São Paulo (sebutan dalam bahasa Portugis: [sɐ̃w̃ ˈpawlu]  ( listen) "St. Paul") ialah bandaraya yang terbesar di Brazil, bandaraya yang terbesar di hemisfera selatan,d da kawasan metropolitan ke-7 terbesar di dunia. Bandaraya ini merupakan ibu negeri São Paulo, negeri paling ramai penduduk di Brazil. Nama bandaraya ini merupakan penghormatan kepada Santo Paul. São Paulo kuat berpengaruh dalam perdagangan dan kewangan serantau, dan juga kesenian dan hiburan. São Paulo dianggap sebagai Bandar Raya Alpha -.[2]

São Paulo
Bandar Raya
São Paulo
Photos of various famous places in the city.
Photos of various famous places in the city.
Bendera São Paulo
Mohor rasmi São Paulo
Nama panggilan: Terra da Garoa (Tanah Gerimis) dan Sampa
Cogan kata: "Non ducor, duco"  (Latin)
"Ku bukan dipimpin, tetapi memimpin"
Lokasi São Paulo
Negara Brazil
KawasanTenggara
Negeri São Paulo
Founded25 Januari 1554
Pentadbiran
 • Datuk BandarRicardo Nunes (MDB)
Keluasan
 • Bandaraya1,522.986 km2 (588.028 batu persegi)
 • Metro
7,943.818 km2 (3,067.125 batu persegi)
Aras
760 m (2,493.4 ft)
Penduduk
 (2009)
 • Bandaraya11,451,999 (#1)
 • Kepadatan7,216.3/km2 (18,690/batu persegi)
 • Metro
19,889,559
 • Kepadatan metro2,469.35/km2 (6,395.6/batu persegi)
DemonimPaulistano
Zon waktuUTC-3 (UTC-3)
 • Musim panas (DST)UTC-2 (UTC-2)
Poskod (CEP)
01000-000
HDI (2000)0.841–high[1]
Laman sesawangBandaraya São Paulo

Di bandaraya ini terdapat berbagai-bagai mercu tanda, misalnya Muzium Paulista, Muzium Kesenian São Paulo (MASP), Monumento às Bandeiras (Tugu Bendera), dan Jambatan Octávio Frias de Oliveira (Jambatan Estaiada). Lebuh Paulista di pusat bandar merupakan pusat kewangan terpenting di bandaraya ini.

Di kota ini juga terletaknya Bursa Saham São Paulo (BOVESPA), Pasaran Niaga Hadapan, dan Bursa Saham Pasaran Bijirin, bursa saham kedua terbesar di benua Amerika. Di São Paulo terbinanya juga antara bangunan-bangunan tertinggi di Brazil, khususnya Bangunan Mirante do Vale[3] dan Bangunan Itália.

Dengan jumlah penduduk dianggarkan 11,037,593 orang[4] di atas tanah seluas 1,523 kilometer persegi (588 bt2),[5] São Paulo ialah bandaraya sebenar yang teramai penduduknya di Benua Amerika.[6]

Bandaraya ini juga terletak di tengah-tengah kawasan metropolitan São Paulo yang amat ramai penduduknya, dengan kira-kira 19,889,559 orang pada tahun 2009[7] di atas kawasan seluas 7,944 kilometer persegi (3,067 bt2),[8] iaitu kawasan metropolitan terbesar di negara. Kawasan metropolitan São Paulo adalah yang kedua teramai penduduknya di kedua-dua benua Amerika.[9]

Warga kota São Paulo dikenali dengan gelaran paulistanos, manakala paulistas memaksudkan sesiapa dari seluruh negeri São Paulo, termasuk juga paulistanos. Cogan katanya dalam bahasa Latin yang dikongsi bersama kapal perang dan kapal induk pesawat yang sama nama dengannya, ialah Non dvcor, dvco, yang bererti "Ku bukan dipimpin, tetapi memimpin."[10]

Sejarah

sunting
 
Pateo do Collegio di Pusat Bersejarah São Paulo, tapak petempatan terawal di bandaraya ini.

Petempatan tepi pantai yang pertama di Brazil, São Vicente ditubuhkan pada tahun 1532.[11] Ia merupakan koloni tetap Portugis yang pertama di Dunia Baru.[11] 22 tahun kemdian, Ketua Tibiriçá dan mubaligh Jesuit, Manuel da Nóbrega dan José de Anchieta, membuka kampung São Paulo dos Campos de Piratininga yang terletak 68 kilometer (42 Batu|bt) di pedalaman dari São Vicente, pada 25 Januari 1554.[11] Para paderi menubuhkan sebuah misi di Colégio de São Paulo de Piratininga yang bertujuan menjadikan kaum orang asli Brazil Tupi-Guarani ke dalam agama Katolik, sambil memudahkan kerajaan Portugal untuk menakluki mereka. Tidak lama kemudian, pihak Jesuit bertelagahn dengan pihak berkuasa Portugal, terutamanya Marquês de Pombal yang akhirnya mengusir mereka dari Brazil kerana melindungi orang asli yang menukar agama dalam misi mereka. Petempatan yang terletak di luar cenuram Serra do Mar, melewati kota pelabuhan Santos, dan dekat dengan Sungai Tietê ini, menjadi pintu masuk semula jadi dari pantai Tenggara ke penara yang luas dan subur di Barat yang akhirnya menjadi negeri terkaya di Brazil.

 
Tugu Kemerdekaan di Taman Kemerdekaan, terletak di tapak perisytiharan kemerdekaan Brazil.

São Paulo secara rasminya menjadi bandaraya pada tahun 1711. Pada abad ke-19, ia menikmati kemakmuran ekonomi hasil pengeksportan kopi yang diangkut dari kota jiran Santos. Selepas perhambaan diharamkan pada tahun 1888, gelombang penghijrah dari negara-negara Eropah seperti Portugal, Itali, Sepanyol dan sebagainya berhijrah ke São Paulo untuk "memutihkan" kaum Brazil, kerana pihak berkuasa Luso-Brazil khuatir bahawa penduduk kulit hitam Brazil akan jauh melebihi kelompok etnik lain. Orang-orang Eropah ini diberi tanah sebagai insentif untuk berhijrah. Maka itulah, ramai orang Brazil yang memiliki nama keluarga Itali, Portugis dan Jerman seperti Mattarazzo, Diniz, dan Mueller.

Menjelang awal abad ke-20, perdagangan kopi jatuh menjunam kerana kemerosotan harga kopi antarabangsa, antara lainnya. Ekoran kejatuhan Wall Street pada tahun 1929, para usahawan kopi mula kehilangan pengaruh dan status mereka. Maka, ekonomi São Paulo terpaksa alternatif lain seperti tebu dan penghasilan arak. Setelah diperitkan lagi oleh Perang Dunia Kedua, apabila keluaran industri sukar disampaikan ke Brazil, lebih-lebih lagi seluruh negara baru hendak mencari pengganti import, São Paulo mula membangunkan perindustrian untuk penggunaan dalam negara. Brazil sudah mencatatkan pengimportan barangan mewah dan perkilangan dari Eropah secara besar-besaran hingga akhir abad ke-20, sekaligus mengalami defisit perdagangan yang besar walaupun masih banyak mengeksport kopi dan gula.

 
Lebuh Paulista pada tahun 1902.

Mulai saat itu, usahawan tempatan mula berlabur dalam pembangunan industri São Paulo, menarik gelombang penghijrah baru ke bandaraya ini, khususnya dari Itali. Selain orang Eropah, pendatang dari Jepun, Syria dan Lubnan datang beramai-ramai pada separuh awal abad ke-20. Sepanjang abad ke-20, kepesatan ekonomi bandaraya ini turut menarik gelombang penghijrah besar dari kawasan termiskin di Brazil, terutamanya dari Timur Laut. São Paulo memastikan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi sepanjang 1920-an, atas dorongan penghijrahan beramai-ramai, pengindustrian pesat, dan pelaburan. Pada awal 1920-an, Bangunan Sampaio Moreira mencapai paras 14 tingkat yang luar dugaan, sebelum diatasi oleh Bangunan yang dua kali tingginya pada akhir dasawarsa itu. Kemunculan kereta dan bas diesel secara besar-besaran membolehkan ramai pekerja berulang-alik dari rumah di pinggir bandar di tempat kerja mereka di pusat bandar.

 
Istana Correios pada tahun 1922.

Bagaimanapun, oleh sebab terpaksa bersaing dengan banyak lagi bandar lain di Brazil yang menawarkan faedah cukai kepada syarikat yang memindahkan kilang ke situ, kegiatan ekonomi utama São Paulo beransur-ansur beralih dari sektor perindustrian ke perkhidmatan pada akhir abad ke-20. Di bandaraya ini terletaknya sejumlah besar pejabat perbankan, syarikat multinasional dan perkhidmatan pengguna, baik tempatan mahupun antarabangsa. Walaupun wajah moden ditampilkan di kawasan termaju di São Paulo menjelang 1930-an, namun sebahagian besar kota ini masih tidak banyak berubah. São Paulo ketiadaan perancangan bandar sebelum tahun 1889, apalagi hanya meluluskan undang-undang pengezonan pada tahun 1972. Sememangnya, sebahagian besar bandaraya ini masih mengekalkan tinggalan kolonial, dengan jalan-jalan sempit yang tak berturap, bangunan usang, dan gereja lama bergaya Jesuit dan Fransiska.

Bandaraya ini mengalami kemusnahan teruk akibat Revolusi 1924. Dari tahun 1920 hingga 1940, jumlah penduduk di bandar ini berganda menjadi 1.3 juta. Walaupun Rio de Janeiro juga berkembang pesat ketika ini, São Paulo hanya ketinggalan 460,000 penduduk sebelum mengatasinya dalam masa 20 tahun. Pada tahun 1939–45, jurutera dan datuk bandar, Francisco Prestes Maia membina lebuh berbilang lorong Avenida 9 de Julho serta memperluas banyak jalan-jalan lain walaupun ditentang hebat oleh penduduk yang terpaksa berpindah. Pada tahun 1947, latar langit São Paulo menambah sebutir bintang baru iaitu wisma Bank Negeri São Paulo. Bermula dengan Perpustakaan Perbandaran Mário de Andrade, seni bina kota ini beredar jauh dari zaman Art Deco. Menjelang tahun 1950, São Paulo sudah berkembang menjadi metropolis 2.2 juta penduduk berbanding 2.4 juta di Rio, tetapi sedekad kemudian, São Paulo mendahului dengan 3.7 juta berbanding 3.3 juta di Rio, justeru mengukuhkan reputasinya sebagai salah sebuah pusat bandar yang paling dinamik di dunia. Jurubina terkenal, Oscar Niemeyer dipikat dari Rio untuk mereka lengkok-lengkok berliku pada Bangunan Copan; kemudian Bangunan Itália menjadi jiran Copan yang meninggi. Muzium Kesenian São Paulo yang penuh daya imaginasinya dibina (dari tahun 1956, siap pada tahun 1968) di persimpangan Avenida 9 de Julho dan Avenida Paulista berlorong lapan.

