Perisian bebas
Perisian bebas ialah perisian yang boleh digunakan, dikaji, diubah, disalin dan diedarkan kepada orang lain secara bebas.
Pengenalan
suntingSyarikat perisian komputer memonopoli pasaran perisian komputer dan mengenakan harga yang tinggi terhadap perisian yang mereka jual. Selain itu kaedah perlesenannya juga amat terhad dimana setiap perisian yang dibeli hanya boleh dipasang di dalam satu komputer. Pengguna tidak memiliki perisian tersebut selepas dibeli. Mereka hanya mempunyai hak untuk menggunakan perisian tersebut dalam satu komputer sahaja. Selain itu apa-apa penambahan terhadap perisian adalah tidak dibenarkan. Pengguna juga tidak boleh mendapat atau melihat kod sumber perisian tersebut.
Pakar-pakar komputer dan teknologi maklumat yang tidak berpuas hati terhadap penguasaan dan monopoli syarikat-syarikat perisian komputer telah menulis perisian mereka sendiri dan memberikannya secara PERCUMA. Pengguna boleh menggunakan perisian ini secara percuma dan ia boleh dipasang kedalam seberapa banyak komputer yang dikehendaki tanpa apa-apa bayaran lesen. Pengguna juga boleh memberikan perisian ini kepada sesiapa sahaja tanpa sebarang sekatan. Selain itu kod sumber perisian tersebut juga diberikan secara percuma. Pengguna boleh melihat, mengubahsuai dan menggunakan kod tersebut di dalam kerja-kerja mereka.
Perisian Bebas (Free Software)
suntingProjek resipibas yang dikenali sebagi Projek GNU diketuai oleh Richard Stallman. Ia bermula pada 1983 untuk membangunkan sistem pengoperasian seperti UNIX lengkap yang mempunyai pengkompil, aturcara aplikasi, utiliti pembangunan dan sebagainya. Pada 1991, apabila versi pertama kerangka Linux ditulis, projek GNU telah menghasilkan hampir kesemua komponen sistem ini — kecuali kernel. Torvalds dan pembangun kernel seperti Linux menyesuaikan kernel mereka supaya dapat berfungsi dengan komponen GNU, dan seterusnya mengeluarkan sistem pengoperasian Linux yang cukup berfungsi. Oleh itu, Linux melengkapkan ruang terakhir dalam rancangan projek perisian bebas.Pada asasnya konsep perisian bebas merujuk kepada kebebasan bukannya harga. Untuk memahamainya Richard Stallman berkata:
`Free software' is a matter of liberty, not price. To understand the concept, you should think of `free' as in `free speec
Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software)
suntingSumber terbuka bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang, dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja.
Inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Initiative (OSI) telah dibentuk pada Feburari 1998 oleh Eric S. Raymond and Bruce Perens. Ia merupakan badan yang mengawal selia dan mewar-warkan konsep sumber terbuka. Konsep ini dibentuk untuk memadamkan anggapan setengah pihak bahawa perisian yang bebas atau percuma adalah anti-kormesial. Pihak Inisiatif Sumber Terbuka memberikan tiga kriteria yang dipanggil Definasi Sumber Terbuka iaitu:
- Kos sumber mesti diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak lebih dari kos pengedarannya
- Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma, tanpa membuat bayaran lesen atau royalti kepada penulisnya
- Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian tersebut atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai dibawah syarat yang sama
Definisi Sumber Terbuka
Versi: 1.9 (sumber MIMOS Malaysia) Pengenalan
Sumber terbuka tidak hanya membawa maksud pencapaian kepada kod sumber. Terma pengedaran bagi perisian sumber terbuka haruslah menepati kriteria-kriteria seperti berikut:
1. Bebas Untuk Pengedaran Semula
Lesen tersebut tidak boleh menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian tersebut sebagai satu komponen pengedaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak boleh digunakan bagi mendapatkan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi mana-mana penjualan tertentu. 2. Kod Sumber
Sesuatu aturcara perlu disertakan bersama kod sumber, dan membenarkan pengedaran kod sumber bersama aturcara yang telah dikompil. Bagi sesetengah produk yang tidak diedarkan bersama dengan kod sumber, pemberitahuan/publisiti bagi mendapatkan kod sumber perlu dibuat samada tidak lebih dari kadar kos penghasilan semula yang berpatutan atau boleh dimuat turun melalui Internet tanpa sebarang bayaran. Kod sumber mestilah dalam bentuk yang boleh diterima umum yang mana pengaturcara boleh membuat pindaan terhadapnya. Kod sumber yang sengaja berbentuk mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemprosesan atau penterjemahan juga tidak dibenarkan.
3. Sumber Kerja Asal
Lesen tersebut mestilah membenarkan pengubahsuaian serta sumber kerja asal, dan perlu membenarkan ia diedar di bawah terma yang sama dengan lesen perisian asal. 4. Integriti Pencipta Kod Sumber
Lesen tersebut boleh menghadkan pengedaran kod sumber dalam bentuk pindaan sahaja hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran "fail tampung" bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada masa pembuatan. Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut mungkin memerlukan sumber kerja asal untuk membawa nama atau versi yang berbeza daripada perisian asal.
5. Tiada Diskriminasi Terhadap Individu Atau Kumpulan
Lesen tersebut tidak boleh mewujudkan diskriminasi terhadap mana-mana individu atau kumpulan tertentu.
6. Tiada Diskriminasi Terhadap Sesuatu Bidang Usaha
Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetik.
7. Pengedaran Lesen
Hak yang dilampirkan kepada aturcara mestilah boleh digunapakai kesemuanya oleh sesiapa yang menerima aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan oleh pihak-pihak tertentu. 8. Lesen Tidak Boleh Di Khusus Kepada Suatu Produk
Hak yang dilampirkan kepada aturcara tidak boleh bergantung kepada keadaan aturcara yang merupakan sebahagian daripada pengedaran perisian tertentu. Jika aturcara diambil daripada pengedaran tersebut dan digunakan atau diedarkan di dalam terma lesen aturcara tersebut, semua pihak di mana pengedaran semula aturcara itu harus memiliki hak yang sama seperti yang dibenarkan kepada pengedaran aturcara yang asal.
9. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain
Lesen tersebut tidak boleh meletakkan pembatasan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian berlesen. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh mendesak aturcara lain yang diedarkan pada medium yang sama menjadi perisian sumber terbuka. 10. Lesen tersebut mestilah berbentuk teknologi-neutral
Tiada peruntukan bagi lesen dipredikat pada mana-mana teknologi individu atau gaya sesuatu antaramuka.
Nota: Terjemahan ini telah diterjemahkan oleh Anita Zahara, Rudhuwan, Shahril dan Kamil daripada MIMOS Open Source Deployment team berdasarkan definasi asal The Open Source Definition. Jika terdapat sebarang percanggahan di dalam lesen tersebut atau salah satu daripadanya disebabkan masalah terjemahan atau makna yang kurang tepat, maka definasi dalam bahasa asal iaitu Bahasa Inggeris adalah dirujuk dan digunapakai.
Perisian Bebas lawan Sumber Terbuka
suntingWalaupun secara praktikalnya perisian bebas dan perisian sumber terbuka menggunakan lesen (yang percuma) yang sama, namun terdapat sedikit perbezaan. Perisian bebas mestilah bersumber terbuka, namun sumber terbuka tidak semestinya bebas.
- lihat en:Free software dan en:Open source