Perisian
komponen boleh laku yang bukan ketara bagi sistem komputer
Perisian komputer atau sofwe (Sin.[nota 1]) merupakan himpunan arahan dan data yang dimuatkan dalam komputer[1] yang mampu dijanakan dan dikendalikan sistem terlengkap dalam binaan komputer yang bertindak sebagai pelantar. Ia boleh datang dalam bentuk aturcara atau program, dokumentasi yang menerangkan tataguna dan keperluan sistem, serta data konfigurasi yakni data yang diperlukan atau parameter "setting" membolehkan perisian tersebut beroperasi lalu komputer dapat melakukan sesuatu tugas diarahkan pengguna atau ditentukan pembangun perisian tersebut.
Jenis
suntingPerisian boleh dibahagikan kepada empat kelas utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan, perisian penggunaan, Perisian untuk tujuan penyelenggaraan dan keselamatan.
- Perisian pengendalian membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagai contoh "Operating system", Disk Partition, BIOS, GRUB, MBR dan lain-lain berkaitan.
- Perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain berkaitan .
- Perisian penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan(tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.
- Perisian Penyelenggaran dan Keselamatan atau aplikasi penyelenggaraan dan keselamatanmembantu menjalankan tugas-tugas bersifat selenggara pencegahan dan pembetulan (tidak berkenaan dengan komputer) seperti "error checking", "defragment", "device manager", antivirus dan lain-lain perisian berkaitan dengan penyelenggaraan dan keselamatan.
Pembangunan
sunting- Rencana utama: Pengaturcaraan komputer
Lihat Juga
sunting- Perisian bebas - perisian percuma, perisian sumber terbuka
- Program komputer - satu daripada unit kecil dari perisian seperti "simpan (save)", calculate (kira-kira), padam fail (delete) dan lain-lain.
- Perisian pengendalian
- Rencana utama: Sistem pengendalian
- Perisian pengaturcaraan
- Perisian aplikasi
- Perisian Hamparan Kerja (Spreadsheet)
- Perisian Pangkalan Data (Database)
- Perisian Persembahan (Presentation Software)
- Perisian Lukisan (Drawing)
- Perisian Perakaunan (Accounting)
- Perisian Multimedia
- Perisian Internet
- Perisian Tugas Khas (Special Purpose Software)
- Perisian aplikasi penyelenggaraan dan Keselamatan
- Perisian Utiliti (Utility)
- Perisian Anti-Virus
Nota
sunting- ^ [sof.wé], dipinjam daripada kata bahasa Inggeris software - sebagai contoh: "Sofwe 'chatbox' bantu pesakit nilai keadaan kesihatan mereka". Berita Harian. 18 Julai 2018. Dicapai pada 14 Disember 2018.
Rujukan
sunting- ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "perisian". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 63. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)