Senarai sultan Brunei

rencana senarai Wikimedia
(Dilencongkan daripada Senarai Sultan Brunei)

Sultan Brunei ialah ketua negara bagi Negara Brunei Darussalam. Rencana ini menghimpunkan senarai individu yang pernah menjawat sebagai Sultan Brunei sejak 1368[1]

Senarai sultan

sunting
No. Gambar Nama Naik takhta Turun takhta Catatan
1 Sultan Muhammad Shah / Awang Alak Betatar 1363[2] atau 1368 1402 Menubuhkan kesultanan.[2]
2 Sultan Abdul Majid Hassan / Maharaja Karna 1402 1408 Mangkat di Nanjing, China.
3 Sultan Ahmad / Awang Pateh Berbai 1408 1425
4 Sultan Sharif Ali / Sultan Berkat 1425 1432 Sebelum ini pernah menjadi Syarif Mekah bagi Kesultanan Mamluk dan tidak mempunyai hubungan keturunan secara langsung dengan penyandang sebelumnya, tetapi dipilih kerana menjadi menantu kepada Sultan Ahmad dan kefaqihan dalam Islam.
5 Sultan Sulaiman 1432 1485 Anakanda Sultan sebelumnya, Sharif Ali. Turun takhta bagi membolehkan anakandanya Bolkiah menjadi sultan.
6
 
Sultan Bolkiah / Nakhoda Ragam 1485 1524 Anakanda sultan sebelumnya, dan menjadi Sultan pertama yang menggunakan meriam semasa pemerintahannya.
7 Sultan Abdul Kahar 1524 1530 Anakanda sultan sebelumnya
8 Sultan Saiful Rijal 1533 1581 Anak saudara dan anak angkat sultan sebelumnya. Perang Kastila tercetus antara Brunei dan Sepanyol.
9 Sultan Shah Berunai 1581 1582 Putera sulung sultan sebelumnya
10 Sultan Muhammad Hasan 1582 1598 Adinda sultan sebelumnya
11 Sultan Abdul Jalilul Akbar 1598 1659 Anakanda sultan sebelumnya
12 Sultan Abdul Jalilul Jabbar 1659 1660 Anakanda sultan sebelumnya
13 Sultan Muhammad Ali 1660 1661 Anakan Sultan Muhammad Hassan. Dikujut oleh penggantinya, Sultan Abdul Hakkul Mubin, yang mencetuskan Perang Saudara Brunei.
14 Sultan Abdul Hakkul Mubin 1660 1673 Memulakan Perang Sudara Brunei dengan membunuh penyandang jawatan, Sultan Muhammad Ali dan kemudian dibunuh oleh Sultan Muhyiddin yang menggantikannya sebagai Sultan.
15 Sultan Muhyiddin 1673 1690 Putera Sultan Abdul Jalilul Akbar yang membalas dendam atas kematian bapa mentuanya Sultan Muhammad Ali dengan membunuh Sultan Abdul Hakkul Mubin, dan mengakhiri Perang Saudara. Baginda juga membeli serbuk letupan dari Kesultanan Jambi semasa Perang Saudara.
16 Sultan Nasruddin 1690 1710 Cucunda Sultan Abdul Jalilul Akbar.
17 Sultan Husin Kamaluddin 1710 1730 Pemerintahan pertama.
18 Sultan Muhammad Alauddin 1730 1737 Mengarahkan Datu Imam Yaakub untuk menulis Salsilah Raja-Raja Berunai.
(17) Sultan Husin Kamaluddin 1737 1740 Pemerintahan kali kedua.
19 Sultan Omar Ali Saifuddien I 1740 1778
20 Sultan Muhammad Tajuddin 1778 1807 Mengarahkan Khatib Abdul Latif untuk mengukir Batu Tarsilah.
21 Sultan Muhammad Jamalul Alam I 1804 1804
22 Muhammad Kanzul Alam 1807 1826
23 Sultan Muhammad Alam 1826 1828
24   Sultan Omar Ali Saifuddin II 1828 1852 Brunei menyerahkan beberapa wilayah Sarawakkepada James Brooke. Brunei menyerahkan Labuan kepada British.
25   Sultan Abdul Momin 1852 29 Mei 1885 Brunei menyerahkan bahagian barat laut Borneo kepada British. Pengisytiharan Amanat berlaku pada 1884 yang menjadi ikrar tidak akan menyerahkan lebih banyak wilayah Brunei kepada kuasa asing.
26   Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin 29 Mei 1885 10 Mei 1906 United Kingdom menubuhkan negeri naungan di Brunei pada 1888.
27   Sultan Muhammad Jamalul Alam II 10 Mei 1906 11 September 1924 Penularan wabak malaria meragut nyawanya serta tiga ahli keluarganya.
28   Sultan Ahmad Tajuddin 11 September 1924 4 Jun 1950 Pendudukan Jepun ke atas Brunei berlaku.
29   Sultan Omar Ali Saifuddien III 4 Jun 1950 5 Oktober 1967 Menandatangani Perlembagaan Negara Brunei 1959. Turun takhta secara sukarela bagi memberi laluan kepada anakandanya naik takhta. Menjadi Menteri Pertahanan Brunei pertama selepas kemerdekaan pada 1984.
30   Sultan Hassanal Bolkiah 5 Oktober 1967 Penyandang Brunei memperoleh kemerdekaan daripada United Kingdom pada 1984.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Sultan-Sultan Brunei". Government of Brunei. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2015. Dicapai pada 24 April 2011.
  2. ^ a b Elisseeff, Vadime (January 2000). "Chapter 8: A Brunei Sultan of the Early Fourteenth Century – A Study of an Arabic Gravestone". The Silk Roads: Highways of Culture and Commerce. Berghahn Books. m/s. 145–157. ISBN 978-1-57181-222-3. Dicapai pada 26 December 2013.