RSS Gallant
RSS Gallant merupakan kapal perang tentera laut Singapura jenis kapal peronda yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Singapura.
Persenjataan
sunting- 1 x 76mm meriam Oto Melara
- 2 x Mistral SAM
- 2 x tube torpedo Whitehead
- 4 x 0.5" MG
Kapal peronda RSS Gallant (97) milik Singapura merupakan kapal peronda jenerasi moden kelas Fearless yang terbaru menyertai tentera laut Singapura. Kapal peronda RSS Gallant memenuhi keperluan Singapura dan berperanan sebagai kapal anti-kapal selam.
Kapal peronda 'kelas Fearless atau Berani dibina oleh Singapore Technologies Marine Ltd (ST Marine), yang merupakan anak syarikat Singapore Technologies Engineering. Singapore Technologies Marine Ltd (ST Marine) memenangi kontrak untuk membina 12 buah kapal pada Februari 1993 dan kapal peronda kelas Fearless yang pertama ditempah pada suku pertama 1996. Penempahan kapal terakhir dilakukan pada May 1999.
Enam kapal peronda kelas Fearless yang pertama iaitu, RSS Fearless (94), RSS Brave (95), RSS Courageous (96), RSS Gallant (97), RSS Resilience (98) dan RSS Unity (99), dilengkapi untuk misi pertempuran anti-kapal selam. Baki enam buah kapal lagi dilengkapi dengan peluru berpandu bagi keupayaan pertempuran dipermukaan laut "anti-surface warfare".
Kapal peronda sepanjang 55 m mempunyai badan selapis dengan badan separuh sesaran bilge bulat round bilge, dengan rangka berbentuk-V yang halus pada bahagian hadapan. Superstrukturnya diperbuat daripada aloi ringan gred marin (kegunaan di air masin). Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera negara pelanggan.
Torpedo
suntingEnam kapal pertama dilengkapi dengan tiga tiub pelancar torpedo 324mm B515 dari Whitehead Alenia. Torpedo tersebut iaitu A244S juga dibekalkan oleh Whitehead Alenia.
Peluru berpandu
suntingSistem pertahanan udara adalah pelancar peluru berpandu berkembar Simbad bagi peluru berpandu Mistral darat-ke-udara, dibekalkan oleh MBDA (formerly Matra BAe Dynamics, Perancis). Pelancar Simbad dipasang pada dek belakang "stern deck". Mistral menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang. Jarak sasaran adalah dari 0.5 kepada 5 km. Mistral mempunyai pencari infra, kelajuan 2.6 Mach dan dilengkapi dengan 3 kg kepala peledak.
Enam kapal berikutnya disesuaikan bagi pertempuran permukaan laut "anti-surface warfare". Peluru berpandu anti-kapal jarak pendek ke serdahana yang dilengkapkan adalah Gabriel II dibekalkan oleh IAI. Gabriel II menggunakan mod berkembar pensasaran radar "radar homing" semi-aktif dan aktif dan dilengkapkan dengan kepala peledak 100 kg. Jarak serangan adalah antara 6 hingga 36km dan kelajuan peluru berpandu adalah 0.6 Mach.
Meriam
suntingMeriam utama kapal perang RSS Gallant yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam Oto Melara 76 mm Super Rapide. Meriam ini memuntahkan peluru 6kg pada jarak 16km dan berupaya melepaskan tembakan pada kadar 120 peluru/min. Kapal peronda ini juga dilengkapi dengan empat CIS 50 12.7mm mesingan pelbagai guna.
Penangkis langkah balas
suntingPelancar umpan Perisai III "Shield III decoy launchers", dibekalkan oleh BAE SYSTEMS, membawa tiga module roket dipasang pada dongakan 30°. Pelancar ini boleh dilengkapi dengan pelbagai peluru umpan "decoy" termasuk roket P8 chaff. Chaff ini dilancarkan dalam mod ganggu "distraction" atau menawan "seduction" bagi jarak 50m kepada 2km.
Radar penerima amaran kapal ini adalah NS 9010C, dibekalkan oleh Elisra dari Bene Beraq, Israel. Radar penerima amaran NS 9010C melaksanakan pengesanan dan penganalisan pantas pancaran radar musuh dan berciri pengukur frekuensi segera instantaneous frequency measurement (IFM), penentu arah segera instantaneous direction finding (IDF) dan penganalisa ancaman.
Pengesan
suntingRSS Gallant memiliki radar pengesan permukaan dan kawalan tembakan EL/M-2228(X) yang beroperasi pada gelombang E dan F yang dibekalkan oleh Elta Electronics Industries, yang terletak di Ashod, Israel. EL/M-2228(X) adalah radar pengawas dan pembedil yang berupaya memberikan carian radar denyutan doppler dan amaran ancaman pada gelombang X. Radar tersebut memberikan pengesanan pencari sasaran di udara dan permukaan bersepadu dan beroperasi dalam trek ketika mod pengawas "scan mode" dan dalam pengesan percikan "splash spotting" ketika meninjau "scanning". Kapal ini juga dilengkapi dengan radar pengemudi jalur I.
Enam kapal pertama anti-kapal selam (ASW) dilengkapi dengan sonar aktif berfrekuensi serdahana di badan kapal jenis Thales Underwater Systems TSM 2362 Gudgeon.
Tujahan
suntingKapal peronda ini mempunyai dwi-enjin disel MTU 12V 595 TE 90 disambung kepada kotak gear ZF. Ia dilengkapkan dengan Sistem Pengurusan dan Pengawasan Kawalan Kapal MTU Ship Control Monitoring and Management System (SCMMS).
Berbeza dari pemancu tradisi, kapal peronda RSS Gallant dilengkapi dengan sistem jet air "waterjet" berkembar yang dimajukan oleh KaMeWa dari Sweden, menawarkan ketangkasan pengendalian pada semua kelajuan dan keupayaan untuk beroperasi pada air cetek.