Salmon (Jawi: سالمون) adalah nama biasa bagi beberapa spesies ikan dari keluarga Salmonidae. Beberapa ikan lain di dalam keluarga ini dipanggil trout; perbezaannya adalah disebabkan jalan perpindahan ikan salmon dibandingkan dengan sikap ikan trout yang kekal bertempat, satu perbezaan yang betul untuk genus Salmo. Ikan ini hidup dalam lautan-lautan Atlantik (satu spesies migrasi Salmo salar) dan Lautan Pasifik selain juga di Tasik-Tasik Besar benua Amerika Utara (kira-kira sedozen spesies dari genus Oncorhynchus) sejauh Oncorhynchus masou di pedalaman tengah pulau Taiwan iaitu satu-satunya spesies diketahui orang serumpun Austronesia sendiri (yakni bunban atau bngbang oleh orang Tayal[1][2]).

Illustrasi Salmon Coho jantan.

Secara tipikalnya, salmon adalah anadromos: ia menetas di air tawar, berpindah ke laut, kemudian kembali semula ke air tawar untuk membiak. Walau bagaimanapun, terdapat spesies yang hanya mampu hidup di habitat air tawar. Ia kemungkinan besar disebabkan oleh perternakan spesies-spesied tertentu ikan salmon. Cerita rakyat membuktikan bahawa salmon akan kembali ke lokasi sebenar di mana ia ditetaskan, kajian telah membuktikan kebenaran dakwaan ini, akan tetapi sifat bagaimana memori ikan ini berfungsi telah menjadi perdebatan panjang.

Rujukan

sunting
  1. ^ 曹先紹. "櫻花鉤吻鮭專輯" (dalam bahasa Cina). 農委會林務局.
  2. ^ Silan, Tesing [nama Cina: 廖英助] (2003). 泰雅爾語辭典 [Kamus Bahasa Tayal]. Terbitan mandiri. m/s. 175.

Pautan luar

sunting
 
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi

Bacaan lanjut

sunting