Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Sultan Terengganu

Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III Mu’azzam Shah (Jawi: سلطان إسماعيل ناصر الدين شاه ابن المرحوم سلطان حاج زين العابدين كتيݢ معظم شاه; 24 Januari 1907 – 20 September 1979) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia IV dan Sultan Terengganu X VI.

Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Sultan Terengganu XVI
Ismail Nasiruddin
Sultan Terengganu XVI
Pemerintahan16 Disember 1945 – 20 September 1979
Kemahkotaan-
Didahului olehSultan Ali Shah
Diikuti olehSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Tengku Sri Paduka Raja Terangganu
Pemerintahan16 Disember 1945 – 20 September 1979
Kemahkotaan-
Didahului olehSultan Ali Shah
Diikuti olehSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
KeputeraanTengku Ismaol bin Tengku Zainal Abbiuddin III
(1907-01-24)24 Januari 1907
Kuala Terengganu, Terengganu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British
KemangkatanIstana Badariah, Padang Seri Negara, Mukim Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Pemakaman21 September 1979
Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu
Pasangan2
Isteri
AnakandaTengku Wuk Fatima Sabariah

Tengku Zaharah Putri Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Tengku Abdul Malik Shah Tengku Ibrahim Shah Tengku Abdullah Sulaiman Shah (Tengku Sri Laksamana Negeri Terangganu) Tengku Zaleha Putri Tengku Noor Azia Iman Putri Tengku Zainah Putri Tengku Maria Norshiah Putri Tengku Ruqiya Putri

Tengku Ramlah Azizah Putri
Nama penuh
Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Shah III
Nama diraja
Paduka Seri Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III Mu’azzam Shah
AyahandaSultan Zainal Abidin III Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah II
BondaCik Maimunah binti Abdullah
AgamaIslam Sunni
Pekerjaan-
TandatanganTandatangan Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Ismaol
Fail:-
sultan Terengganu
Raja Muda Tengku Mahmud ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Tempat persemayaman Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu

Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong Keempat, yang memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970, telah diputerakan di Kuala Terengganu pada 24 Januari 1907.

Baginda ialah Sultan Terengganu 16 dan memerintah selama 34 tahun iaitu dari tahun 1945 hingga 1979.

Baginda memperoleh pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Terengganu. Kemudian baginda meneruskan pendidikan sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Pada tahun 1925 ketika berusia 18 tahun, baginda menjadi Sub-Inspektor Polis dan pada 4 April 1929, baginda dilantik sebagai kadet dalam perkhidmatan Awam Terengganu.

Selama lima tahun berikutnya, baginda bertugas sebagai pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pada 1 Ogos 1934, baginda dilantik sebagai Penolong Pegawai Tanah. Pada 25 Oktober 1934, baginda dilantik pula sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Baginda ditukarkan ke Mahkamah rayuan pada 4 April 1939 sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

Kemudian baginda dilantik sebagai Setiausaha Majlis Hal Ehwal Agama Islam.

Baginda menjadi Registrar Mahkamah Agung dan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tanah pada 1 Januari 1940 dan kemudiannya dilantik sebagai Majistret Kelas Satu Terengganu.

Pada 15 November 1941, Baginda dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terangganu.

Pada 3 April 1944, baginda berkahwin dengan Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar dan dikurniakan sembilan orang putera puteri.

Putera sulung baginda, Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud II al-Muktafi Billahi Shah menjadi Sultan Terengganu seterusnya.

Pada 6 Jun 1945 ketika berusia 38 tahun, baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu di Istana Maziah di Kuala Terengganu.

Baginda telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 21 September 1965 dan Baginda kembali ke memerintah Terengganu pada 20 September 1970.

Baginda mangkat di Istana Badariah, Padang Seri Negara, Mukim Batu Burok, Kuala Terengganu pada 20 September 1979.

Rujukan رجوكن

sunting
  • Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan.

Lihat juga ليهت جوݢ

sunting


Penyandang Terdahulu Sultan Terengganu Penyandang Kemudian
Sultan Ali Shah Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah