumoto Patrick Seitz
Akihiko Kayaba Kōichi Yamadera Marc Diraison
Yuna Sayaka Kanda Ryan Bartley
Eiji Yoshio Inoue Chris Patton
Dr. Shigemura Takeshi Kaga Taylor Henry

Rujukan

sunting
  1. ^ 劇場版 ソードアート・オンライン ―オーディナル・スケール― (2017). allcinema (dalam bahasa Jepun). Stingray. Dicapai pada 10 Februari 2017.
  2. ^
  3. ^ "Sword Art Online: Ordinal Scale English Dub Screenings Begin April 22 in U.S." Anime News Network. March 14, 2017. Dicapai pada March 14, 2017.

Pautan luar

sunting