 
Vila Olímpia, kawasan sekitar Avenida Faria Lima, lambang pembangunan pesat ekonomi bandaraya.

Pada 1960-an, bandaraya São Paulo sudah merangkumi hampir separuh jumlah penduduk negeri São Paulo (negeri teramai penduduk di Brazil) serta menyumbang kepada satu pertiga jumlah pekerjaan industri negara. Disebabkan hampir semua keluarga di São Paulo berkereta, lebuh raya dibina sepanjang sungai-sungai Tietê dan Pinheiros yang terbina terusan pada tahun 1967, khususnya lebuh raya ekspres Bandeirantes yang memudahkan perjalanan ke pusat bandaraya. Peluasan lebuh raya masih diteruskan kerana jalan-jalan yang terletak di tepi sungai adalah yang paling sibuk di negara. Di samping itu, pembinaan sistem tren bawah tanah berterusan sejak akhir 1960-an untuk mengurangkan beban kesesakan lalulintas.

Biarpun terpaksa mengharungi kesusahan, São Paulo tetap menjadi pusat perniagaan Amerika Latin. Setelah mula mencapai kemakmuran dengan perusahaan kopi, disusuli proses pengindustrian, pada awal abad ke-21, ia melangkah maju ke arah sektor perkhidmatan. Pasarannya yang sungguh besar (lebih 20 juta orang di São Paulo raya) menjadi faktor penarik syarikat multinasional. Kerana acara-acara seperti Feira Bienal Internacional de Arte, dan reputasi menganjurkan konsert muzik yang canggih, São Paulo juga menjadi pusat kebudayaan. Pertumbuhan ekonomi dan pengeksportan barang-barangan telah meningkatkan peluang pekerjaan dan gaji.

Geografi

sunting

Muka bumi

sunting
 
Gunung Pico do Jaraguá ialah puncak tertinggi di bandaraya ini, pada paras 1,135 meter (3,724 kaki).[12]

São Paulo terletak di Brazil Tenggara, di kawasan tenggara Negeri São Paulo, lebih kurang separuh jalan di antara Curitiba (ibu negeri Paraná, dahulunya sebahagian negeri São Paulo) dan Rio de Janeiro (bekas ibu negara Brazil, kini ibu negeri yang saman namanya). Bandaraya ini terletak di atas sebuah penara dalam Serra do Mar ("Banjaran Laut") yang menjadi sebahagian kawasan besar yang dikenali sebagai Tanah Tinggi Brazil, dengan purata aras tinggi sekitar 799 meter (2,621 kaki) di atas paras laut, walaupun hanya 70 kilometer (43 batu) jaraknya dari Lautan Atlantik yang dihubungkan oleh dua lebuh raya, iaitu Anchieta dan Imigrantes yang menurun banjaran itu ke arah bandar pelabuhan Santos dan tempat penginapan Guarujá. Rupa bumi beralun menguasai kawasan bandar di São Paulo kecuali di bahagian utara, di mana Banjaran Serra da Cantareira lebih tinggi arasnya serta menyimpan sebahagian besar Hutan Hujan Atlantik. Seluruh rantau ini amat stabil dari segi tektonik, tanpa mencatat apa-apa aktiviti seismik.

Sungai Tietê dan cawanganya, Sungai Pinheiros pernah menjadi sumber air tawar dan kawasan istirahat yang penting bagi São Paulo, sebelum menjadi tercemar akibat pembuangan kumbahan mentah dan buangan industri pada separuh akhir abad ke-20. Mujurlah, satu program pembersihan besar-besaran untuk kedua-dua sungai ini digiatkan oleh kerjasama antara kerajaan tempatan dan bank pembangunan antarabangsa seperti Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun.[13] Bentangan kedua-dua sungai yang menerusi bandaraya tidak boleh diterusi kapal, namun pengangkutan air semakin penting di sungai Tietê ke hilir (ke arah Selatan, dekat sungai Paraná), kerana sungai ini berada dalam lembangan Río de la Plata.

Di rantau São Paulo tiada tasik semula jadi yang besar, tetapi takungan Billings dan Guarapiranga di pinggir selatan bandar digunakan untuk menjana elektrik, menyimpan air, dan kegiatan istirahat seperti berlayar kapal. Flora aslinya terdiri daripada pelbagai tumbuhan malar hijau berdaun lebar. Kini, terdapat banyak spesies asing di sini kerana iklimnya yang sederhana dan hujan yang cukup lebat membolehkan pembiakan tumbuhan dari iklim tropika, subtropika dan sederhana, terutama sekali pokok kayu putih.

 
Latar langit dari Kejiranan Jardins.

São Paulo mempunyai iklim subtropika lembap terpengaruh monsun (Cfa), mengikut sistem pengelasan iklim Köppen.[14] Pada musim panas, suhunya sekitar 17 °C (63 °F)–28 °C (82 °F), dan 32 °C (90 °F) pada hari-hari terpanas. Pada musim sejuk pula, suhunya antara 11 °C (52 °F) dan 23 °C (73 °F), dan 6 °C (43 °F) pada hari-hari tersejuk. Suhu tertinggi yang pernah dicatat adalah 35.3 °C (95.5 °F) pada 15 November 1985.[15] manakala yang terendah adalah −2 °C (28 °F) pada 2 Ogos 1955. Purata suhu sepanjang tahun agak sama dengan Sydney dan Los Angeles. Garisan Jadi (sekitar 23°27' S) yang menandai sempadan antara kawasan beriklim tropika dan sederhana di Hemisfera Selatan, merentasi bahagian utara São Paulo. Disebabkan aras tingginya, São Paulo menikmati iklim sederhana yang tersendiri.[16]

Curahan hujannya banyak sekali sehingga mencatat purata tahunan 1,454 milimeter (57.2 in).[17] Hujan lebih banyak turun pada bulan-bulan yang panas pada purata 219 milimeter (8.6 in) sebulan, dan berkurangan pada musim sejuk pada purata 47 milimeter (1.9 in) sebulan. São Paulo dan kawasan pantainya tidak pernah dilanda siklon tropika, apalagi jarang mengalami puting beliung. Larian salji hanya sekali terpahat dalam catatan rasmi, pada 25 Jun 1918. Pada akhir musim sejuk, khususnya bulan Ogos, bandaraya ini mengalami fenomena "veranico" (musim panas kecil) yang terdiri daripada cuaca panas dan kering yang luar biasa, sehingga mampu mencapai suhu melebihi 28 °C (82 °F). Begitu juga, musim panasnya juga ada hari-hari yang agak nyaman apabila angin berulang-ulang bertiup dari lautan. Pada masa-masa seperti ini, suhu tinggi harian tidak mungkin melampaui 20 °C (68 °F), tetapi boleh turun kurang daripada 15 °C (59 °F).

Data iklim untuk São Paulo (1961 - 1990, rekod terendah sejak 1931)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 34.2
(93.6)
34.6
(94.3)
33.6
(92.5)
31.3
(88.3)
29.8
(85.6)
28.9
(84.0)
29.3
(84.7)
33
(91)
37.4
(99.3)
34.4
(93.9)
35.2
(95.4)
35.7
(96.3)
37.4
(99.3)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 27.4
(81.3)
28
(82)
27.3
(81.1)
25.1
(77.2)
23
(73)
21.7
(71.1)
21.8
(71.2)
23.3
(73.9)
23.9
(75.0)
24.7
(76.5)
25.9
(78.6)
26.3
(79.3)
24.5
(76.1)
Purata suhu harian, °C (°F) 22.2
(72.0)
22.4
(72.3)
21.7
(71.1)
19.8
(67.6)
17.6
(63.7)
16.4
(61.5)
15.8
(60.4)
17.1
(62.8)
17.8
(64.0)
19
(66)
20.3
(68.5)
21.2
(70.2)
18.5
(65.3)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 18.7
(65.7)
18.8
(65.8)
18.2
(64.8)
16.3
(61.3)
13.9
(57.0)
12.3
(54.1)
11.7
(53.1)
12.8
(55.0)
13.9
(57.0)
15.3
(59.5)
16.5
(61.7)
17.8
(64.0)
14.5
(58.1)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 10.2
(50.4)
11.2
(52.2)
10.9
(51.6)
6
(43)
5.2
(41.4)
0.9
(33.6)
0.2
(32.4)
−2.2
(28.0)
2.1
(35.8)
4.2
(39.6)
6.9
(44.4)
7.3
(45.1)
−2.2
(28.0)
Purata kerpasan, cm (inci) 24
(9.4)
25
(9.8)
16
(6.3)
8
(3.1)
7
(2.8)
6
(2.4)
4
(1.6)
3
(1.2)
7
(2.8)
13
(5.1)
14
(5.5)
19
(7.5)
146
(57)
Sumber: INMET - Clima[18]

Kerajaan dan undang-undang

sunting
 
Bangunan Conde Matarazzo ialah ibu pejabat Dewan Bandaraya São Paulo.
Datuk Bandar Menyandang jawatan Melepas jawatan Parti Politik
Ricardo Nunes 2021. - MDB
Bruno Covas 2018. 2021. PSDB
João Doria 2017. 2018. PSDB
Fernando Haddad 2013. 2017 PT
Gilberto Kassab 2006. 2013. PFL, DEM and PSD
José Serra 2005. 2006. PSDB
Marta Suplicy 2001. 2004. PT
Celso Pitta 1997. 2000. PPB and PTN
Paulo Maluf 1993. 1996. PDS, PPR and PPB
Luiza Erundina 1989. 1992. PT
Jânio Quadros 1986. 1988. PTB
Mário Covas 1983. 1985. PMDB

Kawasan metropolitan

sunting

Terdapat lebih daripada satu takrifan bagi kawasan metropolitan Grande São Paulo (São Paulo Raya), iaitu:

  • Região Metropolitana São Paulo (RMSP, Kawasan Metropolitan São Paulo), kawasan metropolitan sebetulnya yang terdiri daripada 39 kawasan perbandaran (termasuk ibu negeri São Paulo sendiri), diduduki oleh 19 juta orang;
  • Complexo Metropolitano Estendido de São Paulo (Kawasan Metropolitan Lanjutan), gabungan tiga kawasan metropolitan (São Paulo, Baixada Santista, Campinas) dan tiga kawasan mikro (Sorocaba, Jundiai, São José dos Campos).

