Revolusi Keagungan
Revolusi Keagungan, Revolusi Agung (Ireland: An Réabhlóid Ghlórmhar ;Gaelik Scotland: Rèabhlaid Ghlòrmhor ;Wales: Chwyldro Gogoneddus ) atau Revolusi 1688 ialah sebuah revolusi yang menggulingkan takhta James II Raja England, Scotland dan Ireland dan digantikan oleh Mary II dan suaminya, William dari Orange yang memerintah Republik Belanda. Revolusi ini telah berlangsung antara November 1688 dan Mei 1689. Revolusi ini berlaku dengan cepat sehinggakan tiada pertumpahan darah, walaupun pembentukan rejim baharu memakan waktu yang lebih lama dan menyebabkan kematian yang ketara. Istilah ini pertama kali diguna pakai oleh John Hampden pada akhir tahun 1689.
Revolusi berlaku dengan penyatuan ahli parlimen Inggeris dengan stadtholder Republik Belanda, William III dari kerabat Orange-Nassau (William dari Orange). Serangan William terhadap England dengan armada Belanda dan tenteranya berjaya dan membawa kepada William menaiki takhta England sebagai William III bersama-sama isteri baginda, Mary.
Revolusi ini secara kekalnya menghapuskan sebarang peluang Gereja Katolik Rom untuk menjadi agama rasmi semula di England, dengan kesannya paling dirasai terhadap penganut gereja tersebut: para penganut Katolik diharamkan mengundi atau menduduki Parlimen, tidak dibenarkan mendapat tauliah oleh Tentera Darat British, serta diharamkan berkahwin dengan raja atau ratu yang menduduki takhta (sehingga tahun 2015 dengan Akta Pewarisan Takhta Mahkota 2013 / Succession to the Crown Act 2013). Rang Undang-Undang Hak 1689 yang digubal hasil revolusi ini turut dihujahkan menjadi dokumen terpenting dalam sejarah politik Britain, di mana Raja atau Ratu tidak memerintah negara tersebut secara mutlaknya.
Latar belakang
suntingPersengketaan Katolik-Protestan
suntingSetelah kejadian Rancangan Mesiu dilakukan Guy Fawkes yang gagal, tanggapan bahawa anutan Katolik dalam England mahu ingkar mencengkam kuasa melalui penggulingan kerabat diraja yang beranutan Protestan Inggeris serta menjadikan England suatu negara pelanggan kerajaan-kerajaan Katolik mula berleluasa.[1] Prasangka umum masyarakat mengenai kekatolikan atau disebut "kepausan" memperkuat ketakutan masyarakat mengenai naiknya pemerintahan Katolik. Penganut Protestan tidak mempermasalahkan keimanan penganut Katolik,[2] namun pengaruh politik yang menyebar membuat kelompok-kelompok agama yang ada menjadi saling terpisah. Hal ini menyebabkan kemunculan sentimen anti-Katolik (yakni anti-Paus) dalam masyarakat Inggeris. Pertelagahan kedua-dua sentimen popery dan anti-popery di masyarakat timbul dan tenggelam seiring dengan perubahan politik sepanjangzjaman, namun keduanya timbul cukup kuat pada zaman Stuart. Kehidupan Charles II dan adindanya, James II di Perancis dipercaya menginspirasi keduanya mengenai pemerintahan Katolik absolut layaknya Louis XIV dari Perancis.[3] Hal ini dilihat sebagai suatu ancaman oleh penganut sentimen anti-Paus.
