Sukan Asia Tenggara 1981

Sukan Asia Tenggara 1981 atau Sukan Asia Tenggara ke-11 telah diadakan di Manila, Filipina pada 6 Disember - 15 Disember 1981. Ini adalah kali pertama Filipina sejak penyertaan pertamanya pada 1977. Edisi kali ini telah dirasmikan oleh Ferdinand Marcos, Presiden Filipina. Sambutan majlis perasmian yang penuh gilang-gemilang diadakan di Stadium Memorial Filipina di Manila. Stadium bola sepak dan arena permainan dalam yang baru dibina di Pasig diberi nama 'University of Life Track & Field and Arena' atau 'ULTRA'. Kini, ia dipanggil 'PhilSports Arena'. Bersebelahan stadium ini, terdapat sebuah pangsapuri digunakan sebagai kuartet atlet. Selepas itu, ia telah ditukar menjadi 'Projek Perumahan BLISS' oleh Imelda Carcos.

{{{Name}}}
{{{Name}}}
{{{Name}}}

Pungutan pingat

sunting

(Negara tuan rumah dicetaktebal.)

Pungutan pingat Sukan Asia Tenggara 1981
Ked. Negara       Jumlah
1   Indonesia 85 73 56 214
2   Thailand 62 45 41 148
3   Filipina 55 55 77 187
4   Malaysia 16 27 31 74
5   Burma 15 19 27 61
6   Singapura 12 26 33 71
7   Brunei[1] 0 0 0 0
  1. ^ Brunei masih berada dalam tampuk pemerintahan koloni British pada masa itu.

Trivia

sunting
  • Pada edisi ke-11 yand diadakan di Manila kali ini, Bong muncul sebagai peserta Filipina paling berjaya. Dia membolot enam pingat daripada enam acara yang dipertandingkan, empat daripadanya ialah pingat emas. Dia juga telah berjaya memecah enam rekod temasya Sukan SEA. Bong memenangi pingat emas dalam acara beregu wanita bersama Lita de la Rosa dan purata permainan 221 mata dalam acara trio sekaligus memenangi pingat emas acara 'Individual All-Events' dan diikuti menjadi juara Masters Sukan SEA 1981.

Rujukan

sunting


Didahului oleh:
1979
Jakarta, Indonesia
Sukan Asia Tenggara Diikuti oleh:
1983
Singapura

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.