Pembahagian pentadbiran

sunting

Bandaraya São Paulo terbahagi kepada 92 kawasan kejiranan[19] dan 31 subprefeketur[20] (subprefeituras dalam bahasa Portugis). Setiap subprefektur terbahagi kepada lebih kurang dua atau tiga daerah. Subprefektur yang paling banyak daerahnya ialah Sé (di pusat bandaraya bersejarah), Butantã (lokasi Universiti São Paulo), Lapa, Penha dan Mooca, setiap satunya ada 11 daerah.

Bandaraya ini juga terbahagi kepada sepuluh kawasan (pusat bandar bersejarah, pusat bandar lanjutan, utara, selatan, timur, barat, timur laut, barat laut, tenggara dan barat daya), setiap satunya dikaitkan dengan warna yang berbeza pada bas dan papan tanda jalan. Pembahagian kawasan ini tiada kaitan dengan subprefektur dan daerah; tetapi adakalanya , ada sesebuah daerah yang terletak dalam dua atau lebih kawasan. Daerah yang terletaknya ibu pejabat subprefektur menjadi sama namanya dengan subprefektur berkenaan, kecuali M'Boi Mirim.

Panorama Pusat Bandar Lama São Paulo.
 
Pemandangan São Paulo dari bangunan Mirante do Vale.

Demografi

sunting
 
Ketibaan penghijrah Itali di São Paulo; kini, mereka kelompok etnik terbesar di bandaraya ini.
 
Komuniti Jepun di São Paulo pernah tertumpu di kejiranan Liberdade suatu ketika dahulu.

São Paulo ialah bandaraya yang paling pelbagai etniknya di Brazil.[21] Ketika berakhirnya perdagangan hamba Afrika di Brazil pada tahun 1850, negeri São Paulo mula mengganti tenaga manusia Afrika dengan kaum pendatang lain di ladang kopi. Projek ini dipelopori oleh senator Nicolau Vergueiro yang membawa masuk orang Jerman, Switzerland dan Portugal untuk mengusahakan harta tanah milik beliau. Gelombang penghijrah yang seterusnya terdiri daripada bangsa Itali dan Portugis dari pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20. Mereka ini lebih mudah menyesuaikan diri dengan bidang penanaman kopi, lambat laun menjadi masyarakat pendatang yang terbesar di negeri São Paulo.[22]

Setelah perhambaan diharamkan pada tahun 1888, São Paulo menyambut ketibaan semakin ramai pendatanf Eropah, kebanyakannya dari Itali, diikuti oleh Portugal dan Sepanyol. Pada tahun 1897, Itali membentuk lebih separuh jumlah penduduk bandaraya. Bangsa-bangsa Portugis, Sepanyol, Jerman, Jepun, Yahudi dan Arab Nasrani juga datang beramai-ramai. Dari tahun 1908 hingga 1941, ramai lagi pendatang Jepun yang tiba.[23] Pada 1960-an, bangsa Cina dan Korea pula yang datang beramai-ramai. Pada pertengahan abad ke-20, ramai penduduk asal rantau Timur Laut Brazil yang terjejas akibat kemarau mula berhijrah ke São Paulo. Baru-baru ini, bandaraya ini semakin ramai penduduk yang berasal dari negara Amerika Latin yang lain.[24]

Sehingga tahun 1920, 1,078,437 orang Itali memasuki negeri São Paulo. Dari tahun 1888 hingga 1919, 44.7% pendatangnya berbangsa Itali, 19.2% Sepanyol dan 15.4% lagi Portugis.[25] Pada tahun 1920, hampir 80% penduduk bandaraya São Paulo terdiri daripada kaum pendatang dan zuriatnya, termasuklah orang Itali yang membentuk separuh jumlah penduduk lelakinya.[25] Pada masa itu, Gabenor São Paulo pernah berkata "jika setiap pemilik rumah di São Paulo meletakkan bendera negara asalnya pada bumbung, maka São Paulo akan kelihatan seperti bandaraya Itali dari langit". Pada tahun 1900, seorang kolumnis yang berjauhan dari São Paulo selama 20 pernah bertulis "dahulu, São Paulo bandar Paulista yang sejati, kini ia menjadi bandar Itali."[25]

Universiti São Paulo (USP) menjalankan kaji selidik mengenai keturunan para penuntutnya. Apabila ditanya sama ada mereka "keturunan pendatang luar negara", 81% menjawab "ya". Keturunan yang paling banyak adalah: Itali (30.5%), Portugis (23%), Sepanyol (14%), Jepun (8%), Jerman (5.6%), “Brazil” (4.3%), Afrika (2.8%), Arab (2.4%) dan Yahudi (1.2%).[26]

Sejak abad ke-19, São Paulo turut menyambut kedatangan penghijrah dalam negara dari Timur Laut Brazil. Fenomena penghijrahan domestik ini menjadi sangat besar pada 1930-an dan kekal sebegitu besar pada puluhan tahun seterusnya. Penumpuan tanah, pemodenan di kawasan luar bandar, perubahan hubungan kerja dan kitaran kemarau menjadi pendorong kadar migrasi yang tinggi ini. Pendatang Timur Laut ini tertumpu di kawasan yang berbahaya dan kurang sihat di bandaraya ini, seperti cortiço atau favela, kerana harga perumahan yang lebih murah. Menurut Banci Brazil 2000, terdapat 3,641,148 orang asal Timur Laut Brazil yang membentuk 20% penduduk bandaraya São Paulo. Mengikut satu lagi sumber, tumpuan terbesar pendatang Timur Laut ditemui di kawasan Sé/Brás (daerah Brás, Bom Retiro, Cambuci, Pari dan ). Untuk ini mereka menyumbang 41% kepada jumlah penduduk.[27]

Seperti di seluruh Brazil, rakyat pelbagai kaum saling bergaul mesra dalam masyarakat pelbagai etnik yang menjadikan São Paulo sebagai tempat tinggal mereka.[28] Bagi seluruh kawasan metropolitan, kelompok-kelompok terbesar terdiri daripada 6 juta orang keturunan Itali,[29] 3 juta orang keturunan Portugis,[30] 5.7 juta orang keturunan Afrika,[31] 1 juta orang keturunan Arab,[32] 465,000 orang keturunan Jepun,[32] 400,000 orang keturunan Jerman,[32] 120,000 orang keturunan Cina,[32] 40,000 orang Yahudi,[33] 60,000 pendatang Bolivia,[34] 50,000 orang keturunan Greece,[32] 50,000 orang keturunan Perancis[32] dan 50,000 orang keturunan Korea.[35]

Dari segi kaum, penduduk bandaraya São Paulo (bukan kawasan metropolitan) terdiri daripada 70.0% kulit putih, 23.0% campuran (perang), 3.8% kulit hitam, 3.0% Asia dan 0.2% orang asli.[36]

Perubahan demografi bandaraya São Paulo

Sumber: Planet Barsa Ltda.[37]

 
Gereja Besar São Paulo di Pusat Bandaraya São Paulo.
Agama Peratus Jumlah
Katolik 68.11% 7,107,261
Protestan 15.94% 1,663,131
Tiada 8.97% 936,474
Kardesis 2.75% 286,600
Buddha 0.65% 67,591
Umbanda dan Candomblé 0.46% 48,400
Yahudi 0.36% 37,500

Sumber: IBGE 2000.[38]

Bahasa

sunting
 
Muzium Bahasa Portugis.

Seperti juga di seluruh Brazil, majoriti penduduk bandaraya São Paulo bertutur dalam bahasa Portugis. Kesan kehadiran pendatang Itali secara beramai-ramai, bahasa Portugis yang didengari dalam bandaraya ini menunjukkan kesan pengaruh besar dari loghat-loghat semenanjung Itali, khususnya loghat Neapolitan dan Venice.[39]

Loghat-loghat Itali itu bercampur dengan loghat desa Caipira di São Paulo; sesetengah ahli linguistik berpendapat bahawa loghat Portugis São Paulo lahir di Mooca, sebuah kejiranan yang mula dihuni oleh orang asal Naples, Itali Selatan, pada awal abad ke-20.[40][41]

Pengaruh Itali dalam pelat warga São Paulo lebih nyata di kawasan-kawasan kejiranan yang dikuasai oleh keturunan Itali, seperti Bexiga, Mooca, Brás dan Barra Funda. Unsur Itali ini lahir daripada pertembungan bahasa Itali dengan bahasa Portugis; disebabkan kelamaan pengaruhnya, ia telah diasimilasi atau pudar dalam bahasa percakapan dalam bandaraya ini. Loghat tempatan yang kuat dipengaruhi Itali ini menjadi terkenal kesan pengaruh lagu-lagu Adoniran Barbosa, seorang penyanyi samba Brazil yang ibu bapanya keturunan Itali dan gemar bernyanyi dalam loghat tempatan.[42]

Selain bahasa Portugis, bahasa-bahasa lain yang turut didengari di bandaraya ini termasuklah bahasa masyarakat Asia. Kejiranan Liberdade merupakan tempat kediaman masyarakat Jepun terbesar di luar negara Jepun. Walaupun kebanyakan orang Brazil Jepun ini hanya mampu berbahasa Portugis, namun ada yang masih fasih berbahasa Jepun. Ada sesetengah golongan Cina dan Korea yang juga masih mampu bertutur dalam bahasa nenek moyang mereka, namun kebanyakan besar generasi orang Asia kelahiran Brazil hanya boleh berbahasa Portugis.[43]

Ekonomi

sunting
 
Panel perdagangan BM&F Bovespa, Bursa Saham São Paulo.
 
Brooklin ialah salah sebuah pusat kewangan utama di bandaraya ini.

São Paulo ialah bandaraya ke-10 terkaya di dunia,[44] dan dijangka menjadi ke-6 terkaya pada tahun 2025.[45] Mengikut data IBGE, keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) pada tahun 2006 bernilai R$ 282,852,338,000, bersamaan dengan kira-kira 12.26% KDNK Brazil dan 36% daripada segala pengeluaran barang dan perkhidmatan negeri São Paulo.[46]

Sebagai pusat kewangan terbesar di Brazil, ekonomi São Paulo melalui transformasi yang amat menyeluruh. Dahulunya sebuah bandaraya yang bercirikan perindustrian, kini ekonomi São Paulo's semakin berasaskan sektor tertier, iaitu memberikan tumpuan kepada perkhidmatan dan perniagaan untuk negara. Bandaraya ini juga unik di kalangan bandaraya Brazil kerana bertapaknya sebilangan amat besar syarikat luar negara. Ramai penganalisis memandang São Paulo sebagai bandar raya global yang penting, namun ini tercabar kerana bandaraya ini mengalami masalah serius seperti penyisihan sosial dan pemisahan ruangan.[47] Biarpun sebagai pusat kewangan terpenting di negar, namun ekonomi São Paulo sangat informal sifatnya.[48]

Pada tahun 2005, bandaraya São Paulo mengumpul hasil cukai sebanyak R$ 90 bilion untuk menampung belanjawan bandaraya pada R$ 15 bilion. Bandaraya ini ada 1,500 cawangan bank dan 70 pusat beli-belah. 63% daripada semua syarikat antarabangsa yang berniaga di Brazil beribu pejabat di São Paulo. Bursa Saham São Paulo (BM&F Bovespa) merupakan bursa saham dan pertukaran bon rasmi Brazil, dan juga bursa saham terbesar di Amerika Latin, di mana jumlah dagangan mencapai sekitar R$ 6 bilion (AS$ 3.5 bilion) setiap hari.[49] Pendapatan per kapita bandaraya ini adalah R$ 25,675 (2006).[50]

Pengangkutan

sunting

Lebuh raya

sunting

Memandu kereta merupakan kaedah pengangkutan utama untuk memasuki bandaraya São Paulo. Bandaraya ini direntasi oleh sepuluh lebuh raya Brazil yang utama, iaitu:

Rodoanel

sunting

São Paulo begitu pesat membangun dari 1940-an hingga 1980-an, sehingga banyaknya jalan-jalan dan bangunan-bangunan yang dibina tanpa perancangan rapi. Akibatnya, kesesakan lalu lintas kerap berlaku di lebuh-lebuh utama di bandaraya. Kaedah pengangkutan utama ke bandaraya ini adalah menaiki bas atau memandu kereta. Satu cara yang berkesan untuk mengelakkan kesesakan dalam bandaraya pernah dirancang oleh bekas gabenor Mário Covas dalam bentuk jalan keliling yang mengitari bandaraya iaitu Rodoanel Mario Covas,[51] and is being built by DERSA.[52]

Kereta api

sunting
 
Stesen Luz pada waktu pagi.

Di São Paulo terletaknya dua stesen keretapi utama, iaitu Luz dan Julio Prestes di kawasan Luz/Campos Eliseos. Luz merupakan pusat aliran Santos-Jundiaí yang pernah mengangkut kaum pendatang dari pelabuhan Santos ke São Paulo dan ladang-ladang kopi di bahagian barat Campinas. Stesen Julio Prestes pula menghubungkan bahagian barat daya negeri São Paulo dan bahagian utara negeri Paraná ke São Paulo, di mana barang eksport dipindahkan ke stesen Luz untuk dihantar ke perairan antarabangsa di Lautan Atlantik. Stesen Julio Prestes berhenti mengangkut penumpang menerusi laluan Sorocabana atau FEPASA, an kini hanya menyediakan kemudahan terhad untuk perhubungan subbandar. Oleh sebab akustik dan keindahan ruang dalamnya yang dikelilingi oleh tiang-tiang bergaya kebangkitan Yunani, sebahagian stesen ini ditukarkan kepada Dewan São Paulo (Sala São Paulo) yang menjadi pangkalan Orkestra São Paulo.

Stesen Luz yang dibina di Britain dan dipasang di Brazil, mempunyai stesen bawah tanah yang masih aktif untuk keretapi subbandar arah timur dan barat yang menghubungkan São Paulo dengan seluruh kawasan São Paulo Raya ke Timur dan kawasan metropolitan Campinas di Jundiaí di bahagian barat negeri. Selain menempatkan Museu da Língua Portuguesa (Muzium Bahasa Portugis) yang interaktif di dalam, stesen Luz dikelilingi oleh institusi kebudayaan berwibawa seperti Pinacoteca do Estado, The Museu de Arte Sacra di Lebuh Tiradentes dan Jardim da Luz, antara lainnya.

 
Kereta api di Stesen Luz.

Lapangan terbang

sunting
Fail:Aeroporto de Congonhas – Aeronaves.jpg
Lapangan Terbang Congonhas

São Paulo mempunyai dua lapangan terbang utama, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa São Paulo-Guarulhos (IATA: GRU) untuk penerbangan antarabangsa, dan Lapangan Terbang Congonhas-São Paulo (IATA: CGH) untuk penerbangan domestik dan serantau. Sebuah lagi lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Campo de Marte, memberikan kemudahan kepada pesawat ringan dan helikopter. Ketiga-tiga lapangan terbang ini mengangkut sejumlah 34,342,496 penumpang untuk meletakkan São Paulo dalam senarai 30 teratas di dunia dari segi pengangkutan penumpang udara.

Lapangan Terbang Congonhas mengendali penerbangan terutamanya ke Rio de Janeiro, Belo Horizonte dan Brasília. Selepas kerja peningkatan sistem disiapkan di Infraero, kini penumpang disenangkan dengan ruang menunggu baru yang terletak di tingkat mezanin dan boleh dimasuki dengan tangga gerak. Selain itu, lapan jambatan menaiki pesawat dibina untuk meningkatkan keselesaan kepada penumpang supaya tidak perlu berjalan di kawasan lapang ke pesawat.

Kawasan terminalnya diperluas dari 37.3 ribu ke lebih 51 ribu meter persegi. Perluasan ini tidak bertujuan meningkatkan daya muatan yang semakin tepu, tetapi semata-mata untuk memuaskan keperluan masa kini. Lapangan terbang Congonhas yang dibina pada 1930-an ini dibina untuk menampung 6 juta penumpang setahun, dan kini beroperasi dengan 12 juta orang setahun. Kawasan menaiki pesawat baru yang lebih daripada cukup luas, diasingkan dari konkos utama, bertujuan meningkatkan lagi keselesaan penumpang.[53]

Lapangan Terbang Campo de Marte terletak di daerah Santana di zon utara São Paulo. Lapangan ini mengendali pesawat kecil, terutama yang milik persendirian, kelab penerbangan dan firma teksi udara. Dibuka pada tahun 1935, kini Campo de Marte menjadi pangkalan armada helikopter terbesar di Brazil. Biarpun tiada penerbangan berjadual, namun terminalnya dilengkapi dengan bar snek, restoran dan cawangan bank. Lapangan terbang ini juga dijadikan pangkalan rumah Unit Taktik Udara Polis Awam Negeri, Unit Rondaan Polis Tentera Negeri dan Kelab Penerbangan São Paulo.[54]

Barangkalinya São Paulo merupakan bandaraya yang paling banyak helikopter di dunia. Dengan menggunakan lapangan terbang Campo de Marte, golongan elit kaya-raya memanfaatkan kemudahan seratus landas dan lapangan helikopter di sini untuk memintasi kesesakan lalu lintas di jalan raya.[55]

Lapangan Terbang Antarabangsa São Paulo-Guarulhos, juga dikenali oleh warga São Paulo dengan timangan "Cumbica", terletak 25 km (16 bt) di timur laut pusat bandaraya, di bandar jiran Guarulhos. Setiap hari, sekitar 100 ribu orang melalui lapangan terbang ini yang menghubungkan Brazil dengan 28 negara di seluruh dunia. Terdapat 370 syarikat yang membuka perniagaan di sini dan membuka 53 ribu peluang pekerjaan baru. Dengan kapasiti 15 juta penumpang setahun dalam dua terminal, lapangan terbang ini kini memberi kemudahan kepada 12 juta pengguna, sementara menunggu kelulusan terminal ketiga.

Lapangan Terbang Antarabangsa São Paulo-Guarulhos juga merupakan salah sebuah pusat kargo udara yang utama di Brazil. Dengan sekitar 100 penerbangan sehari, sektor kargo lapangan ini digunakan untuk mengangkut segalanya, baik buah-buahan yang ditanam di Lembah São Francisco di Timur Laut, mahupun perubatan tercanggih ciptaan sains di Tenggara. Terminal kargo lapangan ini adalah yang terbesar di Amerika Selatan dan kedua terbesar di Amerika Latin, di belakang Bandaraya Mexico. Pada tahun 2003, lebih 75 ribu tan metrik angkutan melalui terminal ini.[56]

 
Stesen Metro Sacomã.
 
Metropolitano de São Paulo.
 
Alstom Metrópolis

São Paulo mempunyai tiga sistem alihan laju:

  • Sistem rel bawah tanah, ("Metrô"), dengan tiga laluan lengkap dengan kepanjangan berjumlah 69.0 km (42.9 bt) (34.6 km (21.5 bt) di bawah tanah sepenuhnya).
  • Sistem rel komuter, Companhia Paulista de Trens Metropolitanos (CPTM), dengan enam laluan yang jumlah panjangnya 260.7 km (162.0 bt), memberikan kemudahan kepada pelbagai tempat yang tidak tercapai oleh sistem bawah tanah dan juga bandar-bandar lain dalam kawasan metropolitan. Rangkaian CPTM lebih panjang daripada sistem bawah tanah.
  • Sistem bas laluan segera, "Passa Rápido," yang terletak di paras jalan, tertumpu pada lebuh-lebuh besar, dan disambungkan dengan stesen bawah tanah atau komuter.

São Paulo tiada laluan trem, namun trem pernah menjadi pengangkutan utama pada separuh pertama abad ke-20.[57]

Sebahagian besar pengangkutan awam (syarikat kerajaan dan swasta) terdiri daripada kira-kira 17,000 bas (termasuk kira-kira 290 bas troli),[58] yang diwarnakan secara seragam mengikut kawasan perkhidmatannya (contohnya, hijau muda untuk bas ke Barat Daya, biru tua untuk kawasan Utara). Pada mulanya terdapat sejumlah besar van pengangkutan informal , tetapi kini kebanyakan besar van sebegini sudah berdaftar sepenuhnya dengan majlis bandaraya dan beroperasi mengikut skim warna yang sama dengan sistem bas utama.

 
Terminal Bas Tietê, terminal bas kedua terbesar di dunia.[59]

Terminal Bas São Paulo Tietê adalah antara yang terbesar di dunia, menghubungkan bandaraya ini dengan 565 tempat tanpa henti di kesemua negeri di Brazil, kecuali Amazonas, Roraima dan Amapá, dan juga lima negara lain (Uruguay, Paraguay, Argentina, Chile dan Bolivia). Ia menawarkan laluan khas ke lapangan terbang Congonhas dan Guarulhos, dan perkhidmatan kongsi kereta dari São Paulo ke Santos.

Terminal Bas Barra Funda lebih kecil daripada Tietê, dan berhubung dengan Stesen Keretapi dan Bawah Tanah Barra Funda. Ia menghubungkan bandaraya ini dengan bandaraya di barat daya negeri São Paulo, seperti Sorocaba, Itapetininga, Itu, Botucatu, Bauru, Marília, Jaú, Avaré, Piraju, Santa Cruz do Rio Pardo, Ipaussu, Chavantes, dan Ourinhos di sempadan negeri Paraná. Ia juga memberi khidmat kepada São José do Rio Preto, Araçatuba dan pekan-pekan lain yang terletak di barat laut negeri São Paulo.

Untuk khidmat bas ke pantai negeri São Paulo, penumpang perlu turun di stesen bawah tanah Jabaquara, iaitu hentian terakhir di arah selatan. Terminal bas Litoral berkhidmat untuk Praia Grande, Santos dan São Vicente di Tepi Pantai Selatan dan Mongaguá, Bertioga, dan Guarujá di Tepi Pantai Utara. Bas ke bandaraya Pantai Utara seperti Maresia, Riviera de São Lourenço, Caraguatatuba, Ubatuba, dan Paraty, di Rio de Janeiro harus dinaiki di Terminal Bas Tietê, di stesen Tietê di aliran bawah tanah arah utara.

Budaya

sunting
 
Sala São Paulo.

Adoniran Barbosa ialah seorang tokoh nyanyian dan gubahan muzik samba termasyhur yang mengecapi kejayaan ketika zaman kegemilangan radio di São Paulo. Barbosa yang lahir di bandar Valinhos pada tahun 1912, terkenal sebagai komposer untuk rakyat jelata, khususnya pendatang Itali yang menetap di ruang inap Bela Vista (juga dikenali sebagai "Bexiga" dan Brás), dan juga penduduk cortiços atau rumah pangsa di bandaraya ini. Lagu-lagu beliau bertemakan kehidupan golongan pekerja bandar, yang menganggur dan yang hidup sebatang kara. Lagu hit besar pertamanya ialah “Saudosa Maloca” ("Gubuk Kenangan Indah" – 1951) yang menceritakan tiga sekawan tanpa rumah yang mengenang rumah gubuk yang diimprovisasi oleh mereka, tetapi dirobohkan oleh tuan tanah untuk membuka tanah untuk dibina bangunan. Dalam rakaman "Trem das Onze" ("Keretapi Sebelas Malam") pada tahun 1964 yang dianggap sebagai salah sebuah lagu samba terunggul dalam sejarah, watak utama menjelaskan kepada kekasihnya bahawa mereka tidak boleh bersama lagi kerana dia harus menaiki keretapi terakhir ke pinggir bandar Jaçanã untuk menjenguk ibunya yang tidak sabar menanti kepulangannya.

Pada akhir 1960-an, sebuah kugiran rock yang bernama Os Mutantes menerajui persada muzik avant garde negara. Kejayaan mereka dipercayai ada kaitan dengan kejayaan pemuzik tropicalia yang lain, tetapi mereka terkenal kerana gaya muzik yang tersendiri. Os Mutantes menerbitkan lima album kesemuanya sebelum penyanyi utama mereka, Rita Lee keluar pada tahun 1972 untuk membentuk kumpulan baru, iaitu Tutti-Frutti. Walaupun hanya terkenal di Brazil ketika itu, Os Mutantes akhirnya menarik cukup perhatian di luar sempadan negara selepas 1990-an. Pada tahun 2000, album Tecnicolor yang dirakam oleh kugiran ini pada awal 1970-an dalam bahasa Inggeris keluar dengan kulit baru rekaan Sean Lennon.

 
Auditorium Ibirapuera.

Setelah dua kejutan minyak pada 1970-an, negara Brazil mengalami kemelesetan ekonomi yang berpanjangan pada 1980-an, diburukkan lagi oleh kerajaan tentera yang memerintah negara ketika itu secara penindasan. Selepas pemerintahan tentera tamat pada awal 1980-an, munculnya kugiran "Ultrage a Rigor" (Penceroboh Bergaya) di bandaraya ini dengan gaya rock yang ringkas tetapi luar biasa, dengan lirik yang menggambarkan perubahan dalam masyarakat dan budaya yang bukan sahaja dialami di São Paulo, malah seluruh negara Brazil ketika itu. Maka tercetusnya pergerakan punk dan garage yang kukuh pada 1980-an, bersempena senario pengangguran yang menggerunkan serta beberapa perspektif benar dari pandangan kaum belia. Antara kugiran-kugiran yang berakar umbi dari pergerakan ini termasuk Ira!, Titãs, Ratos de Porão dan Inocentes. Pada 1990-an, bangkitnya pula pergerakan muzik dram dan bes di São Paulo, mengetengahkan seniman-seniman seperti DJ Marky, DJ Patife, XRS, Drumagick, dan Fernanda Porto.[60] Ramai juga kugiran heavy metal yang berasal dari São Paulo, seperti Angra, Torture Squad, Korzus dan Dr. Sin.

Muzik klasikal juga mendapat tempat istimewa di bandaraya ini. Ramai penggubah klasikal terkenal dari Brazil seperti Amaral Vieira, Osvaldo Lacerda dan Edson Zampronha, adalah kelahiran São Paulo. São Paulo mempunyai dua dewan opera terkemuka, iaitu Teatro Municipal de São Paulo dan Theatro São Pedro, tetapi tidak lupa juga teater lain seperti Dewan Credicard yang juga mengadakan persembahan opera. Penyanyi bariton anak jati, Paulo Szot telah meraih sanjungan antarabangsa dan pencalonan Anugerah Tony kerana persembahannya dalam muzikal South Pacific yang dipentaskan pada tahun 2008. Orkestra Simfoni Negeri São Paulo ialah salah sebuah orkestra terunggul di Amerika Latin dan seluruh dunia.

Pendidikan

sunting

Sistem persekolahan rendah dan menengah São Paulo cukup memuaskan, baik sekolah awam mahupun swasta, ataupun sekolah vokasional. Lebih 90% penduduknya celik huruf, dan juga lebih kurang sama kadar kanak-kanak berusia 7 hingga 14 tahun yang bersekolah. Dalam sektor pendidikan tinggi, institusi yang terbesar dan paling sergah di sini ialah Universiti São Paulo (USP), sebuah institusi danaan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1934, serta memperbadankan Kolej Undang-Undang (Faculdade de Direito) yang bersejarah di Dataran São Francisco lama. USP disegani kerana mendaftarkan sebilangan besar penuntuk kedoktoran Brazil serta melahirkan pelbagai institut penyelidikan dan pusat penggubalan dasar. Antaranya ialah Institut Butantan, sebuah pusat penyelidikan ular dan penghasilan toksin dan antitoksin.

Universiti Katolik Paus São Paulo ditubuhkan pada tahun 1946, dan telah membina reputasi yang amat disegani di kalangan institusi pengajian tinggi swasta di Amerika Selatan. Satu lagi maktab pengajian yang tak kurang ternama di metropolis ini ialah Sekolah Pentadbiran Perniagaan Yayasan Getúlio Vargas.

Kesusasteraan

sunting
 
Perpustakaan Mário de Andrade.

São Paulo dijadikan tempat tinggal mubaligh Jesuit pertama di Brazil pada awal abad ke-16. Mereka melaporkan tanah baru dan orang aslinya yang ditemui mereka kepada kerajaan Portugis, serta menggubah puisi dan lagu untuk soal jawab agama. Antaranya, Manuel da Nóbrega dan José de Anchieta yang tinggal di dalam atau berdekatan jajahan yang ketika itu bernama Piratininga. Mereka turut membantu mendaftarkan bahasa Tupi Lama, termasuk sekali kosa kata dan nahunya.

Pada tahun 1922, Pergerakan Modernis Brazil yang dilancarkan di São Paulo, turut mulai mencapai kebebasan kebudayaan dengan pelbagai cara. Brazil telah melalui peringkat-peringkat pembangunan yang sama dengan seluruh Amerika Latin, tetapi kemerdekaan politik dan kebudayaannya hanya beransur-ansur menyusul. Maharaja pertama Brazil, Pedro I, merupakan ahli kerabat diraja Portugal yang sah. Sungguhpun baginda mengisytiharkan kemerdekaan Brazil dari Portugal pada tahun 1822, namun negara ini kekal di bawah pemerintahan raja dan kekuasaan istana di Rio de Janeiro sehingga tahun 1889.

 
Perpustakaan Amerika Latin Victor Civita.

Kesan pertalian Brazil dengan budaya Portugal, para penulis Brazil hanya sedikit demi sedikit memikul tanggungjawab untuk mengetengahkan bumi yang dipijak mereka serta kepelbagaian kaumnya. Keramaian bekas hamba abdi turut menyerikan kebudayaan Brazil dengan ciri-ciri Afrika, disusuli oleh gelombang penghijrah bukan Portugis dari merata Eropah yang membantu negara baru ini mencari identiti tersendiri.

