Sunan Ibn Mājah (Arab: سُنن ابن ماجه) ialah satu daripada himpunan kitab Hadis yang dikenali sebagai Al-Kutub al-Sittah (enam kitab utama Hadis). Himpunan Sunan ini karya Imam Ibnu Majah.

Ibnu Majah, atau nama lengkapnya Abu 'Abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah al-Rab'i al-Quzwaini (Arab: أبو عبد الله محمد بن يزيد بن ماجة الربعي القزويني) adalah seorang ahli hadis yang terkenal kerana menyusun kitab Sunan Ibnu Majah. Beliau dilahirkan pada tahun 207 H dan meninggal pada hari Selasa, lapan hari sebelum berakhirnya bulan Ramadhan tahun 275 H.[1]

Pemerian

sunting

Himpunan ini memuatkan lebih 4,341 Hadis di dalam 37 buku (kitab) yang dibahagikan kepada 1,500 bab (abwāb).

Ketulenan

sunting

Himpunan ini dianggap orang Islam Ahli Sunah Waljamaah sebagai keenam 'terkuat' dalam Al-Kutub al-Sittah[2]. Namun demikian, kedudukan Sunan Ibnu Majah dalam kesarjaan Islam tidak diputuskan sehingga abad ke-14 M. Para sarjana Islam seperti Imam al-Nawawi (meninggal 676 H/1277 M) dan Ibn Khaldun (meninggal 808 H/1405 M) tidak memasukkan Sunan ke dalam senarai kitab hadis yang diterima pakai secara am; sarjana lain pula menggantikannya sama ada dengan Muwattak Imam Malik atau dengan Sunan Al-Darimi.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

(Inggeris)

  1. ^ Imam Ibnu Majah, 2021-06-05, dicapai pada 2024-10-16
  2. ^ Gibril, Haddad (April 4, 2003), Various Issues About Hadiths, living ISLAM – Islamic Tradition

Pautan luar

sunting