Hubungan Inggeris, Perancis, dan Belanda
suntingPerpindahan pasar serta penguatan Amsterdam sebagai pusat perdagangan baru mengukuhkan perekonomian Belanda. Setelah penandatanganan Perjanjian Münster dan pencabutan embargo Sepanyol, pedagang Belanda merasakan angin segar dalam usaha mereka.[4] Mereka menggunakan kesempatan ini untuk membanjiri pasar dengan barang-barang murah dari perdagangan bebas mereka. Hal ini semakin menguat pada abad ke-17, di mana pedagang Belanda didapati menceroboh kawasan dikuasai Inggeris. Sistem perdagangan bebas Belanda yang menawarkan harga bersaing serta meningkatnya jumlah pedagang Belanda menyebabkan pedagang Inggeris kesusahan. Selain itu, pedagang Inggeris juga menuduh Belanda memanfaatkan masa Perang Saudara Inggeris, yang mana dihindari oleh Belanda dengan tidak mengirimkan bantuan apapun[5] Melihat perkembangan ini, pihak Inggeris berusaha menekan dengan mengeluarkan Undang-Undang Navigasi Inggeris pada tahun 1651.[6] Undang-undang ini membataskan pedagang Belanda untuk bertukar dagang dengan semua kawasan dan jajahan dipegang England di Asia, Amerika, dan Afrika. Hal ini menyebabkan beberapa perang antara Inggeris dan Belanda pada tahun 1652-1654 dan 1665-1667. Pada Perang Inggeris-Belanda Kedua, Angkatan Laut Inggeris dikepalai oleh James II sebagai laksamana. Keduanya kemudian mengakhiri perang lewat penandatanganan Perjanjian Perjanjian Breda pada tahun 1667, di mana Undang-Undang Navigasi diubah untuk mempermudah pedagang Belanda masuk ke pasar Inggeris.[7]
Selain Inggeris dan Belanda, Perancis juga ikut menjadi sekutu sebagai pihak anti-Habsburg. Ketiganya bergabung dan membentuk Perikatan Tiga Negara untuk menyerang Sepanyol pada tahun 1596.[8] Setelah itu, Perancis dengan setengah hati terus beraliansi dengan Belanda hingga 1662, namun berusaha menghindari perang tersebut. Hal ini disadari betul oleh Belanda. Di sisi lain, Perancis menduga Belanda akan menolak keinginan mereka untuk menyerang Belanda Sepanyol (yang membuat motto "Gallus amicus non vicinus" yang berarti "Perancis sebaiknya menjadi teman, bukan tetangga" menyebar di Belanda), namun juga melihat kemenangan Inggeris sebagai pemicu kembalinya kekuasaan Keluarga Orange. Menyadari kemungkinan tersebut, Perancis berusaha menjadi penengah untuk mencegah terjadinya Perang Inggeris-Belanda tahun 1665, namun gagal.[9][10] Selanjutnya, setelah penandatangan Perjanjian Breda, Belanda berusaha untuk menjadi penengah konfilk Perancis-Sepanyol dengan dibantu oleh Inggeris dan Swedia.[11] Kegagalan Johan de Witt dalam menjembatani keinginan Inggeris, Sepanyol, dan Perancis membuatnya kehilangan simpati Louis XIV. Louis XIV menyatakan perang dengan perikatan Inggeris, Belanda, dan Sweden untuk menuntut "hak" atas Belanda Sepanyol berdasarkan perkahwinannya dengan Maria Theresia.[12][13] Tahun 1670, secara rahasia Charles II menandatangani Perjanjian Dover dengan Louis XIV dan membuat Inggeris membantu Perancis melawan Belanda pada perang tahun 1972. Pada perang ini, James II menjadi laksamana untuk Angkatan Laut Inggeris, sementara William III bersama askar-askarnya menggantikan askar pimpinan de Witt. Kemudian keadaan segera dibalik oleh Belanda lewat pernikahan William III dengan Mary, anak James II yang membuat England kembali bersekutu dengan Belanda. James menyetujui pernikahan ini dengan setengah hati. Hal ini berakhir dengan penandatanganan Perjanjian Nijmegen pada tahun 1678.[14] Setelah itu, Inggeris dan Belanda bergabung dalam suatu perikatan besar.[15]
Naiknya James II
suntingJames II menyatakan diri sebagai penganut Katolik di bawah pemerintahan kakaknya, Charles II, pada tahun 1668.[16] Walaupun begitu, baginda tetap aktif berasosiasi dengan penganut Anglikan dan Katolik Perancis, bahkan menjadi satu-satunya orang Katolik yang bertahan di parlimen pada zaman itu.[16][17] Setelah kemangkatan Charles II yang tidak berwaris walau seorang putera sekalipun, takhta raja diberikan kepada James; baginda mula pemerintahannya pada umur 52 tahun. Pada masa awal pemerintahan ini, baginda membebaskan banyak paderi dan orang-orang dihukum gereja. Sikap dan pidatonya dinilai bermoral dan sangat hati-hati, namun kepercayaannya dan kekakuannya memperburuk ketakutan atas popery.[18] James II mengerti bahawa gerakan anti-popery sangat mengakar di parlimen lama, sehingga baginda merasa terancam. Oleh kerana itu baginda membubarkan parlimen lama dan membentuk parlimen baru, yakni Parlimen Loyal. Dalam pembentukannya, James II tidak menghalang anggota parlimen lama bergabung sama asalkan mereka berjanji menjunjung titah baginda. Parlimen ini kemudian diisi oleh orang-orang baru, namun sebaliknya, James II tetap menggunakan menteri-menteri dari pemerintahan Charles II. Hal ini dilakukan untuk mempermudah negosiasi dengan parlimen baru.[19] Rundngan yang paling berhasil pada masa pemerintahannya adalah pembahagian hasil pemungutan pajak sebesar £ 2.000.000 pertahun selama lima tahun. Hal ini membuatnya menjadi salah satu pemimpin Inggeris yang tidak meninggalkan hutang.[20] Namun keberhasilan ini gagal diulang saat baginda ingin mengusahakan penghapusan Undang-Undang Uji (Test Act) yang membuat seluruh anggota parlimen Katolik terpaksa turun pada pemerintahan Charles II.
Setelah pembentukan parlimen, pada tahun 1678 baginda mengusahakan Deklarasi Pengampunan untuk memberikan kebebasan beragama tanpa menurunkan kehormatan Gereja Inggeris, serta memberikan kebebasan melakukan ritual agama di rumah. Hal ini diterapkan pertama kali di Scotland dan kemudian seluruh Inggeris.[21] Deklarasi ini kemudian dibacakan di seluruh Gereja Anglikan di London selama dua minggu. Keberadaan deklarasi ini menyebabkan keistimewaan Gereja Inggeris harus dihapuskan dengan memasukkan beberapa anggota Katolik di dalamnya.
Pada tahun 1685, baginda kembali mengusahakan deklarasi pengampunan untuk dibacakan di gereja, namun baginda menerima penolakan dari enam uskup bersama seorang uskup agung. Hal ini membuat mereka diadili atas tuduhan penghasutan.[22] Tuduhan ini membuat gerakan anti-popery semaking kuat. Kelahiran James Francis Edward Stuart, putera pertama hasil perkahwinannya dengan Ratu Maria semakin memperkuat ketakutan atas adanya dinasti Katolik. Ketakutan atas kemungkinan ini kemudian membuat hubungan James II dengan kaum Anglikan memburuk.[21]
Penaklukan pihak William
suntingOleh ketakutan ini, maka muncul nama anak pertama James II, Mary II yang menikah dengan William III. Atas permintaan Raja Charles II, baginda memperbolehkan anaknya untuk dididik oleh Gereja Inggeris. Hal ini membuat anaknya lebih mengenal ajaran Protestan. Mengetahui kenyataan bahawa Mary dan William menganut Protestan, beberapa ahli politik Anglikan memperkuat keinginannya untuk menarik William III ke dalam Kerajaan Inggeris. William III dan beberapa ahli politik Inggeris telah melakukan kontak sejak pengukuhan James II dilakukan.[23] Baginda melakukan pendekatan atas alasan perdamaian sejak Perang Inggeris-Belanda Ketiga berakhir. Setelah beredar berita mengenai kelahiran anak laki-laki pertama James II, baginda semakin giat berkontak dengan ahli politik Anglikan. Baginda juga mengirimkan surat terbuka mengenai pendapatnya terhadap keadaan tersebut, yang kemudian menarik simpati masyarakat Inggeris dan mendorongnya untuk melakukan serangan.[24]
Pada tahun 1685, beberapa waktu setelah pengadilan ketujuh-tujuh uskup, beberapa ahli politik yang disebut Tujuh Orang Hidup (Immortal Seven) mengirimkan undangan untuk William. Isi undangan tersebut adalah untuk melakukan serangan terhadap England. Sebelumnya, beberapa sejarawan menyatakan bahawa baginda sudah mempersiapkan serangan ini jauh sebelum undangan dikirimkan. Hal ini memperkuat dugaan atas lamanya korespondensi antara William dengan ahli politik Inggeris. Dalam pembicaraan ini, baginda sempat menolak rencana serangan, namun setelah melihat perkembangan situasi yang ada baginda setuju.[25] Selanjutnya, atas permintaan tersebut baginda pergi ke Brixham, Teluk Tor, bersama dengan pasukan Belanda dan sampai di sana pada tanggal 5 November 1688 (gaya baru).[26] Dalam serangan ini baginda membawa 463 kapal dengan 14.000 prajurit. Kedatangannya sudah diantisipasi sejak bulan September. Hal ini membuat masyarakat tergerak untuk membantu dengan menjadi tenaga tambahan yang membuat anggotanya bertambah hingga sejumlah 20.000 orang.[27] Kedatangan William ke Inggeris segera menurunkan simpati James II di masyarakat. Banyak ahli politik yang juga menyatakan bahawa mereka berpihak pada William.[28] Kedatangan William dan pengikutnya diketahui oleh James II dengan baik. Walaupun secara jumlah prajurit James II lebih banyak, namun melihat bagaimana keadaan politik dan simpati masyarakat serta fakta bahawa anaknya, Puteri Anne, juga sudah berpihak pada William, baginda mengurungkan niatnya dan memilih untuk melarikan diri. Tanggal 12 Desember James II melakukan percobaan untuk melarikan diri, namun gagal dan ditangkap oleh pemburu Papist. Selanjutnya baginda dibawa ke London sebagai tahanan.[29] Melihat hal ini, William mengizinkan James II untuk pergi membuang diri ke Rochester.
Kenaikan William III dan Mary II ke takhta
suntingBerangkatnya James II mengasingkan diri mewujudkan suatu kekosongan pemerintahan. Parlimen melihat hal ini sebagai kesempatan untuk menabalkan Mary, anak James II sebagai ratu. Selain pandangan ini, terdapat banyak pemikiran lain yang berkembang, namun segera dipatahkan oleh William. William menyatakan bahawa baginda ingin memimpin sebagai raja bersama isterinya atau baginda akan meninggalkan Inggeris.[30] Atas desakan tersebut, Parlimen Inggeris menerima William sebagai raja dengan kekuasaan yang lebih dominan serta Mary sebagai ratu. Kedua-duanya dikukuhkan di Westminster Abbey tanggal 11 April 1689 oleh Uskup London Henry Compton.
Kedua-dua pihak parlimen dan baginda raja WIlliam sedar peranan kehadiran masing-masing. Oleh kerana itu, baginda raja menyetujui Rancangan Undang-Undang Hak 1689 yang diajukan parlimen;[31] keberadaaan aturan ini mewajibkan baginda melaporkan terus kewangannya kepada parlimen. Awal pemerintahan William III difokuskan kepada perang, sehingga Mary menggantikannya selama ketiadaan baginda. Pengukuhan William III sebagai raja dianggap menjadi suatu momentum yang baik bagi negara-negara anti-Perancis untuk mendorong Perancis kembali ke batasnya. Mengetahui hal ini William III berusaha membangun perikatan antara negara anti-Perancis dan ikut dalam Perang Sembilan Tahun bersama negara-negara lainnya.[32]
Rujukan
sunting- ^ Sowerby 2012, m/s. 28.
- ^ Sowerby 2012, m/s. 29.
- ^ Vallance 2011.
- ^ Rijksmuseum.
- ^ Rommelse 2010, m/s. 595.
- ^ Rommelse 2010, m/s. 596.
- ^ Ormrod 2003, m/s. 38.
- ^ Wernham 1994.
- ^ Rowen 1954, m/s. 3.
- ^ Grever 1982, m/s. 237.
- ^ Rowen 1954, m/s. 5.
- ^ Wolf 1968, m/s. 117.
- ^ Rowen 1954, m/s. 12-13.
- ^ Pritchard 2012, m/s. 267.
- ^ Onnekink & Rommelse 2016, m/s. 283-284.
- ^ a b Callow, 2000 & p143-144.
- ^ Kenyon 1927, m/s. 104-105.
- ^ Wakeling 1896, m/s. 88-89.
- ^ Maurice 1907, m/s. 160.
- ^ Maurice 1907, m/s. 165.
- ^ a b Harris 2006.
- ^ Maurice 1907, m/s. 225-228.
- ^ Troost 2005, m/s. 172-173.