Mário de Andrade dan Oswald de Andrade merupakan perintis sastera modernis. Dengan karya puisi urban seperti "Paulicéia Desvairada" dan "Paulicéia Desvairada" (1922), Mário de Andrade menubuhkan sebuah pergerakan kebudayaan modernis di Brazil. Novel rapsodi beliau, Macunaíma (1928), dengan kekayaan unsur budaya rakyat Brazil, melambangkan kemuncak prosa nasionalis modernisme menerusi penciptaan wira negara anak jati yang luar biasa. Puisi eksperimen, manifesto provokatif dan prosa avant garde Oswald de Andrade, tertuamanya novel Serafim Ponte Grande (1933), mencerminkan perpecahan pergerakan ini dari norma masyarakat ketika itu. Para seniman dan penulis modernis memilih Teater Perbandaran São Paulo untuk melancarkan manifesto Modernis mereka. Teater tersebut merupakan benteng kebudayaan Eropah yang mempersembahkan opera dan muzik klasikal yang dibawa dari Jerman, Perancis, Austria, dan Itali. Sebab tempat sebegini menjadi tempat pelancaran pergerakan mereka adalah kerana golongan atasan canggih yang selalu berkunjung ke situ mengetepikan jati diri Brazil mereka dengan bertutur dalam bahasa lain seperti Perancis di dalam dewan opera sahaja. Lebih-lebih lagi, mereka berkelakuan seolah-olah negara dan budaya Brazil tidak penting ataupun tidak wujud langsung. Maka, Mário de Andrade and Oswald de Andrade mencatat sejarah sebagai bapa pemodenan sastera Brazil.

Teater

sunting
 
Teater Perbandaran São Paulo

Ramai sejarawan percaya bahawa pementasan teater pertama di Brazil diadakan di São Paulo. Mubaligh Jesuit Sepanyol, José de Anchieta (1534–1597) mengarang drama pendek yang dipersembahkan dan ditonton oleh orang asli Tupi-Guarani. Malangnya, tidak lama kemudian, wilayah São Paulo ditubuhkan dan kegiatan kebudayaan menjadi lembap. Pada awal abad ke-20 barulah warga kota keturunan Eropah menghidupkan semula bidang pementasan teater, hasil kekayaan yang dibawa oleh perdagangan kopi. Teater-teater seperti Pedro II, di Ribeirão Preto, mengalu-alukan rombongan yang pernah berlakon di Manaus, Rio de Janeiro dan Buenos Aires. Seni pementasan menikmati zaman kegemilangan di São Paulo pada zaman avant-garde. Di São Paulo juga, sebuah syarikat profesional bernama Teatro Brasileiro de Comédia, (TBC, Teater Komedi Brazil) mengadakan persembahan sulungnya. Pada 1960-an, produksi teater utama di São Paulo dan Brazil dipersembahkan oleh dua kumpulan, iaitu Teatro de Arena dan Teatro Oficina.

Teatro de Arena diasaskan oleh sekumpulan pelajar dari Escola de Arte Dramática (Sekolah Seni Drama) yang ditubuhkan oleh Alfredo Mesquita pada tahun 1948. Pada tahun 1958, kumpulan ini cemerlang dengan drama "Eles não Usam Black-tie," sebuah maha karya Gianfrancesco Guarnieri yang menjadikan pekerja buruh sebagai protagonis buat julung kalinya dalam sejarah drama Brazil. Selepas rampasan kuasa yang ditaja oleh AS pada tahun 1964, persada teater mulai menumpu perhatian kepada sejarah Brazil (Zumbi, Tiradentes). Teatro de Arena menjadi pentas perjuangan demokratik yang dibelenggui oleh penapisan ketat sewaktu kediktatoran tentera.

Teatro Oficina juga memainkan peranan penting kerana melancarkan pergerakan Tropikalis dengan mengadakan drama yang melakonkan semula peristiwa bersejarah, misalnya "O Rei da Vela", "Galileu Galilei" (1968), "Na Sela das Cidades" (1969) dan "Gracias Señor" (1972). Kini, bermacam-macam drama pentas dipersembahkan di puluhan teater di São Paulo, tak kira muzik klasikal, balet mahupun drama avant-garde dan muzikal Broadway.

Muzium

sunting
 
Ipiranga Museum, "Museu do Ipiranga."
  • Museu Paulista
    Monumen pertama yang dibina khusus untuk menjaga kenangan Kemerdekaan Brazil, dibuka pada 7 September 1895, dengan nama Museu de Ciências Naturais (Muzium Sains Alam), juga dikenali dengan “Muzium Ipiranga”. Pada tahun 1919, ia diubah menjadi muzium sejarah. Seni bina Ipiranga dipengaruhi oleh Istana Versailles di Perancis. Himpunan muzium ini diisi sekitar 100,000 karya seni, perabot, pakaian, dan peralatan yang pernah dimiliki oleh orang ternama yang berperanan besar dalam sejarah Brazil, termasuk penjelajah, pemerintah, dan pejuang kebebasan. Bangunan Ipiranga juga menempatkan sebuah perpustakaan 100,000 buku dan sebuah Centro de Documentação Histórica (Pusat Dokumentasi Sejarah) yang menyimpan 40,000 manuskrip.
  • Memorial da América Latina
    Dengan keluasan lebih 78,000 m2 (19 ekar), Memorial da América Latina (Memorial Amerika Latin) dibayangkan sebagai tempat penyepaduan negara-negara Amerika Latin, asal-usul dan budayanya. Memorial ini merupakan tempat terletaknya Parlamento Latino-Americano atau “Parlatino” (Parlimen Amerika Latin). Memorial rekaan Oscar Niemeyer ini juga dilengkapi astaka pameran yang menempatkan pameran kekal hasil kraf di benua ini; sebuah perpustakaan yang diisi buku, suratkhabar, majalah, video, filem dan rekod sejarah Amerika Latin; dan sebuah auditorium yang boleh menampung 1,679 orang penonton.
  • Museu da Imigração e Memorial do Imigrante
 
Memorial do Imigrante
  • Hospedaria do Imigrante (Asrama Pendatang) dibina pada tahun 1886 lalu dibuka setahun kemudian untuk menempatkan kaum pendatang pertama di bandaraya ini. Asrama ini dibina di Brás untuk menyambut ketibaan penghijrah yang datang ke Brazil menerusi Pelabuhan Santos, mengkuarantin orang yang kurang sihat serta membantu pendatang baru mencari kerja di dusun kopi di negeri São Paulo Barat, Utara dan Barat Daya, dan negeriParaná Utara. Dari tahun 1882 hingga 1978, 2.5 juta pendatang dari lebih 60 bangsa dan kaum bertamu di sini,[61] kesemua mereka berdaftar dalam buku dan senarai muzium seperti yang sewajarnya. Asrama ini pernah menampung purata kira-kira 3,000 orang pada satu masa, tetapi atas sebab-sebab istimewa, bilangannya pernah mencapai 8,000 orang. Asrama ini menyambut pendatang terakhirnya pada tahun 1978.[62]
  • Pada tahun 1998, Asrama ini menjadi muzium, dan memelihara dokumentasi, kenangan dan tinggalan para pendatang ke Brazil demi harapan baru dan kekayaan. Muzium ini mengisi sebahagian asmara yang merupakan salah sebuah daripada sebilangan kecil bangunan berusia seabad lebih yang masih tinggal di kota São Paulo. Selain memaparkan sejarah penghijrah kepada umum, muzium ini juga memulihkan gerabak keretapi kayu dari bekas perkhidmatan São Paulo Railway. Terdapat dua buah gerabak dalam muzium ini, iaitu satu dari tahun 1914, dan satu lagi dari tahun 1931. Memorial do Imigrante memberi penghormatan kepada leluhur jutaan rakyat Brazil yang tiba menerusi pelabuhan Santos lalu menjadikan São Paulo pintu masuk utama ke Brazil. Tidak sukar untuk mencari nama semua pendatang yang bertamu di sini dari tahun 1888 hingga 1978.[63]
  • Museu de Zoologia da USP
    Mengisi tapak seluas 700 m2 (837 ela2), haiwan-haiwan yang dipamerkan dalam muzium ini merupakan contoh fauna tropika di negara yang diawet lebih 50 tahun dahulu. Di dewan pintu masuk, terletaknya papan penerangan tentang kegiatan utama yang dijalankan oleh kakitangan USP dan para penyelidik muzium. Haiwan-haiwannya dikelompokkan mengikut pengelasan, iaitu ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia, di samping invertebrata seperti karang, krustasia dan moluska. Perpustakaan zoologinya mempunyai kemudahan dan kelengkapan moden yang dikhususkan untuk para saintis dan orang awam. Ia menyimpan 73,850 hasil kerja, termasuk 8,473 buku dan 2,364 suratkhabar, dan selebihnya kertas tesis dan peta.
  • Museu de Arte de São Paulo
 
Muzium Kesenian São Paulo, "Museu de Arte de São Paulo" di Pusat Bandaraya São Paulo.
  • Muzium ini ditubuhkan oleh wartawan Assis Chateaubriand dan Pietro Maria Bardi. Ibu pejabatnya sekarang dibuka pada tahun 1968, hasil rekaan jurubina Lina Bo Bardi. Dua deretan tiang gergasi menyokong binaan seberat 9.2 tan, di atas ruang legar sepanjang 74 meter. MASP mempunyai salah sebuah himpunan seni Eropah yang terunggul di Amerika Latin, termasuk karya-karya seniman tersohor seperti Degas, Renoir, Modigliani dan Bonnard, antara lainnya.
  • Acervo do Palácio dos Bandeirantes
    Ibu pejabat Kerajaan Negeri juga menyimpan sebuah himpunan seni hebat dari karyawan Brazil seperti Portinari, Aldo Bonadei, Djanira, Almeida Júnior, Victor Brecheret, Ernesto de Fiori dan Aleijadinho. Selain itu, ia juga mengumpulkan perabot, artifak kulit dan perak, dan dewangga Eropah dari zaman penjajahan. Dindingnya disaluti oleh panel yang memerikan sejarah São Paulo secara eklektik.
  • Museu da Imagem e do Som
    Dibuka pada Mei 1990, tujuan utama Museu da Imagem e do Som (Muzium Imej dan Bunyi) adalah menyimpan dan memelihara manifestasi bidang muzik, perfileman, fotografi, dan seni grafik, dan juga mana-mana bentuk manifestasi lain yang berkaitan dengan kehidupan kontemporari Brazil. MIS menyimpan himpunan lebih 200,000 gambar yang dibahagikan kepada koleksi bertema yang beraneka isi kandungan. Ia mengandungi lebih 1,600 pita video cereka, dokumentari dan muzik, dan 12,750 judul yang dirakam dalam bahantara Super 8 dan 16 mm. Selain itu, MIS mengadakan konsert, pesta filem dan video, dan pameran fotografi dan seni grafik.

Pelancongan dan rekreasi

sunting
 
Taman Ibirapuera berhias untuk sambutan Krismas.

São Paulo ialah sebuah pusat kebudayaan utama yang didiami oleh warga yang pelbagai etnik, terutamanya keturunan Itali, Portugis, Sepanyol, Arab dan Jepun. Bandaraya ini terkenal kerana masakan yang pelbagai dan mewah, tak kira masakan Cina atau Perancis, rantaian makanan segera mahupun restoran lima bintang. Terdapat kira-kira 62 jenis masakan berbeza yang diusahakan di lebih 12,000 restoran di São Paulo.[64] Tempat-tempat lain seperti kedai arak, kelab malam dan disko menyajikan beraneka jenis hiburan dan muzik.

Di São Paulo terletaknya Muzim Kesenian São Paulo (MASP) yang didedikasikan oleh Ratu Elizabeth II pada separuh pertama abad ke-20, muzium-muzium kesenian"Pinacoteca do Estado", sebuah orkestra simfoni (Simfoni Negeri São Paulo (OSESP) yang bertapak di teater Sala São Paulo di stesen keretapi Júlio Prestes), dan litar lumba Grand Prix Formula Satu (di Interlagos).

Mercu tanda

sunting
 
Jalan ke bangunan Banespa.
 
Taman Ibirapuera.


Bola sepak

sunting

Seperti juga di seluruh Brazil, bola sepak ialah sukan yang paling diminati ramai di bandaraya ini. Pasukan-pasukan utama yang bertapak di São Paulo ialah São Paulo FC, Palmeiras, Corinthians dan Portuguesa, di samping dua kelab kecil, iaitu Juventus dan Nacional.

São Paulo menjadi salah satu tempat acara Piala Dunia FIFA 2014 yang mana Brazil menjadi tuan rumah.

Di sebalik salah sangkaan bahawa Sport Club Corinthians Paulista memiliki Stadium Pacaembu, stadium tersebut sebenarnya dimiliki oleh pihak Prefektur Perbandaran São Paulo. Disebabkan muatan penonton yang rendah di Stadium Alfredo Schürig (13, 969 orang),[65] pasukan Corithians terpaksa beraksi di Stadium Pacaembu sejak 1950-an, oleh itu pasukan ini semakin dekat di hati dengan Stadium Pacaembu[66] tetapi sememangnya ia dimiliki oleh pihak Bandaraya dan bukan kelab Corinthians.

Pasukan bola sepak
Kelab Liga Tempat Penubuhan
Corinthians Série A Stadium São Paulo

49,205 (rekod 63,267)

1910
Palmeiras Série A Stadium Allianz Parque

43,713[67] (rekod 41,457)

1914
São Paulo FC Série A Stadium Morumbi

73,501 (138,032 record)[68]

1930
Santos Série B Stadium Vila Belmiro

20,360[69] (rekod 31,662)

1912
Portuguesa Série B Stadium Canindé

19,717 (rekod 25,000)

1920
Juventus Campeonato Paulista Série A2 Stadium Rua Javari

2,730 (rekod 9,000)

1924
Nacional Campeonato Paulista Série A3 Stadium Nicolau Alayon

9,650 (rekod 22,000)

1919
Fail:Cicero pompeu de toledo - panoramic – 01.jpg
Pemandangan panorama Stadium Morumbi.

Grand Prix Brazil

sunting
 
Autódromo José Carlos Pace, the venue for the Brazilian Grand Prix.

Grand Prix Brazil Formula Satu (Portugis: Grande Prêmio do Brasil) diadakan di Autódromo José Carlos Pace di Interlagos tanpa henti sejak tahun 1990. Sejak Grand Prix julung kali diadakan di Brazil pada tahun 1973, empat rakyat Brazil telah menjuarai Grand Prix di São Paulo, iaitu: Emerson Fittipaldi (1973 dan 1974), José Carlos Pace (1975), Ayrton Senna (1991 dan 1993) dan Felipe Massa (2006 dan 2008).

Acara sukan antarabangsa

sunting

Berikut ialah acara-acara kesukanan antarabangsa yang pernah dianjurkan di São Paulo:

  • 1950  — Piala Dunia FIFA (bola sepak)
  • 1963  — Sukan Seluruh Amerika (pelbagai sukan)
  • 1971  — Kejohanan Dunia Wanita FIBA (bola keranjang)
  • 1977  — Kejohanan Dunia Bola Tampar Wanita Bawah 20
  • 1983  — Kejohanan Dunia Wanita FIBA
  • 1993  — Liga Dunia Bola Tampar
  • 1994  — Kejohanan Dunia Bola Tampar Wanita
  • 2000  — Kejohanan Dunia Kelab FIFA (bola sepak)
  • 2002  — Sukan Amerika Selatan (pelbagai sukan)
  • 2005  — Piala Dunia Gimnastik Artistik
  • 2006  — Sukan Polis dan Bomba Antarabangsa (pelbagai sukan)
  • 2006  — Kejohanan Dunia Wanita FIBA (bola keranjang)
  • 2006 — Piala Dunia Gimnastik Artistik
  • 2007 — Kejohanan dan Sukan Dunia Persatuan Sukan Buta Antarabangsa ke-3
  • 2014 — Piala Dunia FIFA (bola sepak)

Kesihatan

sunting
 
Hospital Ibrani Albert Einstein.

São Paulo merupakan pusat kesihatan terbesar di Amerika Latin. Antara hospital-hospital terunggulnya termasuk Hospital Ibrani Albert Einstein dan Hospital das Clínicas yang terbesar di rantau ini. Dari segi kemudahan kesihatan awam, São Paulo menempatkan institusi-institusi perubatan awam dari ketiga-tiga peringkat kerajaan persekutuan, negeri dan perbandaran. Sektor perubatan swastanya juga amat besar. Kebanyakan hospital terunggul di Brazil terletak di bandar raya ini. Pada September 2009, bandaraya São Paulo mempunyai:[70]

  • 32,553 pusat perubatan, klinik bergerak, dan pejabat pakar (pakar perubatan, doktor gigi dll);
  • 217 hospital dengan 32,554 katil;
  • 137,745 pakar kesihatan, termasuk 28,316 pakar perubatan .

Kesihatan perbandaran

sunting

Kemudahan kesihatan awam yang dikendali oleh kerajaan bandaraya dibina di merata kota, dengan sejumlah besar 770 unit penjagaan kesihatan asas (UBS), klinik bergerak dan kecemasan, dan 17 hospital. Setiausaha Kesihatan Perbandaran mempunyai 59,000 pekerja, termasuk 8,000 pakar perubatan dan 12,000 jururawat. Seramai 6,000,000 warga kota mendapat khidmat kemudahan perubatan awam yang menyediakan ubat-ubatan secara percuma serta mengendali program kesihatan keluarga yang menyeluruh (PSF - Programa de Saúde da Família).

Rede São Paulo Saudável (“Rangkaian São Paulo Sihat”) ialah sebuah saluran korporat TV digital satelit yang dimajukan oleh Setiausaha Kesihatan Perbandaran São Paulo, dengan tujuan membawakan rancangan memupuk gaya hidup sihat dan pendidikan kesihatan yang boleh ditonton oleh warga kota yang menerima rawatan kesihatan di unit-unitnya di bandaraya ini. Rangkaian ini terdiri daripada dua studio TV yang lengkap, dan sebuah sistem pemancaran video digital tertutup dalam bentuk definisi tinggi menerusi satelit, dengan sekitar 1,400 tempat penerimaan di semua unit penjagaan kesihatan dalam perbandaran São Paulo.

Bandar kembar dan saudara

sunting

São Paulo menjalin persaudaraan dengan:[71]

  Amerika   Eropah   Asia dan Afrika
  Buenos Aires, Argentina   Yerevan, Armenia   Luanda, Angola
  La Paz, Bolivia   Paris, Perancis[72]   Beijing, China[73]
  Toronto, Kanada   Hamburg, Jerman[74]   Seoul, Korea Selatan[75]
  Santiago, Chile   Milan, Itali[76]   Tel Aviv, Israel[77]
  New Delhi, India   Coimbra, Góis, Leiria, and Funchal, Portugal   Naha, Jepun[78]
  Chicago, Amerika Syarikat   Lisbon, Portugal   Amman, Jordan
  Asunción, Paraguay   Bucharest, Romania   Damascus, Syria
  Montevideo, Uruguay   Cluj-Napoca, Romania   Osaka, Jepun[79]
  Lima, Peru   Barcelona, Sepanyol[80]   Ningbo, China
  Mendoza, Argentina   Córdoba, Sepanyol[81]   Macau, China
  Miami, Amerika Syarikat   Santiago de Compostela, Sepanyol   Bamako, Mali

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  • Lawrence, Rachel (January 2010). Alyse Dar (penyunting). Brazil (ed. Seventh). Apa Publications GmbH & Co. / Discovery Channel. m/s. 183–204.