- ^ Troost 2005, m/s. 186.
- ^ Coward 1980, m/s. 300.
- ^ Robb 2020.
- ^ Britroyals.
- ^ Maurice 1907, m/s. 255.
- ^ Maurice 1966, m/s. 173-174.
- ^ Coward 1980, m/s. 314.
- ^ Living Heritage.
- ^ Routh, 1904 & p61-63.
- Sumber utama
- Callow, John (2000). The Making of King James II: The Formative Years of a Fallen King (dalam bahasa Inggeris). Sutton. m/s. 143–144. ISBN 978-0-7509-2398-9. Unknown parameter
|rev=
ignored (bantuan) - Grever, John H. (1982). "Louis XIV and the Dutch Assemblies: The Conflict about the Hague". Legislative Studies Quarterly. 7 (2). doi:10.2307/439669. ISSN 0362-9805.CS1 maint: ref=harv (link)
- Kenyon, J. P. (1927). The Popish Plot 2nd Edition. London: William Heinemann Ltd. ISBN 9780713910872.CS1 maint: ref=harv (link)
- Living Heritage. "The Convention and Bill of Rights". UK Parliament (dalam bahasa English). Dicapai pada 28 Ogos 2020.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
- Maurice, Ashley (1907). James II. London: J. M. Dent.CS1 maint: ref=harv (link)
- Onnekink, David; Rommelse, Gijs (2016). Ideology and foreign policy in early modern Europe (1650-1750). Routledge. ISBN 978-1-315-58778-3. OCLC 952729322.
- Rijksmuseum. "1648 Treaty of Munster - Timeline Dutch History - Rijksstudio". Rijksmuseum (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-23.
- Rowen, Herbert H. (1954). "John de Witt and the Triple Alliance". The Journal of Modern History. 26 (1). ISSN 0022-2801.CS1 maint: ref=harv (link)
- Sowerby, Scott (2013). Making Toleration: The Repealers and the Glorious Revolution. Harvard University Press. ISBN 978-0-674-07309-8.
- Troost, Wouter (2005). William III the Stadholder-king: A Political Biography (dalam bahasa Inggeris). Ashgate Publishing, Ltd. ISBN 978-0-7546-5071-3.CS1 maint: ref=harv (link)
- Wakeling, George Henry (1896). King and Parliament (1603-1714). Scribner.CS1 maint: ref=harv (link)
Bacaan lanjut
sunting- Ashley, Maurice (1966). The Glorious Revolution of 1688. Hodder & Stoughton. Also published by Panther History (1968).
- Cruickshanks, Eveline (2000). The Glorious Revolution (British History in Perspective). Palgrave Macmillan. ISBN 0-312-23009-5.
- DeKrey, Gary S. (2007). Restoration and Revolution in Britain: A Political History of the Era of Charles II and the Glorious Revolution. Palgrave Macmillan. ISBN 978-0-333-65103-2. A scholarly history of the era.
- Hamowy, Ronald (2008). "Glorious Revolution". The Encyclopedia of Libertarianism. Thousand Oaks, California: SAGE; Cato Institute. m/s. 208–11. doi:10.4135/9781412965811.n125. ISBN 978-1-4129-6580-4. LCCN 2008009151. OCLC 750831024.
- Miller, John (1997). The Glorious Revolution (ed. 2). ISBN 0-582-29222-0.
- Pincus, Steven C. A. (2005). England's Glorious Revolution 1688–89: A Brief History with Documents. Bedford/St. Martin's. ISBN 0-312-16714-8.
- Prall, Stuart (1972). The Bloodless Revolution: England, 1688. Anchor Books. OCLC 644932859.
- Vallance, Edward (2006). The Glorious Revolution: 1688 – Britain's Fight for Liberty. Brown Little. ISBN 1-933648-24-4.
Pautan luar
sunting- Catholic Encyclopedia editors. "English Revolution of 1688". Catholic Encyclopedia.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- The Civil War team, presented by Tristram Hunt (7 January 2001), Aftershocks – The Glorious Revolution, open2.net (BBC & Open University)
- Wilkes Jr., Donald E.; Kramer, Matthew. "The Glorious Revolution of 1688". Dicapai pada 15 Ogos 2010.
- How Glorious was the "Glorious Revolution"?