Catatan

sunting
  1. ^ "Índice de Desenvolvimento Humano — Municipal, 1991 e 2000". Pnud.org.br. Dicapai pada 2010-04-17.
  2. ^ www.lboro.ac.uk The World According to GaWC 2008 – Diterima pada 2009-07-06
  3. ^ "Mirante do Vale, São Paulo". Emporis.com. Dicapai pada 2009-05-06.
  4. ^ Instituto Brasileiro de Geografia e Estatística; Estimativas das Populações Residentes, em 1o. De Julho de 2008.[pautan mati kekal] Zip-file from ftp-archive. Anggaran kependudukan perbandaran Brazil pada 2008-07-01. Diterima pada 2008-10-14.
  5. ^ Instituto Brasileiro de Geografia e Estatística; Resolução No. 05, de 10 de Outubro de 2002, Área Territorial: UF – São Paulo – SP - 35[pautan mati kekal] Pdf-file from ftp-archive. Areas of municipalities in São Paulo state. Diterima pada 2008-10-14.
  6. ^ "Citimayors website — Largest cities". Citymayors.com. Dicapai pada 2010-04-17.
  7. ^ Instituto Brasileiro de Geografia e Estatística; Estimativas das Populações Residentes, em 1o. De Julho de 2008.[pautan mati kekal] Fail ZIP dari arkib FTP. Anggaran kependudukan di Brazil pada 2008-07-01. 22,105,060 ialah jumlah penduduk di 39 perbandaran dalam kawasan metropolitan rasmi São Paulo. Diterima pada 2008-10-14.
  8. ^ Instituto Brasileiro de Geografia e Estatística; Resolução No. 05, de 10 de Outubro de 2002, Área Territorial: UF – São Paulo – SP - 35[pautan mati kekal] Fail PDF dari arkib FTP. Keluasan perbandaran di negeri São Paulo. Jumlah keluasan 39 perbandaran dalam kawasan metropolitan rasmi São Paulo. Diterima pada 2008-10-14.
  9. ^ Consejo Nacional de Población, México; Proyecciones de la Población de México 2005-2050 Diarkibkan 2007-10-12 di Wayback Machine Jumlah penduduk Zona metropolitana del Valle de México (Distrito Federal tambah 60 perbandaran lain) dianggarkan 19,826,918 orang pada 2008. Diterima pada 2008-10-14.
  10. ^ "E São Paulo". Navios De Guerra Brasileiros. Brazilian Navy. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-03. Dicapai pada 2009-05-03.
  11. ^ a b c Rachel Lawrence: 2010, Page 183
  12. ^ "Pico do Jaraguá Mountain Official Website". Picodojaragua.com.br. Dicapai pada 2010-04-17.
  13. ^ Brazilian Departamento de Águas e Energia Elétrica, "International Competitive Bidding Tender Announcement"
  14. ^ "Subtropical climate in the city of São Paulo". Sao-paulo.world-guides.com. Dicapai pada 2010-04-17.
  15. ^ "São Paulo 40 Graus". Urbanistas.com.br. 2009-03-02. Dicapai pada 2010-04-17.
  16. ^ "Britannica Online Encyclopedia - Climate of São Paulo". Britannica.com. Dicapai pada 2010-04-17.
  17. ^ Tempo Agora - Somar Meteorologia. "Climate of São Paulo". Tempoagora.uol.com.br. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-27. Dicapai pada 2010-04-17.
  18. ^ "INMET - Climatologia - Gráficos Climatológicos".
  19. ^ "Neighborhoods in São Paulo". Sp-turismo.com. Dicapai pada 2010-04-17.
  20. ^ "Subprefectures in São Paulo". Capital.sp.gov.br. Dicapai pada 2010-04-17.
  21. ^ São Paulo has the most diversity of Brazil[pautan mati kekal]
  22. ^ "Nicolau Pereira De Campos Vergueiro". Orbita.starmedia.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-17. Dicapai pada 2009-05-06.
  23. ^ "Folha Online - Especial - 2005 - São Paulo 451". .folha.uol.com.br. 2005-01-24. Dicapai pada 2009-05-06.
  24. ^ "Latin American Immigration to São Paulo". Projetofabrica.com.br. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-04. Dicapai pada 2010-04-17.
  25. ^ a b c Do Outro Lado do Atlântico - Um Século de Imigração Italiana no Brasil
  26. ^ I Censo Étnico-Racial da Universidade de São Paulo. Tabela 21.
  27. ^ Uma inserção dos migrantes nordestinos em São Paulo: o comércio de retalhos
  28. ^ "Ethnicities of São Paulo". Brasilescola.com. Dicapai pada 2010-04-17.
  29. ^ "Especiais - Agência Brasil". Radiobras.gov.br accessdate=2010-04-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-26. Dicapai pada 2010-11-04. Missing pipe in: |publisher= (bantuan)
  30. ^ "Especiais - Agência Brasil". Radiobras.gov.br. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-07. Dicapai pada 2010-04-17.
  31. ^ IBGE. Census 2000. População residente por cor ou raça e religião.
  32. ^ a b c d e f "450 Anos de São Paulo". Colunista.com.br. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-02. Dicapai pada 2010-04-17.
  33. ^ IBGE. Census 2000. População residente por cor ou raça e religião
  34. ^ "Programa Saúde da Família atende imigrantes". Etni-cidade. 2005-03-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-30. Dicapai pada 2010-04-17.
  35. ^ Enciclopédia das Línguas no Brasil. "ELB". Labeurb.unicamp.br. Dicapai pada 2010-04-17.
  36. ^ "Portal da Cidadania". Radiobras.gov.br. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-29. Dicapai pada 2009-05-06.
  37. ^ "Barsa Planeta Ltda". Brasil.planetasaber.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-15. Dicapai pada 2010-04-17.
  38. ^ "Sistema IBGE de Recuperação Automática - SIDRA". Sidra.ibge.gov.br. Dicapai pada 2009-05-06.
  39. ^ "PELOS CANTOS DA CIDADE: MÚSICA POPULAR EM SÃO PAULO NA PASSAGEM DO SÉCULO XIX AO XX" (PDF) (dalam bahasa Portugis). Dicapai pada 2008-09-07.
  40. ^ . Jornal Mercado Paulista<! https://web.archive.org/web/20090715075908/http://www.jornalmercadopaulista.com.br/cultura_jan2006.htm. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-15. Dicapai pada 2009-05-06. Missing or empty |title= (bantuan)
  41. ^ "Diário do Comércio - Especiais – Locarno". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-23. Dicapai pada 2010-11-04.
  42. ^ O centenário de Adoniran Barbosa reacende o debate sobre a influência italiana na fala brasileira
  43. ^ "ELB". Labeurb.unicamp.br. Dicapai pada 2009-05-06.
  44. ^ "Richest cities 2009". PricewaterhouseCoopers. Dicapai pada 2009-11-09.
  45. ^ "BBC - Último Segundo - São Paulo será 6ª cidade mais rica do mundo em 2020, diz estudo". Ultimosegundo.ig.com.br. Dicapai pada 2009-09-11.
  46. ^ "Instituto Brasileiro de Geografia e Estatística". IBGE. 2006. Dicapai pada 2009-07-21.
  47. ^ FERREIRA, João Sette Whitaker; The myth of the global city, doctoral thesis presented to the FAUUSP, 2003.
  48. ^ Instituto Brasileiro de Geografía e Estatística. (2006). informal economy (dalam bahasa Portugis). São Paulo, Brazil: IETS. ISBN 85-240-3919-1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-03-16. Dicapai pada 2008-01-27.
  49. ^ "BM&F Bovespa: About us". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-05. Dicapai pada 2010-11-04.
  50. ^ Instituto Brasileiro de Geografia e Estatística. (2006). per capita income (PDF) (dalam bahasa Portugis). São Paulo, Brazil: IBGE. ISBN 85-240-3919-1. Dicapai pada 2009-07-21.
  51. ^ Dersa website, "Rodoanel Mário Covas" Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine
  52. ^ "DERSA official website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-12. Dicapai pada 2010-11-08.
  53. ^ "São Paulo/Congonhas National Airport". Infraero. 2004-08-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-03. Dicapai pada 2010-04-17.
  54. ^ "Campo de Marte Airport". Infraero.gov.br. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-14. Dicapai pada 2010-04-17.
  55. ^ Brazil's Elites Fly Above Their Fears, Washington Post, 1 Jun 2002.
  56. ^ "São Paulo/Guarulhos International Airport". Infraero. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-03. Dicapai pada 2010-04-17.
  57. ^ Untuk sejarah laluan trem São Paulo, rujuk laman web Tramz
  58. ^ Webb, Mary (Ed.) (2009). Jane's Urban Transport Systems 2009-2010, pp. 42/6. Coulsdon (UK): Jane's Information Group. ISBN 978-0-7106-2903-6.
  59. ^ Do G1, em São Paulo, com informações do SPTV (2007-11-21). "Tietê Bus Terminal, the second largest in the world". G1.globo.com. Dicapai pada 2010-04-17.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  60. ^ "Movement website". Movement.co.uk. 2009-03-18. Dicapai pada 2010-04-17.
  61. ^ "Hospedaria dos Imigrantes (1885)". Aprenda450anos.com.br. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-14. Dicapai pada 2010-04-17.
  62. ^ "Histórico da Hospedaria". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-23. Dicapai pada 2010-11-07.
  63. ^ "Acervo Histórico-Cultural". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-23. Dicapai pada 2010-11-07.
  64. ^ São Paulo Convention and Visitors Bureau, "City Facts". Diterima pada 5 Jun 2007.
  65. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama cbf.com.br
  66. ^ Corinthians pode administrar o Pacaembu em 2008 26 Oktober 2007 (dalam bahasa Portugis)
  67. ^ ""Laporan Kejuruteraan - Allianz Parque", WTorre Engenharia" (PDF). 29-10-2014. Dicapai pada 19/07/2015. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  68. ^ "Estádio do Morumbi - Cícero Pompeu de Toledo". Pinheiros.com.br. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-20. Dicapai pada 2009-05-06.
  69. ^ "Laudo Aditivo de Engenharia da FPF" (PDF). Site Oficial da FPF. Dicapai pada 13/11/18. Unknown parameter |lingua= ignored (|language= suggested) (bantuan); Unknown parameter |formato= ignored (|format= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  70. ^ Datasus. "DATASUS Health Care Statistics". Datasus.gov.br. Dicapai pada 2010-04-17.
  71. ^ "International Relations - São Paulo City Hall - Official Sister Cities". Prefeitura.sp.gov.br. Dicapai pada 2010-04-17.
  72. ^ "Les pactes d'amitié et de coopération". Paris.fr. 2010-03-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-18. Dicapai pada 2010-08-04.
  73. ^ "Sister Cities". Beijing Municipal Government. Dicapai pada 2009-06-23.
  74. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2010-11-02.
  75. ^ Seul Metropolitan Government. "International Cooperation: Sister Cities". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-10. Dicapai pada 2010-11-02.
  76. ^ "Milano - Città Gemellate". © 2008 Municipality of Milan (Comune di Milano). Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-10. Dicapai pada 2009-07-17.
  77. ^ "Tel Aviv sister cities" (dalam bahasa Hebrew). Tel Aviv-Yafo Municipality. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-14. Dicapai pada 2009-07-14.CS1 maint: unrecognized language (link)
  78. ^ "Naha Sister Cities". City.naha.okinawa.jp. Dicapai pada 2010-04-17.
  79. ^ "Osaka and the World, the official website of the Osaka city". Dicapai pada 2009-08-05. [pautan mati]
  80. ^ "Barcelona internacional - Ciutats agermanades" (dalam bahasa Catalan). © 2006-2009 Ajuntament de Barcelona. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-27. Dicapai pada 2009-07-13. External link in |publisher= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  81. ^ "Os contatos internacionais do município de Limeira: pautas para o intercâmbio e o desenvolvimento" (dalam bahasa Portugis). Revista Jurídica Netlegis. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-17. Dicapai pada March 24, 2010.

Pautan luar

sunting
Laman web rasmi